Tiga malam penuh bintang
Dan diriku dihimpit ke'busy'an
Namun ku tahu arah tuju
Kerna ku tahu apa yang ku mahu
Dan diriku dihimpit ke'busy'an
Namun ku tahu arah tuju
Kerna ku tahu apa yang ku mahu
Bagaikan malam disinari mentari
Output dari ke'busy'an ku |
Hahaha suka-suka aku jer tukar lirik lagu nyanyian Fiq(Mentor) ni. Ampun ye Fiq tak ada niat apa-apa just nak menggambarkan betapa penat dengan kekalutan hidup aku selama 3 malam ni. Sudah 3 malam hidup aku penuh dengan bintang-bintang kesibukan. Malam ini mahu tido puas-puas dengan lenanya. Hmm tak tau besok mahu sambung routine jogging macam last weekend ke idak ye. Masih di dalam pertimbangan.
Bermula dari hari Rabu malam Khamis. Kerja di opis yang bertimbun. Meeting berlarutan sampai pukul 5 lebih. Niat di hati mahu 'chaw' awal untuk melancarkan plan kami bertiga (Zirr, PK(Kak Aza) and aku). Plan untuk menerjah pasar malam di area Subang 2. Bersama misi mahu mencari tudung. Sungguh jeles tengok PK pakai tudung cun, kualiti baik tapi murah jer just RM10. Den, idaklah mampu beli tudung Ariani yang cecah ratus ringgit tu. Pasar malam tu dekat area rumah PK. Husband PK outstation ke JB hari Rabu tu, it the rite timing to go mengular bersama dia. Kami ada body guard 2 orang. Ilham dan Iman, anak PK. Ingat tak Iman yang aku pernah buat entry tentang dia tu. Walaupun berpuasa hari tu, but mission was accomplish succesfully.
Hari Khamis malam Jumaat pula misi mengambil hadiah dari RedMummy di KLCC. Kluar opis kul 5.15, fetch my friend, Adi yang baru abis exam. Dia sebagai Mr Gamin aku pada malam tu. Terima kasih, Adi kerana sudi temankan dan jadi En Garmin malam tu. Sampai di KLCC penjaga parking yang bermain-main membuat kerja telah membuatkan ketaku terkena palang semasa mengambil ticket parking. Memang aku bertukar menjadi naga waktu tu. Dia cakap sorry tetapi muka ku masih muncong jer tanpa berkata apa. Nasib baik cermin keta tak pecah and keta aku tak calar. Kalo tak sah hangus hitam mamat jaga parking tu, aku fire. Tapi padan muka kena marah dengan supervisor dia. Kurus pahala pose ku hari tu. Tapi alhamdulillah mission accomplish gak. dapat hadiah, dapat jumpa Kak Red. Sangat happy.
Bintang busy pada Jumaat malam Sabtu pula, perlu menyiapkan blueberry cheese cake yang kawanku tempah. Terpaksa buat jahat petang tadi. Kuar awal dari opis, untuk menyiapkan cake ini. Kawan college lamaku, ni buat repeat order. So aku memang tak sampai hati to say 'NO'. Kalut menyiapkan tempahan cake, sehingga pukul 7 everything beres. After maghrib perut berkeroncong, lapar. My parent not at home tonite. Pergi melawat my auntie yang insyaAllah mahu menunaikan haji. Tersangat malas mahu makan nasi, tersangat malas mahu keluar beli makanan, makanya aku buat tortilla with daging burger and scramble egg. Makan sambil tengok tv. Pukul 11.30 kawanku sampai mengambil cake yang ditempah tu. Yeah rezaki datang. Thank u my dear friend, Hajar for your order.
Tortilla with meat and scramble egg |
Itulah kisah 3 Malam Penuh Bintang Busy. Walaupun busy, penat, sakit-sakit dah kaki ku yang terlalu banyak berjalan ni.....namun aku sangat gembira. Gembira sebab busy. Can kill my silent moment. Yeah sound crazy rite. People who love 'busy'. Come on, look it in the positive site. When you busy that mean you healthy, so that you are capable to carry out your task until it success. Now it time my for my body to rest. Good night everybody. Have a pleasant weekend.
psstt...psstt...mahu jogging ke tak? Jogging ke tak?
2 comments:
jom jom jogging ;))
hujan lah pagi tadi, jogging di atas katil jer. hehehe
Post a Comment