Sudah Sampai Di...

Hi/salam buat semua

17  Nov 2010 - Perjalanan selama 8 jam Alhamdulillah akhirnya berakhir pada pukul 8.30 malam, waktu tempatan. Bila flight touch down jer, kebanyakkan penumpang terutamanya mat salleh siap bertepuk tgn lagi. So supportive kan?

Ok now aku start berdebar sebab kami ada bawak beberapa brg makanan yang kami rasa besar kemungkinan akan kena tahan nanti. Tapi sebelum tu sempat singgah jap kat one of the shop yang jual fragence and alat-alat make up.  Macam mana lah tak tersinggah ada big sale kat situ. Perfume dia longgok-longgok jer. Botol tester penuh lagi ok. Spray lah ko banyak mana kat situ. Brand Harajuku, Elizaberth Arden, Usher semua pun $20  Mascara Estee Lauder  $10. Oh! Tidak kuatkan lah iman jangan sampai terbeli. Hehehe..berjaya menahan nafsu supaya tak beli.

Semasa kita orang queue for immigration check up,one of the officer announce minta semua visitor letak bag di sebelah kanan sebab ada anjing nak buat checking. Aku ingatkan kat dalam tv jer. Rupa-rupanya betul, OK?!? Takut gila kita orang semua. Alhamdulillah everything ok.

After that immigration check in.  Immigration check in mereka, tak secerewet macam Thailand tu hari, di mana tourist kena berdiri tegak depan camera sebab nak match kan gambar di dalam passport. Selepas tu pergi amik bag plak. Disebabkan kita orang antara penumpang yang lewat, bag dah siap ada kat lantai dah.  Barisan untuk chek kastam sungguh panjang ok. Tiba sekali dengan Singapore Airlines dan ada lagi satu airline aku pun kurang pasti airline mana.

Semasa custom check in, seperti yang dijangka kami kena gi tahan sekejap.  Adik aku and Jiji dah lepas tunggu kat hujung kaunter. Aku and Nadiah carry both of the bag yang ada makanan tu.Muka custom officer,  punyalah garang. Berdebar-debar kita orang. Dia suruh kita orang bukak bag yang ada makanan. Milo and coffee 3 in 1 kena tahan. Memang dah jangka pun. Kastam tu kata, kalo made in Indonesia boleh, tapi made in Malaysia kena tahan. Sebab lembu Malaysia ada penyakit kuku,kaki, tangan dan mulut.  Lawak kastam tu siap buat aksi lembu yang sakit lagi. Hehehehe. 

Bila dah selesai semua, kami terus kluar. Sian Najwa dah tunggu lama kat luar. Tunggu teksi  yang besar sket, untuk muatkan 5 of us. And with all the bags. Eh punya lah panjang berceritakan, tapi masih belum bagitau kami semua ni merantau ke mana kan? Nak tau kami ke mana? Hehehe...sila tengok gambar di bawah.

Ni lah teksi yang boleh menempatkan kami semua
Sementara tunggu teksi posing jap depan airport Sydney. Airport mereka tak lah sebesar KLIA. Macam Subang Airport jer.Sebab mereka asingkan antara flight domestic dan international.


Sepanjang perjalanan dari airport ke Randwick tempat cousin aku, Wawa  tinggal kebanyakkan rumah dah gelap. Hmmm..Wawa kata area yang kita orang lalu tu bukan city. So macam ‘damai’ sket lah. Tambang airport taxi ke Randwick AUS50.50.

Teksi dia canggih sket siap ada tramp senang bleh tolak beg beroda masuk dan senang jugak untuk handicap
Bersiap sedia semua untuk mengangkut semua beg yang gedabak dan banyak tu ke tingkat 3. Rumah Wawa tak ada lift ye adik-adik sekalian. Dah macam tentera semut masing-masing aku tengok. Berpeluh lah gak nak mengangkut segala bagai beg tu ke tingkat paling atas sekali. Beg-beg yang besar terpaksa angkat 2 orang. Mau tercabut pinggang kalo angkat sorang.

Lawatan pertama setelah selesai mengangkut luggage Wawa membawa lawatan pertama kami ke seven Eleven. Semua oun meloncat nak ikut. Sedangkan kat bawah unit dia jer and sekadar nak beli susu untuk breakfast besok. Cuaca kat luar agak sejuk dan berangin. So jangan lama di luar ye. Oh ye kat sini aku 7 Eleven dia orang ada petrol pam. 

Comelkan petrol pam kat 7 Eleven dia orang kecik jer

Selesai beli susu, balik apartment discuss tentang itinerary untuk besok and for the whole 2 weeks kami berada di sini nanti. Wawa dah siapkan for our 2 weeks itinerary. Nadiah and I pun ada buat juga berdasarkan information di internet. Gabungkan kedua-duanya. Minggu pertama kami akan pergi around city area dan minggu kedua plann untuk sewa kereta dan pergi tempat yang luar dari Sydney. 

Senarai itinerary kami
Ok need to sleep right now. Dah pukul 1 pagi. Mau besok terbabas Subuh ni. Tomorrow have a long journey to discover. Hmm...kat Malaysia waktu ni baru kul 10 malam. Now wonder tak mengantuk pun even badan penat dah ni.

3 comments:

gadisBunga said...

uish. bestnye gi jalan2. GB pulak yg rasa eksaited lebih ni! hati2 di tempat org ok! :D

noreed said...

to gb: Dear, sy dah selamat balik msia dah pun. 2 minggu tu hari blog berhabuk sebab gi merantau negara orang. tak sempat nak update. ni kiranya back dated story lah. :)

rieyana ynn said...

singah poloww..sini jap..ahaks..;d

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino