Saya Merajuk Ke?

Salam di petang Jumaat buat semua pembaca blogku.

Sudah berapa aku tak update blog? Hampir seminggu. Huhuhu. Sampai Emme tinggalkan message lagi di shoutbox. Thank you, Emme for your concern.

Merajuk ke sampai berhari-hari tak update blog? Ha`a merajuk, merajuk panjang. Merajuk dengan komen-komen yang kalian tinggalkan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hehehe tak adalah. Dah kenapa plak aku nak merajuk. Kata kawanku Fadh, yang dari utara tu, "merajuk tak ada 'arah' ".

Aku busy yang amat sebenarnya. Waktu opis hour aku seringkali berakhir di waktu malam. Balik dah tak nampak matahari. Hilang cuti hujung mingguku, kerana terpaksa datang ke opis. Semalam cuti Thaipussam pun kena datang kerja. Aduhai stress sungguh selagi project ni tak roll out. Naik juling mata nak checking data-data yang ada sebelum migration dibuat.




Dan bila stress jer, Mc D pasti menjadi sasaranku mencari Mc Flurry Oreo. Tepat sungguh kata-kata kat cawan Mc Flurry tu, "Sweet Satisfaction". 

Kepada kawan-kawan yang dikasihi sekalian, harap maaf ye jika datang ke 'rumah' ku ini agak 'berhabuk'. Nanti bila project aku ni dah setle rumah ku ini akan kembali berseri-seri. Jangan terus merajuk tak datang sini ye. Project akan roll out on 1 February ni. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Ammmiinnn...



psstt...psstt... type cepat-cepat sementara menunggu kawanku setlekan data-data nyer untuk migrate ke sistem aku plak.

Sofa Merah

Lokasi: Kedai Perabut Mewah

"Mahu beli set sofa cik" Saleman macho menyambut kedatanganku

"Ye, tapi saya belum tahu mahu beli yang macam mana"

"Oh, mari-mari saya tunjukkan sofa yang bagus. Rangka sofa set ini, dari kayu jati cik. Kuat dan tahan lama. Lagi pun nampak mewah dan elegen"
Aku hanya senyum memandangnya,
"Saya bukan hanya mahu yang kuat dan tahan lama. Tidak perlu juga bermewah-mewah"
Setengah jam berlegar, keluar dari kedai tanpa membeli

Lokasi: Kedai Perabut Cantik

"Hallo amoi, mahu beli sofa set ka? Mari saya tunjuk yang cantik. Ini manyak cantik, imported dari luar negara. Sangat baguss maa"

Sekali lagi aku tersenyum sambil berkata,
"Saya tidak mahu dari luar negara dan saya tidak mahu kalo ia sekadar cantik. "

Mengorak langkah keluar dari kedai.


Lokasi: Kedai Perabut Sejati

"Mahu pilih sofa cik?"
"Ye, tapi saya belum tahu sofa apa yang saya mahukan. Ni kedai ke-3 saya pergi"
"Takpe, cik sila lah tengok di sekitar kedai ni. Dan cuba duduk. Jika cik boleh sandarkan bahu dengan tenangnya di sofa tersebut dan cik boleh baring dengan selesanya di saat gembira mahu pun duka bersama-sama. Makanya itulah sofa yang sesuai untuk cik. tetapi yang paling penting cik sendiri harus tahu, apa yang cik hendak"
"Saya mahu sofa merah tu"




psstt...psstt...if only I can choose my soulmate like choosing the sofa.

Arwah Ibu Melawat Jenazah Anak

Sumber citer: Dari facebook

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah.Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah Maha Berkuasa.
Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar.

Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya;
"Apakah yang sebenarnya telah terjadi?"
"Siapakah pemuda itu?"


"Mengapa wajahnya bertukar hitam?"

Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya. Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.
"Ustaz," kata wanita itu.
"Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.
"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya.
"Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."
"Makcik lihatlah betul-betul." kata saya.
Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.
"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.
Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.
"Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "
Kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.
Sambil mengesat airmata, dia berkata,
"Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi

"Apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.
Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.
Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,

"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,
"Orang tua mana pula?" katanya.
Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya.
"Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"
Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?
Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.

Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya. Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

psstt...psstt...saja share citer ni. Peringatan kepada diri sendiri sebenarnya. Tadi pagi terlajak Subuh, dan ngam-ngam citer ni kluar kat wall fb member ku. Terkedu dan begitu menginsafkan aku.

Mesra Bertukar 'Smile'


Mesra kad Petronas 

Tahun baru minyak pun bertukar baru.
Dari Mesra beralih ke Smile
Terpengaruh dengan rakan yang tidak berapa nak sebaya
Smile kad Esso


Menuggu point Mesra membuatkan aku kebosanan
'Tak Sabaq' aku nak menunggu.  (baca dengan loghat Kedah ye)
Mahu perlaburan jangka masa pendek.
Because life is so short
So I just want to enjoy the moment





Bye-bye Mesra, here I come to you with a Smile.


psstt...psstt...tidak cukup masa mahu membuat entry yang panjang. Maka entry ciput ku keluarkan.

Dialog Suara Hati Tentang Facebook

Di kala semua orang sibuk memperkatakan tentang facebook (FB) akan ditutup, aku antara endah dan tak endah. Tetapi di ketika ini, detik dan saat ini tiba-tiba aku bersetuju sesangat. Kenapa? Jom ikuti sessi dialog bersama jin...eh bukan sessi dialog suara hati seorang budak degil


Facebook akan ditutup

Lokasi: Opis
Waktu: 5.50 petang
Tarikh: 11.01.11 (Cantik plak tarikh hari ni)

Suara hati yang baik: Fuh!!! Dah setle sket kerja ni. Nak tengok FB jap lah. Tapi tak mo tengok status dia

Suara hati yang degil: Alah tengok sket jer, no harm nyer lah.

Suara hati yang baik: Jangan nanti ko kronik punyer nanti.

Suara hati yang degil: Lorr....Tengoklah.  Tu pun takut. Tak rock btull lah ko ni. Cepat lah click.

Suara hati yang degil berjaya menyuruh tangan kanan untuk click. Selepas itu, mata melakukan tugas untuk membaca, dan outputnya jantung berdegup kencang. Jiwa tak keruan.

Suara hati yang baik: Padan muka!!! Kan dah kronik......



pssttt...pssstt...nak ku delete dia dari friendlist macam tak patut plak. Dia tak buat apa-apa kesalahan pun lagipun nanti dia tahu. May be after this I should hide dia dari appear kat wall aku. Dan lagi bagus kalo rumors tetang FB nak tutup 15 March ni menjadi kenyataan.


credit picture to: thenextweb.com

Lagu-lagu AJL Dan Diriku

Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

A very touching song. Sesungguhnya perpisahan itu menyakitkan tetapi kebahagian selepas perpisahan adalah lebih bermakna. Aduhai Shahir, kenapalah ada babak sajak tu. Tersangatlah annoying.

Berlari - Tomok
Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi
Bebas ‘tuk berlari
Mengejar impian aku
Yang terkunci
Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari
Teruskan berlari

Song of surviving. I lliikkkeee...Suka performance Tomok masa starting semalam

Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa


To be honest aku tak berapa paham lagu ni. But combination of the lyric, melody and the sweet voice of Ana voice make the song marvelous. Tetapi malam tadi vokalnya sangat pancit. Err, tapi dia menanglah.


Mencari Konklusi - Hujan
Teka silangkata
Membuat parah menambah persoalannya
Aku tak pasti yang kita hadapi
Yang kita semua cari
Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja

Lagu yang best didengar bila mahu bawa kereta laju-laju. Hehehehe. Kena saman lagi padan muka aku. Oh! Adakah musik dari band terlalu kuat, sampai suara Noh agak tenggelam semalam?



Apa-apapun tahniah kepada semua pemenang:
Juara: Tolong Ingatkan Aku - Anna Raffali 
Tempat Kedua: Drama King - Meet Uncle Hussein + Black

Tempat Ketiga: Noktah Cinta - Hafiz
Persembahan Terbaik: Hanyut - Faizal Tahir

Vokal Terbaik: Noktah Cinta - Hafiz

psstt...psstt...Actually I`m speehcless about the AJL result.

Kenapa Part 2: Kenapa Tulis Blog?

Salam buat semua.

Di dalam kereta menuju ke sesuatu destinasi. Seorang kawan bertanyakan kepada ku;

"Kenapa you tulis blog?"

Aku diam buat beberapa saat. Ada pelbagai sebab di mindaku yang memang sedia berkecamuk sebelum itu. Akhirnya aku bersuara;
"Sebab I want to give,instead of I sentiasa menerima why not I be the giver"

Dan dalam hati aku berbisik,
"Jika kita tidak berapa bahagia, mungkin dengan membahagiakan orang lain kita akan memperolehi kebahagian yang tersirat."


psssttt...pssttt...dulu-dulu aku searching info di blog orang (in fact skrang pun still did it) . Sehinggakan nak tau tempat makan sedap pun aku search blog. Aku harap sekarang blog cikai ini sudah boleh  masuk kategori memberi.

Prince Charming?

Salam berhujung minggu buat semua.

Entry ini diterbitkan khas buat seorang kawan ku. She request for her besday present. So here it is. Happy besday, dear.

Beberapa hari sebelum melangkah ke tahun baru, kawan ku ini menanyakan kepada aku,
"Does the prince charming still exist in this real world?"
Straight away dengan muka tanpa perasaan aku jawab,
"NO!"
Sesungguhnya dia tidak berpuas hati dengan jawapan aku. Aku hanya mampu tersenyum. Tetapi bagi aku, setelah hati ini berparut disebabkan ku rasa dia adalah prince charming ku, kepercayaan terhadap kewujudan prince charming itu sudah lama lenyap.

Kalo korang tanya miss wikipedia, the answer about prince charming adalah seperti berikut;
Prince Charming is a stock character who appears in a number of fairy tales. He is the prince who comes to rescue of the damsel in distress, and stereotypically, must engage in a quest to liberate her from an evil spell. The name has been given to the heroes of a number of traditional folk tales.

Nah semua itu, hanya wujud di dalam cerita dogeng. Dari kecik kita disogokkan dengan kisah-kisah fairy tale yang sedikit sebanyak ada elemen prince charming. Tak kira lah citer klasik Melayu mahu pun orang putih. Apabila di kala kesusahan prince charming akan datang menyelamat. Di kala kesedihan  prince charming lah pendengar setia mendengar segala keluh-kesah kita. Segala apa yang dihajati akan cuba ditunaikan oleh  prince charming  walaupun meredah hutan belantara.

Perlu diingat prince charming itu manusia biasa juga. Yang bukan sentiasa boleh terbang menyelamatkan kita pada bila-bila masa. Jika dia boleh berbuat demikian ini bermakna your prince charming  penganggur terhormat. Got nothing to do in his life. Bersiap sedia lah untuk  menanggung makan pakainya kelak? 


Prince charming juga ada perasaan bosan kalo asyik disogokkan dengan kesedihan kita. Tidak semua orang boleh menjadi pendengar yang baik. Jika sudah bertahun-tahun dia memang bukan pendengar yang baik, boleh ke dia berubah sekelip mata setelah dia menjadi milik kita? 

Apakah segala permintaan yang kita luahkan harus ditunaikan. Adakah perlu prince charming tidak mempunyai pendirian sendiri? Hanya menurut segala perintah. Tidakkah bosan kehidupan jika begitu.


Itu pendapat ikhlas aku terhadap prince charming. Dan kawan aku amatlah tidak bersetuju. Dia percaya bahawa prince charming masih wujud di dunia ini.



Andainya di suatu hari nanti aku menemui Encik Jodoh, aku lebih suka menganggap dia sebagai my soul mate. Kerana tidak mungkin dia akan sentiasa boleh hadir menyelamatkan aku, makanya dia mengajar jiwa ku untuk lebih kental. Dia tidak akan bersetuju dengan segala pendapat yang ku lontarkan, dan pertelingkahan itu membuatkan otak ku yang kadang-kadang sengal ni, bergerak semula. Dia mungkin juga tidak akan menuruti segala permintaan aku yang terdorong lebih kepada emosi dan tidak masuk akal langsung; maka rasionalnya ku perlukan di ketika itu.

Penutup entry ini aku tinggalkan dengan satu persoalan yang menjadi gaduh-gaduh manja antara kami berdua.
"Does the prince charming still exist in this real world?"

Kenapa?

Sometimes I expect you did that,
But you dont....

Sometimes i dont expect he to do that,
But he did....

I dont expect much,
Just care...Like a Care Bears...hehehehe




psstt...pssttt...teringin nak tengok cartoon Care Bears sebenarnya. Antara my favourite masa kecik-kecik

Hadiah Pertama Dari Nuffnang : Season of The Witch

Haallooo semua. Selamat pagi. Pagi lah sangat kan dah kul 10 lebih dah. Pagi ini hujan lebat kat tempat aku, sangat sejuk dan terasa sangat  malas mahu pergi ke opis. Huhuhu.

Season of the witch

Ini merupakan citer yang berlaku malam semalam. Bukan sambungan dari citer tertinggal semalam. Citer aku tengok best semalam. Movie baru yang akan memulakan tayangannya hari ini; Season of The Witch. Aku berpeluang tengok awal sehari sebab menang contest nuffnang about this movie. Entry sempoi tempoh hari mengenai apa yang korang takut about witch telah menambat hati nuffnang. So aku dapat 2 tiket tayangan perdana untuk citer, Season of The Witch. Kali pertama joint contest nuffnang (sebelum ni nak joint, tapi malu-malu kucing mahu joint), dan pertama kali menang. Hoyeaahh!!! Thank you so much nuffnang for this opportunity.

Hadiah dari nuffnang


Ok enough citer about me. Meh aku stroy sket tentang citer. This is not a love stroy at all. Selalunyer citer adventure apa sekalipun mesti ade gak terselit cintan-cintun kan? But this story korang jangan harap ye. Tak tahu nak clasifikasikan citer ni citer apa. Seram ada, adventure ada, fantasi pun ada, sedih pun ada. Semuanya 'diadun sebati' buatkan penonton jadi tak senang duduk. Sepanjang penggambaran memang korang akan rasa berdebar, dan semakin lama akan semakin geram dengan witch tu. Errr witch ke dia? Muka cun giler...ooppsss yang tu aku tak leh nak habaq, nanti anti-klimaks plak. Oh korang jangan lupa tengok part masa hero dia, Nicholas Cage berperang dengan wolf. Aku rasa part ni sangat macho. Sesapa yang baru putus cinta, yang rasa sangat tertekan tengok love story, pergilah tengok citer ni. Tak teringat langsung duka lara korang tu. Kepada kaum adam yang sedang bercinta, ok gak tengok citer ni. Nanti gf korang akan mengepit jer kat korang sebab ketakutan. Dekat jer ye, jangan buat aksi lebih. Kalo dah kawen tu tak pe lah.

Ending citer ni lain daripada yang lain. Aku tak sangka sungguh ending dia macam tu. Nak tau ape, jom serbu pangung ramai-ramai. A really good movie, to put in your list in 2011. Two thumbs up for this movie.

Ikea meatball
Best....best ...dapat makan meatball.


psstt...psstt...Mr Frogie ini lah benda yang saya maksukdkan semasa entry "Pembuka Tirai 2011 Yang Baik" mengenai benda yang tak confirm 100% lagi. Sebab blum dapat email confirmation. Heheheh not about marriage ye.

Kena Tinggal

Halllooo semua. Mentari bersinar terang benderang di pagi Rabu ni. Tempat korang mendung ke cerah hari ini?

Hari ini family aku tiba-tiba buat plan nak pergi Melaka. Jalan-jalan makan angin. Saja pergi hari ini tinggalkan aku. Dah lah ayah aku bagitau bila aku dah kat opis bagitau dia orang semua nak gi Melaka hari ni. Mak aku bagi alasan sebab malam ni aku nak sleep over rumah my friend, so dia orang pun gi tido Melaka malam ni. Jahat! Tinggalkan aku.

Tak pe malam ni nak gi ngedet jumpa ahli sihir. Mahu makan meatball dekat IKEA. Nada-nada dengki. Kehkehkeh. Macam lah aku tak pernah gi Melaka tu, tapi dengki sebab tak dapat ikut.Huuuwwaaa...

Antara ayat-ayat dengki aku:
"Camera ada kat kakak, so korang tak leh amik gambar cun"

"Ayah, tak tau kedai kat Umbai tu yang mana sedap"

"Bawak Rooney(rabbit adik aku) skali, tak mo jaga dia. "

Tangan Keras Buat Kraftangan

Hallo dan salam buat semua pembaca blog ku. Terima kasih sudi menjengah lagi di sini.

potpuri


Gambar di atas adalah hasil kerja tangan dari seorang yang 'keras tangan' dan tidak tahu menjahit tetapi ada hati nak buat projek kraftangan. Hahahah. Tu merupakan projek aku hari Ahad lepas. Semasa membuat kerja-kerja pembersihan bilik terpandang bekas potpuri yang dah lame tu. Tak ada nak buat ape pun hari Ahad tu, makanya aku gunting bekas potpuri ku yang dah lame dan agak boring untuk ditatap tu. Dari satu potpuri dapat 2. Dulu tersadai jer kat atas almari aku. Tetapi skrang dah bleh tergantung kat muka pintu nak masuk bilik.

Lama btull aku buat benda ni, dari kul 2 sampai pukul 9 malam. Sedangkan jahit ribbon and tambah bulu-bulu pink kat bawah tu jer. Dahnya aku memang fail bab-bab menjahit ni. Oh! ye break sekejap jumpa member aku. Terlupa janji dengan dia pukul 3 aku ingat pukul 4. Haish!!! Tu lah ralit sangat buat benda tu.

Walaupun tersenget-benget apa yang aku jahit tu, tapi kira orait lah buat orang yang tak reti menjahit macam aku ni. Yeaah...skrang ni bilik ku wangi bau "Teddy`s Dream"


pssttt...pssttt...ni kalo Lina tengok ni mesti dia gelak guling-gulingnya. "Lina jgn gelak tau, senyum kambing jer boleh...hehehe"

Cabaran Bekerja di Hari Pertama Tahun Baru

Hi/Salam semua pembaca blogku.

Fuuhhh...sangat penat hari ni. Kul 8 lebih baru sampai rumah. Macam mana hari pertama bekerja di tahun baru? Hari aku sangat mencabar dan sungguh menduga keimanan.

Aku punyalah beria datang kerja hari Sabtu lepas, waktu orang sibuk bercuti New Year aku kat opis lah kan. Kononnya nak bagi settle kerja-kerja migaration data. Dah siap dah 3000 lebih data aku migrate hari sabtu yang lepas. Hari ini, di pagi Isnin, di tahun baru 2011, apabbila aku check balik data yang aku migrate tu sudah HILANG. Ternganga jap aku kat depan pc. Bulat mataku, yang memang sedia bulat ni.  Nasib baik tak kena heart attack. Data di dalam database hanya ada 500 lebih. Mana pergi data ku yang 2500 yang lain??? Ada hantu ke kat database aku ni.

"Sabar-sabar Noreed, bawak bertenang. Tarik nafas panjang-panjang. Jangan panik. Keep on thinking what should you do. Relax....Cool."

Tu jer lah yang aku boleh buat untuk menenangkan jiwa aku yang hampir tidak keruan waktu tu. Terpaksalah satu hari, hari ni tulis script amik data-data tu kat database lagi satu. Nasib baik ada backup jugak di tempat lain. Tapi makan setengah hari gak lah aku nak menyiapkan coding script aku ni. Dah tak mo letak data migration kat server berhatu tu lagi. Run di local pc jer. Karang hilang lagi besok, memang meroyan aku dibuatnya. Hehehehe.

Aku tulis status aku di FB :

"Sungguh mencabar hari pertama bekerja di thn baru ni...huh"

Ada kawanku balas, dia tergolek dari basikal lagi hari. Tak pasal-pasal berparut kepala lutut. Adui! Sakitnya. Hmm...macam-macamkan. So macam mana dengan hari korang hari ini? Hari pertama bekerja di tahun baru? Ada sebarang cobaan dan dugaan tak?

Pembuka Tirai 2010 Yang Baik

Salam buat semua....

Huhuhu sudah malam baru aku terkedek-kedek mahu update blog. Hari ini busy di office. Ye aku menyambut New Year di opis. Sadis kan. Apa mahu buat, kerja perlu disiapkan menjelang tahun baru ni.

Tapi tak pe, even pergi opis pun hari ni hati ku berbunga-bunga. Its really a good start for my new year. Ini disebabkan ada rezki yang masuk. Alhamdulillah rezki dari GA Serba satu. Aku tidak menjadi pemenang utama dan bukan juga sagu hati, tetapi pemenang bertuah. Hoyeaahh!!! Menjadi pemenang bertuah follower ke 2011. Cantik jer no follower tu, sempena tahun baru ni. Sebelum tu aku tinggalkan ala-ala nota kaki kat entry aku untuk contest ni.
psstt..pssttt..no follower saya yang ke 2011, seiring untuk melangkah ke tahun baru. Markah bonus untuk menang tak Encik Eqbalzack???ngehngehnegh....
 Dia mendengar permintaan diri ku ini yang sedang buat mata terkedip-kedip macam kucing Puss In Boot dalam citer Shrek tu. Thank you so much.Saudara eqbalzack siap tinggalkan komen lagi kat my previous entry. Tapi sebelum tu, aku dah terlebih dahulu terjah blog dia dulu untuk skodeng keputusan GA berikut.


Dan hadiah yang bakal aku terima adalah...


Jall Organiser IKEA. Wow, sangat lah best. Katanya segala proses untuk pos akan dibuat hari Isnin ini. Oh Mr Posmen cepat lah datang bawa itu hadiah kepada ku.

Penyertaan dari pemenang utama GA ini memang superb, MMGIRLKLY MICHELLE She deserve to win. Kreatif and really she put an effort to win it. Congratz girl!Kepada semua yang menang tahniah diucapkan yang tak berjaya jom try lagi untuk next GA.

Dan kepada pihak penganjur, saudara eqbalzack tahniah jugak sebab penyertaan untuk GA begitu ramai sebanyak 391 penyertaan. (Kalo aku buat GA jangan kata 90, 9 orang pun blum tentu lagi kut) Terima kasih kerana bermurah hati menyediakan hadiah tambahan kepada follower bertuah ni. Dengar citer ada pihak mahu sponsor untuk GA tahun ini. Jangan lupa roger-roger ye nanti. Kepada semua jom terjah ramai untuk GA yang seterusnya pada pertengahan Januari kalo tak silap, sebab hadiahnya sungguh lumayan seh. Gi skodeng dulu bakal hadiah yang meletopsz tu.



ppsstt...ppssttt...sebenarnya ada rezki lagi sebelum GA ni, tapi masih belum 100% confirm. Nanti kalo dah confirm aku sharekan bersama kalian ye.
 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino