Tinggalkan Encik Kesedihan...Ucapkan Tahniah Kepada Harimau Malaya

Salam semua....

Di dalam proses recover dari kesedihan. Tinggalkan sebentar kesedihan di sudut bilik. Dont follow me Mr Sad, stay there ok. Aku mahu bangkit bersama kata-kata semangat yang telah kawan-kawan tinggalkan. Well, kehidupan memang full of surprises. Tak kira kejutan gembira ataupun sedih. Apa yang penting, cara kita handle kejutan perkhabaran itu.

Rata-rata hari ini orang bercerita pasal bola hari ini di opis aku. Baik yang lelaki ataupun perempuan. Headlines surat khabar semua pun tentang kemenangan pasukan bola kita merangkul Piala Suzuki. Auuuummmm!!!!

Dan aku pun tidak mahu ketinggalan pergi menyaksikan kemeriahan perlawanan bola sepak di kopitiam. Mahu joint di kedai mamak, tetapi apakan daya sudah penuh. Kalo mahu berdiri boleh lah. Bayangkan aku sampai kul 6.30 game start kul 8, tetapi jalan dah jam. Dasat sungguh. Siap ada gerai jual jersey kat depan kedai mamak tu. Dah macam stadium aku tengok.

Pada mulanya just nak jumpa member aku amik 'barang' (berkenaan dengan kesedihan ku), tapi dah borak-borak tengok jam dah kul 7 lebih. Hmmm joint jerlah. Lagi pun aku tak pernah tengok bola kat kedai ni. Tempat memang dah penuh lah. Siap ada meja yang dah reserve lagi. Nasib baik member aku datang awal, book tempat. Kalo idak...melopong jer lah.

Penuh debaran semalam, order fries pun makan tak habis. Punya lah berdebar tengok bola. Kehkehkeh. Selepas penyampaian hadiah siap ada perarakan peminat-peminat bola bawa replika piala lagi. Dasat betul dia orang. Really enjoy. Sampai sesak lah jalan raya dia orang ni wat. Tersadai sekejap kita orang kat area tu, bagi crowd ni reda dulu. My mum called ingat masih di opis, rupa-rupanya anak dara bertuah dia ni gi tgk bola. Hehehehe.

Piala Suzuki Malaysia

















Apa-apapun tahniah kepada Harimau Malaya terhadapa kejayaan merangkul Piala Suzuki. Cayalah. Dan sokongan dari rakyat Malaysia walaupun jauh beribu batu di tanah air harus diberi pujian.


pssstt...psstt...kalo pompuan tengok bola orang kata sebab tengok player tapi smlm kalo lelaki tengok bola sebab 'ceweks' Indon cun bangat ada betulnya kan???? Hehehehe...

Snap shot di atas di ambil oleh Wak. Take a look at khairmispan.zenfolio.com. His photo so awesome!!!

6 comments:

norh said...

biarlah 'masa' atasi encik kesedihan tu..

noreed said...

to norh: yup...you are rite :)

Didzy said...

Saya pun tengok perlawanan tu juga dekat tv...terpaksa tengok sbb hubby minat...hehe
Anyway, congrats to Malaysians! :D

noreed said...

thanks didzy. tapi game mlm tu mmg begitu mendebarkan...huhuhu

WAHIDA ALIAS said...

hahaha..cewek indonnye cunnn woo..emm..tp pemain malaysia lg ensem2.hahaa.thniah buat pemain2 kite!

noreed said...

mesti wawa minat kat keeper tu kan???

psstt..psstt dia dah ada awek. and awek dia pun blogger gak...

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino