The Season of the Witch is Here

 Salam/ Hi semua.

Korang suka tengok movie tak? Next year early January ada citer best di pawagam. Citer tentang ahli sihir(witch); "The Season Of The Witch". Abang Nicholas Cage sebagai hero. Even dah tua pun, still berkarisma dan macho mamat ni. Skrang ni Nuffnang sedang buat contest untuk bagi ticket for Premier Screening untuk movie ni. Citer yang berkisar sekitar kurun ke-14 ni, penuh dengan action dan aksi-aksi yang mendebarkan, haruslah ada adegan-adegan terkejut nanti. Citer ni akan disiarkan secara rasminya di seluruh pawagam pada 6 January 2011. Jom ramai-ramai kita serbu panggung untuk citer best ni.

Season of the witch


Tapi kan bila Sebut jer witch apa yang buatkan korang rasa takut? Pada aku jampi serapah (the powerful  spell) witch tu.

Tengok gambar witch kat atas tu, tengah nak baca jampi serapah nya lah tu. Silap-silap hari bulan.....wooohh
jadi lah macam Mr Frogie di bawah ni. Tapi kan kenapa lah selalu dalam citer witch ni kalo dia marah mesti nak sumpah jadi katak, tak pun mesti jadi binatang. Cuba sumpah jadi peti ice ke? Kereta ke? Kan bagus. Boleh jugak witch tu gunakan, tak payah dah naik penyapu buruk dia tu lagi.


Kalo citer witch yang dolu-dolu muka witch tu, Subhana-Allah buruk bukan main. Muka kedut seribu, dengan gigi rongak, rambutnyer pulak kusut masai dan mesti pakai jubah hitam dia tu. Tapi witch zaman sekarang dah tak macam tu. Dah cun melecun. Muka dah cucuk botok, gigi putih tersusun cantik, rambut sangat lah cantik; "guna jari pun boleh" (tiba-tiba termasuk iklan shampoo plak) dan tak pakai dah jubah hitam, pakai baju seksi giler. Sampai tak tak tahu mereka ni witch. Macam citer the Charmed One tu. Aren`t they hot guys???


Oh tak lupa gak golongan witch yang comel, macam geng Harry Potter.


Lagi satu witch ni selalunya ada bakat terpendam di dalam bidang masakan. Dan kalo masak mesti dalam pot yang besar gedabak tu. Pembaziran tu namanya, witch. Tapi mungkin senang agaknya nanti, nak masuk budak mereka tangkap kat dalam pot besar tu. Macam witch dalam citer Hansel n Gretel, yang nak makan Hansel tu tu.



Banyak jugak citer witch yang aku tau ni. Memang penggemar citer fantasi lah aku ni. Apa lagi Encik Nuffnang, hulur-hulur lah tiket Premier Screening "The Season Of The Witch" tu. Teringin nak tengok citer fantasi yang ala-ala ganas macam citer "The Season Of The Witch"

4 comments:

Gentleman Frog said...

salam,

kenapa cerita bercakap dgn jin dianggap tahayul?

an after expert

atiEnabErn said...

Tapi ,, atien minat jugak citer nie.. He3

noreed said...

to gentleman frog: walaikumsalam. ye ke? sy tak tau. dah tak ada pun kan buku tu. eh jap, it a book rite?

noreed said...

to atien: atien refer kpd citer ape ni ek? season of the witch ke?

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino