Salam buat semua.
Aku hentikan sementara citer percutiaan ku ke Australia bagi memberi laluan entry untuk menyambut tahun baru di dalam kalendar Islam.
Besok 1 Muharam 1432, kita melangkah ke tahun baru. Sebagai peringatan kepada diri ku dan rakan-rakan sekalian jangan lupa membaca doa akhir tahun pada petang ini iaitu selepas Asar dan membaca doa awal tahun selepas Maghrib. Kepada yang berkesempatan mungkin boleh menambahkan amalan sebelum 'buku' kita pada tahun ini diangkat ke atas bagi menggantikan buku yang baru. Hmm...petang ni aku perlu menghantar kawan aku ke airport harap-harap sempatlah aku membaca doa akhir tahun sebelum masuknya Maghrib.
Semoga 'buku' kita pada tahun yang lalu dipenuhi dengan amalan yang baik, dan datangnya buku yang baru pada malam ini dimulakan dengan sesuatu yang baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment