Tahun Baru Bersama 4 Big Things

Selamat malam buat semua.

Tinggal beberapa jam saja lagi, tirai 2010 akan diturunkan. Dan tirai 2011 akan dibuka. Rata-rata blog mengucapkan tahun baru sambil bertanyakan azam tahun baru masing-masing. Tidak kurang ada blogger yang berkongsi azam mereka bersama pembaca. Hmmm, aku mahu tulis tentang apa ye?

Azam? Friendly speaking aku tidak suka membuat azam. Aku lebih suka mengantikan azam itu sebagai to do list! Pelik kan aku ni. Apa to do list aku tu, biarlah aku simpan sendiri. Selalunya, tidak lah sesuatu yang besar. Bukan lah nak jadi CEO nak tawan puncak dunia. Hohohoho, susah sangat benda tu. Tak tercapai akal ku. Tetapi cukup sekadar untuk aku terus menjalani kehidupan ini dengan lebih bermotivasi dan bersemangat. Dan bila antara to do list aku tu berjaya aku tick sebagai DONE, it keep me motivate to keep on going.

Tadi aku tengok satu citer kat 702(dulu Hallmark, skrang dah jadi DIVA tak silap aku). It a good story sebagai motivation untuk melangkah ke tahun baru ni. In that movie, it told me to have a perfect and wonderful life we must have must have 4 big things:
  • Health
  • Career
  • Money
  • Love
So di dalam to do list aku tahun ni, pasti akan ada kesinambungannya dengan 4 big things berikut. Ni karang ada plak yang melenting menegur, agama mahu letak mana? Sabar ye bagi aku explain sampai noktah terakhir.

  • Health - Di saat-saat akhir tirai 2010 mahu diturunkan, graph kesihatan aku menjadi merundum ke bawah. Kecewa memang kecewa. Tetapi sampai bila aku mahu kecewa. Its ok if I have to take the supplement for the rest of my life, I will take it. Sebab aku mahu sembuh. Aku mahu buat semula apa yang aku suka. I will fight for it.
  • Career- Yes I have a job. But I will turn it to career. Kerana kerja adalah benda yang dibuat dari pukul 8-5 untuk dapat duit di akhir bulan. Tetapi karier tidak. Karier adalah buat sesuatu yang kita suka. Tipu kalo aku kata aku tidak akan ada rasa malas untuk berkerja, bosan dengan opis politik, penat dengan ragam rakan sekerja. Hallo! Aku manusia biasa bukan robot. Tahun 2010, aku banyak diserapkan di dalam projek-projek yang kritikal. Mungkin tahun 2011 I will ask my boss to let me lead the project. Oh! tidak lupa gak karier di dalam bloging ni. Tiada hasil yang lumayan tetapi aku perolehi keseronokan dan kepuasan. Itu lebih penting.
  • Money - Bukannya tidak bersyukur dengan kewangan yang aku ada skrang. Tidak lah sesenang mana, tapi aku tidak merempat. Cuba mencari yang lebih lagi di tahun 2011. Memang selalu pun menduduki carta teratas di dalam to do list aku. Hahahaha!!!!
  • Love - Well I'm not so lucky in term of love. You know what I mean. Too much heart broken, sampai aku dah rasa kebas. Sebenarnya malas mahu pikir, tapi masih mahu selitkan iye dalam to do list aku tahun ni. Untuk buat to do list di syarat yang keempat ni memang agak sukar. Tetapi love dari family, rakan-rakan dan tak lupa juga dari rakan-rakan maya ku di sini, really make my day. Muaahh, thank you so much.
To do list yang remeh telah aku siapkan berpaksikan 4 big things dan diiringi dengan doa. Dugaan pasti ada, kesedihan pasti ada tetapi insya-Allah akan disulami dengan kegembiraan. Apa yang penting terus melangkah tanpa henti walaupun perlahan.Semoga to do list aku pada tahun 2011 akan banyak bertanda "DONE"

Kaki itu  akan terus melangkah
Selamat tahun baru buat semua. Semoga segala keazaman yang dipasang akan terus bernyala-nyala sehingga ke akhir tahun 2011.

GIVEAWAY eqbalzack "SERBA SATU"


Halllooo..haallooo....semua pembaca blogku.

Entry ke-3 buat hari ini. Tak pernah lagi sepanjang aku blogging ni buat entry lebih dari 2 dalam sehari. Semuanya gara-gara closing date, beberapa entry contest. Ok ini GA "SERBA SATU" best yang dianjurkan oleh saudara eqbalzack. Nama GA pun gempak kan. Serba satu dah macam hantaran perkahwinan plak. Nasib baik tak serba satu berdiri. Ok-ok aku dah merepek sangat dah ni. Jom lah kita joint GA best ni. Sebab apa best, sebab hadiah untuk GA ni adalah dari.....


Barangan IKEA kan cun and unik. So rugi kalo tak joint. Nak tahu hadiahnyer????


Ha..yang itu adalah Frame & Tea Towel Table  IKEA. Best tak? Tu baru hadiah saguhati tau. Ada 10 hadiah saguhati Encik Eqbalzack nak bagi. Dan hadiah utamanya ialah....jeng, jeng, jeng,....

Ni dia hadaiah utama utk GA ni. Table lamp Ikea. Bestnyer kalo dapat. Boleh letak kat sebelah my lappy, teman kan aku blogging. Huhuhuhuhu....

Nak ajak Lina untuk joint contest ni. Itu hari Lina tak sempat joint contest Blog Terkemas, harap-harap kali ni sempat.


Tarikh Tutup: 
1.1.11 jam 1.11 pagi

Keputusan: 
1.1.11 jam 11.11 pagi


psstt..pssttt..no follower saya yang ke 2011, seiring untuk melangkah ke tahun baru. Markah bonus untuk menang tak Encik Eqbalzack???ngehngehnegh....

Survey Untuk Para Blogger

Salam petang buat semua.

Entry ke-2 hari ini. Kan aku cakap sebelum ni, hari ini sessi aku melangsaikan hutang yang tertangguh sebelum melangkah ke tahun baru. Empunya blog Mah@mahu telah invite aku sekian lama untuk menjawab survey ni. Katanya survey itu untuk kegunaan contest yang bakal dibuat pada tahun 2011 nanti. Tetapi asik lah bertangguh, kan sudah lupa. Haaiisshh lah aku ni kan. Nanti lancar kan contest jangan lupa roger-roger kita ok! Ok dengan berbesar hatinya,aku  telah menjawab kesemua soalan survey berikut. Kecuali soalan terakhir tiada pilihan jawapan yang boleh dipilih. Harap maaf ye.

Soalan2 servay yg perlu di jawab dengan ikhlas. Sila pilih 1 jawapan untuk setiap soalan.

1) Apakah jenama telepon bimbit yg anda gunakan sekarang?
    a) Nokia

2) Apakah jenama komputer riba yang anda gunakan sekarang?
   a) Acer

3) Apakah jenama kamera digital yang anda gunakan sekarang?
    d) Canon

4) Apakah saluran jalur lebar yg anda gunakan sekarang?

    a) Streamyx

5) Apakah jenama pakaian yg anda selalu beli sekrang?
    b) Padini/PDI
   

6) Di manakah restoran/cafe yg selalu anda singgah untuk makan?
    c) Mcdonald

7) Di manakan gedung membeli belah yg selalu anda kunjungi?
    b) Jaya Jusco


8)  Apakah saluran radio tempatan yg selalu anda dengar?
     f) RedFM
  
9) Apakah saluran TV tempatan yg selalu anda tonton?
    m) AFC

10) Apakah jenama pewangi badan yg anda gunakan sekarang?
     q) Tommy Hilfiger
 
11) Apakah jenis bahan bacaan yang anda selalu baca?
      --Tiada pilihan jawapan yg boleh sy pilih untuk soanal ini.

psssttt...pssstt...kepada sesapa yg berminat nak jawab survey ni silalah ke Mudah Saja Hanya Jawab. Survey akan ditutup hari ini...31-12-2010

'PEACE CONTEST' by EZAN IDMA

Salam semua...

Bagi warganegara Malaysia hari ini cuti umum. Buat apa hari ni. Im stuck at home, buat kerja-kerja opis yang masih banyak terbarai tu. Huhuhuhu. Besok bergati ke tahun baru. Sebelum berganjak ke tahun baru aku mahu melangsaikan beberapa hutang yang tertunggak ni. Hutang contest yang telah ditag oleh Puan Lina di rumah SERENITY AND SERENDIPITY. Thank you Lina. Lame terperap sebab kena cari gambar peace.



Contest Peace No War ni, eh bukan Contest Peace (memandai tambah perisa  sesedap rasa aku ni), dianjurkan oleh adik kita iaitu EZAN IDMA Seperti biasa ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi, untuk joint contest ni. Dah tu korang ingat sengan jer nak menang contest? Sila follow the rules ye...
  1. Click button "Follow" kat blog  EZAN IDMA. Optional sebenarnya syarat ni. Ramai ok follower adik manis ni. Semasa aku buat lawatan hari ini, lagi satu jer 800. I be the 799 follower. Oh! Tiba-tiba sangat suka no tu. - Syarat optional pun telah dilaksanakan
  2. Ada blog + Warganegara Malaysia - Syarat ini Lulus dengan mudah
  3. Letak banner contest ini di entry + di sidebar berlink kan belog ini. - Sudah patuhi jugak
  4. Tag kan kengkawan anda juga blogger seramai 3 org - Ini agak lemah sket. Sebab hari ini adalah hari last takut tidak berkesempatan lah plak. Bagi pada rakan blog 3 pertama yang telah meninggalkan komen di entry Cupcakes for Engagement * MamaYatie NazrinNasir * Azwa_Amani *
  5. Sudah join tinggalkan komen - Yup, sudah meninggalkan jejak di sana.
  6. tarikh tutup pade 01 january 2011 - Happy New Year Everybody and Happy Besday to Lina 
Dan dengan ini ku pertaruhkan gambar yang fresh from the oven baru amik last weekend. Demi Ezan ni tau akak buat muka tak malu amik gambar peace dekat crowd manusia di KLCC. Lama dah tak buat kerja-kerja peace ni. Terasa muda belia plak gambar ni....kehkehkeh....



Ada hadiah misteri kata tuan blog ni, apa agaknya kan...nak tau jom lah joint contest ni. Mana tau bernasib baik, di tahun baru ini.

psst...pssttt...match plak color tudung dgn background. Nasib baik tak jadi sesumpah.

Tinggalkan Encik Kesedihan...Ucapkan Tahniah Kepada Harimau Malaya

Salam semua....

Di dalam proses recover dari kesedihan. Tinggalkan sebentar kesedihan di sudut bilik. Dont follow me Mr Sad, stay there ok. Aku mahu bangkit bersama kata-kata semangat yang telah kawan-kawan tinggalkan. Well, kehidupan memang full of surprises. Tak kira kejutan gembira ataupun sedih. Apa yang penting, cara kita handle kejutan perkhabaran itu.

Rata-rata hari ini orang bercerita pasal bola hari ini di opis aku. Baik yang lelaki ataupun perempuan. Headlines surat khabar semua pun tentang kemenangan pasukan bola kita merangkul Piala Suzuki. Auuuummmm!!!!

Dan aku pun tidak mahu ketinggalan pergi menyaksikan kemeriahan perlawanan bola sepak di kopitiam. Mahu joint di kedai mamak, tetapi apakan daya sudah penuh. Kalo mahu berdiri boleh lah. Bayangkan aku sampai kul 6.30 game start kul 8, tetapi jalan dah jam. Dasat sungguh. Siap ada gerai jual jersey kat depan kedai mamak tu. Dah macam stadium aku tengok.

Pada mulanya just nak jumpa member aku amik 'barang' (berkenaan dengan kesedihan ku), tapi dah borak-borak tengok jam dah kul 7 lebih. Hmmm joint jerlah. Lagi pun aku tak pernah tengok bola kat kedai ni. Tempat memang dah penuh lah. Siap ada meja yang dah reserve lagi. Nasib baik member aku datang awal, book tempat. Kalo idak...melopong jer lah.

Penuh debaran semalam, order fries pun makan tak habis. Punya lah berdebar tengok bola. Kehkehkeh. Selepas penyampaian hadiah siap ada perarakan peminat-peminat bola bawa replika piala lagi. Dasat betul dia orang. Really enjoy. Sampai sesak lah jalan raya dia orang ni wat. Tersadai sekejap kita orang kat area tu, bagi crowd ni reda dulu. My mum called ingat masih di opis, rupa-rupanya anak dara bertuah dia ni gi tgk bola. Hehehehe.

Piala Suzuki Malaysia

















Apa-apapun tahniah kepada Harimau Malaya terhadapa kejayaan merangkul Piala Suzuki. Cayalah. Dan sokongan dari rakyat Malaysia walaupun jauh beribu batu di tanah air harus diberi pujian.


pssstt...psstt...kalo pompuan tengok bola orang kata sebab tengok player tapi smlm kalo lelaki tengok bola sebab 'ceweks' Indon cun bangat ada betulnya kan???? Hehehehe...

Snap shot di atas di ambil oleh Wak. Take a look at khairmispan.zenfolio.com. His photo so awesome!!!

Walaupun Sekadar Maya...

Salam semua....

This entry special dedicated kepada rakan-rakan blogger yang telah sudi meninggalkan komen di entry sebelum ini.

Just read all the comment about yesterday entry this morning. Speechless.... aku tersangat terharu dengan kata-kata semangat kalian. Even tak pernah pun berjumpa, sekadar melihat gambar yang sesekali terpampang di entry blog masing....tapi terasa persahabatan yang terbina seperti sekian lama.



Nothing more can I say. Thank you so much for all your support. Terima kasih atas rasa prihatin yang diberikan. Thank you so much atas dorongan kalian untuk menaikkan semangat aku yang separuh luntur ini. Memang aku di dalam proses untuk bangun semula, tetapi kata-kata semangat kalian seperti enzim yang makin mempercepatkan proses tu. Thank you. Maaf juga jika ada pertanyaan yang tak terjawab. I will let u guys know about it after i meet the specialist.

And here it is I announce to everyone the people with a good heart with a great blog.




image source:google image

Sedih

Salam buat semua pembaca blogku.

Current mode aku tengah bersedih sesangat. Blog pun malas nak update semalam. Hari ni jer ade sket kekuatan untuk aku menulis dan sharekan bersama kalian. Dengan harapan korang dapat memberi support kepada semangat ku yang dah luluh ni.

Hari Isnin lepas aku gi clinic. Membawa perkhabaran yang kurang enak dari Encik Doktor. Terpaksa berhenti dari membuat aktiviti yang aku sangat suka skrang ni iaitu jogging. Segala aktivit lasak terpaksa aku hentikan. Sedihnya...sedih sangat. Kena makan satu supplement ni seumur hidup. Bila dengar berita tu, aku rasa tersangalah down. Macam mana plan untuk aku hiking bulan January ni. Punah segala-galanya.

Terima kasih kepada my dear friends yanng bersama aku semasa aku down. Adi yang always know how to cheer me up, Zirr n Fadh yang setia mendengar citer ku and tak lupa pada my dear cousin, Nadiah yang sentiasa boleh menenangkan diriku. Bulan January nanti, aku nak refer kepada doktor pakar. Aku akan terangkan lebih detail selepas tu. Buat masa skrang sorry, aku agak keberatan untuk berkongsi. Cuma ku perlukan kata-kata semangat dari kalian.

sad

Cupcakes For Engagement

Hallloo..hallloo...dan salam buat pengunjung blogku.


Kan last week aku cakap aku busy kan. Ada beberapa hari aku skip tak buat posting. Sampai blog aku ni 'berhabuk' lah jadinya. Betul tau aku busy. Bukannya angin malas melanda tau. Walaupun kadang-kadang dia bertiup sepoi-sepoi bahasa. Aku busy membuat tu...tu....cuppies untuk engagement my good friend, Adi.

Semua cuppies sila berbaris dengan lurus

Temanya hijau n putih. Engagement dia on 25 December, Sabtu. Hohohoho Krismas lah. Patut tema merah putih lah.

Setelah berbaris sila masuk ke dalam kotak
Dah lah mixer cake kat rumah aku ni rosak semasa last time aku buat roti tu hari. Ni buat ni guna mixer my friend, Zirr. Tak pernah lah aku guna hand mixer. Berdebar gak aku takut cake ni tak naik, takut butter icing aku ni tak kembang elok. Alhamdulillah everything goes well. Pack in the box and just put ribbon, coz I`m not really sure how are they going to decorate their box. Kalo dia orang tak mo senang jer nak tanggal ribbon tu. But if tak cukup masa untuk decorate, the simple ribbon should be ok.
Bubuh ribbon, for last touch up

Hari Jumaat, Adi come to my opis to 'fetch' the cuppies. Im glad he like it. Special discount for you, bro!!!

 
By the way congratz for your engagement. It a small step to begin and make a big change in 2011.




pssttt...psstt...bekas kecik tu ingat mahu hadiahkan kepada seseorang. Tetapi terpaksa dibatalkan.

Past, Today, Future...


The past is past.
You cant fix it
You can plan future
with a perfect plan,
but you never know what will happen

so....

just do your best for today.
And be thankful of what you have now




psstt...psstt...if today is the last day in your life, are you going to be regret for anything???

Perhatian Kepada Para Peminjam PTPTN

Salam berhujung minggu buat semua. Entry kali ni just want to share some info if in case masih ada yang belum tahu.

PTPTN skrang sedang membuat tawaran pertukaran pinjaman (5% dan 3 %) kepada pembiayaan Ujrah (1%)

Jadual Kemaskini Maklumat Bagi Proses Penawaran Ujrah


TAHUN KELULUSAN PINJAMAN
TARIKH MULA KEMASKINI
2006, 2007 dan 2008 20/9/2010
 2003, 2004 dan 2005  01/11/2010
2002 dan tahun-tahun sebelumnya 01/12/2010


Kalo korang layak untuk memohon pertukaran ini, pihak PTPTN akan hantar kad comel seperti di bawah. Apa kriteria yang layak pun aku tak pasti. Sebenarnya aku just pergi jer ke website PTPTN untuk apply ni. Baru kad tawaran tu sampai.

PTPTN,


Apa yang perlu dilakukan untuk membuat pertukaran ini hanyalah mengemaskini beberapa maklumat diri dan parents korang. Then bila dah selesai mengemaskini maklumat dan submit (semua nya secara online), kita akan terima emel yang mengatakan pihak PTPTN sedang di dalam proses semakan.

Untuk maklumat tentang tawaran ini boleh ke link berikuthttp://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung dan jika mahu terus proceed untuk tawaran ini boleh ke link berikut http://www.ptptn.gov.my/gateway/ujrah.jsp

Tawaran ini akan ditutup pada: 28 Februari 2011

Day 3: In Sydney

Hallloo...halllooo...semua pembaca blogku. Kita sambung citer Sydney ye hari ni. Gambar untuk day 3 ni dah lame aku siapkan. Cuma masa tak mengizinkan aku untuk membuat karangannya. Entry kali ni aku citer berdasarkan gambar ye. NO menceceh panjang.
Bagi mengelakkan kekeliruan: Entry berikut adalah entry yang backdated. Sila rujuk kepada tarikh di permulaan setiap entry untuk mengetahui tarikh yang tepat peristiwa ini berlaku.
20 November 2010 - Hari ketiga, di Sydney kita orang pergi ke tempat yang memang aku nanti-nantikan. Kalo tourist pergi Sydney mesti pergi sini nyer lah. Icon of Sydney. Kita ke Sydney Opera House. Antara benda yang tercalon untuk 7 wonders world yang baru.

Sydney Opera House

Sebelum pergi ke Sydney Opera House, kami jumpa pakcik ni. Kat are Circular Quay. Macam sebelum-sebelum ni kalo nak amik gambar dengan dia, korang derma lah barang sedolar dua kat dia. Pastu bleh amik gambar dengan dia. Dia siap telek tangan skali. Dah dia nak telek kami bagi jer lah. Saja suka-suka bukan boleh percaya pun, korang jangan plak tuduh aku bukan-bukan. Disebabkan hanya 2 of us jer yang donate kat dia, dia duk telek 2 orang jer dari kami. Tangan cousin aku, Nadiah dia kata "You are little bit naughty and love to eat coconut" and pada tangan my sis plak dia cakap boros. Well that kind of true lah kan....

Sydney Opera House, Sydney Bridge

Gambar di atas kiri tu adalah Sydney Bridge. Sepanjang jalan nak ke Sydney Opera House tu ada cafe di sekitarnya. Kalo rasa korang kaya bleh lah melepak to have a cup of coffee there. Yang rangka kereta biru tu terletak bersebelahan dengan Sydney Opera House.  Tiada info plak tentang rangka kereta tu. Sekadar arca jer aku rasa. But, do not touch!!!

Sydney Opera House

Menurut Wawa, architect asal yang design Sydney Opera House; Jorn Utzon ni never have a chance to see it. Semasa Jorn propose dekat kerajaan Ausie untuk buat this building, the goverment kurang setuju sebab menelan belanja yang besar. Then he kind of merajuk, then beliau berhijrah. Proses pembinaan diteruskan juga tanpa  Jorn dan pada perasmiaan building berkenaan pun beliau tidak hadir. 


Serius betul muka masing-masing baca tentang Sydney Opera House.

Sydney Opera House


Sydney Opera House, Botanical Garden

On the way to Botanical Garden yang berdekatan dengan Sydney Opera house to have our lunch there. Salah satu park di tengah bandar yang memang akan pop-up if searching for itinerary kat internet.

Botanical Garden

Taman ni amatlah besar. Bersepah omputih sun bathing tak kira lah lelaki ke pompuan. Yang pompuan 2 piece, dan yang lelaki berlenggeng jer.

Gambar yang kiri bawah tu ade funny story sket. Elok jer Wawa and Nadhirah angkat takbir 2 orang 'mat salleh' dengan badan mereka ala-ala six pack tu bentang towel dia orang dan bersantai. So bila budak-budak ni beri salam jer terus mencuci mata. Haaisshh....antara dugaan iman ketika bersolat di sini. Hehehehe.

Park ni besar, kami tak round satu taman pun. Just have a lunch over here. Kalo rasa malas nak berjalan kaki naik jer keretapi color merah yang ada kat dalam taman tu. (Gambar kanan-bawah) Tapikan macam malu gak nak naik keretapi tu, sebab kebanyakkan penumpangnya orang-orang tua dan kanak-kanak jer.

Hari ini kami lunch mee hoon dan shepherd pie. Shepherd pie tu kami harung dengan periuk-periuk sekali. Amik ko berjalan kat tengah bandaraya Sydney dengan periuk. Even kat KL pun tak pernah aku buat.

Paddy`s Market

Perut dah kenyang jom kita pergi shopping!!! If ke Sydney kalo mahu shopping souvenier murah sila lah ke Paddy`s Market. Tapi kalo korang masuk kat dalam ni, korang akan terlupa jap yang korang berada di negara omputih. Kerana penjualnya terdiri dari kaum Cina. Ada dalam 1-2 kedai jer omputih yang jadi penjual.

Paddy`s Market, souvenier Sydney

Kipas kat dalam ni, punya lah besar. Jangan bimbang kepanasan lah kat dalam ni. Frust sket semasa shopping souvenier kat sini. Aku tersilap memilih kedai. Kedai yang aku beli untuk souvenier agak mahal. Kalo mahu beli souvenier di dalam Paddy`s Market ni, pergi ke kedai yang berada kat bahagian yang dalam-dalam sket dan kat bahagian tengah. Penjual dia omputih dan boleh cakap Melayu sket-sket. Kat situ sangat murah ok. Keychain yang besi tu 1 dolar jer. Beli 10 free 1 lagi. Jiji borong dengan banyaknya di kedai ni. Adoi, tensen aku. Aku duk jauh dari kedai ni, mengelakkan dari terbeli lagi.

Market City, Sydney

Sebelah Paddy`s Market tu ada Market City. Shopping complex sebenarnya. Ramai tourist lah kat sini. Esprit kat sini jual barang-barang yang out of season sket. Wawa beli winter coat dia kat sini, sangat murah. Buying winter coat in the summer season, and  buy dress in winter is really cheap. Itu antara kelebihan  shopping di negara 4 musim.

backpacker hotel Sydney

Gambar kat atas ni merupakan salah sebuah hotel untuk backpacker. Wawa kata dalam 10 dolar semalam. Wah murahlah kan. Kalo convert pun dalam RM30++. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Sydney gak. Jalan sket dah bus-stop. Tapi feedback tentang hotel ni, aku tak berapa pasti. Sesapa yang mahu melancong ke Sydney with a tight budget, for strategic hotel location yang murah aku memang recomment hotel ni.


Bondi Beach


Sebelum balik, kami singgah sekejap kat Bondi Beach. Menikmati sunset di tepi pantai. View memang spectacular. Agak windy waktu ni dan suhu pun dah drop down. Jiji dah ala-ala pesakit parkinson. Nadiah, adik aku and me sejuk gak, tapi degil nak jugak merasa air laut. Amik ko basah seluar kesejukkan jadinya. Tu pun tak serik lagi tu, kami lumba lari sape sampai ke pantai dulu. Really crazy waktu ni, terjerit-jerit. Mesti mat-mat salleh tu cakap kita orang jakun. Hahahaha. Bondi beach famous di Sydney. Kami ada misi di Bondi Beach ni, yang akan kami laksanakan di hari lain. Nanti aku citer di entry lain ye, sabar-sabar.


Cold Rock ice-cream

Balik dari Bondi Beach, hari dah gelap dan agak sejuk. Tetapi kami pergi buat kerja gila. Makan ice-cream di waktu kesejukan ni. Singgah sekejap di kedai ice-cream Cold Rock. Panjang ok orang beratur waktu ni, tapi service memang tip-top. Tak sampai setengah jam kami semua dah dapat ice-cream. Apa special nyer ice-cream kat sini ialah if korang pilih lebih 2 flavour, nanti dia orang akan gaul-gaul ice-cream tu with topping yang korang nak. Dan toping dia memanglah tak lokek, macam kedai ice-cream kat M`sia. Banyak sungguh dia orang letak sampai tak larat nak makan. Aku letak gummy bear dalam ice-cream tu. Keras giler ok gummy bear dia. Sebab terlampau sejuk kut. Kena kemam lame sket baru lah normal lembut. Nadiah dengan aku jer suka makan benda tu. Really like the ice-cream. I know I will miss this ice-cream bila balik Malaysia nanti.


psstt...psstt...If korang tengok citer Kimora Lee Simons in The Fab Lane, ada tunjuk kedai ice-cream ala-ala Cold Rock tu.

The Season of the Witch is Here

 Salam/ Hi semua.

Korang suka tengok movie tak? Next year early January ada citer best di pawagam. Citer tentang ahli sihir(witch); "The Season Of The Witch". Abang Nicholas Cage sebagai hero. Even dah tua pun, still berkarisma dan macho mamat ni. Skrang ni Nuffnang sedang buat contest untuk bagi ticket for Premier Screening untuk movie ni. Citer yang berkisar sekitar kurun ke-14 ni, penuh dengan action dan aksi-aksi yang mendebarkan, haruslah ada adegan-adegan terkejut nanti. Citer ni akan disiarkan secara rasminya di seluruh pawagam pada 6 January 2011. Jom ramai-ramai kita serbu panggung untuk citer best ni.

Season of the witch


Tapi kan bila Sebut jer witch apa yang buatkan korang rasa takut? Pada aku jampi serapah (the powerful  spell) witch tu.

Tengok gambar witch kat atas tu, tengah nak baca jampi serapah nya lah tu. Silap-silap hari bulan.....wooohh
jadi lah macam Mr Frogie di bawah ni. Tapi kan kenapa lah selalu dalam citer witch ni kalo dia marah mesti nak sumpah jadi katak, tak pun mesti jadi binatang. Cuba sumpah jadi peti ice ke? Kereta ke? Kan bagus. Boleh jugak witch tu gunakan, tak payah dah naik penyapu buruk dia tu lagi.


Kalo citer witch yang dolu-dolu muka witch tu, Subhana-Allah buruk bukan main. Muka kedut seribu, dengan gigi rongak, rambutnyer pulak kusut masai dan mesti pakai jubah hitam dia tu. Tapi witch zaman sekarang dah tak macam tu. Dah cun melecun. Muka dah cucuk botok, gigi putih tersusun cantik, rambut sangat lah cantik; "guna jari pun boleh" (tiba-tiba termasuk iklan shampoo plak) dan tak pakai dah jubah hitam, pakai baju seksi giler. Sampai tak tak tahu mereka ni witch. Macam citer the Charmed One tu. Aren`t they hot guys???


Oh tak lupa gak golongan witch yang comel, macam geng Harry Potter.


Lagi satu witch ni selalunya ada bakat terpendam di dalam bidang masakan. Dan kalo masak mesti dalam pot yang besar gedabak tu. Pembaziran tu namanya, witch. Tapi mungkin senang agaknya nanti, nak masuk budak mereka tangkap kat dalam pot besar tu. Macam witch dalam citer Hansel n Gretel, yang nak makan Hansel tu tu.



Banyak jugak citer witch yang aku tau ni. Memang penggemar citer fantasi lah aku ni. Apa lagi Encik Nuffnang, hulur-hulur lah tiket Premier Screening "The Season Of The Witch" tu. Teringin nak tengok citer fantasi yang ala-ala ganas macam citer "The Season Of The Witch"

Contest: Blog Terkemas

 

 Salam semua...Jom joint contest best ni jom. Aku menyibukkan diri untuk joint contest lagi. Tiada sapa tag, tapi saja gatal mahu mencuba nasib. Kemas ke? Pada pandangan mata aku ok lah...So just try lah jer lah. Kalo ada rezki dapat lah. Kalo tak pun tambah kawan baru.


Syarat-syarat wajib
  1. Follow blog hana and Fyza. tak follow pun takpe but make sure korang salu update dengan blog kitorang ok >>>>>>DONE (both of it)
  2. make sure korang ada blog tau!>>>>>>Of course lah kan...
  3. buat satu entry dengan tajuk Kontest Blog Terkemas . amek banner tu sekali and make sure link kan terus ke blog hana atau link entry kontest ni . >>>>>> DONE
  4. bila dah buat, bagi link entry korang dekat ruangan komen hana ok . submit link entry dekat blog hana je tau. >>>>>> DONE
  5. kontest ni terbuka kepada semua warganegara malaysia tak kira umur dan jantina. >>>>>> I`m Malaysian
  6. tag 3orang blogger ok :) 
         Lina - yang telah buat makeover di template nyer...semakin kemas dari yang dulu. I likee...
         MamaYatie - the new banner so cute lah
         Kalam Hati -  bila mahu ada contest lagi ni, sy mahu joint lagi kak :)

pssstt...pssttt....rajin plak aku membuat 2 posting pagi-pagi buta ni kan...

Award Lagi......Friendship Award

 
 
 
1. Siapa yang tag anda ??
Jawapan : Pupel LiyaNa

2. 3 perkara menarik tentang orang yang tag anda??
Jawapan : 1. blog dia ade lagu Yuna - Gadis Semasa
2. sorang student yang rajin menulis blog
3. from her cute blog, i think she is cheerful girl

3. Ceritakan bagaimana anda kenal dengan orang yang tag anda ini
Jawapan :
baru jer kenal. setelah liyana singgah di blog ku ini dan kunjungan balas telah aku lakukan (ziarah-menziarahi macam hari raya). pastu dengan bermurah hatinya Liyana telah tag bg award comel ni. Thank you, Liyana.

4.One word best describe for her/him?
Jawapan :
Cute

5. Tag another 5 bloggers..
Di sini aku tag kawan-kawan baru yg singgah minum sebentar kat kotak shoutbox ku ye. Kenapa? Sebab sy hargai kunjungan anda sekalian...ribuan terima kasih muuuaaahh

Percubaan Pertama Membuat Roti

Salam semua pembaca blogku. Terima kasih sudi menjengah ke sini. Walaupun lately ni aku memang sangap sket nak mengupdate blog. Maaf ye...

Mahu citer ape yang aku lakukan pada weekend lepas. Citer agak basi, tapi nak share jugak dengan korang semua. Nak update weekend tu hari busy yang amat, tidak berkesempatan langsung.

Last weekend buat kali pertamanya di dalam sejarah hidup aku ni, aku blajar buat roti. Buat roti kentang. Dengan bantuan ibunda lah. Nak aku buat sorang karang roti tu jadi capati plak jadinya, haru nanti. Resipi telah dicilok dari Dapur Tanpa Sempadan. Ada derhaka ke? Ada lah sket. Mat jangan marah yea...minor derhaka jer. Just sapu kuning telur + esen kuning di atas roti sebelum dibakar.

Kalo nak resipi sila ke sini ye; Roti Kentang Sesuai Untuk Sarapan

Mahu citer lebih tak bleh lah kan. Sebab own by Encik Mat Gebu kita ni. Tetapi ada peristiwa agak dramatik berlaku semasa aku buat roti ni. Aku telah buat mixer kuih mak aku tu berasap. Habis hangit satu rumah. Nasib baik tak terbakar. Mixer kuih mak aku ni memang lah tak berkurun lamanya, mungkin dah tiba masanya pergi buat check-up. Aku cuak giler masa dia berasap tu. Dah macam asap ahli sihir bikin potion. Nasib baik jugak, doh roti tu dah hampir menjadi. So uli dengan tangan sket jer.

roti kentang
Dah 'tembam' jap lagi bleh bubuh kastard dan bakar

roti kentang
Setelah sapu kuning telur dan piping kan kastard
roti kentang
Dah siap....Terliur ke????
Pada aku lah kan antara buat kek, biskut dan roti. Yang paling remeh adalah buat roti. Dah uli, kena biarkan dalam 45-50 minit bagi doh tu naik. Pastu semasa nak buat bulat-bulat kecik tu (err...macam gambar 1 tu) kena timbang plak. Supaya bila roti tu naik sama besar, sama comel dan moleknya. Dah tu tunggu lagi bagi doh yang bulat-bulat kecik tu naik lagi. Then finally baru bleh bakar. Fuhhh!!! So long the procedure kan? Tapi bila nampak roti tu naik tembam jer, alangkah puasnya hati.

Citer pasal roti buat kan aku lapar lah plak. Oklah mahu pergi makan itu roti kentang hasil buatan pra-chef Noreed..hehehehe

psstt..pssttt...ada sesapa tahu kat mana pusat service Kenwood untuk home appliance. Mixer saya perlu berjumpa 'tuan doktor' nya ni. Minta bantuan.

Day 2 In Sydney: Part 2

Hallloo semua. Apa macam weekend? Apa aktiviti korang semua? Hmmm I did something. Tapi itu citer di entry yg lain ok. Kerana aku mahu sambung entry penggembaraan Ausi ku. Kita sambung citer dari entry yang lepas iaitu;  Day 2 In Sydney: Part 1

Bagi mengelakkan kekeliruan: Entry berikut adalah entry yang backdated. Sila rujuk kepada tarikh di permulaan setiap entry untuk mengetahui tarikh yang tepat peristiwa ini berlaku.

19 November 2010 - Setelah selesai menjamu selera di Sydney Fish Market, kami pun mula beredar. Sebelum tu kami amik air sembahyang dulu. Dah masuk Zohor dah waktu tu. Nak sembahyang di mana itu kita pikir kemudian. Yang penting amik air sembahyang dulu. Aduhai ramai lah plak orang kat toilet waktu tu. Tourist dari Cina ramai betul waktu tu. Dah lah 'kamar kecik' nya tiada paip air, kenalah bergilir guna botol yang kami bawa untuk refill air. Ingat nak solat di parent room. But the parent room is so dirty and smelly lah plak. Keluar dari  Sydney Fish Market, across the road ada padang. Hmm oklah kita solat jer lah kat sini dulu. Kereta yang lalu lalang tengok jer. "Dont worry we dont do any harm here."

Sempat plak Nadiah snap gambar kita orang tgh solat ni.
Dah setle semuanya kami ke Queen Victoria Building (QVB) salah satu building lama yang telah dijadikan shopping complex. Kalo survey kat dalam internet, antara tempat yang perlu pergi untuk shopping adalah QVB. Kat sini ada banyak butik-butik barang branded. Harga paham-paham jer lah, lagi-lagi kalo convert kan. Tapi korang tau aku shopping apa kat sini? Hehehehe hanya lah sebatang mechanical pensel. Ada satu kedai stationary best, kikki.K. Memang aku tidak tahan godaannya. Bila convert harga pencil tu ke RM, people will think I`m crazy. Hahaha. Biarkan asalkan aku puas hati. Walaupun sekadar cuci mata kat dlm QVB ni tapi puas hati dapat gak jejakkan kaki di sini. The building really old but so artistic Disebabkan dah dekat nak Krismas, di tengah bangunan ada Krimas tree yang sangat tinggi hingga mencecah tingkat tertinggi.

Posing jap sblm masuk ke dalam QVB

Inside QVB

Under the Christmas Tree



If go to QVB, jgn lupa try kacang bersalut madu. Sedap!!!

Kejap jer masa berlalu dah pukul 5. Kedai pun dah nak tutup. Kami pun beredar dari situ untuk agenda terakhir kami. Iaitu melawat Sydney Tower. Jom tengok bandar Sydney di waktu malam pada ketinggian 304 meter.Pergi awal ingat nak tengok sunset. Tapi nasib tak menyebelahi kami. Cuaca agak mendung pada waktu itu, we cant see the sunset. Tapi dah alang-alang sampaikan, so kami just tunggu jer sampai malam. And when the night comes, the view is amazing. But the camera lense can`t really capture it.


Kota Sydney di waktu siang

Kota Syney di waktu malam
Hmmm aku selalu terpikir perkara ni especially during vacation.Walau secanggih mana teknologi yang ada, tetapi tidak akan sama dengan pandangan dari kaca mata yang dianugerahkan-Nya.


Extra photo:



Tak dapat beli brg kat butik Guess, gambar pun jadilah

Ala-ala Istana Budaya. Ada show waktu ni, orang beratur sampai ke luar.


Apple office so cool!!! Looks like aquarium
psst...psstt...our green bag penuh dengan bekas botol air mineral dan semasa nak naik ke Sydney Tower, guard yang periksa beg kami terkejut dan berkata; "Wow You got so many bottles in here." Hahaha, malu betul waktu.
 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino