Day 1 : In Sydney (Part 1)

Selamat berhujung minggu buat semua pembaca blog ku.

Bagi mengelakkan kekeliruan: Entry berikut adalah entry yang backdated. Sila rujuk kepada tarikh di permulaan setiap entry untuk mengetahui tarikh yang tepat peristiwa ini berlaku.

18 November 2010 - Hari pertama di Sydney, Australia membuatkan diriku terpisat-pisat nak bangun Subuh tadi. Masuk Subuh di sini around kul 4.30 pagi. Aku terjaga kul 5.30 pagi untuk Subuh. Hampir-hampir matahari mula menonjolkan dirinya. Pukul 6.00 pagi di sini umpama pukul 7.00 pagi di Malaysia. Its begin to sunrise. Masih mengantuk, tak larat nak bukak mata, after Subuh sambung saki baki tido. Patut lah mengantuk bebenar, kalo kat Malaysia waktu ni baru kul 2.30 pagi. Walaupun perbezaan waktu hanya 3 jam, namun memberikan impak jugak rupanya kepada diri ku. Ini juga negara pertama yang pernah aku pergi yang mempunyai perbezaan waktu lebih dari 1 jam.

Pukul 8.30 pagi aku terjaga, terus take a shower. Huhuhu sungguh sejuk. Walaupun ada heater, masih terasa sejuknya. Tido malam tadi pun pakai jacket dan sock plus selimut lagi. Bila dah sudah mandi, aku tengok Wawa dah 'kelentang-kelentung' kat dapur. Sian cousin aku ni, awal bangun untuk masak bekal untuk kami semua. Menu bekal hari ini ialah mee hoon goreng. Ooopss... terpedas sket chef Wawa masak hari ni. Nadiah dan adik aku yang memang tak tahan pedas tu, letak kicap kat mee mereka untuk kurang kan pedas. Semua dah siap pack and everyone ready jom kita bergerak.

Hari ini kami akan berjalan di sekita bandar Sydney. Tapi sebelum itu, kita singgah 7E (7 Eleven) dulu untuk beli ticket bas. Ticket bas ni berharga AUS41.00. Nampak macam mahal kan? Lagi-lagi lah kalo kita convertkan harga tu. Tetapi bila dikira balik, agak menguntungkan lah sebab ticket tu untuk seminggu, iaitu dari 18-24 November 2010. Pastu kita boleh naik segala bagai public transport. Dari bas, train sehinggalah ke feri. Unlimited ride dalam tempoh seminggu. For more info maybe bolehlah ke www.myzone.nsw.gov.au




Bas tu bermula lah perjalanan kaki ke  bus stop terdekat dalam lebih kurang 3 km. Nampaknya setiap hari kami akan berjalan 6 km hanya untuk pergi dan balik ke bus stop ye. Untuk ke bus stop kami melalui UNSW tempat Wawa blajar, hospital, klinik veterinar yang diberi nama Struggle Town (hehehe...so unik betul nama klinik ni), tempat penyimpanan kuda dan kawasan perumahan.


Usually kat bus stop ada time-table bus. Dan bus di sini agak punctual dengan time-table nyer. Kalo lewat pun dalam 5 minit jer. Semasa on the way ke bandar Sydney, kami melalui Oxford Street. Kat internet aku baca jalan ni ada banyak kedai-kedai yang branded di sini. Add on terhadap info yang tidak tertulis di internet ialah jalan ini merupakan tempat lepak bagi golongan 'sejenis'. Hmmm paham tak apa itu sejenis? Sejenis merupakan keyword kita orang untuk mengatakan gay or lesbian. Bagi mengelakkan mat salleh and minah salleh Ausi paham apa yang kami cakap. Sepanjang jalan pun aku ada ternampak beberapa pasangan sejenis ni. Terutamanya yang lelaki. Di sini pun banyak jugak kedai for adult only. Apa yang dia jual, aku pun kurang pasti, kerana kami semua malu and tak berani nak masuk. Jalan ke bandar hari ini agak jammed. Disebabkan ada accident antara kereta dan penunggang basikal. Kat sini kadang-kadang kita akan terserempak dengan penunggang basikal di tengah bandar. Huhuhu, kalo kat Malaysia naik basikal kat tengah-tengah bandar KL mahu nyer baju putih bertukar jadi kelabu bila sampai opis, terkena hembusan asap bas mini.


Nampak tak kedai di atas; "Adult World"...ngeh, ngeh, ngeh
Lebih kurang 40 minit kami pun tiba. Cross the road kami menuju ke Circular Quay. Di mana tempat untuk menaiki feri. Kat sini pengangkutan feri agak glamour untuk menuju dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Tapi kita kena tahu deck mana feri yang perlu dinaiki akan mengambil penumpang. Kalo tak tahu pun don`t worry, sebab di setiap deck ada tertulis info tersebut berserta dengan jadual perjalanannya sekali. Dan sama seperti bas tadi, masa perjalanan mereka tepat seperti yang tertera di jadual.
Sebutan untuk "Circular Quay" ialah "Circular Kay"
Kami mahu ke mana dengan menaiki feri ni? Ok nantikan entry yang selanjutnya ye. Buat masa ini, enjoy dulu snap shot dari camera ku dan dari our photographer merangkap our tourist guide iaitu, Wawa.


Berposing di sekita Circular Quay

2 comments:

princess_zarizs said...

cik noreed patut kumpul picture di 7eleven all over the world ye... cukup 5 location kira boleh jadi duta

noreed said...

hehehe ok gak kan. Awk jadi duta coke, kita jadi duta 7E.

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino