Lunch at Jetty Restaurant



11 July 2010 - Bukan sahaja Ollie kelaparan kita orang yang mengerjakan Ollie ni pun kelaparan gak. So petang tu after Zohor, we all se'family'  pun gi lah lunch kat luar. Mula-mula tu nak lunch kat Restoran SS2. Tapi on Sunday dia bukak lambat lah plak. Kul 6 baru bukak. Uiks, lambat sangat tu 4 jam lagi nak kena tunggu, pengsan nak menunggu nyer nyah. But Restoran SS2 tu memang sedaplah, pastu portion for each meal banyak plak tu. Mengah nak perabis. If next time I go to SS2 Restaurant I will post my entry here.

So we decide nak gi restoran Jeety kat 1 Utama. Mula-mula ayah aku suggest nak gi Vichuda. Eeee tak mo lah aku. Naik muak dah aku makan kat Vichuda tu. Slalu sangat dah temankan member aku, Zirr makan kat situ.

Sampai kat restoran Jetty tu, hujan lah plak. Bumbung restoran ni, dah lah pakai atap rumbia sejati. Bukan yang sekadar letak pura-pura atas bumbung asbestos tu tau. Maka banyak lah part-part yang bocor. Ade beberapa tempat jer bleh duduk, yang lain basah. sabar jer lah aku. "Taukey, sila lah baiki bumbung restoran you yea. Susah customer mau makan kalo hujan". If  hujan korang semua tak yah lah gi kat sini yea. Very limited seat.


Disebabkan kita orang semua dah lapar n malas dah nak pikir tempat makan lain, makan jugak lah kat situ. My dad and me order Nasi Lemak Pandan, my mom and my sis order Nasi Goreng Jetty. Bila sampai all our order, my sis tak puas hati ayam yang dia dapat 'cinonit' jer. Aku plak dapat dua ketul ayam. Nak tukar dengan aku??? Tak dapet lah yea.....hehehehe. 



Kualiti  kesedapan makanan kat sini dah kureng lah. Dulu sedap. Nasi Lemak Pandan aku, tak ade rase lemak langsung. Macam nasi biasa, aroma pandan sket and color ala-ala hijau. Nasi Goreng Jetty tu pun dah kurang kesedapannya. Dulu best. dah tukar tukang masak ke??? Tapi dah laparkan, licin jer aku blasah. hehehehe....


Selesai makan tu kita orang ronda-ronda jap kat 1Utama. Nak beli luggage (for our next vacation) tak ada yang berkenan lah plak. So mohlah kita balik before Maghrib menjengah...


No comments:

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino