Bateri Dah 'Kong'


31 July 2010 - Semalam pagi, on the way nak gi kerja keta ku buat lawak dengan ku. I drop by to buy breakfast before went to office. Tiba-tiba tu, bila nak start balik keta untuk menuju ke opis, tak bleh nak start. Aik! pesal plak ni? 3 times I tried still can`t. Termangu jap aku, pesal ni? Duk diam dalam 10 minit, start balik. Ha!Nasib baik bleh hidup. Dah hidup tu, aku pun cepat-cepat make a move takut dia 'pengsan' balik.

On the way to office, I call my dad. Opppss jgn amalkan yea, memandu sambil bergayut. Aku buat sbb emergency.  He said may be battery, besok gi check kat bengkel.

So today, gi lah area Kg Kuantan, Klang. Jumpa Ah Meng (ntah btull ke tak aku eja name dia ni) mechanic di bawah pokok ni. Hehehe, aku malas nak check kat Perodua, nanti semua benda dia suruh aku ganti. Pening diwatnyer. Doctor Ah Meng check-check, then  btull lah bateri sudah 'kong' kena tukar.




Go and buy bateri kat Port Klang plak. Wah merata aku nak menyetelkan prob bateri aku ni. Kedai ni memang specializes in battery only. So dpt lah less sket, harga dia. Kena dalam RM150 - RM10 (jual bateri lame) = RM140. Siap pasang semua. Beli bateri yg kena bubuh air tu, katanya lebih bagus dah tahan. Tapi kena maintain lah sket. Kalo byk jln jauh, check air once a month, if tak 2 bulan skali check air dia. Hmmm apa-apa jerlah, asalkan keta ku bleh meluncur laju.

Top 10 Weird Sign Around The World

31 July 2010 - Dalam mase 3 hari ni, anda akan dihidangkan dengan beberapa gambar pelik tentang sign. Ade beberapa sign tu untuk tontonan 18SX. Hope jangan ada plak yang tersentap plak, just want to share with u all.
The source form au news Tapi aku dah ranking kan from bottom to top berdasarkan yang aku rase most weird and funny. Semua skali ade 12 pictures. So enjoy it...

Kakiku sakit

30 July 2010 - Huhuhu kakiku sakit. Ni lah padah nyer kurang exercise. Then gatal nak masuk race. No practise at all. Warm up pun ala kadar. Padan kan muka. Tu lah bebelan kepada diriku sendiri. Pagi bangun tido, aduhai peha ku sangat sakit. It hurt when i need to bend my leg.

Konon-konon macam gagah hari ni nak joint aerobic plak. Tapi nak bangun dari katil pun sakit. Sampai kat opis ask 2 other friends, dia orang pun sakit gak. Tapi kita orang masing-masing sakit at different spot. Me sakit kat peha, Fadh sakit kat betis and Kak Saba sakit kat ankle. Ha amik ko semua rase serba sket ek?!? Tiba- tiba ade pekerja Anlene plak call aku hari ni. Macam tau-tau jer orang tgh sakit kaki ni. Itu hari aku ade joint untuk pemeriksaan kesihatan "How Strong Your Bone Are?" at my opis. Hari ni call ala-ala nak buat survey n promote product dia orang.


Adoi, susahnyer nak bergerak ni. Rase cramp jer kaki ni. Kejung semacam.  Fadh kata tak pe maksudnyer kita dah berjaya bakar lemak. Hahahaha, yea-yea jer lah Fadh tu kan. Statement yakin jer minah tu.  Tapi yang pastinyer malam ni mintak sket Yoko-yoko ibu.

Larian Tikus a.k.a.s Rat Race




30 July 2010 –Semalam petang opis ku adakan acara Larian Tikus (Rat Race). Acara bermula pukul 3.30 petang. Registration, taklimat ringkas and yang paling klakar sessi warm-up “Chicken Dance”. Takut-takut ada yang cramp semasa larian nnt. Terutamanya my geng and I lah. Kita orang ni main blasah jer masuk. Dah lah tak ade wat regular exercise, practice lari pun tak ada. Aku tengok mase hari Khamis tu ramai btull orang berjogging sekitar opis, practice untuk Rat Race ni. Kami bertiga (Fadh, Kak Saba and I) haram lah, balik tido jer. Kehkehkeh.





Ramai gak yang masuk. Peserta dibahagi kepada beberapa kategori. Junior, Senior, Junior Veteran Veteran. Haiisssh dah masuk kategori Senior dah aku. Takpe-takpe senior yang paling muda bak kata member aku. Syarat untuk masuk larian ni u must wear kain. Yang lelaki diminta pakai kain pelekat (smp paras lutut) and yang pompuan kena pakai kain batik or baju kurung or skirt labuh. Tak kisahlah kalo dalam kain nak pakai seluar kalo takut terlondeh di tengah jalan plak. Karang free show lah plak. Tapi kena pakai kain.


Jauh gak lah kita orang berlari-lari anak tu. Ade part yang kena menonggek naik bukit tu yang paling lemah tu. Bagi aku yang jarang-jarang sangat exercise ni lari semalam yang around 2.5 km fuhh sungguh memenatkan.

Menang tu idak lah kan. Kita orang tunggu cabutan bertuah jer. Grand prize dia handphone Sonny Ericsson. Huhuhu tapi sangat sedih, none of us (kam bertiga) yang dapat pun. Memang tak ada luck sungguh lah kami semua ni.



Love Keep You Moving



29 July 2010 - Title n3 macam motto tentang petrol lah plak. Hehehe. Lat week one of my good friend sent me this video. He ask for my opinion. Mase tu aku agak busy membuat kerja lain. (Sorry yea) My comment mase tu, just the video is so sweet. I promise he that I will give my comment in my blog.  Banyak sket aku bleh 'menceceh' kan? So here it is.

Yes it is a sweet video. So comel. I like it. Love can make you move. Dengan cinta buatkan kita bersemangat untuk truskan kehidupan kita. Tengok jer lah lelaki ni, slalu nyer gi kerja monyok jer...jalan gi kerja macam kena seret jer kaki dia. Tetapi sejak melihat awek di bangunan seberang sana, wah! jadi tak sabar-sabar nak gi kerja. Aku pernah gi satu training ni, when you first time met your partner (gf/bf) ur conscious mind akan switch on. Why? Bcoz kita akan sentiasa menjaga perangai  kita , penampilan kita, cara kita berjalan. Ye lah kan  tak kan lah ko nak terbelahak depan dia, bulat mata partner ko terkezut nnt, tak kan lah tak fikir "Nak pakai baju ape ek yang nampak hensem/cun sket di hari date tu nnt", yang pompuan pun mesti jalan sopan santun dengan heel baru takut terjelepuk masuk longkang plak kan..hehehehe. Its a normal thing in life, no need to be shame to admit it. If tak ade sket pun di atas consider urself not normal. Hahaha

Ok dah ke laut sangat plak n3 aku ni. Berbalik pada video ni. There is a moment yang mana this slow guy frustrated bila cinta hatinyer di bangunan sane tiba-tiba hilang begitu saja. Ha tu lah, slow sangat. Lucky in this vc dia jumpa balik awek tu. But we are not always lucky all the time. So act fast. Terutamanya guys. Janganlah slow sangat. That girl dah bagi clear signal, bleh nak ajak kluar pun tergagap-gagap lagi. Bukannya nak trus gi masjid nikah. Eh silap, in this case dia orang kawen kat church lah. But my point here, act when there is a chance. Kita tak tau may be that opportunity yang tuhan berikan itu maybe just comes one. If she doesnt like you, it doesnt matter you have nothing to loose at least you be brave to show what feeling you hidden inside. Daripada kena kebas dengan orang lain, and gigit jari. Why I`m talking like this? Bcoz zaman skrang aku rase guy loose he brave and too slow.  Ada case sorang kawan aku (alhamdulillah dah slamat kawen pun), dia yang make a first move to approach that guy. To all guys come on, be brave, dont be too slow. Ketapi pun dah laju skrang, orang dah naik LRT skrang. Tak guna dah stim engine. Dont you thing you should bergerak seriring???

Budak 8 tahun bakar rumah

28 July 2010 – This morning I walk around in the virtual world. Looking for good article to be update in my blog. Berjalan-jalan, sehinggalah sampai ke UK. Terbaca satu article ni kat dailymail UK. The article is about a boy name Kieran that is tremendously naughty. He is just 8 years old and telah dibuang dari sekolah rendah. Sebelum dia dibuang sekolah dia telah buat hal with his schoolmate, school`s staff and at the end dia blasah cikgu dia. 8 tahun dah blasah cikgu. Kalo kat Msia paling truk case budak yang blasah cikgu pun dah sekolah menengah. Anda rase tu dah cukup dasat wait until u read the next naughty chapter below.


Ade lagi citer dia yang lebih dasat. Kieran ni gak telah menyebabkan parent dia berpindah dari rumah mereka selama sebulan, disebabkan dia telah bakar bilik tidur mak bapak dia without any reason menggunakan lighter. Semasa kejadian ini berlaku Kieran baru berumur 5 tahun. And semasa dia berumur 4 tahun dia pernah tolak datuk dia dari tangga hanya disebabkan datuk dia bagitau bertapa nakalnya dia.



Yang paling kesian di dalam case ni adalah mak bapak dia. Mak dia, Mrs Prickett 28 (muda btull mak dia ni, umur brp dia kawen?) terpaksa berenti kerja sebab nak jaga Kieran ni. And dia agak tertekan apabila kluar dari rumah orang pandang dia semacam mengumpat dia. Sebenarnya Keiran ni menghidapi sejenis penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) yang baru didiagnos sethn yang lepas. Kira dia ni budak hyperactive lah. Tetapi 3 anak dia yang lain Bethany, 11, Tyler, 7, Finley 5 bulan, adalah normal. Kieran yang hyperactive ni gak have difficulty tu control his anger. Dia pernah hantuk kan kepala adik dia, Tyler kat pintu kereta sehingga adik dia tu terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan.

FYI kanak-kanak yang menghidapi ADHD , di samping memang tak bleh nak duk diam, mereka juga akan susah nak focus and segala tindakan yang dilakukan berpandukan kata hati mereka. So dia orang sukar nak menilai tidakan mereka tu akan mengudang bahaya atau pun tidak.
Pelbagai cara dah mak dia cuba untuk control kenakalan dia, namun semuanya tak berkesan. Mak dia dah buntu dah. What would you do if this is your son???

Info source from : www.dailymail.co.uk

What is: Endoscopy & Colonoscopy?

27 July 2010 – As I promised to tell you about my Opah that had admitted at Klang Hospital. Opah need to do colonoscopy. Mula-mula opah complain cakap dia kena food poisoning then dia tak ada selera makan. Every month memang dia akan datang sini untuk buat medical checkup and physiotherapy. So masa jumpa doctor tu dia pun bgtau lah yang dia ada problem tu. Then doctor ask she to do endoscopy and colonoscopy.



What is endoscopy?
Endoscopy (in Malay endoskopi) merupakan proses memasukkan tiny camera yang diberi nama endoscope ke dalam badan pesakit. Alat ini (the tiny camera) digunakan untuk memeriksa kawasan-kawasan yang tersorok di dalam organ berongga dan juga diseluruh rongga badan. Camera ni akan dimasukkan ke tubuh pesakit mengikut situasi penyakit. In my opah case, camera dimasukkan melalui mulut. 2 of my auntie dibenarkan masuk during this procedure. Semasa camera tu berada di usus kecil, nampaklah spot ulcer. Luckily there is only one spot of ulcer.

Macam mana rupa endoscope ni?(the tiny camera)


Endoskop ni terdiri daripada beberapa komponen:
  1. Tube panjang yang sgt halus dan flexible
  2. Sumber cahaya yang bertujuan nak menyuluh laluan camera tu. Cahaya tu akan disalurkan dari luar menggunakan fiber optic
  3. Fiberscope iaitu kanta pembesar untuk doctor tengok dengan lebih jelas perjalanan camera tu.
  4. Extension tambahan so that, if doctor need to do put any related instrument.
Antara kes-kes yang melibatkan endoscope:
  1. Saluran penghadaman/pencernaan
  2. Saluran pernafasan
  3. Semasa hamil
  4. Pembedahan plastic
Even FBI gunakan kaedah ini di dalam invetigate proses mereka di tempat yang dikawal ketat.


What is colonoscopy?
Proses nyer lebih kurang sama macam endoscopy,iaitu masih memasukkan camera ke dalam tubuh pesakit, tetapi kali ini camera di masukkan melalui dubur pesakit. Prosedur ini lebih tertumpu kepada usus besar. Melalui prosedur ini, doctor boleh melihat dan mengambil sampel polip sekecil 1mm dan kurang. Usually semasa colonoscopy ni, doctor akan mengambil sedikit sel normal pesakit dan sel-sel yang kelihatan tidak normal keluar dari badan pesakit. Ini bertujuan untuk melakukan ujikaji di makmal tentang keadaan pesakit. Menurut pengalaman auntie-auntie aku yang dapat melihat semasa procedur ini dijalankan, semasa camera tu ‘menjelajah’ usus opah aku, memang nampak clear single thing. And ada satu ketika tu, dia orang macam panic nampak ada satu sel yg lain dari yang lain dan besar sangat. Tetapi bila doctor tu, scoop keluar (doctor cangkup sel tu masuk ke dalam net) sel itu, rupanya teramatlah keciknya.

So, ape beza antara endoscopy n colonoscopy?
Yang paling senang untuk di bezakan ialah,endoscopy adalah pemeriksaan untuk usus kecil dan colonoscopy untuk usus besar. Endoscopy bleh gak dilakukan melalui dubur(bergantung kepada kes pesakit), tetapi colonoscopy memang tak ada cara lain masuknya, memang dari dubur.

Persedian sebelum prosedur ini
Disebabkan doctor nak 'menilik' keadaan perut kita (untuk case pencernaan), so perut kita perlu dikosongkan sekurang-kurangnya 6 jam sebelum prosedur ini dijalankan. Untuk case opah aku, doctor telah arahkan untuk minum sejenis ubat nama 'Fotran' (btul ke ejaan nyer ni ek) . Apabila patient makan ubat ini, dia akan mengalami cirit-birit. Ini supaya laluan camera tu nnt clear tak adalah anasir-anasir (najis) yang blok laluan dia. Adalah disyorkan kepada orang tua yang sakit lutut, and tak berapa kuat utk berlari ke toilet, bila 'emergency call' tu, pakailah pampers siap-siap. Oh yea, 'Fotran' tu macam serbuk yang perlu dibancuh bersama 2 liter air. Opah aku kena minum 3 sachet. Banyak tu. Bayangkan lah 3x2liter = 6 liter. Bleh Pengsan kekembungan. Tu yang bercita-cita nak lari hospital. Hehehehe.

Ok thats all info yang dapat aku share kan bersama.

Special credit to: (for info and picture)
p/s: Semua info di atas adalah penerangan mudah yang aku fahami berdasarkan experience and pembacaan.

Malam Nisfu Syaaban


26 July 2010 - This will be my quick n3. Terlupa nak ingatkan diri sendiri dan kawan-kawan sekalian malam ni adalam malam Nisfu Syaaban.

What should u do for tonight (After solat Maghrib):

1. Solat sunat nisfu Syaaban 2 rakaat
    • Niat: "Sahaja aku sembahyang sunat Nisfu Syaaban 2 rakaat kerana Allah Taala
    • Rakaat pertama : Alfatihah + "Qul ya ayu hal Qafirun"
    • Rakaat Kedua: : Alfatihah + "Qul hu Allah"
    2. Baca Yassin
    • Beserta niat semoga, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan ditetapkan iman
    3. Membaca Doa Yaasin Malam Nisfu Syaaban (Di dalam kebyk kan Yassin ada doa ni. Maaf tidak dpt disertakan)

    Semoga kita sama-sama mendapat manfaat di malam yang mulia ini.

    p/s: Fuhh, berdesup aku menaip n3 ni, jika ade kekurangan salah dan silap harap maaf.

    Gathering After Kluar Hospital

    25 July 2010 - Semalam tengah hari, alhamdullilah opah dah bleh kluar hospital. Oh yea, lupa nak bagitau my opah (mak kepada ayah aku) masuk hospital last Wednesday. Sebab nak buat colonoscopy. Citer tentang opah masuk spital tu nnt yea aku khabarkan di lain entry. Bukan apa nak cari skali info tentang colonoscopy tu. Tak mo lah buat entry kosong tanpa ilmu untuk di share bersama.

    Dalam tengah hari macam tu, pak andak n family nak datang tengok opah. They tought opah still kat hospital. Dia orang ni tak pernah datang rumah family aku. So ayah aku cakap jalan jer smp mana tau. Berenti kat Klang pun tak pe, nnt aku ayah gi amik. Sekali tu btull dia gi berenti kat Klang. Hehehe lawak pun ada. So kita orang pun gi lah amik. Bfr that kalut me n my mom masak nasi lagi n goreng telur dadar. Dah lah mmg tak ada stock kat rmh. Sorilah yea mkn ala kadar jer lunch ni.

    Petang tu my parent seperti biase every Saturday gi class 'orang dewasa'. So kalut lah aku sendirian menyediakan minuman ptg utk dia orang. Kalut bukan ape, sbb dia orang plan nak balik petang tu gak. Auntie Ina yg kat Klang duk lah calling2 tny bila dia orang nak balik and minta aku tahan Pak Andak n family kalo nak blk pun after Maghrib. Sblm tu parent aku dah bising dah mintak dia orang blk besok jer. Mak Ita, adik ayah aku pun nak dtg gak malam tu. Soset-soset ntah macam mn, dia orang pun tak jadi lah balik.

    Menu malam ni akan didatangkan khas dari Klang n Damansara yea. Rumah aku sediakan air jer. Hehehe. Dia orang kesian my mum nnt kalut2 nak masak bila balik kelas nnt. Plannyer lepas maghrib dia orang semua ni sampai. Jam dah kul 9, ayah aku start lah gelisah tny brp kali; "Manalah dia orang ni tak smp-sampai ???" Around 9.15 macam tu, Auntie Ina`s Family pun smp bersama sate n Mak Ita`s family (terlewat 15 minit, sbb sesat) jugak sampai bersama Mee Bandung nyer.

    Riuh lah malam tu rumah aku yang selalunya sunyi sepi dengan keriuhan mereka semua ni. Opah aku duk bising citer pengalaman hospital dia. Macam-macam citer kluar. Klakar bila dengar. Sessi gosip para ibu, lawak-lawak yang tak masuk akal bila ayah aku and uncle aku bergabung tenaga. And cousin-cousin aku yang kenit bising main bola kat porch depan. Around kul 11 lebih dia orang pun balik. Goodnight everybody.



    Lagenda Budak Setan the Series

    24 July 2010 - Yup LBS ade siri plak. Hmmm, ada kah ianya akan mengecewakan macam filem nyer . Harap-harap tak lah. Dengar citer, kali ni pengarahnya ikut dalam novel. Percintaan mereka di sekolah yang macam novel tu, bukan lah di kolej seperti yang telah diubah kat filem tu kan. Pleeassee jgn lah membosankan. Hero dia Farid Kamil and heroin dia Jue Aziz. Gulp! Nape amik Jue ni? Tak ada ke pelakon lain. Macam tak ade chemistry jer mereka berdua ni. Nape tak Lisa Surihani? Hmmm Lisa sibuk kut waktu ni, dia tengah shooting Adam Maya gamak nyer. Jue Aziz janganlah gedik sangat yea dalam citer ni, hampa lah peminat-peminat LBS. Pengarah untuk citer ni Along Kamaruddin. Slalunya drama arahan Along ni bleh tahan gak. Trailer untuk series ni dah tunjuk kat TV. But aku tak berkesempatan plak nak tengok. Menurut yang dah tengok, said the plot location utk series ni cun. If I not mistaken, kat VI (Victoria Institute) at Jalan Hang Tuah.Series ini sebanyak 26 episod. Ok, berikut adalah info kepada sesiapa yang berminat nak tengok LBS the series.

    • TV             : Astro Prima (105)
    • Bermula : 10 Ogos 2010
    • Waktu     : 10 malam

    Please Astro jangan banyak sangat iklan semasa citer ni yea, (bosan tgk Mertua vs Menantu sbb byk nah iklan) anda kan stesen TV berbayar, yang dibayar oleh kami semua. So pastikan bayaran yang kami bayar setimpal dengan entertaiment yang sepatutnya.

    5S Day

    23 July 2010 - Hari ini hari 5s kat opis aku. Just my section jer lah. Bukan nyer the whole department. Coz minggu depan ada audit keselamatan. Bagi yang tak tau ape itu 5S nah ku sediakan definisi dia seperti di bawah. Telah aku olahkan supaya lebih paham.

    • SEIRI
    - sisih
    - asingkan barang-barang yang tak mo digunakan lagi dan "toing" kan ke tong sampah (buang lah tu maksudnya)
    • SEITON 
    - susun
    - susun kan barang yang nak dipakai supaya senang dicapai.
    • SEISO
    - sapu
    - sapu sampai bersih, lap sampai berkilat
    • SEIKETSU
    - seragam
    - kiranya kena standardlah letak barang-barang tu and everybody aware of that
    • SHITSUKE
    - sentiasa amal
    - kenalah amalkan nyer sentiasa.

    Konsep ni datangnya dari Jepun, that why lah nama term-term tu macam nama samurai jer.

    So hari ni bersungguh-sungguh lah kita orang semua bersihkan our section. Even our boss cuti hari ni, kita orang buat dengan rajin nyer. Baaaaikkk sungguh kita orang kan? Hehehehe. Me and the geng dah isytihar  blasah  pakai jeans (even not officially 5S ni). Tu yang best nyer kalo 5S bleh pakai unformal cloth. Kalo 5S satu jabatan lagi best, kadang-kadang tu ade makan percuma.Muahahahaha. Ok I end my posting for today dengan "Amalkanlah 5S di rumah jugak yea"



    Amalan Di Bulan Syaaban

    22 July 2010 - Sorry I took too long to cont. posting on my entry about Syaaban. Kekontangan idea untuk menyambung.

    Setelah kita mengenali keistimewaan bulan Syaaban, mari kita lihat pula amalan-amalan yang sebaiknya dilakukan pada bulan ini.



    Sabda Rasullullah s.a.w.:
    "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)

    1. Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan kedua ibu-bapa.

    Jika kita mempunyai dosa terhadap kedua ibu bapa kita maka sia-sia sahajalah amalan yang kita lakukan. Maka jika ada kesilapan yang dilakukan mohonlah kemaafan dari mereka.
    2. Berpuasa

    Sabda Rasullah SAW bermaksud:


    "Bahawa puasa bulan Syaaban kerana memperbesarkan Ramadhan, Sesiapa berpuasa 3 hari di bulan Syaaban kemudian dia berselawat ke atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan Allah dosanya yang telah lalu dan diberkati segala rezekinya"

    "Puasa sehari di bulan Syaaban diharamkan tubuhnya dari api neraka dan akan menjadi kawan nabi Yusuf di Syurga dan mendapat pahala seperti pahala nabi Ayub dan nabi Daud"

    "Puasa 3 hari permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari di akhirnya, maka Allah akan mencatatkan pahalanya seperti pahala 70 nabi serta seperti orang yang beribadah kepada Allah 70 tahun. Jika dia mati pada tahun itu bagaikan mati Syahid".

    "Sesiapa yang berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban, akan dimasukkan dia ke dalam Syurga"

    "Sesiapa yang menyempurnakan puasa sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah sakaratul maut dan dihindarkan daripada kegelapan kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar-Nakir, dituutpkan keaiban pada hari qiamat dan diwajibkan Syurga baginya".
    3. Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

    Allah membuka 300 pintu rahmat di bulan Syaaban ini, maka mari lah kita merebut peluang ini dengan memohon restu terhadap-Nya.
    4. Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.

    Rezeki yang tuhan berikan kepada kita adalah untuk dikongsi bersama. Maka bersedekahlah, Insya Allah rezeki kita akan bertambah murah.
    5. Menghidupkan malam Nisfu Syaaban

    Terdapat percanggahan pendapat terhadap amalan untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban ini. Maka entry ku di sini adalah tentang amalan yang lebih global dan tidak begitu spesifik. Antara amalannya ialah membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafardan berzikir. Perbanyakkanlah amal di malam itu, kerana Allah akan menjenguk datang semua makhlukNya pada malam itu.

    Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

    " Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ".

    Ada banyak lagi amalan yang boleh dilakukan di bulan Syaaban ini. Tetapi di sini hanya beberapa amalan yang ku rasakan penting. Mungkin boleh membuat rujukan di link berikut untuk keterangan lanjut: (Also credit to them)

    1. http://www.wangcyber.com/forum/motivasi-and-inspirasi/18668-bulan-syaaban-persediaan-kita-sebelum-ramadhan.html
    2. http://bbyflower.blogspot.com/2009/07/indahnyaa-syaaban.html

    Maka, beramallah mengikut keimanan diri masing-masing. Semoga segala amalan kita diterima dan dosa-dosa kita diampunkan. Dan kita saling memperingati sesama sendiri. Wassalam...
    .

    Contest Tagline Kakyong[dot]com



     This is my 1st entry contest in blogging world. Malu sebenarnya nak joint, tapi bila bace tentang pertandingan ni, trus datang idea utk tagline akak. (Bleh ke panggil akak ni, bleh lah ye sebagai tanda hormat saya terhadap ke'sifu'an akak in blogging world). Knapa malu nak joint? Sebab saya baru jer menceburkan diri di dalam dunia blog ni, still fresh n green. Malah ada 1 syarat tu, sy tak tau pun macam mana nak buat. I just give a try, mana tau "Untung sabut timbul, untung batu tenggelam". (Harap-harap sabut lah...hehehe) Haaiisshh....berperibahasa plak. Sebelum saya melakukan entry untuk contest ni, saya ucapkan "Salam Perkenalan Blogging, harap dapat memberi tunjuk ajar kepada saya dan semoga akak terus success dalam apa jua yang Kak Yong lakukan.(terutama skali in blogging)"

    Syarat-syarat n terma contest.
    1. Mesti ada blog
    Ada. Baru berusia 2 bulan. http://talkisaid.blogspot.com/
    2. Link kan kakyong[dot]com dan kakyong's shoppe di bloglist kalian.
    Ok Dah. Ada kat sebelah kanan tu. Under title "My Favourite Blog List"
    3. Tampal banner di sidebar & link ke n3 contest ini.
    Betul ke ape yang saya buat tu yea???
    4. Buat entri contest di blog.Content entri
    i) tagline yang superb + penerangan
    Hehehhe superb ke???~~~ "Coretan ku, Buat Tatapanmu"~~~
    Tagline saya tak superb berbanding entry-entry yang lain kak. Ianya pendek dan ringkas. Inilah outputnya bila technical people(me) yang cuba nak joint art world.
    "Coretan" yang membawa maksud semua cerita, pengalaman, suka duka bersama keluarga akak. Tak ketinggalan ngomelan akak terhadap anak-anak akak. (Sangat comel entry ngomelan tentang "suka-suka-jer-nak-parking"). Serta beberapa tips-tips berguna yang akak selitkan. Kesemua itu telah akak 'warnakan' dengan begitu cantik dan dikongsi bersama buat 'tatapan' bacaan kami semua. Dengan tagline ini menunjukkan setiap n3 yang dilakukan adalah untuk dikongsi bersama tetamu blog. Tanpa tetamu blog, sepilah rumah blog kita. Btul tak???
    ii)beri pandangan kalian tentang blog kakyong[dot]com
    Waduh...waduh....yang ini agak susah sis. bagaimana 'newbie' mau memberi komen terhadap 'seniorita' ni. I try my best.
    **I`ll start with what i like ~:~ Saya sangat suka dgn macam-macam widget yang kak yong ada kat blog akak. Sungguh attractive and dapat dekatkan pembaca and 'tetamu' blog. Sebagai newbie sy juga suka, n3 yang menyelitkan teknik-teknik blogging pun. Method menyorokkan kotak shoutbox merupakan satu langkah yang bijak untuk mengurangkan serabut. Dan yang paling saya suka adalah, kita blh 'Like' posting n3. Tak ramai yang guna this teknik. I Have to try this..
    **Apa yang saya tak suka ek??~:~ Hmm apa yea? I think ruangan entry and ruangan sidebar yang memaparkan iklan and widget tu  macam sama besar. Pada saya jika ruangan entry tu lebih besar adalah lebih afdal, sebab 'dia' kan 'watak utama' di dalam blog tu. So far itu ajer kut yang 'kureng berkenan di hati ku'.
    **Cadangan n penambaikan untuk content entri blog ~:~ Perbesarkan ruangan entry supaya lebih besar dari sidebar. Pastu may be akak bleh bubuh background colour untuk entry akak. Ceria sket blog kakyong[dot]com. Hmm apa lagi yea?? Oh yea, Hadiah contest di masa hadapan mungkin bleh lebih global. Memandangkan ada gak follower akak yang bujang, tak ada anak, (ada anak tekak jer saya ni..hehehe) so tak tau nak buat apa dgn cloth diaper tu, kalo dapat (ceh macam dapat jer kan....perasan...).Sometimes it not the prize yang orang kejarkan, it just a token untuk kenang-kenangan.
    5. Tinggalkan permalink @ link entri anda di kotak komen entri
    Check n done.

    Ok that all entry. Harap-harap saya mematuhi semua syarat pertandingan ini.

    Maggi TastyLite for My Dinner



    18 Jul 2010 -  Tonight my parent tak ada kat rumah gi majlis tahlil. Perut lapar tapi tak tau nak makan apa. Tadi pagi my mum + me masak mee bandung. Setelah sekian lame my auntie, bagi rempah mee bandung tu baru hari ni kita orang nak cuba (Anyway, Thank you Angah). Tapi hasilnya rempah tu tersangatlah pedas. Aku yang terror pedas kat rumah ni pun, (tp between my friend aku lah yg paling tak tahan pedas) tak tahan dengan penangan pedas rencah mee bandung tu. Siap add on kicap nak kurang rase pedas tu.

    So malam ni tak mo lah makan mee bandung pedas tu, harus besok aku sakit perut kan? Hmm nak makan ape yea??? Ooo teringat mee maggi yang aku beli mase ada karnival kat opis aku tempoh hari. Kena makan cepat maggi tu sebab after beli baru aku realize yang maggie tu dah nak expired. bulan 9 and bulan 10 kalo tak silap aku dia expired. Patut lah jual murah. 4 pack maggie tastylite (3 perisa kari + 1 ayam) for only RM10. Eee jahat btull!!! Yang aku plak nampak dapat 'green bag' percuma, tergedik-gedik nak beli. Bukan nak check tarikh expired dia. Ha padan muka!!!

    Hmmm...lets cook maggi goreng tonight. I choose maggie perisa ayam. Nak masak secara sup seperti yang di'syor' kan kat packaging dia tu aku macam tak lalu lah kan. Tengok iklan kat TV tu dia nyer kuah macam air masak jer. Alah iklan yang one boy tu nak curi makan maggi mak dia, rupa-rupanya mak dia memang suruh habiskan maggi tu. Aku memang penggemar iklan macam budak-budak jer. But that, iklan tak merangsang langsung untuk aku menggagau cari maggi tastylite ni kat supermarket. So tiba-tiba datang idea kreatif aku untuk menggoreng maggie ni.

    What I did was,
    1. Tumis bawang merah + bawang putih + lada merah + cili padi.  (If guna bawang kisar lagi syok agaknya??)
    2. Dah naik bau, masuk kan ikan bilis yang dah blend.
    3. Curah lah perencah maggi yang disediakan bersama vegie sekali (Maggie TastyLite ni sediakan vegie sekali....wah btul utk kesihatan..tapi sayur yang kecutlah kan. what do you expect dah nama pun makanan segera)
    4. Then put a little bit soy sauce + curah air sket.
    5. Last skali masukkan lah 'watak utama' kita pada malam ini, mee maggi yang telah dicelur.

     
    Taaadaaa dah siap.Now,in front of my laptop having maggie goreng for my dinner. Hmm...Boleh tahan gak rasanya...

    Mengenali Syaaban

    16 July 2010 - Bulan Syaaban menjengah lagi. Bulan ke-8 di dalam kalendar Takwim Hijrah ini, hadir antara Bulan Rejab dan Ramadhan. Menandakan Ramadhan semakin menghampiri kita.



    Syaaban bermaksud bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah'. Ini kerana kaum arab purba (puak Quraiysh) pasa masa daulu, akan berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir sebagai persiapan untuk bulan seterusnya, iaitu bulan Ramdhan. Bulan Ramadhan ialah bulan yang panas. Rasullah SAW terus mengekalkan nama itu  sehinggalah  ke hari ini.

    Peristiwa-peristiwa penting di bulan Syaaban:

    Pertukaran Arah Kiblat
    Peristiwa yang paling bersejarah yang perlu kita ingati pada bulan Syaaban ini, adalah peristiwa pertukaran kiblat. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2H pada bulan Syaaban. Pada awalnya umat Islam diwajibkan mengerjakan solat berkiblatkan masjid al-Aqsa, Baitul Muqaddis. Rasullah dan para sahabat telah berkiblatkan Baitul Muqddis selama 16-17 tahun sehinggalah turun wahyu menyuruh baginda berpaling ke Kaabah, Mekah. Peristiwa penurunan wahyu itu berlaku di dalam Masjid Qiblatin ketika Rasullah menunaikan solat Asar.

    Walau bagaimanapun, orang Yahudi telah menaburkan fitnah memperlekehkan dakwah Rasullah. Lalu turun ayat 142, Surah al-Baqarah bermaksud; "Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya:"Apakah yang memalingkan memreka (umat ISlam) dari kiblat mereka (Baitul Muqaddis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakan lah: "Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi pertunjuk kepada sesiap yang dikenhendaki-Nya ke jlan yang lurus."

    Rasullah telah lama memohon doa kepada Allah SWT untuk berkiblatkan Kaabah dan peristiwa itu telah dirakamkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dengan firmannya berbunyi:

    Yang bermaksud: Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang -ulang mendah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkan muka ke arah Al-Masjidil Haram (tempat terletaknya Kaabah) dan di mana sahaj kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari tuhan mereka, dan Allah SWT tidak berkali-kali lali akan apa yang mereka lakukan.
    Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')
    Peperangan ini berlaku pada bulan Syaaban, 5H. Bani Mustaliq merupakan salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka merancang untuk mengadakan peperangan bagi membunuh Rasullah SAW. Peperangan ini adalah susulan dari peperangan bani Quraizah. Ianya berlaku disebabkan perasaan dendam kaum Yahudi yang telah dihalau keluar dari Madhinah oleh Rasullah SAW. Seorang sahabat dari puak badwi telah menyampaikan rancangan pembunuhan ini kepada Rasullah dan tentera Islam telah berjaya melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq ini.

    Sebahagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, dan di antara tawanan itu termasuklah seorang putri Bani Mustaliq, anak kepada pemimpin Bani Mustaliq bernama Barrah (Barrah binti alHarris bin Dirar). Barrah telah menjadi tawanan perang di bawah Sabit bin Qalis. Barrah telah meminta dilepaskan dari tawanan itu, tetapi tebusan yang diminta oleh Sabit bin Qalis terlalu mahal. Barrah yang cerdik telah pergi berjumpa Rasullah. Rasullah menebusnya dari Sabit bin Qalis dan menikahi Barrah, serta menukarkan nama Islamnya kepada Juwairiyah. Tindakan ini, telah memberi banyak kebaikan kepada umat Islam pada ketika itu kerana ramai puak Bani Mustaliq telah memeluk Islam dan permusuhan dengan umat Islam telah terpadam. Juwairah telah meniggal dunia pada tahun 56H.
    Malam Nisfu Syaaban
    Nisfu Syaaban merupakan malam ke-15 di bulan Syaaban. Pada tahun nisfu Syaaban jatuh pada hari Selasa 27 Julai 2010, tapi malam nisfu Syaaban dikira pada hari Isnin, malam Selasa. Setiap tahun, pada hari ke-15 ini, segala amalan kita akan ditulis di dalam 'buku' yang baru. Semoga helaian terakhir 'buku' kita pada tahun ini tercatat dengan kebaikan.

    Maka apakah kelebihan Malam Nisfu Syaaban ini?
    Pada malam ini telah datang JIbril kepada Rasullah SAW lalu katanya:
    "Angkatlah kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 rahmat da diampunkan Allah sekalia orang yang tidak syirik kepadaNya kecuali tukang nujum, orang yang kekal berzina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibu bapa"

    Allah tidak akan mengampunkan dosa 6 orang berikut pada malam Nisfu Syaaban iaitu:
    1. Orang yang kekal minum arak
    2. Orang yang derhaka kepada ibu bapanya
    3. Orang yang kekal berzina
    4. Orang yang banyak berkelahi
    5. Orang yang melakukan jualbeli dengan sumpah dusta
    6. Orang yang melagakan orang supaya berkelahi.
    (Riwayat Ibnu, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)
     Sabda Rasullah SAW bermaksud:
    "Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah"

    (Riwayat al-Baihaqi)
    Berkata Imam Shafie di dalam kitab al-Umm:
    "Telah sampai pada kami bahawa dikatakan:Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam  iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban"


    Credit to:
    p/s: I`ll pause my entry about Syaaban month untill now. There will be next entry about amalan di bulan Syaaban. 

    Lunch at Jetty Restaurant



    11 July 2010 - Bukan sahaja Ollie kelaparan kita orang yang mengerjakan Ollie ni pun kelaparan gak. So petang tu after Zohor, we all se'family'  pun gi lah lunch kat luar. Mula-mula tu nak lunch kat Restoran SS2. Tapi on Sunday dia bukak lambat lah plak. Kul 6 baru bukak. Uiks, lambat sangat tu 4 jam lagi nak kena tunggu, pengsan nak menunggu nyer nyah. But Restoran SS2 tu memang sedaplah, pastu portion for each meal banyak plak tu. Mengah nak perabis. If next time I go to SS2 Restaurant I will post my entry here.

    So we decide nak gi restoran Jeety kat 1 Utama. Mula-mula ayah aku suggest nak gi Vichuda. Eeee tak mo lah aku. Naik muak dah aku makan kat Vichuda tu. Slalu sangat dah temankan member aku, Zirr makan kat situ.

    Sampai kat restoran Jetty tu, hujan lah plak. Bumbung restoran ni, dah lah pakai atap rumbia sejati. Bukan yang sekadar letak pura-pura atas bumbung asbestos tu tau. Maka banyak lah part-part yang bocor. Ade beberapa tempat jer bleh duduk, yang lain basah. sabar jer lah aku. "Taukey, sila lah baiki bumbung restoran you yea. Susah customer mau makan kalo hujan". If  hujan korang semua tak yah lah gi kat sini yea. Very limited seat.


    Disebabkan kita orang semua dah lapar n malas dah nak pikir tempat makan lain, makan jugak lah kat situ. My dad and me order Nasi Lemak Pandan, my mom and my sis order Nasi Goreng Jetty. Bila sampai all our order, my sis tak puas hati ayam yang dia dapat 'cinonit' jer. Aku plak dapat dua ketul ayam. Nak tukar dengan aku??? Tak dapet lah yea.....hehehehe. 



    Kualiti  kesedapan makanan kat sini dah kureng lah. Dulu sedap. Nasi Lemak Pandan aku, tak ade rase lemak langsung. Macam nasi biasa, aroma pandan sket and color ala-ala hijau. Nasi Goreng Jetty tu pun dah kurang kesedapannya. Dulu best. dah tukar tukang masak ke??? Tapi dah laparkan, licin jer aku blasah. hehehehe....


    Selesai makan tu kita orang ronda-ronda jap kat 1Utama. Nak beli luggage (for our next vacation) tak ada yang berkenan lah plak. So mohlah kita balik before Maghrib menjengah...


    Bathing Time For Ollie

    11 July 2010 - Balik dari  basuh kereta hari ini, adik aku nak bersihkan Ollie. Sangkar Ollie dah kotor bebenor. Ollie itself pun dah comot. Nak basuh cage dia, kena lah pindahkan dia dulu kan. So letak dia dalam carrier. Mula-mula aku nak lepaskan jer, tapi adik tak bagi dia akta mesti aku tak terjaga nyer nanti. Ollie ni dah lah suka buli aku. Dia kalo aku kluarkan dia akan terus jer melulu lari. Kalo dengan ayah aku tak plak macam tu. Bersopan santun jer dia kluar. Dia tau yang aku ni tak sampai hati nak marah dia. "Pandai ko memilih orang untuk dibuli yea, Ollie". So masukkan lah dia dalam carrier dia tu. Masa nak masukkan tu pun dia ngada-ngada tak mo masuk. Bila dah pujuk-pujuk baru nak masuk. "Ngada sungguh ko ni". Bila dah dalam carrier tu, aku pun ngusung dia kat temapat adik aku basuh cage dia. Hehehehe Ollie tengok jer mummy dia basuhkan rumah dia.


    Bila ayah aku balik surau, dia suruh kita orang lepaskan dia. Dah kluarkan startlah adegan kejar-mengejar. Tak mo bagi dia masuk bawah ketalah, tak mo bagi dia main air lah (kat tempat adik aku tengah menyental cage). Naughty sungguh Ollie ni.

    Then upacara memandikan Ollie. Dah comot sesangat dah dia ni. Susah nak mandikan dia. Dia suka meronta-ronta. Kali ni kita orang mandikan dia dalam bilik air. Previously, mandikan dia kat laman luar tu. Nak mandikan dia kena guna air panas. Punyalah songeh kan. Disebabkan tak ada shampoo utk Ollie, kita orang blasah jer guna shampoo HeadnShoulder yang dah tak guna lagi tu. So that, Ollie free dandruff...kehkehkeh. Bila dah kena air, maka kuncup lah badan si Ollie tu. Klakar aku tengok.



    Now let's blow ur fur yea Ollie. Nanti selsema plak kalo tak kering btull. Ayah aku sibuk nak blowkan dia. Sayang nyer lah dia kat 'cucu' dia ni. Hehehehe... Ollie tak suka kena blow, dia lari duk kat hujung sangkar. Duk diam jer bukan nak jilat-jilat bulu dia bagi cepat kering. Pemalas btull si gemuk ni tau. My dad dia bebelkan dia, "Ollie tolonglah sesame, cepat sket kering bulu ko tu". Tapi Ollie but derg jer. Bila bulu dia dah kering (mengembang jer macam singa jadi nya) bagilah dia makan. Sungguh-sunggu dia makan . Sian Ollie kelaparan, setelah didera mandi. Ollie...Ollie...Ollie...

    Mari Cuci Kereta

    10 July 2010 - Today aku menuntut janji dengan adik aku supaya temankan aku gi cuci kereta. Janji dengan aku semalamnak temankan aku, tapi dah meronggeng tak ingat dunia kan semalam. Kereta aku dah lah berdebu yang amat. Each time ayah aku naik kereta aku, mesti dia membebel "Kotorya keta akak ni". Sampai kadang-kadang tu dia kata lori sampah keta aku tu. Sabar jerlah aku. Aku bukan apa, tak jumpa carwash yang best kat Shah Alam ni.

    Dulu mase aku duk kat Klang rajin ler aku gi hantar kereta aku ni basuh. Aku suka btull carwash kat Klang tu. Cara basuh dia very systematic. Yang spray air ade orangnya, yang sabun ade orangnya, yang lap ada orangnya. Kiranya macam masing-masing macam ada JobD. Pastu murah jer RM8. The best part is, ade card bleh stamping each time aku gi hantar cuci kat situ. Cukup semua kotak dah kena cop, nanti dapat cuci kereta percuma. Memang bersih lah dia cuci, tip-top. Puas hati sungguh mak...hehehehe.

    Disebabkan keta aku dah ber'lemuih' (bak kata member baik aku, Zirr) sesangat, so aku pun taram jer lah basuh keta aku kat area Padang Jawa, shah Alam tu. Hhmmmmm....aku kurang berpuas hati lah basuh kat cni. kalo nak bagi bintang, aku bleh bagi 2 out of 5 jer. Letih aku nak menunjuk tempat-tempat yang tak bersih. Basuh pun lemah gemalai jer. Macam malas jer dia orang ni buat kerja. Mahal plak tu, RM10 ko. Kalo service bagus tak pe gak.

    Kat mana ek nak cari tempat cuci keta best kat area Shah Alam ni??? Bersih and murah. Anybody have a suggestion for me? Oh! kalo suggestion cuci sendiri tidak diterima yea. Hehehe...

    Uptown Nite

    10 July 2010 - Tonight we heading to uptown. Mula-mula tu just nak pergi uptown yang kat Shah Alam tu ni jer. Then ayah aku cakap jom kita try tengok uptown yang kat Klang tu lah. Hmm aku ikut kan ajer lah. Dengan syarat aku tak mo drive, pakai keta aku tak pe. Sebabnya nanti sampai kat sane if kena side parking, aku tak 'pakar'  nak ber'side-side' parking ni.


    Sampai-sampai kat uptown Klang tu, macam 'mandom' jer. Tak ramai yang menjual pun. Orang pun tak ramai. Slipar yang adik aku cari tu, bayang pun tak nampak. Sebenarnya just nak cari slipar jer. Slipar tebal macam wedges tu. Hahahaha aku slamber jer panggil slipar tebal, marah adik aku. Tadi petang dah cari kat Massalam, ada tapi mak ai mahal bebenor RM35 mintak kurang pun just RM30 dia bagi. Baik beli slipar yang ada brand kalo sampai macam tu harganya.

    Ok aku citer lah sket tentang Uptown Klang ni ye. Ia terletak kat area jalan nak ke Meru. Uptown ni ada food court . Masa aku sampai kat situ, food court dia ade pasang LCD tp malangnya tunjuk football match Malaysia lah plak. Tak ada astro ke orang kat cni? Kan tengah Worldcup ni bang oi tgk Malaysia league lah plak. Sadis btull. Kat sini ade satu gerai jual pet. Ada jual ikan laga. Yang uniknya, kakak tu (penjual) susun ikan laga dia berdasarkan hierarki. Lagi tinggi ikan laga tu, lagi mahal lah harganya. Dia ada gak jual rabbit. Kacukan rabbit antara aurora dgn rabbit kampung. Kecik lagi rabbit tu, comel sangat.



    Dah tak jumpa sliper tebal adik aku tu, kita orang pun beralih arah untuk ke Uptown Shah Alam plak. Uptown ni terletak kat bawah fly-over higway baru yang nak ke Alam Impian. Kat sini memang confirm ramai orang. Nak parking pun susah. My mum mase ni dah bising-bising ngantuk. Dah lah dia malas nak salin baju, pakai jer baju kurung yang pergi ngaji tadi. Hehehe bersabar ye ibuku, kita beronggeng jap jer ni.

    Jumpa gak lah sliper adik aku ni. kat sini murah jer, RM18. Amik ko jauh bezanya. Memang markup harga btull lah dia orang kat Masallam tu. Aku pun tumpang sekaki menyopping. Dalam pokai-pokai tu kan. Alah aku spent tak sampai RM40 pun. Ceh, nak menyedap kan hati lah tu...Hehehehe...

    Teatime with my sis


    10 Julai 2010 - Adik aku ni tak tau lah mengidam berapa bulan? Dari pagi lagi dia merengek ajak aku makan Chocolate Indulgence Cake kat Secret Recipi. Eee budak sorang ni kan. Sanggup tu dia nak blanjer aku cheese cake. Hahaha aku memang penggemar cheese cake sejati. Bulan ni kan aku pokai, "so kenalah ko blanjer aku yer budak kecik kalo nak aku bawak ko menunaikan ape yang ko mengidam tu...kehkehkeh"
      
    Dalam hujan renyai-renyai aku pun bawak lah budak sorang ni. Tiba-tiba up the request lah plak nak gi beli tudung plak dah. Mak aku dengar kita orang nak gi beli tudung dia pun order nak tudung yang macam aku pakai kat gambar tu. Nak color same semua. Tu hari dia nak beli tak ada yang size M. Yang aku pakai tu size S. Murah gak lah kedai tu harga tudung yang aku pakai tu RM 16.90. Yelah mummyku nnt aku cari kan yea..

    Berlakon jer tu, sebenarnya tak lalu nak minum tu

    Hmm senang citer aku bawak jer gi area section 9. Beli tudung + makan cake skali kat situ. Nak beli tudung kat Plaza Masslam. Kedai nak beli tudung tu nama 'Cititrend' sebelah Reject Shop, tingkat bawah sekali (LG kut, tak pasti). Kat Secret Recipi adik aku pesan GreenTea ape ntah. Tapi mak ai tak leh masuk tekak aku langsung. Adik aku yg penggemar green tea pun tak lalu. Aku pesan tea set, consist of coffee and cake.

    Sedapnya minum kopi time-time hujan macam ni.

    Lame gak kita orang pusing-pusing kat Masallam tu. Ada reject shop clerance sale plak kat bawah tu. Adik aku beli tSedar-sedar dah kul 7.30 p.m. Mak aku dah call dah tanya bila nak balik. Ok dah jom balik maghrib dah...

    Workshop: How to Design ur Resume

    03 July 2010 - Today nak gi KL with my opismate, kak ct saba for one workshop. Bukan workshop yang 'pomen' kereta tu...Hehehe. Aku nak attend workshop yang akan ajar how to write an affective resume. Macam pelikkan bunyi nyer aku dah ade kerja tetap and boleh dikatakan stabil company apesal plak aku gatal-gatal nak attend workshop ni. Ntah lah lately ni aku rase bosan sangat nak gi opis aku tu.  Aku jenis tak suka duk relax if tak ada kerja. Duk sangap tunggu project yang tak kunjung tiba. Sangat lah membosankan. Ni namanya 'tak ada arah'.
    Ok stop, i dont want to story the negative thing pagi-pagi buta ni. Let me talk about this workshop.


    Before that klakar gak lah kita orang dua orang tak tau jalan nak gi Wisma UOA ni. Mula-mula nak naik komuter, LRT n monorel jer, (fuh segala public transport aku nak naik ni..hehehe) then hubby member aku ni risau plak dia suruh bawak keta. Dah siap-siap set kan En Gamin lagiYelah nak bawak laptop semua, then bag dia tak cukup besar so tak leh nak zip, mau tak risaunya..kehkehkeh. Tapi En Gamin ni buat prangai lah plak. Bleh plak dia hang. Kalut nak restart tak tau button mana nak tekan. But akhirnya kita orang berjaya gak tiba di pit-stop. Hoooyyeeaahhh....

    Sesape yang fresh graduate, I really suggest this workshop to them. Lagipun workshop ni, free jer. Free knowledge orang nak bagi, so ape lagi just grab it lah. Tak adalah macam aku dulu after graduate, mengagau cari resume senior-senior aku untuk dijadikan template. Ha one good advise from this workshop, there is no template for resume. And tak semestinya you just ada satu resume jer. Different company, different resume mengikut 'budaya' company tu. One important thing yang aku tak ade dalam resume aku sebelum ni adalah, objective/summary. Nampak benda ni macam remeh, tapi bila aku belek-belek semula contoh resume yang dia orang bagi mase workshop tu and aku imagine aku di tempat HR; I want read that part for the first thing. Coz that part akan derive you to read the resume or just put a side the resume.

    Susah nak pahamkan yea??? Sorry lah I cant reveal everything here. Kena saman plak aku nnt. Semua handout yang dia orang ajar tu pun tak bleh dibawa keluar dari bilik tu. Everything is P&C. Dia orang will sent the handout by email.

    Ok how to attend this workshop. Lupa nak bgtau this workshop is by Jobs DB. Sound familiar. Sape yang ade FB or Twitter  mesti pernah ternampak advertisement tentang benda ni. Just click there and akan ada advertisement for next free workshop macam ni. Malas nak cari yea, haish....ok i give the website for you all http://www.jobsdb.com.my/malaysia The trainnee tu ckp they planning for the workshop about "How to attend interview".  So if you have a chance go n grabe it.


    Rainy Day


    04 July 2010 - At 8.04 a.m aku dah terjaga dah. Hmm awal lah plak bangun di pagi Ahad ni. Golek-golek lagi pun still tak leh nak tido balik. Bangun gi tengok Ollie tengah main-main dengan ayah aku. Makin gemuk dah si Ollie ni skrang.

    Then aku naik atas, masuk bilik semula. Crawling  back on my bed. Hmm, nak basuh baju lah. Dah sebakul baju yang kena handwash, aku tak basuh lagi.

    Dah setle basuh baju, aik tengok cuaca mendung lah plak...Hmmm jemur jer lah. Tapi tak sampai setengah jam, hujan pun turun. Alahaiiiii.....terpaksalah aku angkat semula. Aku rase most part of M`sia, hari ni hujan. Kawan aku update kat FB, tpt dia pun hujan. 


    This rainyday make me so lazzzzzyyyy....But some people like rainy...Huhuhuhu
     

    talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino