Hari Merdeka Bersama Award

31 August 2010 - Salam buat semua. Hari merdeka hari ini, ramai yang bercuti. Apa aktiviti hari ini? Aku tengok status kawan-kawanku di FB ramai yang plan untuk mengemas rumah, membuat biskut raya, shopping raya. Boleh dikatakan semua pun aktiviti persiapan rayalah. Aku seperti biasa menyiapkan tempahan cookies. Mood aku agak mendung hari ini, sama seperti cuaca di luar sana. Eh! Pulak, mood boleh dipengaruhi oleh cuaca ke? Ngarut jer. Tetapi mood yang mendung itu menampakkan sinaran sedikit setelah menerima pelbagai award dari rakan-rakan bloggerku yang lain. Walaupun baru jer beberapa bulan menceburkan diri dalam dunia blogging ni, dah ada yang sudi memberi award. Terima kasih yang tak terhingga buat semua yang bermurah hati menghadiahkan award ini.

Award pertama:


Award pertama datangnya dari Kak Yong. Dia telah menghadiahkan award ini kepada semua yang telah memberi komentar di blognya. Terdapat beberapa soalan ayng perlu ku jawab untuk award ini.

1) Suka tak dapat award ni? Bagi ucapan sikit
    -mestilah suka, award pertama, mau tak suka

2) Bintang itu cantik di mata kamu? Suka bintang?
   -Bintang itu cantik bersinar,  dan lagu favourite masa tadika dulu "Twinkle,Twinkle Little Star" Huhuhu

3) Dua blog yang kamu selalu jenguk dan baca entry terbarunya? 
    - Dua jer ke? Susah ni...Oklah blog adik dan auntieku. Walaupun ia sekadar blog peribadi dan jarang diupdate, tapi aku sentiasa menjenguk memberikan sokongan padu.Serta tak lupa juga kepada semua yang menjadi follower saya, dan yang saya follow, dan berada di blog list saya. Haisshh kan dah lebih dari 2.

4) Bagi award ini kepada 3 blogger yang lain.
    - Kepada saudara Ozzy, Mummy Nana dan Lina Rahim. Tak tau nak tag macam mana? Aku link kan jer blog mereka. Boleh promote kan sekali ye darg?

Award Kedua:



Award kedua ini memang special. Pertama kali nama aku ditag untuk menerima award. Award kedua datangnya dari Rakan bloggerku yang bernama Lina Rahim, dengan banner di blognya berbunyi "Serenity & Serendipity". Award ini diberi sebab aku slalu menjelajah blog dia. And seperti biasa ade gak beberapa soalan yang perlu ku jawab. Soalan-soalanya lebih mencabar....

1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang?
   - Kena siapkan entry award cepat-cepat, jap lagi nak goreng jemput-jemput untuk berbuka.


2. Apakah nama samaran anda?
    - Noreed

3. Berikan 3 orang yang anda sayang
    - Both of my parents, my sis, and kepada semua yang tidak jemu membaca blog saya

4. Panggilan anda untuk si dia
    - Ttteeeeettttt....tak boleh nak jawab, ini yang aku katakan soalan mencabar tadi. Kerana tiada si dia di dalam hati

5. Hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa
    -Skrang ni teringin sangat nak handphone Sony, C905 color pink, tak kira lah dari sesiapa yang nak bagi...hehehe

6. Blog yang anda suka visit
     -Banyak sangat lah, kalo list nanti jemput-jemput ku yang telah dibancuh tu tak bergoreng, kalo tak bergoreng nak buka ape nanti??

7. Tag kan 15 blogger
    - Boleh tak, tak mau tag. Kesian kepada yang tak dapat nanti.Bagi kepada semua yang jadi follower and sesape yang sudi komen di entry ni ku hadiahkan award ini khas buatmu.

Award ketiga:



Award ketiga ini panas lagi baru keluar dari oven. Hehehe macam biskut raya plak.Award ini datangnya dari blogger ayu di Terengganu. Award diterima kerana menjadi follower nyer. Kena letak kat sidebar, tapi tunggu yea, sidebar ku itu di dalam proses renovation. So aku buatkan special entry untuk award yang ku terima dari Dieyna yang blognya bertajuk Wardah Ilmu. Terima kasih banyak Dieyna di atas award yang comel ini.

Akhir kata dari ku di entry kali ini, terima kasih daun keladi kepada semua yangmemberi, lain kali boleh lah beri lagi. Selamat berbuka puasa.

Merdeka! Merdeka! Merdeka

31 August 2010 - Salam Kemerdekaan buat semua warga Malaysia. Selamat Hari Merdeka yang ke-53 negaraku, Malaysia. Sambutlah dengan jiwa dan minda yang merdeka.

Merdeka! Sejauh Mana Kemerdekaan Anda

30 August 2010 - Salam ambang kemerdekaan buat semua pembaca blogku.

Besok kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Sudah sekian lama Malaysia merdeka, kalo orang tu berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan dah pencen dah. Tetapi selama kemerdekaan yang kita kecapi selama ini, adakah diri kita betul-betul telah merdeka? Apakah erti kemerdekaan bagi anda? Tahukah betapa susahnya Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman berusaha untuk mendapatkan "Merdeka" itu untuk Malaysia?

Pada akhbar Utusan Malaysia yang lepas, ada menceritakan tentang sri kandi negara yang mungkin tidak semua orang tahu selama ini, Datuk Siti Rahmah Kassim. Beliau telah menceritakan keperitan Tunku mencari dana untuk pergi ke London bagi menuntut kemerdekaan. Beliau juga merupakan wanita pertama yang menyerahkan gelang emas pemberian bapanya bagi menampung kos perjalanan tersebut. Malah bukan dia sahaja yang sanggup berkorban pada masa itu, golongan lelaki menyerahkan cincin, jam emas dan tongkat berkepala emas manakala golongan wanita menyerahkan menyerahkan barang kemas mereka. Sehingga ada yang menyerahkan kerongsang baju yang dipakai dan memegang baju mereka sehingga majlis tamat. Betapa peritnya untuk mendapat kemerdekaan pada hari ini. Tetapi setiap tahun kita menyambutnya dengan bergembira, terkinja-kinja di Konsert Merdeka. Aku tidak pasti, tahun ini masih diadakan Konsert Kemerdekaan lagi atau pun tidak. Bukankah kita harus memanjatkan kesyukuran terhadap kenikmatan Kemerdekaan yang kita kecapi selama ini.

Aku menonton Rancangan Galaxy di TV9 pada hari Jumaat yang lepas. Pelbagai versi artis memberi ucapan Salam Kemerdekaan. Dan aku terkesima mendengar ucapan dari artis veteran, Yahya Sulong. "Muliakanlah hari merdeka kita. Hargailah pengorbanan mereka yang telah berjuang selama ini". Ringkas, padat dan penuh bermakna.

Setiap hari Ahad aku akan ternanti-nati artikel yang ditulis Tengku Khalidah di akhbar Panca Indera. Sudah tentu artikelnya pada hari Ahad yang lepas berkisarkan erti kemerdekaan. Tetapi pada hari Ahad yang lepas aku kurang berpuas hati dengan permulaan perenggan pertama tentang artikelnya yang mengulas tentang segelintir rakyat Indonesia yang membuat onar terhadap Jalur Gemilang kita. Katanya biarkan sahaja, malah perlu dibalas dengan rasa cinta, budi bahasa molek. Tetapi lama kelamaan bila didalami apa yang cuba disampaikan aku mengerti. Merdekakanlah diri anda dari rasa hasad dengki yang boleh mencalar maruah diri, bangsa dan negara. Kerana sejarah akan mengatakan semua itu berlaku di mana, di negara mereka dan yang melakukannya pun mereka. Sedikit pun tidak terkesan kepada kita. Malah akhirnya mereka sendiri yang tersadai kepenatan.

Namun demikian pada artikelnya sebelum minggu kemerdekaan ini, beliau ada mengatakan bahawa karya seni hasil Tan Sri P Ramlee sebenarnya tidak menjadi hak sepenuhnya oleh warisnya mahupun negara kita, Malaysia. Royalti semuanya dibayar kepada Shaws Brothers. Nah! Sekian lama Allayarham telah kembali, malah anakandanya juga telah menyusul pergi meninggalkan kita, hasil karya seninya masih belum merdeka lagi. Aku amat berharap ada pihak yang mengambil pusing terhadap perkara ini. Nampaknya remeh tetapi jika diperhalusi, apalah erti kebanggaan kita selama ini terhadap karya seni Allahyarham, jika karya itu masih dijajah oleh mereka yang tidak sepatutnya. Merdekakan karya seni yang menjadi sanjungan kita selama ini.

British yang menjajah telah lama pulang dari tanah air kita. Tetapi minda kita masih terus dijajah. Wahai putra-putri negara, bebaskan mindamu dari dijajah. Tidak perlu bertindik lidah, tidak perlu bertindik pusat untuk kelihatan hebat dan bergaya. Tidak perlu juga berskirt pendek, baju yang menampakkan ketiak di hari persandinganmu, kan lebih elok dan manis bila kamu bersongket dan berkebaya.

Kini, kita tidak perlu mengangkat senjata seperti datuk nenek kita di zaman dahulu. Kita juga tidak perlu bergolok bergadai harta berkorban untuk mendapat kemerdekaan. Apa yang hanya perlu kita lakukan hanyalah, perliharalah kemerdekaan ini, muliakanlah kemerdekaan ini agar ia dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.

Merdeka

Bercuti 2 Hari Dari Blogging

30 August 2010 - Salam buat semua. Isnin sudah mai. Kembali bekerja, kembali ke class, kembali ke sekolah ye semua. Monday Blues melanda ke? Mungkin bagi yang bekerja di daerah Selangor hari ini masih bercuti lagi. Tetapi aku malas nak amik cuti, sebab cuti tinggal 'ciput'.

Aku berazam untuk membuat satu entry, setiap hari. Tetapi masih tidak berjaya juga. Macam manalah orang lain boleh buatkan. Satu hari kadang-kadang tu sampai 2-3 entry. Dia orang pun ada  24 jam gak masa yang diberikan dalam sehari. Same jer macam aku. Huh! Kena bring forward azam tu ke bulan hadapan plak. Bulan depan musim raya, lagi ke laut lah entry ku nanti. Harap-harap azam untuk buat satu entry satu hari starting pada bulan hadapan akan berjaya. Sila disiplin kan diri anda ye, Cik Noreed. Chayok! Chayok!


Blogku ini tidak bersentuh selama 2 hari ini bukan saja-saja. Aku terlalu busy menyiapkan tempahan cookies Chocolate Chips daripada kawan-kawanku. Dah siap akhirnya malam ni. Tinggal buat untuk yang rumah punya dan juga untuk diberi kepada atok di Johor serta opah di Perak. Buat untuk orang tapi rumah sendiri belum ada lagi. Maybe akan sambung operasi pada cuti Merdeka nanti. Merdeka bersama cookies lah aku nanti. Huhuhu.

Chocolate Chips Cookies Untuk Tempahan

Kuih Cara di Hari Nuzul Al-Quran

29 August 2010 - Salam berhujung minggu buat semua...

Wah berhabuk blog ni. Dah 2 hari aku tinggalkan blog ni. Mentang-mentang Selangor cuti, tuan punya blog ni pun bercuti jugak. Berbuka apa hari ini? Hari ini aku nak share cerita juadah berbuka puasa pada hari Nuzul Al-Quran tempoh hari.

Aku tak tau nape setiap kali bulan puasa mesti tekak aku ni gatal nak makan kuih cara. Tak kira lah kuih cara berlauk or kuih cara yang manis bergula tu. Kalau bukan bulan puasa tak ada pulak aku nak makan. Pastu demand plak tu kalo nak makan kuih cara ni tak mo yang beli kat Pasar Ramadhan nak yang buat di rumah. Di kesempatan hari bercuti pada hari Jumaat tempoh hari sempena hari Nuzul Al-Quran, aku pun buatlah kuih cara ni. Dua-dua jenis aku buat. Tamaklah kan nak dua-dua jenis sekali.

Bersama ini aku sharekan resipi, untuk buat kuih cara ini. May be ramai yang dah tau and kuih ni simple jer. Tapi bagi aku kuih ini memerlukan skill yang tinggi gak untuk disediakan.

Kuih Cara

  1. 1 cawan tepung
  2. 2 cawan santan (If santan terlalu pekat campur sedikit air dalam sukatan santan tersebut)
  3. 1 biji telur
  4. Bagi cara berlauk : letak 2 titik pewarna kuning + secubit garam
  5. Bagi cara hijau (manis) : letak 2 titik pewarna hijau (TIDAK perlu garam)
     Masukkan bahan-bahan di atas mengikut urutan nombor di atas. Setelah sebati, tapis adunan tadi. Kuih tradisional ni cerewet sket cara membuatnya. Sukatan di atas ni cukup untuk 2 orang makan.

Untuk membuat inti cara berlauk:
  1. Sesudu bawang merah+ bawang putih yang dikisar
  2. Sedikit halia 
  3. Daging kisar 
Tumis bawang, masukkan halia and daging.Masak ia sampai kering. Angkat daging biarkan ia sejuk.

Kuih Cara

Panaskan tempat pembakar kuih cara itu, and sapukan minyak. Biar betul-betul panas. Kalo tak alamatnya melekat lah kuih cara anda semua yea.Untuk sapukan minyak di pembakar tu, gunakan daun pandan yang diikat. Nanti berbau wangi minyak tu. Bila dah panas masukkan adunan tepung sampai penuh. Selepas tu, masukkan gula/daging tadi dalam 1 sudu kecil. Untuk cara berlauk letakkan hirisan lada (errr cili lah tu, orang Johor panggil lada)  yang dihiris kecil-kecil. Ni sebagai cantik and add on rase sahaja. Masak lebih kurang 10 minit. Jangan lupa tutup dengan penutup dia, supaya cepat masak. Untuk cungkil kuih ini keluar dari bekas dia, aku gunakan penyapu mentega dan garfu. Mula-mula tu aku guna lidi, tapi susah lah pulak. And pada kali pertama, kemungkinan kuih anda akan melekat. Harap bersabar yea, jangan paling tempat pembakar tu ke dalam tong sampah plak. Sian, dia tak berdosa. Each time aku masak kuih ni, masa mula-mula bakar mesti dia melekat. Terkejut agaknya, setahun sekali jer dia digunakan. Hehehe. Tapi yang 2nd time dia dah ok.

Ok selamat berbuka puasa semua. Enjoy the recipe.

Kuih Cara

Kita Layan Lagu Dulu: My 1st Entry Post with Mp3






Click the red button to enjoy the song

27 August 2010 - Salam hari Khamis buat semua...

Beberapa hari lepas berblogwalking di blog Neo. Ada pasang lagu lah entry dia kali ni. Gatal tangan gi tanya dia macam mana nak buat macam tu, so dia pun bagi link ke blog chokilala. Ada tutuorial lengkap tentang memasang lagu dalam entry blog. Thanks bro neo for the link. And thank you jugak pada penulis blog chokilala for sharing the tutorial.

Tetapi aku tidak success di sini, aku mengalami masalah dari segi untuk mencari link untuk source lagu dalam format Mp3. So kena menjelajah lagi mencari tutorial, yang bleh menyelesaikan masalah ku ini. Berblogwalking ke blog Calipso, ade tutorial membuat Playlist Lagu Mp3 . Di tutorial ini ada disediakan sekali macam mana kita nak buat source lagu so that we can call it in the playlist nanti. Senang citer ada link untuk membuat Google Sites. Akhirnya berjaya jugak aku akhirnya. Punyalah khusyuk nak buat benda ni, sampai terlewat berbuka puasa lah tadi. Sangat berterima kasih kepada Calipso.

Mari kita layankan lagu Bunga Cinta Lestari bertajuk "Karena Ku Cinta Kau". Lagu ceria-ceria untuk membangkitkan mood anda semua. Ku sertakan lirik untuk sesapa yang nak berkaraoke. Kalo anda di opis, agak-agak ye bila time nada tinggi tu, takut bos anda nak joint skali plak. Haisshhh haru-biru nanti.

Let`s enjoy this sweet song together. Besok kena memerah otak, untuk masuk satu lagi contest yang dianjurkan oleh Mr Unwanted iaitu, Oh! Best. Minggu ni memang minggu contest lah...






psstt..psstt...lagu ini tiada kena mengena antara yang hidup, mati, koma mahupun yang blum dilahirkan di dunia yang fana ini :) 



pict credit to: We Heart It and edited by me
song credit to: 4shared , mixpod.com
Lyrics credit to: 1liriklagu

Kempen 1 Blog 1 Bendera

26 August 2010 – Assalamualaikum dan salam ceria buat semua yang sudi berkunjung di blogku…

Kempen 1 Blog 1 Bendera

Demi menyahut seruan blogger Zaidah, mengibarkan 1 blog 1 Malaysia maka ku kibarkan Jalur Gemilang di entry kali ini. Sebenarnya aku mengetahui kempen 1 blog 1 Malaysia melalui blog mama yatie. Dalam perjalanan untuk ke tempat kerja hari ini, lagu Kemerdekaan dendangan Alyarham Sudirman Haji Arshad telah mula berkumandang. Begitu juga beberapa lagu patriotic yang lain.

Dah alang-alang aku kibarkan Jalur Gemilang ni, mari kita bercerita sedikit tentang bendera negara kita.

  
Pengertian di sebalik warna dan rekabentuk Jalur Gemilang
  • Biru : melambangkan perpaduan rakyat Malaysia
  • Kuning: merupakan warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
  • Merah: keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat
  • Putih: melambangkan keluhuran dan keikhlasan
  • 14 jalur merah dan putih (melintang) adalah tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan
  • Anak bulan dan bintang merupakan tanda Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia

Susur galur Bendera Malaysia a.k.a.s Jalur Gemilang
  • Pada tahun 1949 satu pertandingan peringkat kebangsaan untuk mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan berjaya menarik sebnyak 373 karyawan. Setelah pemilihan dilakukan hanya tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.
  • Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
  • Majlis Perundangan Persekutuan mahu mendengar pendapat umum tentang ketiga-tiga rekaan berkenaan dan telah dikelolakan oleh The Malay Mail. Dan akhirnya rekaan ketiga hasil dari seorang arkitek kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah telah dipilih.
  • Rekabentuk ini telah diubahsuai beberapa kali untuk disesuaikan dengan negara kita. Pada tahun 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:
"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven  horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

  •  Dan ia telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Buat pertama kalinya Bendera Malaysia berkibar dengan megahnya pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI
  • Setelah sekian lama digelar Bendera Malaysia iaitu selama 47 tahun, pada kemerdekaan ke-40 (1997) nama baru telah diberikan; Jalur Gemilang. Nama ini telah dicadangkan oleh Redzuan Tamin, seorang pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti.

Pengertian di sebalik nama Jalur Gemilang
  • JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih.
  • GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.
Maka apalagi jom kita kibarkan Jalur Gemilang di blog masing-masing. Supaya kemeriahan merdeka kali ini dapat dirasai di alam realiti dan maya. Selamat Hari Merdeka buat semua...



credit goes to wikipedia

Giveaway Hari Raya kakyong[dot]com

25 August 2010 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blogku.

Begitu cepat masa berlalu, tak prasan hari ini dah 25hb. Tangguh-tangguh satu entry contest ni dari hari ke sehari tak buat-buat. Hari ini tarikh tutupnya. Aku gamble jer lah joint ni. Harap-harap kak yong terima entry ku ini.

Giveaway Hari Raya kakyong[dot]com


Ni merupakan kali kedua aku joint contest di blog kak yong. Sebelum ini aku joint Contest Tagline. Rajin sungguh kakak ku ini membuat contest. rezeki lebih katanya. Baguslah kan, ada rezeki lebih boleh lah kita sharekan bersama. Semoga rezeki kak yong bertambah murah lagi ye.

Hadiah-hadiah menarik telah disponsor oleh 2 tauke besar yang arif di dalam bidang membuat cake; iaitu:
Sesape yang rajin membuat cake, mencari bahan-bahan membuat cake, sila lah ke Ummie Cake House dan kepada sesape yang ada occasion nak tempah cake, cupcakes and biskut bleh lah menjengah di Anis Sweet Chocs & Cakes. Ada hamper hari raya lagi.

Ok itu saja. Fuhhh semput membuat entry contest ni. Tulah buat lagi kerja last minute. Sesapa yang sempat membaca entry ku malam ini, sila lah joint. Mana tau "untung sabut timbul, untung batu tenggelam". Harap-harap sabut lah hendaknya.Kepada semua contestant good luck and special thanks to kak yong sebagai penganjur contest ini.

Mode: Bengang di Bulan Puasa

24 August 2010 – Salam ramadhan dan salam sejahtera kepada semua….

Hati ini begitu bengang dengan kerenah orang di sekelilingku. Sunnguh aku marah, bila diri ini seolah-olah diperkotak-katikan. Seperti diri ini tidak bererti langsung. Nak saja aku menjerit mengherdiknya. Kesilapan telah dilakukan, tiada maaf diucapkan berlalu begitu sahaja tanpa rase kesal di hati. Di mana rasa tanggung jawabmu, kawanku.

Kebetulan pagi ni, menerima email dari cousin ku yang berkongsi maklumat tentang kelebihan surah Alam Nasyrah. Dapat melapangkan dada dan dipermudahkan segala urusan. Tidak mahu meneruskan mood bengang ku berterusan, aku terus membuka  quran digital di internet. Rasa tidak sedap di hati ini harus aku buang jauh. Jika tidak kurus pahala puasa ku. Setelah beberapa kali, alunan surah Alam Nashrah ini ku dengari, tenang sedikit rasa hati yang bergelodak sejak dari semalam lagi. Alangkah bagusnya, jika aku melakukannya sejak dari semalam, malangnya aku baru mengetahui keajaiban surah ini.

surah Alam Nasyrah

Setelah benda ini berkesan, terhadap diriku terdetik rasa di hati untuk berkongsi maklumat ini dengan pengungjung blogku. Mungkin boleh mendatangkan manfaat kepada yang lain. Jika ada yang sudah mengetahuinya anggap sahaja entry ku ini sekadar revision untuk anda di bulan puasa ini.
Bagi menyenangkan pencarian kalian terhadap surah ini, berikut sedikit informasi ringkas tentang surah ini:
  • Juz 30
  • Surah Ash-Sharh ada juga terjemahan yang menulis Al-Inshirah.

Berikut adalah terjemahannya di dalam Bahasa Malaysia:
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). / (8)

Dan juga terjemahan di dalam English:
Have We not opened your breast for you (O Muhammad (SAW))? (1) And removed from you your burden, (2) Which weighed down your back? (3) And have We not raised high your fame? (4) Verily, along with every hardship is relief, (5) Verily, along with hardship is relief (i.e. there is one hardship with two reliefs, so one hardship cannot overcome two reliefs) (6) So when you have finished (your occupation), devote yourself for Allah's worship. (7) And to your Lord (Alone) turn (all your) intentions and hopes. (8)


Dan ini adalah 3 kebaikan surah ini yang membuatkan ku terpaut hati:
  • Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
  • Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
  • Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

  
Mode: Bengang di Bulan Puasa


Bagi sesapa yang ingin membacanya or mendengar surah ini secara online, boleh lah jengah di Quran Explorer ini boleh diakses secara percuma tanpa perlu melakukan proses installation. Apa yang aku suka tentang Quran Explorer ini, memberi pelbagai option kepada kita. Boleh mencari surah, boleh memilih penulisan script al-quran, boleh memilih kaedah pembacaan yang selesa untuk pendengaran kita. Di samping itu ada juga hokum tajwid disediakan. Tetapi pada diriku agak mengelirukan sedikit hukum tajwid di sini. Bila sesuatu surah dibacakan, highlight berwarna hijau akan dikenakan pada ayat tersebut, maka kita tidak akan lost di dalam proses pembacaan kita. dan yang paling aku suka, ia mempunyai terjemahan di dalam pelbagai bahasa; ada di dalam Bahasa Malaysia. Kebanyakkan terjemahan secara online yang aku jumpa sebelum ini, di dalam Bahasa Indonesia. Yelah dah bukan bahasa ibunda ku, sukar untuk aku memahaminya. Dan jika kita berniat untuk print sesuatu surah, button print ada disediakan.
Mode: Bengang di Bulan Puasa
Sepanjang artikel ini ditulis aku masih mendengar surah ini. Rase marah berkurangan sedikit demi sedikit. Semoga entry ini dapat memberi manfaat bersama.


talkIsaid

psstt...psstt...komen kawan-kawan tentang entry chocolate chips terlewat dibalas disebabkan current mode ini. Maaf ye

Misi Mencari Kerepek

23 August 2010 – Salam sejahtera buat semua pembaca. Terima kasih sudi menyinggah di sini.
Entry sebelum ni aku bercerita tentang kuih/biskut raya kan? Kalinya entry aku nak citer perjalanan aku semalam mencari kerepek di sekitar Selangor. Pagi tu around kul 9 pagi mak aku dah kejutkan aku untuk ajak dia ikut amik baju raya kita orang yang dah siap kat Banting. Jauh tak jauhnya tempah baju sampai ke banting tu. Hehehe. Oooppss ni bukan nak citer tentang baju raya ek, citer tentang kerepek.

Misi Mencari Kerepek

Dalam perjalanan untuk ke rumah tukang jahit tu, ada banyak signboard and gerai-gerai menjual kerepek untuk Hari Raya ni. Kita orang pun apa lagi sambil menyelam minum air lah. Eh batal pose plak nnt. Hehehe. Mula-mula tu kita orang singgah kat “Kerepek House”. Kedai ni bukan kat tepi jalan dia macam tersorok sket ke dalam. Terkejut bila masuk tu, banyak btull keta sampai jammed lah. Punya lah ramai orang kat “Kerepek House” tu macam orang datang kenduri kahwin lain. Bersesak-sesak nak masuk. Famous habis kedai ni. Actually kedai dia ni macam rumah, bila nak masuk kena bukak kasutlah. Mase kita orang sampai tu, banyak kerepek yang dah ‘ilek’. Kerepek pisang yang jenis bulat-bulat, aku suka tu dah habis dah. Bila kat situ startlah rambang mata, semua pun nak beli. Kat sini bukan sahaja jual kerepek kuih raya pun ada. Tapi mak aku kata, kuih raya kat Kampung Kuantan, Klang lebih murah. So kita orang just beli kerepek jer.  Ade satu bahagian untuk para perniaga beli secara borong.  Tak sempat nak snap picture ramai sangat orang. Macam-macam kerepek gak lah kita orang beli, kerepek pisang ‘sire’, tumpi, cakar ayam, kerepek tempe, kuih kapet. Oh kuih kapet kat sini ada yang berbentuk kon. Dodol dia plak packaging dalam bekas kecik.Creative btull dia orang ni.

Misi Mencari Kerepek


After perabis duit kat situ, gi plak lagi satu kedai kerepek; “Mama Juns”. Yang ini kat tepi jalan jer. Mak aku nak cari baulu gulung. Tapi tak ada. Lain di cari lain dibelinya, adik aku duk beli kacang parang plak. Rupa-rupanya, currently dia orang concentrate on kerepek dahulu, baulu gulung dai orang buat lambat sket.. Even tak ada dah barang yang dicari mak aku still nak ronda-ronda tengok kuih yang lain. Aku seperti biasa start lah menjadi mak nenek kualiti control. 
             “Kata nak beli baulu gulung, dah tak ada jom lah balik”
             “Eee… bising lah kakak ni, gi amik gambar jer, dah abis amik gambar gi duk dlm keta.   
               Tak tenang ibu nak beli barang”
Hehehehe mak aku paling rimas kalo gi soping dengan aku. Tak tenang dia nak beli barang.

Misi Mencari Kerepek

Selepas tu pergi lagi satu kedai kerepek; “Rose Enterprise”. Kedai yang ni kena masuk ke dalam sket. Kat sini pun ramai gak. Tapi tak dapet nak lawan kedai yang pertama tadi. Kat sini ada jual kerepek, kuih raya dan air bikarnonat. Aku biasa lah bila nampak air start lah tanduk syaitan soping aku tumbuh, toing..toing… Tapi Alhamdulillah dapat melawan godaan….fuuhh slamat. Kali ni misi mak aku nak cari kerepek ubi plak. Macam-macam perisa plak kerepek ubi dia kat sini. Ada perisa BBQ, Kari, Tomato and Masin (biasa). Last-last mak aku beli kerepek ubi(masin) and kacang. Aku dah buat muka pelik dah,
           “Napenyer beli kacang ni, kan ibu tengah pantang tak leh makan kacang”
Rupa-rupanya, dia nak bagi orang. Hehehe tak pasal aku buat dosa keringkan. Tapi mak aku memang saje pun nak kenakan aku nak tengok reaction aku. Sabar jer lah kan.

Misi Mencari Kerepek

Selepas selesai urusan di Banting ni, kita orang bergerak ke Kampung Kuantan, Klang plak. Boleh kata every year memang mak aku akan beli kuih or kerepek kat sini. Adik aku ni nak makan kuih tart yang jenis gulung plak. Mak aku dah beli dah tu hari tart yang bunga tu.
            "Hmm...nasib anak dua jer. Satu nak tart tertutup, satu nak tart terdedah."
Hahahaha. Bila tiba kat kedai ni aku dah tak larat dah. Snap gambar pun sket jer. My mum and sis jer lame kat dalam kedai tu. Aku snap picture pastu dah kluar melepak dalam kereta.

Fuhh penat btull misi mencari kerepek ni. Btull tak aku cakap bleh kata seluruh Selangor lah kita orang meronda mencari kerepek. Balik tu masing-masing dah melepek jer. Sebenarnyer after Kampung Kuantan tu, kita orang singgah lagi satu tempat, tapi bukan beli kerepek lah. Tu tunggu entry selepas ini ye. Panjang bebenar dah entry ni. Bosan nak baca nanti. So tungguuuu yee…

Biskut Raya Ku: Chocolate Chips

22 August 2010 - Salam buat semua....

Dah buat biskut raya ke? Berapa jenis biskut raya tahun ni? Soalan yang biasa kita dengarkan. Semalam aku berjaya menyiapkan 1 jenis biskut raya. Setiap tahun pun memang aku buat biskut ni, Chocolate Chips. This cookies taste like Famous Amous cookies. Sedap ko! Dulu masa kecik-kecik, bila raya auntie aku bawak balik biskut ni, sampai atok aku kena sorokkanlah, sebab my cousin (buruk siku ini budak, mak dia bawak dia plak yang makan) and I akan balun biskut ni sambil melangut depan tv. Asalnya ini resipi auntie aku. Disebabkan aku suka sangat makan biskut ni, aku pun minta lah resipi dari dia. "Thank you Mak Ngah for sharing me the recipi". Aku ada gak amik tempahan untuk buat biskut ni dari kawan-kawan opis and sedara mara terdekat. Tak adalah besar-besaran. Bila dah beberapa tahun ni asik mengambil tempahan jer aku dah jadi tak lalu nak makan biskut ni.

Biskut ni ada 2 version. Biskut pun ada version ka? Version ada walnut and version plain(no walnut). Aku kan cukup pemalas nak buat version yang ada walnut. Tapi yang ada walnut ni lah ramai yang menempah. Bukan ape, aku malas nak cincang walnut tu. Hampeh btull penjual ni kan. Setiap tahun pun, pembeli-pembeli ku yang akan bertanya "Noreed tahun ni awak buat Chocolate Chips tak?" Aku bukan reti nak promote. Paling terror aku promote, sent email jer. Sebab tu lah aku ditakdirkan work with machine not human.

Proses membuat biskut ni tak susah. Just scoop with spoon jer. But after bancuh biskut ni kena rehatkan dia jap kat dalam peti ais. After that baru bleh bakar, ye puan-puan.

Chocolate chips

 Chocolate chips yang dah siap berbaris sebelum dimasukkan ke dalam oven.

Aku start membuat operasi membuatnya around kul 11 pagi. Then bagi adunan chill out jap, aku pun start menerawang di alam cyber ni, membuat entry Berapa Negara Di Dunia Ini? and membuat draft tentang entry ni. After Zohor barulah start buat. Complete my task, time berbuka pose. Fuhh ngam-ngam....

Akhir kata dari ku, enjoy the picture and selamat membuat biskut raya.

Chocolate Chips


Chocolate Chips
Chocolate Chips yang sedia untuk di'ngap'




watermark

psstt..pssstt...berazam nak buat biskut nestum tahun ni.

Ada Berapa Negara Dalam Dunia Ni???

21 August 2010 - Halllooo semua, apa macam hari ni? Kepada yang berpuasa selamat berpuasa. Kepada yang tidak jalanilah hari anda dengan bermanfaat ye. Apa kata hari ini kita uji minda atau lebih tepat lagi ui general knowledge kita. Rasa-rasa korang semua ada berapa negara dalam dunia ni? Tadi aku tanya pakcik google, hmm macam-macam jawapan kluar. Ada yang kata 192, 194, 195, 196. But according to United Nations there is 192 yang berdaftar di bawahya. Sebenarnya, sebelum artikelku ini ditulis, aku saja meng'test' diri sendiri kat website, oneplusyou.com. Di website ni, ada pelbagai kuiz, antaranya dalam masa 5 minit berapa banyak country yang kita bleh senaraikan? Dare to take the challenge. Gi lah try kat sana. Shock, u will be surprise how many country that you know. Aku dapat sket jer. Huhuhu. Hampeh btull geografiku. Nak wat mcm mana dulu blajar geografi sampai Asia Tenggara jer. Ceh! Alasan jer....Want to know my result? Sebelum tu korang kena amik test tu dulu. Jujur tau, jgn flip pakcik google. Bulan pose ni tak baik tipu-tipu tau.

Here, is my result!!!! Jangan gelakkan aku tau. Malu I..


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
.
.
.
.
.
1.America
2.Afghanistan
3.Australia
4.Austria
5.Bangladesh
6.Brunei
7.Cambodia
8.China
9.Cuba
10.Denmark
11.Germany
12.India
13.Indonesia
14.Israel
15.Japan
16.Laos
17.Madagascar
18.Malaysia
19.Mauritius
20.Mexico
21.North Korea
22.Pakistan
23.Peru
24.Singapore
25.South Korea
26.Thailand
27.Uganda
28.United Arab Emirates
29.United Kingdom
30.Vietnam
31.Zimbabwe

31 jer jawapan yang mampu aku bagi. Adei truk btul result aku. Berapa negara yang korang dapat ek? Oh yea if nak tau info sesuatu negara tu bleh lah lawati laman web wiki.answers.com. Let I share little bit info tentang Malaysia yang aku perolehi di sana ye.


Msia Flag



talkIsaid

psstt...psstt...Sunni Muslim tu ape yea?

Berpuasa Dari Sudut Kesihatan

20 August 2010 - Salam semua. Hari ini dah hari ke berapa ye kita berpuasa, hari ke-9 kalo tak silap aku lah? Hari ni aku nak share with you all tentang berpuasa dari sudut kesihatan. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa berpuasa baik untuk kesihatan kita, selain daripada tuntutan wajib kita berpuasa di bulan Ramadhan ini. Semalam aku ada baca sebuah buku ni bertajuk "Ramadhan Datang Lagi". Buku ini adalah terbitan Yamani Angle dan ditulis oleh 2 orang penulis Wan Mohd Noh Wan Hamat dan Rusnah Abu Samah. Oh! Puan Rusnah ni ada blog ye, iktibaronline. Quite intresting buku ni. Kualiti kertas yang bagus, layout yang kemas, penggunaan graphic yang menarik serta olahan yang mudah difahami. (Hohoho, aku sangat cerewet di dalam pemilihan buku ilmiah). Ia mengupas sudut puasa dengan lebih global lagi. Malah resipi untuk berbuka puasa pun ada. Secara jujurnya aku blum khatam buku ni, tetapi aku terjumpa sesuatu yang sangat intresting untuk aku kongsikan bersama pembaca semua. Iaitu puasa yang berjaya jika dilihat dari segi perubahan fizikal, mental dan emosi kita. So here it is....


Berpuasa Dari Sudut Kesihatan

Rawatan Altenatif: Rawatan Urat Saraf

18 August 2010 - Salam buat semua. Terima kasih kerana sudi berkunjung di blogku ini. Pernah dengar rawatan alternatif? Rawatan alternatif ini merupakan rawatan yang tidak menggunakan ubat-ubatan dari pihak doktor. Sebgai contohnya rawatan homeopathy, rawatan menggunakan herba-herba semulajadi, rawatan menggunakan kitab suci Al-Quran dan macam-macam lagi. Pernah mencubanya? Entry kali ini aku ingin bercerita tentang pengalaman aku mengunakan rawatan alternatif.

Sebenarnya pada hari Ahad yang lepas, aku telah pergi ke Ampang untuk mencuba satu rawatan alternatif. Rawatan alternatif ini merupakan rawatan yang berasaskan urat saraf. Bermaksud orang yang akan mengubat kita itu, akan memeriksa urat saraf di tapak kaki kita untuk menentukan penyakit yang kita alami. Untuk memudahkan penceritaan aku ini, biar aku perkenalkan orang yang melakukan proses rawatan ini namanya; Wan. Pemalu orangnya. Tanya sepatah jawab sepatah. Oh yea! Lupa nak habaq nama tempat ini ialah PUSAS (Perubatan Urat Saraf Abdullah Salleh). To tell you the truth, aku ni jenis yang susah sket nak percaya cara perubatan selain daripada ubat doktor. Tetapi disebabkan parent aku insist me to go, so "I fooolllooowww". And terdapat beberapa benda yang agak "miracle" terhadap analisis yang dibuat oleh Wan ini terhadap both of my parent.

Rawatan Altenatif:Rawatan Urat Saraf

Mesti korang tertanya-tanyakan macam mana Wan ni check kan? Ok mula-mula dia akan pegang tapak kaki kita untuk check saraf kita. Dari sini dia akan dapat tahu saraf yang problem and relate with our penyakit. Dia akan tahu, apa yang kita kurang makan and terlebih makan sehingga memudaratkan kesihatan kita. Sebagai contohnya in my case bila dia pegang jer kaki aku dia cakap; "Ini kurang makan sayur ni" Hehehe aku sengih jer. Rase normal jer aku makan sayur macam orang lain, masih kurang jugak? Haaaisshh....malu I tau, Wan...Hahaha tak pasal-pasal.

Then step yang kedua dia akan, bubuh minyak untuk memulakan proses mengurut dia. Sebenarnya jika diperhatikan bukan urut pun, dia just pegang-pegang dekat saraf yang problem tu. Perbetulkan mana-mana yang dah terbelit agaknya. Beware yea, masa ni memang sakit. Aku jenis yang memang tak suka berurut ni, so sesekali kena urut ni aduhai sakitnya. Ntah berapa kali Wan tu menarik kaki aku yang lari bila sakit. Ikutkan hati masa dia urut tu, nak jer aku pegang tangan dia and cakap; "STOP!!!".

Then after that dia akan mengurut kaki kita menggunakan kayu pulak.Dont worry, kenit jer kayunya, sebesar jari-jemari jer. Pada mulanya aku ingat masa kayu ni yang sakit, tapi masa kayu ni tak sakit pun macam step sebelum ni. Disebabkan aku dah trauma sakit dengan step before this, kaki aku jadi merekot takut untuk bagi Wan urut. Terpaksalah dia convince aku untuk luruskan kaki. Tersengih kambing Wan tu tengok aku yang dah menikus ketakutan. All together proses ini lebih kurang 15-20 minit sahaja.


Rawatan Altenatif:Rawatan Urat Saraf

Setelah selesai proses berurut tu, dia akan bagi kita satu buku kuning di mana dia akan highlight, garis dan circle pada senarai penyakit-penyakit kita. Terdapat juga beberapa pantang larang makanan yang harus di patuhi oleh pesakit. Contohnya kancang panjang, air batu, dan banyak lagi lah. Aisseehh...air batu? Air batu ni memang aku pantang....tapi pantang nampak. Sehingga ke hari entry ini ditulis, aku bleh pantang semua benda kecuali air batu tetap ku teguk.


Rawatan Altenatif:Rawatan Urat Saraf


Jika ditanya tentang bayarannya tidaklah mahal, below RM20 jer. Lagi satu yang aku macam berkenan nak try rawatan ini ialah, mereka di sini tidak memaksa kita mengambil produk mereka. Aku cukup pening bila, orang promote-promote barang kat aku. Kadang-kadang dari aku nak beli, dek kerana terover promote aku bleh blah begitu sahaja.

Kepada sesapa yang berminat untuk mencuba rawatan ini, PUSAS beroperasi setiap hari kecuali hari Selasa dan Jumaat. "Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati"




pssstt...pssstt...perlakon Zaibo tu ada mencuba buat rawatan saraf ni.

Blogger Yang Terdesak

 Blogger terdesak itulah homework terbaru yang diberi oleh Cikgu Ijad kali ini. Ayoyoyo Cikgu Ijad apa pasal banyak susah tajuk kali ini. Kalo fail paper ni, bleh re-seat paper Julai ka?  Bukan sahaja aku membuatku terdesak untuk menyiapkan entry ini, malah membuat ku tersedak-sedak. Bersungguh-sungguh ku mencari idea untuk joint lagi kali ni punya homework project, tapi tak timbul-timbul jua. Tido bangun, tido bangun...harapkan idea ku temui di dalam mimpi, tapi haram habuk pun tadaaa...

Akhirnya di malam hujan yang renyai-renyai di luar sana, aku cuba menulis berkaitan cinta ku yang terlarang.  Tentang terdesak nya cinta ku. Betapa aku mencintai mu tuhan sahaja yang tahu. Tetapi cinta kita ibarat dua darjat. Menjadikan jiwa ku makin terdesak untuk memilikimu. Dan kau pula setia menanti kehadiran ku.

Di petang Ramadhan yang redup, aku ke pasar Ramadhan bersama kedua orang tua ku. Gembiranya rasa hati, kerana aku berpeluang menatapmu walau seketika . Bak kata orang kalo bercinta tak dapat tengok empunya badan tengok bumbung pun jadilah. Oh! Aku sungguh angau dengan penangan cinta mu. Dari tak tau nak buat side parking, tapi demi terdesak nyer hati ini untuk menemui mu, menjadikan aku begitu gigih memulas stering.

Cinta Blogger Yang Terdesak

Perlahan-lahan aku mengatur langkah bersama kedua orang tuaku mengharungi lautan manusia di pasar Ramadhan ini. Ku mencari kelibatmu di kalangan kawan-kawan mu yang girang berbaju merah, hijau, putih, dan kuning. Di manakah gerangan dirimu? Susah pula mencari dirimu kali ni. Hati ku makin terdesak mencarimu. Ayah ku mengerling tajam, seakan-akan memberi amaran kepada diriku. Ibu pula tersenyum kambing mengejek obsesnya cinta ku terhadapmu. Arrrgghh aku makin terdesak, di mana diri mu yang selalunya macho berbaju hitam.

Tiba-tiba nun di hujung gerai sana, kau menanti ku dengan penuh bergaya. Desakan hati ku menjadikan aku memberanikan diri meminta izin dari ayahku, walaupun ku tahu dia tidak akan merestuinya;

       "Ayah, jap lah kakak nak gi gerai hujung sana, nak beli air mata kucing".
       "Eee..degil btul, orang kata tu air paip nak gak beli, belilah nanti sakit perut jangan complain". 

Aku terus meluru laju ke arah cinta hati ku, wahai air mata kucing....

       "Bang, nak air mata kucing satu".

Tersenyum bangga sambil berpimpin tangan dengan air mata kucing ku, pergi menuju ke arah ayahku yang menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setujunya di seberang jalan sana. Alahai air mata kucing kau menjadikan aku Blogger Yang Terdesak ....untuk memiliki air mata kucing sebagai pelengkap juadah berbuka puasa ku hari ini.

Blogger Yang Terdesak


Air Mata Kucing Buatku Terdesak



pssstt...psstt...ampunnn jgn marah yea nanti kena jual... :)

picture source: pakcurecipe , we heart it ,flickr Edited by me.

Mari Nyanyi Lagu Ini Bersama-sama: Getar Hati

17 August 2010 - Slamat pagi semua....Seminggu mencari idea untuk menulis entry Blogger Yang Terdesak. di blog saudara, Rohaizad. Ketandusan idea sungguh aku kali ni. Kepada sesapa yang blum joint, cepat-cepat pintu gerbang entry akan ditutup pukul 12.00 tengah hari, hari ini. Alhamdulillah akhirnya berjaya gak menyiap satu entry yang penuh bermakna and nantikan entry ku pada pukul 11.30 nanti . So sebagai intro terhadap entry ku itu, mari ku dendangkan lagu Getar Hati by Gio. Ku rasa semua orang pun tahu lagu ni, kepada yang tidak tahu lagu ini merupakan OST untuk Lagenda Budak Setan. Happy song on Tuesday morning. Ennnjjooozzzz....

Jalan-jalan Cari Makan: Pasar Ramadhan

Peringatan n3 ini mengandungi unsur-unsur yang boleh melemahkan iman anda. Jika anda lemah semangat sila baca entry ini selepas waktu berbuka puasa.

16 August 2010 - Asik tengok entry orang tentang juadah berbuka pose jer. Meh aku plak nak citer juadah berbuka pose. Hehehe. Last weekend 2 hari berturut-turut aku gi ke 'Param' a.k.a.s Pasar Ramadhan. Tahun ni ada pasar Ramadhan yang dekat jer area rumah aku. Oh! Tapi still kena bawa kereta lah. Mau pengsan kalo berjalan, just tak perlu kluar jalan besar jer. Pasar Ramadhan ni best sket tak crowded sangat, lapang jer senang nak berjalan. Tapi seperti biasa lah masalah parking. Naik motor kan senang. Konon nak naik motor, bawak pun tak tau, dah lah penakut naik motor.


Hari Sabtu, drive from home sorang-sorang then janji jumpa my parent kat pasar Ramadhan yang baru balik dari class. Hari ni dapur mak aku tutup yea. So bleh beli banyak sket. Hehehe startlah tamak tu. Ronda dari mula sampai hujung, aku terasa nak beli air jer. Huusshh...macam-macam air ada. Air tahu, tebu, tembikai, bandung, mata kucing, nanas, lemon blue and banyak lagi. Semua menggamit-gamit panggil, "belilah saya, belilah saya". Ayah aku dah jeling jer, dia memang cukup tak berkenan aku beli air-air macam tu. Sorry ayah, anakmu tak kuat iman menahan godaan air ni. End up aku beli air mata kucing + nasi kerabu. My mum beli nasi lemak + beberapa jenis kuih talam, and my dad beli nasi ambang. Orang Perak ni dah jadi orang Johor, suka nasi ambang.


Hari ahad pulak, my beloved mum dah masak bubur asyurah, tapi tekak ni gatal nak makan kuih manis. So pergi pasar Ramadhan yang sama lagi. Ok objektif nak beli kuih jer. Jangan gatal beli lain jer...terutama air. Eeee, truk betul godaan air ni. Pergi dengan my sis and my dad. Semalam dah ronda dari mula sampai hujung, hari ni pun ronda lagi. Macam lah  orang jual berubahkan. Dah puas ronda baru decide nak beli apa. Bising btull ayah aku beli murtabak RM2.50 yang comel loteh tu.  Hai ayah ku ini, memang standard harga murtabak macam tu skrang. My sis beli roti jala and aku beli kuih lapis and kuih koci.




Balik tu saja nak round area stadium. Kat sini pasar Ramadhan dia tak yah cakap lah, memang besar. Tapi previous year aku gi, kebanyakkannya makanan yang aku beli agak mengecewakan. Tahun ni tak pernah pergi lagi. Nanti jika aku gi sana, aku buat laporan yea. Sampai kat area stadium tu punyalah penuh manusia, tersangkut-sangkut dah keretaku....jalan dah jammed. So tak jadilah nak turun, just round dalam keta jer...Ok Slamat berbuka puasa semua...



psstt..psstt...terlupa nak snap kuih koci yang aku beli, kan best kalo ada partner yg bleh tolong snapkan gambar utk aku tempek kat sini.

Remove Intensedebate

14 August 2010 - Salam berhujung minggu kepada semua. Peristiwa ni actually berlaku semalam. Tetapi disebabkan bz sesangat semalam, tak sempat nak mengupdate blog.

Dalam minggu lepas aku telah install satu plug-in untuk ruangan comment; iaitu Intensedebate. First time tengok plug-in ni kat blog Kak Yong. Nampak kemas and very user friendly kepada pengunjung blog. So aku pun apa lagi gatal lah tangan menginstall.

Tetapi bila dah pakai aku macam kurang berkenan sket dengan setting Intensedebate ni. Aku tak tau kat blog orang lain, tp kat aku bila guna plug-in comment ni, nak load satu-satu entry, jadi slow sket. Lagi satu yang aku tak shock sangat, tak ade notify blogger bila ada comment kat dashboard tu. Its notify by email. May be ada setting dia yang aku tak tau agaknya. tapi aku dah try macam, untuk klaur notify comment kat dashboard tetap tak ada. And menerusi blog gak aku dapat nak tengok berapa komen untuk setiap entry. Benda ni sebenarnya mendatangkan aku semangat untuk trus merapu di blog. Hehehehe. Lagi satu, but yang ni aku tak amik kisah sangat,all comment akan auto publish, tuan empunya blog can not filter.

Akhirnya aku pun decide nak remove Intensedebate. Lagipun kat ade features baru kat comment blogspot skrang, nak try lah. Tapi satu masalah timbul bila aku dah remove still aku nyer comment tak kluar. Dan startlah aku panic semacam. Alhamdulillah akhirnya berjaya. So di sini aku nak kongsi macam mana cara untuk remove Intensedebate ni. Sharing is sexy maaa....hehehe

Langkah pertama:
- Log in ke Intensedebate
- Setelah log in skrin pertama yang akan terpapar adalah seperti Gambar 1

Remove Intensedebate
Gambar 1

Langkah kedua:
- Click pada button Unistall. Yang berwarna merah seperti Gambar 1
- Skrin berikut akan terpapar , seperti Gambar 2.

Remove Intensedebate
Gambar 2


Langkah 3:
- Follow langkah yang diberikan
- Secara ringkasnya. Log in di blogspot >> Click Design >> Cari IntenseDebate box, click Edit >> Click Remove >> Save

Langkah 1-3 agak straight forward. Tapi still kotak comment aku tak kluar. So sebagai add on, kepada sesiapa yang facing problem ni, sila follow Langkah 4

Langkah 4:
- Log in ke  blogspot  and click Setting pada dashboard
- Then pilih tab Comment.
- Di combo-box Comments Default for Posts sila pilih "New Post Have Comments". Rujuk Gambar 3

Remove Intensedebate
Gambar 3

Insya-Allah posting entry yang baru akan ada kembali comment box blogspot yang asal. Harap-harap entry aku ini dapat membantu kepada sesapa yang ada masalah untuk remove Intensedebate.



p/s: So if anda risau ada orang tinggalkan komen yang "bukan-bukan" stick pada default comment yang blogspot dah sediakan.

Veteran Graduation Day

12 August 2010 – Salam kepada semua pembaca blogku. Terima kasih kerana sudi menjengah lagi. Today n3 tentang apa yang berlaku pada weekend yang lepas. Nak buat posting ni pada hujung minggu lepas tapi tak ada idea nak tulis.


Veteran Graduation Day

Veteran Graduation Day
Undi dicabut untuk giliran membaca

Actually ni story tentang my parent. Last weekend was their graduation day. Graduation di sini bermaksud khatam al-quran. Since both of them dah pencen, dia orang gi class mengaji every Saturday. Sebenarnya sebelum pencen lagi dia orang dah joint class ni, tapi btul-btul serious after pencen. Ye lah banyak masa terluang, gunakanlah dengan sebaik mungkin. Korang jangan salah paham plak, kelas ni memang untuk kelas mengaji orang dewasa. Kiranya untuk membetulkan bacaan tajwid kita yang panjang pendek dah berterabur, dengung tak dengung yang dah confuse tu.

Every Saturday petang after Zohor, 2 merpati sejoli ni (hehehe mesti muntah ayah aku kalo baca n3 ni) akan pergi rumah kawan mereka kerana ustaz tu akan datang mengajar kat rumah tu. Sometimes tukar-tukar location gak tempat mengaji dia orang ni, beralih angin supaya tak bosan. Kat class ni bukan sekadar blajar mengaji al-Quran, sometimes ada class fardhu ain gak. Bila bulan pose mcm ni, class ngaji akan ganti dengan class fardhu ain.

Dalam satu class ada lebih kurang 5-8 orang tak ramai pun. Tu pun anak murid dewasa ni kadang-kadang tuang class gak. Dia orang ni tuang class lagi dasat. Ada satu hari tu, anak murid plak call ustaz ckp hari ni tak ada class sebab ramai sangat tak leh datang dalam 2-3 orang jer yang available. Ustaz gak steady yang setia nak mengajar mereka ni.

Ustaz ni umur dia dah 60 tahun lebih mak aku ckp. Tapi dia steady jer, gagah macam orang umur baru 40 tahun. My mum said, ustaz ni memang jaga permakanan dia, and sepanjang ustaz ni mengajar, tak pernah pun skali dia tengok ustaz ni menguap. Segar bugar sentiasa. Anak murid yang meliuk lentuk tahan ngantuk. Hehehe.

Veteran Graduation Day


So setelah hampir 2 tahun mereka belajar, hari ini adalah majlis berkhatam mereka. Untuk majlis khatam ni ustaz siap bagi tema baju, mesti color merah. Bunga telur pun ada. Nasib baik tak ada pelamin jer. Tapi sessi bergambar tetap ada walau tak ada pelamin ye. Semmpoii btull veteran nya graduation day ni.


Veteran Graduation Day

Veteran Graduation Day

Pendekatan pembelajaran Islam skrang so fun, selari dengan arus kemodenan skrang. Pada aku itu satu perubahan yang sangat bagus. Takdelah orang takut and segan silu nak gi blajar, btul tak?
 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino