Saman



29 June 2010 - Tadi pagi around kul 11, my prenz merangkap agent insurance aku call; "Awak, tak boleh renew roadtax lah. Ada saman". Ha! Pulak...Bila masa lah plak aku kena saman ni. Aduhai...Dia kata kena saman kat Seremban. Hmm mesti speed trap lah ni tak ada lain. Tu lah kan ibu selalu berpesan; "Akak, bawak keta jangan laju-laju." Kan dah kena saman, padan muka aku. Kena setlekan saman tu hari ni kalo tak tertangguh lah proses nak renew roadtax. Dah lah memang tertangguh.

Aku pun trus call ayah aku mintak teman kan aku gi Balai Polis Trafik. Nasib baik ayah aku blum gi hantar adik aku balik college lagi. Kalo tak kena lah aku gi sorang-sorang bersama-sama keretaku yang tiada roadtax itu. Sampai kat balai tu, punyalah ramai orang. No skrang adalah 2033 and my number is 2167. Mak ai macam mana nak tunggu ni? Dah lah aku confuse dengan sistem dia. Semak saman pun kaunter 2, bayar saman pun kaunter 2. Bila no naik nak kena gi kaunter mana ni? Yang amik no, amik no. Yang beratur pun ada gak. Aku ni plak tak ada surat cinta saman tu. Ayah aku ckp beratur jer lah kat line yang nak untuk check saman untuk amik print out. Beratur punya beratur aku pun dapat print out saman aku. Mak ai banyak nyer aku kena saman. Biar betul, kat Kuantan ada, Kuala Lumpur ada, Jempol ada. Bila aku check balik, ler salah no plat keta lah. Gi balik kat kakak yang garang tu, mintak print out lagi skali. (Garang ko kakak ni, cakap punya lah kuat. Takut aku). Nasib baik dia tak marah. Ha kali ni baru btull satu jer saman aku kat "Soromban". Tapi yang aku peliknya, saman tu tahun 2008. Last year aku bleh lah plak renew roadtax. Hmm, dah lah bayar jer ye, jangan banyak songeh dah memang awak salah.

My first saman...huhuhu

Disebabkan aku tak ada cash, apa lagi "sorong papan, tarik papan" lah gamak nyer. (My mum bg pinjam cash, tp malu plak nak guna. Hehehe)Ye guna CC. Macam agak kagum bleh guna CC membayar saman. FYI, skrang saman dah tak bleh nak mintak discount ye tuan-tuan dan puan-puan. Reason dia sebab polis dah tak jaga bab saman ni, aku pun tak paham ape relevan nyer di situ.

Insaf sekejap aku, berazam tak mo bawak laju-laju lagi. Parah btull aku bulan ni. Duit mengalir bagaikan air. Huhuhu. Tulah brani buat branilah tanggung. Hope this is my first and last saman.

World Cup Fever

28 June 2010 - Alahai bilalah nak abis demam bola ni. Every day pun ada bola. Btull lah satu tagline iklan dulu "Makan Bola, Tido Bola,  Everything pun Bola" Tak ada chance aku nak tengok tv. Since world cup ni aku dah lama tak tengok my fav tv series; "Vampire Diaries" and "Desperate Housewife". Dah tu macam mananya aku nak tengok, dah tv di conquer oleh ayah and adik aku. Tv yang lagi satu mak aku lah plak tengok. Hmm patutkah aku beli another tv???

Tadi before I write up this entry, baru pas chat online with my cuzzy, Nad at fb. Because her trip to Singapore was cancel, she plan to spend the money that she save for the vacation to buy a Germany jersey. Aduhai, makcik sorang ni. I ask how much? I thought paling mahal pun RM100, skali tu amik ko RM200. Terkezut badak aku. She want to buy online, mahal because nak tempek jersey tu with her name on it. "Haish membazir jer". "Tak per 4 tahun sekali jer". Hmmm oklah. After aku dengar 4 tahun sekali tu, jiwa raga aku yang tertekan tak dapat tengok tv tu pun agak cool down sket.

Aku bukan lah tak tengok langsung World Cup. Aku adalah gak tengok masa Japan vs Cameroon, Argentina vs Korea. Skill player Argentina memang superb. Aku tengoklah gak gaya si budak nakal Messi tu menggelecek bola. And aku tau lah gak yang Maradona promised to run naked throught Buenos Aires if Argentina wins the World Cup. And I also pernah gi tengok football match live at stadium twice ok. One is Slangor vs Singapore and Man U vs Msia. See!!! Who said I know nothing about football. Hehehe, riak lah plak bunyinya kan.

Oklah, posting kali ni aku akhiri dengan vc from Shakira official song for World Cup 2010. With lyric ok; kepada sesapa yang nak berkaraoke sambil tengok bola. I love this song. Enjoy it...






~ picture credit to: http://www.football-wallpapers.com/wallpapers2/fifa_world_cup_trophy_1_1600x1200.jpg

Bulan Rejab

 
15 Rejab 1431, (27 June 2010) - Selamat datang bulan Rejab. Mesti confusekan kenapa plak posting kali ni bertarikhkan bulan Islam. Saja coz I want to share information about Rejab month. Before this kan aku ada bagitau nak share info about kelebihan amalan-amalan(specific for puasa) di bulan Islam. So dah alang-alang, aku buat a little research about benefit for fasting in Rejab month, let's share information about Rejab month. I know it look like a little let to share this information, but lebih baik ada daripada tiada kan?

Ice Breaking bersama bulan Allah (Rejab)

Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran, kalendar Islam mempunyai 12 bulan di dalan setahun dan pengiraan ini adalah berdasarkan pergerakan bulan. Walau bagaimanapun antara 12 bulan ini, terdapat 4 bulan haram; iaitu bulan Zulqaedah, Zulhijah, Muharram dan Rejab. Pengertian Rejab dari segi bahasa bermaksud menghormati dan memuliakan. Masyarakat Jahiliah telah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka menghormati dan memuliakan bulan dengan tidak melakukan peperangan sepanjang bulan ini. Manakala kita sebagai umat Islam, memuliakan bulan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasullah SAW iaitu peristiwa Isra` dan Mi`raj. Para ulama berkata; bulan Rejab ialah bulan menanam, bulan Syaaban ialah bulan menyiram dan bulan Ramadhan ialah bulan menuai. But why bulan ini (dan 3 bulan yang lain) dikatakan bulan haram?  Ini adalah kerana kehormatannya yang besar dan besarnya dosa maksiat yang dilakukan di dalam bulan-bulan tersebut. Dan 4 bulan ini dipilih sebagai bulan yang haram bertujuan supaya umat Islam boleh mengerjakan umrah dan haji pada bulan-bulan berkenaan.



Lipatan sejarah yang berlaku di dalam bulan Rejab:
  1. Hijrah Pertama : Pada bulan ini berlakunya penghijrahan pertama umat Islam ke Habsyah (Ethiopia). Penghijrahan ini berlaku setelah kalangan sahabat mengadu kepada Rasullah terhadap tekanan dan ancaman yang dilakukan oleh pihak Musyrikin terhadap mereka. Penhijrahan ini dilakukan di atas sebab-sebab keselamatan diri dan iman serta bagi mencari tapak baru untuk Islam dan untuk mengatur strategi.
  2. Isra' dan Mi`raj : Merupakan perjalanan Rasullah SAW dari Mekah ke Baitul Muqaddis pada waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu.
  3. Perang Tabuk : Tabuk adalah nama tempat di Utara Semenanjung Arab. Di sinilah Rasullah SAW bersama 30 ribu tentera Islam berkumpul untuk berperang dengan tentera Rom. Walau bagaimanapun peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah cabut lari ketakutan dengan semangat waja dan kekuatan tentera Islam.
  4. Pembebasan Baitul-Muqaddis : Baitul Muqaddis telah ditawan oleh tentera Salib semasa zaman pemerintahan Abasiyah.Tentera Salib telah menduduki kota ini selama 60 tahun, sebelum panglima Islam yang terkenal Salehudin Al-Ayubi berjaya menawa semula kota berkenaan. Peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Tetapi malangnya pada 1967 bersamaan 1387H, Yahudi telah menawan Baitul Muqaddis dan menamakan nama negara mereka dengan nama Israel.
  5. Lahir Imam Syafie RH : Beliau telah lahir di Ghuzah pada bulan Rejab, 767 Masehi bersamaan 150H. Nama beliau yang sebenar adalah Muhammad bin Idris. Beliau merupakan antara 4 imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Dan kita, umat Islam di Malaysia mengamalkan mazhab Syafiee.
Puasa di bulan Rejab

Tidak terdapat hadis yang menyatakan secar khusus mengenai kelebihan puasa di bulan Rejab. Cuma terdapat hadis yang menyatakn kelebihan puasa pada bulan-bulan haram.
Antara hadith-hadith tersebut ialah,

أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله الحرام وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل ~ رواه مسلم

“ Puasa yg paling afdhal selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan-bulan haram, dan solat yg paling afdhal selepas solat fardhu ialah ialah solat malam.”

  • Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah
  • Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari diseksa diakhirat dan fitnah dajjal
  • Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya

  • Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya

  • Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan diperkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya

  • Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda

 Special thanks to:


Rabbit Fungus - Ollie dah sihat

25 June 2010 - Ollie kluar spital hari ni. Ok just merah jer lah kat hidung Ollie. Aku imagine kena berbalut bagai. Kehkehkeh imaginasi ku ini, sungguh dramatik. Kaki-kaki dia pun merah. Bekas macam melecit lah sebab vet buang all the fungus.

rabbit fungus

Actully, rabbit memang senang kena fungus. Even kucing pun boleh kena fungus. Kira-kiranya all haiwan berbulu lah senang kena fungus. Yelah bukannya haiwan ni bukan macam manusia mandi setiap hari kan? Mau demam si Ollie ni mandi setiap hari. Fungus yang selalu melakukan serangan kepada rabit is "Ringworm" and "Favus". Even manusia pun kena gak.

rabbit fungus
rabbit fungus
Ringworm on human skinRingworm on cat

Ringworm ni bukan lah cacing plak yea. If human being telah dijangkiti fungus ni kulit kita akan kelihatan seperti bulat and sekeliling bulat tu akan berwarna merah. But for animal plak, kawasan yang infected tu akan kelihatan kering, berwarna kelabu and macam berkuping. Nama spesis yang menyebabkan ianya terjadi ialah "dermatophyes" yang bermaksud tumbuhan yang hidup di atas kulit (tiba-tiba aku terbayang pokok taugeh tumbuh kat atas aku, yuccckkk!!!) and ianya comes from family "genus Trichophyton". And berhati-hati ye ianya boleh berjangkit. From human to human, or pet to human. Alamak Ollie jangan lah ko jangkit kat aku. 

rabbit fungus
rabbit fungus
Favus on human Favus on animal

Favus ni plak rupanya macam sarang lebah. And dia akan mengeluarkan sedikit bau. Fungus yang bring this infection comes from family fungus yang bernama "genus Achorion". Rabbit yang terkena this infection must quickly dikuarantinkan. Vet akan cukur part yang terkena infection ni. And bulu yang telah dicukur perlu dibakar. Wah dasat btull bunyinya. Ye lah, sebab fungus jenis ini senang sangat untuk berjangkit.


Ok cukuplah citer fungus ni. Geli dah aku ni. Lagi-lagi bila search for the fungus images. At the end aku still confuse Ollie ni kena fungus yang mana satu???? For further detail you can go to this link http://www.petcaregt.com/rabbits/rabbitfungus.html or http://homepage.mac.com/mattocks/morfz/rabrefs.html

Ollie Sakit

 "Saya dah wangi"

24 June 2010 - Hari ni balik kerja, tengok sangkar Ollie kosong. Hmm mana plak dia gi ni??? Oh ye lupa nak introduce. Ya, ampun buk. Ollie ialah bunny yang dibela oleh adik aku. Mula-mula macam orang tak amik pusing sangat kat Ollie ni, tapi lama-kelamaan disebabkan kecomelan dia, semua orang pun jadi sayang kan dia. My mum yang tak suka any pet pun dah melayan si Ollie ni. Hehehehe.

Ok back to our story. Usually if aku balik rumah aku mesti panggil si Ollie tu. And dia plak macam tau namanya dipanggil; akan tegakkan kepalanya sambil telinga tercacak tinggi. "Sape panggil aku ni?" Agaknya tu yang dia cakap dalam hati. Ye lah dia bleh cakap dalam hati jer, sebab arnab tak ada suara. But today tak ada plak dia. Carrige dia pun tak ada. Aik pergi mana. My parent`s car ada jer ni. Masuk rumah tanya my mum.

Rupa-rupanya Ollie masuk spital. Sebab ollie dijangkiti fungus. Selama ni yg kita orang tengok hidung dia macam cacat terkopek senget jer tu is fungus. Fungus tu bukan sahaja adaa kat hidung dia, tp kat kaki dia pun ada gak. How we discover that is fungus? It when we brought Ollie to the pet shop to have a grooming session. Minah yang groom Ollie tu ckp dia ada fungus. Sian Ollie. My dad straight away bawak Ollie ke vet at Section 6. My dad, said nanti doctor akan bagi ubat pelali, and doctor akan cut the fungus. Ayoyo so scary plak bunyi citer nyer.

Ok besok kita tengok ape jadi dengan hidung Ollie. Kena balut ke nanti ek??? Siannyer Ollie malam ni tido spital. Good night Ollie...

Puasa

24 June 2010 - Today dah hari kedua aku berpuasa. Puasa di bulan rejab. Sebenarnya aku pose ganti lah. Hehehe. Tak abis-abis hutang pose ku. Tangguh-tangguh dah masuk Rejab, baru terhegeh-hegeh nak ganti. Baju raya beria dah hantar ke tailor. Ceh hampeh btull aku ni.

Insya-Allah hari ni abis lah pose ganti aku tu. Tapi macam nak truskan buat pose sunat pas ni. Semalam just receive emel dari my opis mate about fadhilat berposa di bulan2 Islam. For my next posting, I will try to share it with you all.



Today's menu untuk berbuka pose...mee hoon goreng sedap by my mum, jemput kenit by me, and nescafe kaw. Ok dah masuk waktu, nak berbuka.

Ikan Terubuk Masin

22 June 2010 - Tadi balik kerja seperti biase on my lappy nak me'nuai' tanaman maya kat facebook. Tiba-tiba tengok kat wall my friends she likes one page ni..."Terubuk Masin Online". I had a visit to this pages. Adei terliuh aku tengok photo terubok masin masak lemak cili api campur nenas (N9 style) and terubuk masin goreng bercili dia.

Credit goes to Terubuk Masin Online for this nyummy picture.

Baru teringat, jiran sebelah ade bagi terubuk masin a few a days a go. Hhmmm, nak goreng lah. I ask my mum bleh ke if i nak goreng ikan tu. "Goreng jer lah, tp jgn plak goreng sekor ikan tu. Potong separuh jer and potong kecik2 after that." Ha! ko nasib baik mak aku bagitau, kalo tak memang sekorlah aku goreng ikan tu. Dah nyer aku tengok kat page tu tadi dia goreng sekor. Ceh lurus bendul btull aku ni.

Do tell the truth, aku tak pernah goreng ikan masin ni. Hmm just berpandukan ape yang aku bace tadi jer lah. Oh yea, bestnya page tu dia siap ada bagi resipi how to cook terubuk. Abis semua pisau besar, pisau kecik, gunting semua kluar. Macam nak berperang. Awat lah susah sgt nak potong tang bahagian tulang ikan ni. Dah lah mak aku suruh cut into small pieces. How small should i cut the fish? Hmmm....blasah jer lah.

Ok nampak minyak macam dah panas, let throw the ikan. Jauh-jauh sket takut merecik minyak. Hehehe. Let me cut the onion and lada merah and hijau. (cili sebenar nyer, Johorean slalu nyer akan panggil lada). Let flip the ikan. Alamak!!! Melekat lah plak. Macam mana ni??? Ok relax-relax you can do it. Ha kan bleh? Tapikan nape macam dah hancur ikan ni aku kerja kan. Minyak tak cukup panas kut tadi? Or maybe terlalu kenit aku potong ikan ni? Apalah aku ni.


After 1/2 jam prepare the dish itu lah hasilnya. Ikan terubuk masin scramble. Kehkehkeh. My new resipi. Takpe i will try again next time. Sorry pict quality kurang memberangsangkan, amik pakai phone jer.

Oh ye, about the page yang aku cakap tu, you guys can search at facebook as "Terubuk Masin Online". Seperti yang aku bagitau before this, the page siap provide us with the resipi. One of unik resipi kat situ ialah Terubuk Masin Masak Stim. The step very clear and siap ada gambar lagi. So cool. And she also have a blog. Skrang ni dia ada jual pakej terubuk masin version football team Worldcup. Sangat kreatif kan. And nampak gaya dari segi packaging sangat bersih and kemas. So kepada sesiapa yang mengidam nak makan ikan terubuk masin sila lah ke http://terubokmasinonline.blogspot.com/

Mee Kari Ala Chiang Mai

19 June 2010 - Hari ini tiba-tiba mood rajin nak memasak lah plak. Even bangun agak lambat lah hari ni. Penat membuat cupcakes malam tadi. Tu hari mase gi vacation ke Chiang Mai kan aku ada makan mee kari kat perkampungan Doi Suthep. And aku ade lah beli perencah and mee yang bleh dimasak sendiri kat rumah.

So today nak try masak. First of all kena celur mee tu dulu, sebab mee tu keras macam spaghetti. Aku sebenar nya tak tau macam mana nak masak kuah dia. Sebab instruction in Thai. So main blasah jer lah. Just tumis bawang, campak sayur(batang sawi & carrot), masuk ayam, masuk rencah, n tuang air. Bila dah mendidih masukkan daun sawi. Last but not least garam n gula secukup rasa. Gula tu untuk kurangkan pedas. My family ni kurang makan pedas.


Ha...taaa daaaa! Dah siap. Skrang mau makan. Adioouss...

Cupcakes

18 June 2010 - Malam ni kena siap kan tempahan cupcakes. Ade staff kat opis aku buat tempahan. Dah lama tak trima tempahan. Alhamdulillah, masuk rezeki.  Tempahan ini kata nya nak bagi as a surprise untuk kawannya yang bertunang. Tema dia gold. Mak ai macam mn plak aku nak buat color gold ni. So aku buat jer color shocking pink and yellow.



Actually Kak Yan lah yang telah tolong promotekan my cupcakes. Toche-toche ye kak. Muaaahh

Happy Besday Ayah ~ Ole-ole Bali

13 June 2010- Today we have lunch at Ole-ole Bali, at Sunway Pyramid sempena besday ayah. Dah 2 kali dah dalam this year makan besar kat sini. Dah tu, aku tak tau nak cari tempat makan mana yang special sket utk kita org sekeluarga. Ikut kan aku nak jer mkn western food. Sian plak besday boy tu mesti nak perkena nasi nyer. My mum plak tak suka mkn benda yang ber'cheese'.

Ole-ole Bali
Ole-ole Bali ni selesa lah untuk bawak family makan. Agak quiet so, bleh makan dengan tenang nyer. Tempat makan dia terbahagi kepada 3 bahagian. Outside for smoker customer and inside dia terbahagi kepada 2 tempat, untuk yang bersila dan kerusi biasa. Tempat bersila dia agak unik and classic. But agak kurang sesuai untuk menjamu selera di situ. Kalo sekadar nak duk melepak sambil makan yang ringan-ringan ok lah. Maaf lah yea pening kepala masa ni so sempat snap gambar yang kat luar tu jer.


Ole-ole Bali
Ha ni fresh flower untuk hiasan yea, jangan pula gi celup basuh tangan...hehehehe. Even this restoran lebih tertumpu kepada makanan Indonesia, tapi jangan terkejut ada gak Western Food. So in term of food variety  jangan bimbang ye.


Ole-ole Bali

Menu with gambar. 2 thumbs up for this. Bukan apa senanglah kita nak imagine macam manalah rupa nya makanan yang kita nak pesan tu. Price makanan kat sini kalo tengok menu, mesti akan ckp "Mahal nya!!!" But wait untill you take a look at the portion of the food. Mengah kak oi nak habis kan. Usually if we all nak makan kat sini, memang perut betul-betul kosong. Kalo tak rugi lah tak abis. Even you can tapau balik rumah lah, rasa nyer sudah kurang enak bu...

Ole-ole Bali


I ate the Sate Lilit. Daging ayam yang berempah and dililit pada serai. The aroma of the lemon grass is like add on for this sate. My dad makan Nasi Campur Ole-ole. Ha! Banyakkan lauk pauk dia. Sampai tak tau lah nak makan yang mana. Steak Kambing n Ayam tu my sis makan. Sudah terlupa lah apa nama menu ni. Disebabkan my mum dah serik nak makan nasi campur dia yang begitu banyak, kali ni dia order roti with daging cincang. Ni pun aku lupa nama sebenar nyer ape. Ammmppuuunnn...

Ole-ole Bali

Tapi yang paling aku suka kat sini is the Barli Lime. Hmmmm sangat refreshing. Highly recommended. Blasah jugak even batuk tak baik lagi. Air yang kat sebelah tu, air pulut hitam (nama sebenar dia aku lupa gak).

Ole-ole Bali

Ok kepada sesiapa yang nak pergi restoran ini, location of this restoran adalah bersebelahan dengan Thai Thai and  Bubba Gump Shrimp Co.and  yang nak melihat secara maya dahulu about this Ole-Ole Bali, please have a visit to their website Ole-ole Bali

Last but not least, Happy besday ayah. Semoga panjang umur, sihat and dimurahkan rezeki. 

Khasiat Madu

Khasiat Madu

Uhuk..uhuk...nearly a week dah batuk ni. Hmm penat btull lah. My mum lah ni pembawa virus. Then adik aku then my turn plak kena. Tapi skrang memang musim batuk pun. Kat opis aku ramai gak yang uhuk...uhuk...Last 2 days chat with my friend kat Riyadh dia satu family pun batuk. Memang lah musim skrang ni.

Yang aku ni plak pemalas btull nak gi clinic or minum ubat batuk. Bukan ape nanti mamai ngantuk semacam jer. Aku just minum madu jer. Yup, honey! Honey bleh baik kan batuk. Minum satu sudu madu, pagi and malam. What I did, I mix it with warm water. But menurut my mum if nak minum madu must gunakan sudu plastic. I did a little research kat internet, kenapa if we handle madu, kita kena guna sudu plastic or kayu. Madu ni bersifat mudah menyerap. Jika kita menggunakan sudu logam atau tembaga, madu akan mudah menyerap logam tersebut. Karang tak pasal-pasal makan besi plak. Hehehehe. Any where madu ni mmg banyak pun khasiat dia. Even dalam kitab suci al-Quran, in surah An-Nahli; madu merupakan penyembuh penyakit.

Khasiat Madu

Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Disebabkan madu ni begitu berkhasiat, ia telah famous sekian lamanya. Since zaman Cleopatra lagi. Dipercayai Ratu Cleopatra is being using honey for her health and beauty. Bukan sahaja orang Middle East tahu khasiat madu ni, malah orang Jepun pun minum madu every night so that when they wake up in the morning, they will energetic. MAlah, manusia telah menggunakan madu ini sejak 10,000 tahun yang lalu, iaitu pada zaman Mesolitik. Ini boleh dibuktikan dengan lukisan gua yang terdapat di Valencia, Spain. Lukisan berkenanaan menunjukkan 2 orang perempuan sedang mengumpul madu dan sarang lebah berkenaan di dalam hutan.

Apakah kandungan di dalam madu yang menyebabkan ianya begitu berkhasiat sekali? Lets have a look. Pertama kali kita tengok komposisi gula yang terkandung di dalam madu. 
  • fruktosa    38.5%
  • glukosa    31%
  • sukrosa    1%
  • lain-lain gula   9%
Di samping itu juga madu mengandungi beberapa mineral:
  • iron
  • calcium
  • magnesium
  • copper
  • manganese
  • sodium
  • phosphorus
  • potassium
  • zinc
Dan juga vitamin;
  • Thiamin (Vitamin B1)
  • Riboflavin (Vitamin B2)
  • Niacin (Vitamin B3)
  • Pantothenic Acid (Vitamin B5)
  • Vitamin B6
  • Folate (Vitamin B9)
  • Vitamin C
Now, mesti kita tertanya-tanya, apa kebaikan madu ni. If I just wrote the goodness without fact mesti susah nak percayakan. So this is the nutritious of honey according with the research center that had done the research: 
  1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang radikal bebas daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia)
  2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik Contoh nyer: Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)
  3. Pembunuh kuman daripada jenis bakteria, kulat(fungus) dan protozoa (University of Waikato, New Zealand)
  4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand)
  5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN)
  6. Mampu menjadi abtibiotik yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales)

Menurut statistik dari Food & Agriculture Organization, negara yang menjadi pengeluar madu terbesar adalah Cina, diikuti dengan Argentina dan Turki. 

Khasiat Madu


With all the goodness, madu perlu diamalkan mengikut beberapa cara. Jika tidak ia kita tidak akan mendapat kebaikannya malah boleh mendatangkan mudarat. 


Khasiat Madu


Mari Makan Seafood

Tonight makan seafood kat Jeram. Aku memang suka sangat gi makan-makan seafood ni. Sanggup tu gi Umbai, Melaka semata-mata nak makan seafood. Ketam and sotong memang menjadi sasaran utama aku.

This is the first time I went to Jeram. My cuzzy, Nadiah ni dah 2 kali gi. So malam ni dia akan menjadi our GPS tu Jeram. Actually Jiji and adik aku nyer rancangan lah ni untuk menge’pau’ kami berdua. Dia orang berdua ni memang cukup arif di dalam aktiviti menge’pau’ kakak masing yea. Haiisshhh budak-budak zaman skrang.

Disebabkan my parent nak joint skali, aku mintak Nadiah call restoran tu untuk book. My parent ade hal petang tu, balik lbt. Takut penuh. Yelah malam minggu lah katakan. After sembahyang maghrib kita orang pun bertolak. Macam tin sardine keta ayah aku. Kami berempat sumbat semua masuk dalam keta.

Sampai-sampai kat sana parking penuh btull. Nasib baik adik aku ni memang otai parking, dia turun siap-siap “chup” parking. Nadiah plak gi tanya meja yang telah kami booking.


Mari pilih udang

Panjang janggut sotong nie

Kalo nak pilih ketam, pilih yang betina bak kata member aku, Puan Suria

Ape name ikan ni yea? Dah lupa lah plak

My mum yang memang dah sakit tekak, sore pun macam Ella dah; sakit kepala lah plak. Dia suruh jer kami berempat gi pilih nak makan apa. Aduhai, macam lah terror kan nak memilih seafood mana yang ok. Dengan muka confident kami berempat pun blasah jer pilih. Tapi mase part ni aku macam mandur lah plak kan bg greenlight ok ke tak ape yg dia orang ni pilih. Ye lah, cik kan sibuk menjadi foto journalist. Kehkehkeh…

Sementara menunggu makanan kita orang tu masak, kami apa lagi berposing-posing lah kat jeti kat situ. Nearly 1 hour gak lah tunggu makanan kita orang tu masak.
In my opinion ok lah makanan kat sini. Ikan dia fresh. Aku yang tak berapa ikan ni pun boleh ratah ikan. Fresh and manis sungguh. Mase pilih ikan ni, abang tu mengayat cakap; “Pilihlah ikan ni. Abang baru tangkap petang tadi, fresh lagi ni. Kalo makan mesti teringat abang nyer lah”. Hahhahaha…amik ko memang teringat sungguh. Ketam kat Jeram ni gemuk-gemuk,tapi sayang nyer kurang fresh sket. Tak leh nak nyonyot tang kaki dia tu. Tapi kat sini bleh masak cili telur, macam aku makan kat Langkawi last year. Sotong goreng tepung, hmmm sedap…Menyesal pilih sket jer. Udang I have no comment, sebab aku memang tak makan udang. Hehehehe pelik kan?!?!?!

Really enjoy my dinner. Mendak gak lah keta ayah aku balik nnt. Oh lupa nak bgtau, price dia agak reasonable lah. Ok enjoy the snap shot; jangan sampai terliur yea.

Ketam masak cili

Sotong goreng tepung

Ikan 3 rase

Butter prawn

From novel to movie...Lagenda Budak Setan


05 Jun 2010 - 1.20 p.m at Bukit Raja is our show. Lagenda Budak Setan. Bukan senang aku nak tengok Malay movie kat wayang ni. Disebabkan novel ni begitu hangat di zaman time aku remaja dulu, so kena tengok. Di zaman 90-an, di mana tiada astro and tiada internet so novel ni sangat-sangat lah berpengaruh.My cuzzy dari Gombak siap datang to joint the group. My 2 cuzzy + my sis +  my sis friend + me = 5 orang. Huh amik ko sederet tengok wayang. Hehehehe.



Ok what I think about this movie. I rate it 3.5 out of 5. Dont be mad, it just my sincere comment supaya jika ade Lagenda Budak Setan 2, boleh lah buat improvement. Jalan cerita movie ni pada aku macam terlalu cepat. Dari satu babak ke babak yang lain macam ade butang "fast forward". Aku tak sempat nak feel on certain-certain babak dah tukar babak lain. Terutamanya semasa babak Ayu accident. Cepat sesangat. May be next LBS need a little detail. Penderitaan Kasyah dan Ayu sebagai pencinta yang agung tidak nampak di dalam cerita ini. Watak Ayu yang dipegang oleh pelakon baru(Shiqin Kamal), juga kurang penghayatan. Ini menjadikan klimaks citer ini tiba-tiba menjadi down.


Angle they shoot this filem pada aku harus diberi pujian. Terutama time Ayu and Kasya kat area bunga orkid. Selalunya cameraman akan shoot closed up pada hero n heroin dari atas sampai ke pinggang. Tapi kali ni dia soot from mata Ayu ke atas. Pada aku satu pembaharuan yang kreatif. Mungkin gak pengarah sedar that is the beuaty angle of Lisa Surihani. Good job. Tapi disebabkan terlampau banyak angle close up, makeup artist need to be careful. Ada satu shot close up Kasyah; mak ai pink sungguh bibir nyer. One more thing about this movie, I like the soundtrack. Even soundtrack ade 2-3 lagu jer. But the song was so nice and boleh menjadikan hati ku sayu...and also berbunga-bunga. Kiranya boleh membuai-buai perasaan lah. Tiba-tiba dalam hati ada "taman".



After tengok citer ni, dia org semua tu startlah berangan nak bf macam tu. Aduhai, adik-adikku ini stop dreaming ok. My fav quotes weekend ni..."Berpijak lah di bumi yang nyata". Nak bf yang hensem, bleh amik gambar cun, boleh trima seadanya, setia, slalu bagi present, penyayang and bla-bla. Hentikan lah ye. Package tu hanya ada dalam novel aje ye adik-adik sekalian. Boleh jumpa yang loyal pun dah cukup baik...Just pray to god,all of us will find our prince charming. Skip the part have to kiss the frog ok..

Sila makan saya


Nah sudah siap my cupcakes. Tapi cupcakes tanpa icing yea. Lepas balik kerja, sembahyang maghrib, around 8 p.m bermulalah operasi membuat cupcake ni. Aku buat 2 adun. Dapat dalam 100 lebih. Kul 11 lebih siap lah segalanya. Fuhhh penat gak, sebab dah lama dah tak buat. Yup, dulu aku slalu gak buat. Tapi skrang dah kurang tempahan and aku pun malas jer kan...hehehehe. So sesape yang nak tempah sila kan yea. Ceh! Tiba-tiba promote plak. Ok sudah sangat penat. Mahu tido, goodnight and sweet dream.


A little favor from me


04 June 2010 - Tonight plan nak buat cake for my auntie. On Sunday nanti ade kenduri kat rumah dia kat Bukit Tinggi, Klang. Kenduri khatam Al-Quran anak dia, merangkap my cuzzy. At least I keep busy, not to think what had happen. Pahala pun dapat. If Im not happy at least I can make someone happy. Love ur life.

Shopping Is The Best Theraphy

4 June 2010 - Today my body overdose of vitamin M. Do you know what is vitamin M? Vitamin M = Vitamin Malas. Plus with my unstable mood. Bangun pagi golek-golek atas katil, malas sangat nak bangun. My body doesnt generate Melatonin hormone malam tadi. Well FYI, melatonin hormone is like a happy hormone that will be produce during night if you have goodnight sleep. So to solve this problem, I text my opismate, "Saya EL hari ini". Hampeh kan..heheheh what to do. Ini memang masalah sejagat.

After having breakfast with my family, aku ajak my mum to go shopping for kain baju kurung untuk raya nanti. Ceh! Sibuk jer nak shopping raya, posa ganti tak abis bayar lagi ni, 2 more days. My dad  and my sis ada hal hari ini, so just my mum and I jer gi shopping. Mula-mula tu nak soping kat kedai "pink" area Section 13. Tapi bila samapai kat kedai tu mak aku tak berkenan lah plak. Dia kata nak gi Jackel. Pulak dah kena patah balik. Hmm ok lah, ok lah jom kita gi Jackel Section 7 tu.

Sampai kat Jackel tu, sorang mamat pekerja kat situ ni trus jer menuju kat kami berdua. "Saya tau akak nak cari kain cotton kan?Ada kat tingkat 2, meh saya bawak." Mata aku trus bulat dgn muka kepelikan. Then my mum ckp; "Mana tau ni?". "Saya memang tau customer saya nak cari apa, tak yah cakap."
Hahahahaha ayat tak ingat nyer. Membodek pelanggan sungguh..sabar jer lah aku.

Lama gak lah kita orang melepak, kat Jackel tu. Sampai kul dua petang. Disebabkan kita orang belanja with certain amount (tak yah lah habaq yea, malu cik) we are qualify  to purchase sepasang kain dengan harga RM100. Harga asal sepasang kain kat situ RM168. Bagus btull taktik perniagaan dia orang ni. Ntah berapa lah agak nyer sebenarnya harga asal kain tu, mesti kurang dari seratus. Tapi kami terpedaya gak amik gak lah sehelai. End up my mum beli 2+1 kain promosi tu, aku beli 2 pasang. Now I think my body, produce so much Serotonin hormone, coz sangat gembira setelah bersoping sakan.




Dah jom makan, lapar dah ni. Makan kat food court Tesco. Sebab nak beli kain lining plak kat kedai Tewah kat Tesco tu. Kain lining kat situ murah sket. Sekadar untuk letak kat bahagian kain jer, untuk kain Thai Silk yang aku beli tu hari. Aku makan nasi goreng kat gerai Chinese Muslim. My mum mkn Nasi Goreng Sri from gerai sebelah.

Pas makan we go straight to rumah "Ayie", my tailor. She is chinese lady yang sangat pandai membuat baju. Bagi lah ape fashion pun kat dia, dia bleh jahit. Dress yang beropol-ropol pun dia bleh jahit. Satu jer kekurangan dia, dia tak pandai sangat cakap Melayu. Dia paham BM yang senang-senang jer, tp untuk cakap balik memang tak fasih. Even ukuran badan untuk tempahan baju pun dia tulis dalam tulisan Cina. Tapi hasilnya marvellous. Skrang ni dah ade improvement sket, dia dah pandai buat joke sket dah. Hehehehe. Tak kisahlah dia pandai cakap Cina ke? India ke? Arab ke? Janji bajuku siap seperti yang dikehendaki. Kita kan 1 Malaysia....

Its all over

A month of joy, a month of waiting and finally it all gone… Last Saturday segala-galanya telah berkahir. What I feel right now, I don’t know. All are mix up…sedih, marah, frustrated or may be relieve. Jika pilih icon kat YM I will pick the straight face Why relieve???? It because I be waiting for the decision for a month. Aku bukan jenis yang suka benda yang pending tak tentu arah. No matter how bad the thins turns up, I will face it daripada “hang” begitu aje. So tired with this game… All i want is simple love

Now it the time for me to walk away. Sad? Yes I am. But at least I am the person that had courage that take step to face the reality. Not just sat silently. Mad? Yes I am. You are the one who told me what commitment is. And suddenly you have amnesia about the meaning of commitment. You don’t have courage to carry the packet with label of commitment”. Frustrated? Sangat-sangat……frustrated dengan ape yang terjadi. So fast you enter my life, so fast you want me to accept you, and just a blink of eyes you want it to end up just like that.



Yeah…mungkin kau bukan yang terbaik untukku. “Tuhan nak beri yang lebih baik untuk awak”. Itu bunyi SMS dr my dear friend Zirr, last Friday bila aku tanya, “Am I going to be fine if this relationship end up?” And the SMS burst my tears. Now I’m in the middle searching why he is not good enough for me? All the questions mark flying inside my cramp brain.

Well dear, if 400km distance between 2 countries he can’t handle, he said it too burden; macam mana lah dia nak handle responsible after marriage yang lebih banyak dugaan. Stop blaming yourself for nothing. He also wants you to change for not be what you are currently. Your future life-partner should accept you as what you are. Like Bill Rancic accepts Guilana even she is so “sengal”. That is commitment for me. Terima lah pasangan anda seadanya. Or you will drag yourself in miserable relationship.

You will be ok. Stop blaming yourself if it has to be end up this way. Don’t be sad. Stop worry. Physically you are small but you have strong spirit that surrounded with love from your family and friend. You be fine….Insya-Allah.


P/s: Special thanks to my sis, my cuzzy (Nadiah n Jiji), my dear friend Fadh and Zirr for holding my hand to walk through this tough journey
 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino