Duit Raya Sudah Sampai

Salam di pagi Khamis buat semua. Semasa entry ini ditulis hujan sedang mencurah-curah di bumi Shah Alam ini. Skrang ini memang musim hujan kan? Awal pagi mesti hujan then petang nanti hujan lagi skali.


Duit Raya Sudah Sampai
Yeaahh dpt duit raya

Ingat tak entry tentang Dari Raya ke Soping Dan Raya Semula.... Di nota kakinya aku bgtau, seseorang nak bagi ku duit raya. Tak pernah jumpa tapi dia nak bagi ku duit raya. Jangan jeles ye. Semalam malam, semasa ayah aku bukak peti surat, dia bagi kat aku sampul pos Ekspress (Dijamin Sampai Esok). Hoooyeaaahh duit raya ku dah sampai.

Pemberi duit raya ku ini adalah En Hazman Fadzil admin dari blog hazmanfadzil.com. Ini kerana aku telah menghantar komen di blognya pada entry di hari raya pertama (err dah tak jumpa plak entry tu bila aku search). Kalo hari raya kedua dan ketiga akan dapat bauce Jusco. Best jugak tu. Hehehe. Komen tu aku hantar semasa aku tengah tunggu turn nak mandi di pagi raya. Biasalah kan balik kampung ramai dengan sedara mara, time mandi mesti kena amik nombor, macam nak beli tiket wayang. Untuk gak at least aku menang lah hadiah duit raya ni.

Blog hazmanfadzil.com memaparkan kisah-kisah isu semasa yang berlaku di sekeliling kita. Dari isu dalam negara ke luar negara, dari isu soping ke isu sains teknologi. Semuanya ada di sini. Jika korang tidak sempat membaca paper, jom terjah ke blog  hazmanfadzil.com.

Kepada  En Hazman Fadzil, terima kasih diucapkan di atas pemberian duit raya ini. Walaupun pada mulanya bro tak dapat emel reply tentang address rumah saya, bro tetap menjejaki saya melalui YM. Thank you so much. Semoga bro terus suksess dan dimurahkan rezki. Kalo murah rezki jangan lupa buat contest lagi yea :)






psstt...psstt..parent aku macam pelik macam manalah aku boleh dapat duit raya ini orangnya pun aku tak pernah jumpa. Hehehe itulah kehebatan dunia blog, ayahanda dan bonda


Bila Si Kenit Bekerja

Salam buat semua pembaca blogku.

Hari Isnin yang lepas, member opis ku Kak Aza a.k.a.s PK cuti, sebab babysitter nyer adahal. Malangnya dia kena gak datang opis sebab ada beberapa perkara yang perlu disetlekan. So terpaksa lah dia mengheret anak dia, Iman ke opis.

Bila Si Kenit Bekerja
Buat muka hensem, bila org nak snap gambar

Geram aku dengan budak kenit ni. Dah lah comel, cakap pelat satu hapa aku tak paham. Semua partition orang dia terjah, tak takut orang langsung. Buat audit 5S ke Iman? Tengah sibuk-sibuk dia menconteng kertas kat meja mak dia, boleh jer dia melompat turun pergi ke meja aku, "Nak, nak?" Aku ingatkan dia nak ape, rupanya dia nak nescafe ice aku. Bila minum mata terpejam-pejam sebab sejuk. Hahaha lawak betul.

Bila Si Kenit Bekerja
Saya tengah busy bekerja ni.

Dia terjahnya partition Kak Su, duduk dengar lagu kat headphone siap goyang-goyang badan lagi. Sabar jer lah aku. Lama jugak lah dia melepak kat situ. Dia duk layan lagu sebelah, Kak Su buat kerja dia kat sebelah. Dah boring dengar lagu dia terjah parttion aku plak. Masa tu aku kat tempat lain, boleh slumber jer duk kat kerusi aku. Alahai Iman, duk situ then auntie nak duk mana plak ni. Nak tolong buat coding ke ni? Maknya heretkan kerusi duk sebelah aku. Kali ni kerja dia amik sharpener  and tempat hp, dijadikan lori. Baik plak tu, berangan sorang-sorang, tak kacau pun aku buat kerja. Aku snap lah pisture dia yang tengah main tu, boleh terus jer dia posing. siap bagi tanda peace yang tak jadi langsung. Hensem lah tu kononya. 

Bila Si Kenit Bekerja
Peace version Iman

Bila Si Kenit Bekerja
Dah botak dah awek Vietnam, dikerjakannya

Tiba-tiba dia nampak aku nyer fridge magnet yang banyak tu. Antara yang banyak-banyak tu, boleh dia berkenan fridge magnet 'couple' Vietnam aku. Tau sebab apa dia berkenan? Sebab dia nak cabutkan tocang rambut yang pompuan tu. Sabar jerlah aku Iman ni.

Bila Si Kenit Bekerja
Kepenatan...Zzzz...

 Nearly 11 o`clock start merengek lah dia nak tido. "Abu, abu". Itu panggilan untuk ibu dia ye. Sumpah susah betul nak paham apa yang dia cakap. Pelat tahap gaban budak ni. Minum susu, last-last terlentok lah dia tido kat tikar sembahyang kita orang kat blakang tu. Sian dia. Penat betul si kenit ni bekerja.







psstt..psstt..tengok dia tido aku rase nak gomol-gomol jer dia. Comel sgt Menjerit PK; "Jangan awak!" Hahahaha

Dari Raya ke Soping Dan Raya Semula

Salam kepada semua pembaca blog ku ini. Terima kasih kerana sudi menjengah ke sini. Peringatan entry kali ni agak panjang, gi lah amik kerepek ke kuih raya dulu, before baca entry ni.

Kita citer raya lagi ye entry kali ni. Biasalah open house on weekend tu hari mesti banyakkan. Ada beberapa jemputan open house, tetapi aku memang dah janji awal-awal (seminggu awal ok) nak gi open house kawan yang di KL, so open house blah Shah Alam and Klang terpaksa lah cancel. Sorry my dear friend. Umur panjang aku beraya di tahun hadapan ye.

Misi hari Sabtu yang lepas ialah, beraya di 2 buah rumah dan mencari hadiah besday memberku, Fadh. Besday dia memang dah 'gaban' belated. Sian dia, kita orang semua bz tak sempat nak bagi hadiah besday.  Bayangkan besday bulan 2 sama dengan aku, skrang baru kita orang carikan hadiah dia. Oh, kita orang ada alasan dia tak dapat hadiah besday sebab, dia belum belanja kita orang makan for her birthday. Hahaha.

Dari Raya ke Soping Dan Raya Semula
Kuih raya yang tebukak tu home made by Suria. Cayalah boleh buat Kuih Dahlia tu


Dari Shah Alam, aku parking keta kat Carefour Subang Jaya. Memberku Zirr from Putra Heights akan fetch aku. Kita carpool jer lah ye. Senang dan jimat. Ok rumah pertama yang kami nak terjah, ialah rumah Puan Sinar Suria terletak di Cheras. Open house setelah bergelar puan. Majlis bermula kul 12.30 tgh hari, kita orang saja pergi awal nak jadi tetamu pertama. Mau borak lama-lama. Last jumpa masa, majlis kawen dia tu hari. Hidangan kat rumah dia begitu world ok. Dari Malaysia terbang ke Bali dan terbang lagi ke Itali. Dari nasi lemak dan nasi impit, makan pula sambal Bali (which is 1st time aku makan, and I like it so much) dan penutup kita makan pula pasta goreng. Her beloved MIL siap datang tolong masak ok. Beruntung badan betul makcik ni, menantu kesayangan nampak gayanya ni. The day before open house, Suria demam plak. Jadinya most of the food tawar sket, coz tekak tak tuning betulkan. Takpe-takpe Suria, kita jaga kesihatan ye hari ini.

Dari Raya ke Soping Dan Raya Semula
Tema gambar: Bergosip di Hari Raya


Dah siap solat Zohor semua kat rumah Suria, kami berdua pun beredar untuk misi mencari hadiah besday di Sunway Pyramid. Nak terus gi makan kat 2nd house dah kenyang sangat ni, so kita ronda-ronda cari hadiah dulu. Fadh request nak besday present handbag yang sandang blakang tu. Aku tak tau lah apa nama specific bag tu, ada sesape tau tak? Wah, merata kita orang cari susah betul nak cari yang cun dan berkenan kat mata kita orang berdua. Hampir semua tempat kat Sunway tu kita orang round. Aku dah lah pakai hill, merah-merah sampai kaki aku. Akhirnya jumpa gak. Trus jer hantar balut kat customer service, sambil kita orang tersadai sekejap di sofa customer service, melepaskan lelah.

Timing pun sedang elok, perut dah kembali lapar. Jom kita pergi ke rumah open house ke-2 di Kampung Medan, rumah Eja. Dia ni sebenarnya member baik sekolah Zirr dan bakal menjadi kawan travel kita orang in the future. Ke mana? Kita tunggu Air Asia mau buat promotion ke mana ok. Aku 1st time jumpa Eja ni. Zirr slumber jer lah kan mengheret aku gi open house member dia. But already inform awal-awal lagi lah. Oh ye, Eja ni buat bisnes part-time kat FB. Ada banyak kain sulam-sulam untuk buat kebaya. Sesapa yang ada akaun FB pergilah search under nama "SriSulaman Tangan". Kasut pun ada jual jugak. Macam-macam ada

Ramai tetamu kat rumah Eja ni. Dan aku sangat kagum, dia dengan adik dia jer yang duk handle open-house tu. Dalam pada tetamu ramai-ramai datang tu, telur dadar untuk makan dengang nasi lemak dah habis, dia dengan tenang menggoreng di dapur. Kalo aku dah kalut dah jadinya. Hahaha. Sorry yea no picture kat rumah Eja. Malu lah plak aku nak snap picture baru jer kenal.

Around kul 6 kita orang minta diri dulu. Letih dah ni sehari berjalan. Besok nyer tu ada open-house lagi. Malam tu, memang confirm aku tido awal. Zzzzzzz.....






psstt....psstt...semalam berkomunikasi dengan seseorang, aku bakal dapat duit raya. Jeng, jeng misteri tak? Sabar ye, bila dapat duit raya tu, akan aku shoutkan di sini.

Raya...raya...Opis

Salam Monday Blues buat semua. Mesti penat ronda-ronda open house 2 hari lepaskan. Kuatkan semangat ye kawan-kawanku sila jalankan tanggungjawab anda, tak kiralah sama ada anda bekerja di opis atau di rumah. Gambate.

raya opis
Ni kaki orang yang buat pertama kali menjejakkan kaki di PKPS

Last week kan aku dah janji kan nak share citer tentang majlis Hari Raya di opis aku. Ok majlis Hari Raya opis aku tahun ini diadakan di Wisma PKPS. Dah macam contract plak kan? Tahun lepas pun buat kat sini, berbuka pose tahun ni pun kat sini. Catering untuk Hari Raya kali ni pun sama seperti majlis-majlis sebelum ini, by Kuzie catering. Taukenyer dikenali sebagai Pak Engku. Aku rasa memang package dia lah. Food kali ni, ok sket compare dengan Majlis Buka Puasa tu hari. Kali ni lebih sedap dan variasi. Dari nasi beriani, sate, soto, laksa, kebab, apam balik hinggalah buah-buahan. Air pun pelbagai, ada air oren, air sirap, air teh, cendol. Oh tak lupa gak kambing golek. Tapi cepat habis sket kambing golek ni. Kesian Zirr, beria-ria beratur sampai turn dia kambing dah habis. Ramai betul penggemar kambing ni.

raya opis
 Antara makanan yang kami blasah

Tempat duduk tak cukup waktu majlis tu. Kita orang dah lah datang lambat, memang datang nak ngam-ngam waktu makan. Hampeh btull. Makan nak dengar ucapan tak mo. Tapi nasib kita orang baik hari tu. Tengah kita orang berdiri tepi pintu tercangak-cangak pikir nak duk mana, tiba-tiba pekerja untuk event tu bawak beberapa kerusi depan kita orang dan tertanya-tanya nak letak mana kerusi tu. Kawan-kawanku apa lagi dengan pantas, terus minta kerusi tu. At the end kita orang makan dekat dengan pintu utama. Tapi best gak, duk tepi pintu ni. Sesapa yang kluar masuk semua kami jumpa. Tak yah nak pergi dari meja ke meja untuk bersalaman di hari raya. Ala-ala VIP gitu. Kehkehkeh...Ada jugak beberapa orang artis, seperti Jaafar Onn, Maya, Milah, Fadzli Zainal dan beberapa lagi artis yang aku tak kenal. Aku malas nak snap gambar-gambar artis ni, sibuk makan jer. Harap maaf ye, tak ada gambar artis buat tatapan korang semua.


raya opis
 TQ ye abg bg kita org kerusi


Tahun ni opis aku bagi duit raya kepada semua staff. Yeah, yeah best. Walaupun tak banyak macam sesetengah opis private yang lain, aku still teruja dengan duit raya tu. Sanggup beratur panjang ok. Terima kasih :)

Minggu ni ada jamuan raya by division plak. Memang tak dan lah nak buat pose 6 tahun ni.

raya opis






psstt...psstt...disebakan aku tak reti nak berebut amik makanan, tugas aku sebagai AJK minuman, amik air jer untuk kawan-kawan.Sebab kat tempat tak ramai orang pun.

Mood M.A.L.A.S

Halloooo salam berhujung minggu buat semua....

lazy girl

Subhanallah aku tak taulah angin apa yang melanda diri ku skrang. Angin puting beliung diberi nama Super-duper Lazy rasanya yang telah menyapu diri aku ini. Malas giler nak update blog. Tak tau lah nape. Hampeh betul lah aku ni. Blog ni baru jer berusia 4 bulan dah ada mood malas. Haiisshhh ape nak jadi ni Noreed?

Semalam gigihkan diri gak buat posting before aku gi open-house beraya ke rumah member aku. Sempatlah publish entry before kul 12.30 p.m. Memang aku slalu aku tetapkan pun setiap hari must do posting around lunch hour time. Timing posting yang tetap setiap hari amatlah penting menurut blogging tips yang aku baca. Tetapi hari ni, dah malam baru lah aku bukak lappy ku ini. So much story to share, but aku dah terlebih makan vitamin M (M = malas). Adakah disebabkan mood raya? I dont think so. Sedangkan masa bercuti raya tempoh hari aku gigih plak membuat posting, mencuri masa berlari-lari meng'update' blog. What is going on with me?

lazy girl

Sebenarnya aku just nak blog walking jer, malam ni. Tetapi bila ada kawan-kawan yang masih sudi menjengah blog aku ni, at least  toxin malas tu berkurangan sket and memberi ku semangat untuk buat entry sket. Even my previous entry about Maybank debit card contain so much typo, tetapi masih ada yg sudi meninggalkan comment. Thank you my dear friend. Padan muka pada diri sendiri terasa malu, dengan hasil entry yang ntah apa-apa and sangat cuai.

Tadi semasa blogwalking singgah jap ke blog Red Mummy. Kak Red sharing story about earning with nufnang sebanyak 8k this month (which is she entry mcm tu memang jarang sgt kuar di blognya). Hohoho bestnyer. Memang berbaloi lah dengan all her hard work selama ini. Konsisten entry every day and gaya penulisan yang sempoi jer. Every day new entry akan kluar around kul 12 lebih and kul 4 lebih. Kadang-kadang tu lebih ok?!?!. Aku nak buat 1 posting sehari pun bukan main liat nyer lagi. Liat macam daging ayam pencen lah. Hahahaha. At least the entry motivated me a bit.


Wahai angin, wahai puting-beliung, wahai taufan super-duper lazy bertiuplah ke arah lain. Dan harap-harap janganlah aku tertebih telan vitamin M lagi. Ammiiinnn...





psstt...psstt...kepada rakan-rakan blogger yang masih sudi melawat blogku, ribuan terima kasih kuucapkan. Luv u all, muaah.




picture credit to: shojolover and  juliaallison

Kad ATM kepada kad Debit

Hallloo...Halllooo semua. Mood raya masih melanda? Hmm semalam ada majlis Hari Raya anjuran opis aku. Tapi nanti dulu lah ye, citer tu aku cover for next entry. Boring lah kan, asik citer raya sokmo.

Baru-baru ni, kad member ATM member ku, Zirr rosak. Cip dia dah berkarat-karat dah. Nak kuarkan duit, mesin ATM pun dah reject. Hehehe.Dah alang-alang dia gi tukar kad ATM dia tu, aku pun amik kesempatan follow skali. Kita orang memang dah plan nak tukar kad ATM Maybank yang lama tu ke kad debit. Alah yang ada gambar cherry kat depan tu. Aku suka design kad tu, walaupun ada certain people said to girlish. Well nak buat macam mana tasta aku memang gegirl pun.



Sampai isi borang, then tunggu lah sehingga no dipanggil. Ada lagi 8 orang kat depan aku. Alahai 1 kaunter jer ke yang nak bukak. Dah lah kaunter tu share dengan orang yang nak buka akaun. Haiissh tak efisyen sungguh ni. Hmm, nak buat macam mana kalo tak buat hari ni, memanag sampai bila-bila pun tak buat.

Kenapa aku nak tukar kad ATM ke kad debit? Sebab kad tu cantik. Hahaha, tak adalah. What a silly reason. Kad debit ni senang. If kita gi shopping, kita boleh gunakan kad ni. Nanti total bill dari pembelian kita tu akan terus ditolak dari account kita. Kiranya macam kredit card, tetapi lebih mudah sebab kita tidak kan dibebani hutang at the end of the month, sebab dia dah tolak siap-siap. So, kalo nak gi soping tak payahlah bawak cash banyak-banyak. Skrang ni bahaya kalo carry so much cash. Peragut, pencuri, penyagak di merata tempat. Lagipun aku nak elakkan withdraw duit banyak kali. Maybank ni kalo kuar duit kat ATM dalam sebulan lebih dari 4 kali, pengeluran yang kelima dan seterusnya akan dicharge 50 sen. Bagi sesapa yang rajin kuar duit banyak kali baik lah pilih option yang bayar RM8 setahun. Tak kiralah berapa kali korang nak withdraw duit. Tapi disebabkan aku dah ada kad debit ni, aku tak pilih lah option yang byr RM8 tu. Lagipun all my bills skrang cik Maybank2u yang tolong byrkan.

Ok kepada sesapa yang berminat untuk menukar kak kuing(kad ATM) kepada kad cherry(kad debit), sila-silalah ke cawangan Maybak terdekat. Kalo korang nyer akaun buka di cawangan lain, bawak IC untuk dia orang buat clarification akaun korang (Ada ke orang kuar tak bawak IC?Kecuali pendatang tanpa izin lah). Then dia orang kenakan charge sebyk RM12 untuk penukaran kad itu. Jangan lupa no account bank korang juga diperlukan semasa pengisian borang tu. Itu sahaja yang diperlukan. Proses nak buat cepat jer, cuma proses menunggu tu yang lama. Tambah kaunter lagi ye cik Harimau.



psstt..psstt...semasa aku buat kad ni, minah kat kaunter bengan dgn minah kaunter kad depan tu, asik lah bg information salah kat customer.


picture source google image

Kad Raya Dari Sahabat Maya

Salam buat semua pembaca blogku.

Entry aku kali ni masih berkisar tentang raya yea. Dah katanya raya sebulan. So kita buat entry tentang raya sampai muak ok? Hehehe, tak ada lah bergantung kepada mood and bahan cerita apa yang aku ada untuk kita sharekan bersama di ruang maya ini.

Hari ini special entry raya untuk rakan blogger ku, Kak Yong. Pada bulan August yang lepas rakan blogger ku ini telah membuat contest GiveAway Sempena Raya. Untuk joint the contest, mesti pernah 'beramah-mesra' di blognyer. Hohoho aku memang slalu jer, menjengukkan diri di blognyer tu. Kalo topik menarik, kadang-kadang tu aku gatal tangan gak menghantar komen.

Pemenang dalam GiveAway Raya tu, ditentukan berdasarkan cabutan bertuah. Anak terunanya yang sorang tu lah yang tolong memotong nombor para peserta. Rajin lah abang ni tolong ibu ye? Tapi napelah abang tak cabut no auntie ni. Dah berangan nak dapat makan biskut raya dari hadiah utama from Ummie Noor. Hehehe...



Tapi muka aku ni memang cukup jaranglah dapat cabutan bertuah ni. Kalo kat opis tu sepanjang aku bekerja 6 tahun tu, baru sekali jer aku dapat cabutan bertuah. Walaupun tak menang cabutan utama tu, Kak Yong tetap bagi kad raya sebagai tanda persahabatan. Kad raya gambar cartoon yang asik membuat kuih. Adakah cartoon tu menggambarkan kak yong yang banyak membuat kuih raya tahun ni? Hehehe.




Terima kasih Kak Yong di atas kad raya tu. Sorry tak dapat nak reply sebab terima on the day nak balik beraya. Posmen dah cuti balik beraya. Semoga persahabatan kita berkekalan walaupun sekadar di alam maya ini. Semoga Kak Yong dan keluarga bergembira di Hari Raya ini. Muaaaahh....





psstt...pssstt...apabila teknologi semakin berkembang, kad raya semakin dilupakan. Even sms raya pun berkurangan sebab dah wish di fb

Rooney In The House

Salam buat semua

Ingat tak tentang entry aku tentang kematian pet kesanyangan kami sekeluarga, Ollie. Oh! sangat sedih atas kehilangan Ollie. Bila aku citer kat member opis semuanya terkejut. Dia orang tak sangka Ollie dah mati. Dia orang tak sangka, ini kan pulak kita orang kan.

Disebabkan adik aku 'bermuram durja' (Eh ada ke istilah ni?) selama beberapa hari, parent aku pun decide nak belikan dia rabbit yang baru. Dia pun kata nak bela lagi. Tapi mak aku warning siap-siap, kalo mati lagi kenalah kuatkan semangat. Sebab arnab ni very sensitip and cepat stress. Pasal gagak pun boleh stress. Dia tak macam kucing. Kalo ikutkan aku tak mo dah nak ada pet baru. Nanti sedih laagi kalo mati. Tapi dah dia nak, so belikan jer lah. Susah nak cari spesis yang sama macam Ollie tu. Spesis rabbit teddy bear. Orang kat kedai pet tu lah kata. Aku pun tak berapa pasti. Last-last beli kat satu kedai pet tu, kat area Kota Damansara. Err harganya....RM200.  Tu pun ada satu jer so grab jer lah.


Rooney In  The House

Aku tak pergi masa dia orang beli ni, sebab terpaksa bekerja kan. Cutiku dah tinggal ciput jer. Menurut parent aku, cage si rabbit ni semasa kat kedai pet shop tu bersebelahan dengan anjing bulldog. Hmmm...that`s why lah  dia ni lebih brutal sket dari Ollie aku tengok. Usia dia baru 5 bulan jer. Tapi lagi badan dia lagi 'semangat' dari Ollie dulu. Oh! Lupa nak bagitau, jantina dia jantan gak macam Ollie.

Rooney In The House

Petang tu aku balik kerja tengok-tengok dia dah bertenggek kat atas stage dalam cage dia tu. Muka eksen jer. Geram aku tengok. Proses nak namakan dia paling complicated. Kena pilih nama yang senang, so that opah atau atok aku boleh panggil nama dia. Mula-mula tu aku nak namakan dia 'Aduka', 'Arjuna'. Marah betul adik aku. Mak aku tengah minum air pun nak tersembur. Kehkehkeh...lawak betul dia orang ni, bleh percaya cakap aku.

Rooney In The House


Last-last ayah aku suggest nama 'Rooney'. Aku dah buat suggestion nama tu kat adik aku, tapi dia kata nanti rabbit dia curang, macam pemain bola sepak Manchester United tu. Ayah aku cakap tak pe lah, dia pun aktif semacam jer, macam Rooney yang sedang beraksi di football match. Lagipun kalo nama Rooney dekat-dekat sket dengan nama Ollie. Maka dengan ini diperkenalkan ahli baru dalam keluaraga aku, Rooney the rabbit. Rooney yang macho ni belum ada gf lagi. Ada sesape nak jadi Colleen kepada Rooney?

Rooney In The House






pssttt..pssst...Gambar di atas semuanya version Rooney blum mandi. So, comot lagi lah, blum hensem



Sambal Hijau Kaw-kaw di Hari Raya

Haaalllooo semua...

Dah lebih seminggu kita beraya. Rasa bosan gak, asik duk makan rendang, sambal kacang dan rendang jer. Semasa di Johor, rumah atok tempoh hari, dia orang masak, lauk-pauk kampung. Masak turi masak lemak, ikan kering goreng dan sambal lada hijau. Dan ada beberapa add on kobis goreng dan sotong masak kuning.

Dah lama tak makan sambal hijau ni. Really my favourite masa duk dengan atok dulu. Aku tak tau lah if kat tepat korang panggil apa. Tapi family aku memang panggil sambal hijau. Mari aku share resipi sambal hijau kepada sesiapa yang tak tau.
  1. 4 batang lada hijau
  2. 2 batang lada hijau
  3. 3 bawang kecik (sekadar belah dua jer)
  4. segenggam ikan bilis
  5. sepotong belacan
Sambal Hijau


Semua bahan tu digorengkan satu persatu terlebih dahulu. Kalo ikut Alang aku dia goreng  bawang, then lada, then ikan bilis dan terakhir sekali belacan. Oh! tapi balance minyak goreng tu jangan buang. Sebab akan diguna pakai. Selepas dah siap goreng, apalagi tumbuklah semua bahan-bahan tu. Blander tak main ek. Tak best rasanyer nanti. Buat pertama kalinya aku menumbuk sambal ni dari mula sampai siap lah sambal ni. Hehehe....pernahlah menumbuk tapi selalunyer bila dah masuk lada aku 'mengelat' suruh mak aku sambung. Kali ni from bawang until ke belacan aku tumbuk.

Bila semua dah dah lumat, (tak yah lumat sangat lah nanti tak sedap, ikut citarasa korang lah senang citer) masukkan balance minyak tadi lebih kurang sesudu dan gaulkan. Ok dah siap sambal hijau ku. Kalo kuat pedas lebihkan lah lada tu. Oh! jangan plak letak bawang putih. Ada auntie aku pergi bubuh bawang putih, rasa dia jadi pelik.

Sambal Hijau


psssttt.....psssttt...orang Johor panggil cili  as lada, dah duk Selangor ni pun aku still panggil lada. ;p

Blueberry Cheese Cake

17 September 2010 – Salam penuh keceriaan buat semua pembaca blogku.

Buat masa ni aku berada di Batu Pahat, Johor. Kampung sebelah mak aku plak. Ye kita beraya di Johor pulak. Sebenarnya aku balik semalam, sempena cuti Hari Malaysia. Happy Malaysia Day kepada semua warga Malaysia.

Sebelum pulang ke Batu Pahat, aku kena siapkan tempahan Blueberry Cheese Cake untuk kawan aku. Actually dia ni senior aku masa kat UM dulu. Nama sopan dia Siti Hajar, but we all call she with a unique name Kak Ajaws. Hahahah aku pun tak tau asal usul gelaran tu. Dah semua orang panggil aku pun panggillah jugak. Blueberry Cheese cake tu untuk Open House dia on Saturday ni. Semasa aku still beraya kat Perak lagi dia duk lah sms Tanya nak tempah desert dengan aku. Mula-mula tu nak tempah mini cupcakes. Then tanya plak aku reti ke tak nak buat mini tart, sumpah aku tak reti nak buat. Last-last bila dia tengok blog aku (blog yang dah lama bersawang), nak tempah Blueberry Cheese cake plak. So pagi Khamis semalam, aku janji jumpa dengan dia kat toll highway Sungai Besi to deliver the cake.

Blueberry Cheese Cake


Semasa on the way balik ke Johor dia sms aku
“Kek itu sangat cantik. Syg mau potong. Esk suh diaorg tgk jela. Hehe”. 


Sudah, kesian lah tetamu dia besok. Cake aku just jadi pameran jer. Tetapi memang aku bersyukur, kali ini cake aku jadi elok, tak merekah sket pun atasnya. Just at the rite time agaknya aku kuarkan cake tu. Sampai bapak aku yang jarang puji tu pun cakap cake aku cantik. Siap marah lagi nape tak buat dua dia nak gak makan. Aduhai ayahandaku ini, sabar ye nanti balik dari kampung aku buatkan sebijik lagi. Harap-harap rase cheese cake aku tu sesedap rupanya lah jugak. Masih risau, selagi kawan aku belum merasanya lagi. Jangan cantik jer, rasanya hampeh. Huhuhu, janganlah…

Tetapi itu kisah semalam, hari ini dalam pukul 11 pagi dia sms lain plak bunyinya,
“Norid, cheese cake adlh excellent! Tak cukup la esk ni, huhu” 
 Ya, rabbi! Minah tu dah potong dah cake tu. Tak tahan godaan betul. Alhamdulillah dia suka cheesecake aku. Siap mahu repeat order. Berbaloi lah aku kalut-kalut balik kerja Rabu tu, untuk buatkan tempahan dia.

Cake ni aku jarang-jarang buat sebab orang jarang tempah, mahal sket harganya. Tetapi tak lah semahal harga secret recipe. Tak boleh nak murah sangat pun, harga kos bahan-bahan untuk buat cake ni memang expensive. Pure cheese maaa…nak sedap kena lah kuar kos sket. No wonderlah cheesecake kat secret recipe tu mahal-mahal belaka.

Beraya di ICT Shah Alam

17 September 2010 - Salam Jumaat buat semua pembaca blogku. Aku percaya mesti ramai yang masih bercuti raya lagi. Selamat beristirehat bersama family tercinta.


ICT Shah Alam


Entry kali ini aku nak share tentang aktiviti family aku pada hari Isnin yang lepas. Entry sebelum (Tetamu Pertama di Hari Raya) aku ada menceritakan kunjungan mengejut dari Achik dan Uda aku kan? So pada malam itu kami telah pergi sambung beraya bersama ke ICT. Hehehehe.Pada mulanya mereka mahu ke rumah makcik aku, Angah untuk beraya, tetapi disebabkan dah lewat petang mak aku cadangkan pergi bersama-sama keesokan harinya. Setelah semua orang dah setuju, mak aku pun apa lagi, memberi arahan kepada aku untuk masak nasi. Dia nak buat nasi goreng untuk makan malam. Kasihan dia orang, lunch makan maggi goreng, dinner makan nasi goreng. Dah tu nak buat macam mana, memang tak ada bahan untuk masak sedap-sedap. Tu pun nasib baik ada balance daging yang mak aku guna untuk masak raya tu hari.


ICT Shah Alam


ICT Shah Alam

Sementara kami sibuk memasak di dapur, bapak aku bawaklah keluarga Uda round-round bandar Shah Alam. Kesian dah 2 kali mereka ni datang Shah Alam tapi tak pernahnya kami sempat untuk bawak berjalan. Selalu datang sekejap-sekejap jer. Malam ni kami plan nak bawak family Achik dan Uda ke ICT. Kami pun dah lama tak pergi. Last pergi masa tu, tempat tu tak famous lagi. Masuk pun percuma jer.

ICT Shah Alam


Selepas sembahyang Maghrib dan makan malam, kami pun bertolaklah ke ICT. Ingat tak ramailah orang pergi time raya ni. Ramai jugak orang. Tapi tak seteruk waktu weekend lah, yang jammed since dari simpang masuk lagi.

ICT Shah Alam


Bagi yang belum sampai lagi, meh aku sharekan sedikit informasi ICT Shah Alam. Untuk masuk sini sebuah kereta dikenakan charge RM5. Sebelum ni adik aku kata RM10. Tak tau lah aku memang dia dah turun harga or promotion raya. Tempat ni ade banyak lampu-lampu yang cantik. Pokok yang berwarna-warni dan binatang yang berlampu. Kepada yang gila amik gambar shocklah. Sape yang DSLR, memang best amik gambar. Kat situ macam ada satu bilik, macam ala-ala rumah salji. Nak masuk kena bayar RM2 dan zoo. Err bukan binatang betul ye, just patung-patung binatang berlampu. Malangnya yang tu pun kalo nak masuk kena bayar RM2. Kedua-dua tempat tu kami tak masuk pun, sebab malas nak tunggu queue yang panjang tu.

ICT Shah Alam


ICT Shah Alam
Aku rasa pihak management must do something dengan tempat ni. Lama kelamaan orang pasti akan bosan untuk datang melawat, kalo semua pun kena bayar tetapi tak ade pembaharuan pun. Kalo show like, fountain musical macam kat Singapore tu pun alright gak. Lagi satu yang amat aku kesali dengan sikap rakyat Malaysia yang tak reti nak jaga kebersihan langsung. Buang sampah merata-rata kat ICT ni. Sayang tempat cantik-cantik tetapi tercemar dengan sampah disebabkan mentaliti orang yang tiada civic minded. Harap-harap pembaca blogku, tak ada lah macam tu.

Sebenarnya konsep idea ICT ini bagus. Ia boleh menjadi tarikan perlancongan. Semasa aku kat ICT ni beberapa van persiaran dan teksi masuk membawa perlancung Arab. Di harapkan rakyat Malaysia dan pengunjung ICT ini dapatlah menjaga kebersihannya agar keunikan ICT ini terpelihara.



psstt..pssttt....kalo nak dtg jangalah waktu weekend, sesak sangat dengan orang, tak best nak amik gambar.

Tetamu Pertama di Hari Raya

16 September 2010 - Salam aidilfitri buat tetamu blogku yang beragama Islam dan salam ceria buat semua.

Pagi Isnin yang lepas tidurku dikejutkan dengan SMS dari aunty ku.
"Takziah di atas kematian OLLIE! Aunty pun sedih sbb baru main2 dgn dia mse kat kg :( "
Oh aunty Ina ku ini memang cukup prihatin orangnya. Agaknya that make she so special and supermom. Agaknya Oocha (anaknya) bagitau dia, yang semalam masa telefon aku menangis. Tetapi bila SMS  tu ku baca, berderai lagi air mata ku. Pagi tu selepas breakfast aku just melepak depan tv, malas nak buat apa pun.

Tengah hari selepas lunch, tiba-tiba Achik dan Uda (adik beradik sebelah mak aku) call nak beraya rumah kita orang. Sebenarnya pagi Isnin tu, cousin aku Athirah (anak Uda) dah fly ke Ireland to futher study. Pandai btull budak ni. Dengar citernya bf dia pun fly gak ke UK. Best nyer lah korang berdua ni.

So, kemas-kemaslah rumah sket. Achik aku call cakap,
"Mah, ko tak yah masak apa-apa, kitaorang datang just nak makan kuih raya jer. Before datang kita orang nak singgah kedai mana-mana untuk makan tengah hari dulu."
Mak aku cakap;
"Hah datanglah. Rumah aku pun tak ada barang nak masak sebab baru balik. "

Adik aku pun just masukkan kuih dalam bekas kuih. Ha! Ko baru nak masukkan kuih dalam balang tu. Dalam pukul 3.30 dia orang pun sampai. Kiranya dua family lah; Achik`s family (Achik+his wife(aunty Shereen) + 4 orang anak dia) dan Uda`s Family (Uda + Pak Uda + 2 orang anaknya). All together sepuluh orang.


Tetamu di Hari Raya


Borak punya borak, aunty Shereen terlepas cakap, diaorang round area Shah Alam semua kedai tutup. So tak makan lagi. Ayah aku gi dapur, tanya ada tak mi ke anything yang bleh mak aku masak simple, sebab dia orang not yet have lunch. Hahahaha! Bocor rahsia. Patutlah cousin aku si Syahmi tu datang-datang jer terus gi dapur amik stock kuih raya rumah kitaorang. Sudahnya mak aku masak maggi goreng jer. Itu jer yang ada kat rumah ni. Before balik, all the fridge dah kasi clear. Habis ko sekuali mak aku masak maggi. Lapar sungguh dia orang semua ni.

Kasihannya tetamu pertama yang beraya di rumah aku tahun ini, dijamu maggi goreng kosong jer. Nasib baik gak stock maggi rumah aku banyak. Tapi seronoklah tengok dia orang makan sungguh. Penat kita memasak berbaloi rasanya.
 
Mereka semua balik malam. Tapi tunggu next entry ok, untuk tahu kisah malam plak. Tunggguuu.....







psstt...psttt...dah dua hari berturut-turut aku terjaga di waktu pagi dengan sms. Hari Isini dengan sms from my beloved aunty Ina tetapi hari Selasa dengan sms Selamat Hari Raya no Johor. Bila tanya sape, senyap plak. Haaisshh misteri....


Lorong Kecemasan Jadi Lorong Peribadi

15 September 2010 - Salam buat semua pengunjung blogku

Entry hari ini aku just nak share sikap rakyat Malaysia yang sering hilang pertimbangan apabila berada di jalan raya. Aku pulang setelah berhari raya di Perak pada hari Ahad yang lepas. Seperti yang dijangkakan jalan raya mesti sesak dengan kenderaan. Ini disebabkan kebanyakkan warga kota yang tidak bercuti panjang akan bekerja keesokkan harinya.

Walaupun keadaan jalan raya agak sesak pada hari Ahad itu, alhamdulillah kenderaan masih lagi keep on moving. Tak lah trus stuck tidak bergerak, seperti yang pernah kami sekeluarga tempuhi 2 tahun yang lepas. Sepanjang amatan aku di jalan raya, tiada sebarang kemalangan jalan raya yang menyebabkan kesesakan ini berlaku. Tetapi perkara ini berlaku disebabkan segelintir pemandu yang menggunakan lorong kecemasan (lorong paling kiri) sebagai lorong peribadi mereka. Teruknya sikapmu wahai pemandu. Orang lain pun hendak pulang ke rumah juga. Kamu ingat kamu sorang saja ke yang hendak pulang? Dah lah amik lorong kecemasan, then tanpa signal trus menyelit masuk lorong kanan. Keadaan ini lah menyebabkan berlakunya kemalangan.

Betullah apa yang kartun Lat pernah katakan, orang Malaysia begitu sopan santun, tetapi apabila di jalan raya hilang segala sopan santunnya.


Dan yang makin memalukan ialah, pemandu-pemandu yang berbuat demikian kebanyakkannya membawa kereta yang besar. Huh! Kereta jer besar ke bang? Tetapi otakmu lebih kecik dari otak burung unta. Taukan otak burung unta lebih kecik dari matanya? Sila rujuk iklan Astro ye.



Entry ku kali agak kasar bunyinya, maaf jika ada yang kurang senang membacanya. Namun aku rasakan perkara ini perlu diutarakan, sebagai peringatan kepada diriku dan kepada semua. Dan ia merupakan realiti sikap segelintir pemandu Malaysia yang begitu mementingkan diri sendiri. Diharapkan kepada pengunjung blogku ini terutama yang membaca entry ku ini, tidak menjadikan Lorong Kecemasan sebagai Lorong Peribadi Anda. Berhemahlah di jalan raya. Jika terdetik di hati anda untuk melakukannya tak kiralah pada musim perayaan atau pada bila-bila sekalipun, ingat kembali kepada posting ini. Pemanduan anda mencerminkan mentaliti anda.






psstt...psssttt...skrang ni tak bleh nak update blogkat opis. Dulu masa lunch hour bleh curi masa buat entry skrang dah tak bleh. Memang kena buat schedule entry macam ni...

Ollie Dah Tiada

14 September 2010 - Salam buat semua pembaca blogku

Semalam aku tidak membuat entry. Disebabkan mood sedih dan sibuk dengan tetamu yang datang ke rumah. Sedih sebab Ollie my sister rabbit dah mati. Dia mati petang Ahad yang lepas. Sedih sangat. Seisi keluarga pun sedih bila Ollie dah tiada. Dia dah jadi sebahagian of our family.


Ollie Dah Tiada

Ollie mati dalam perjalanan kami balik dari Perak ke Shah Alam. Kami berhenti sekejap di Tapah, kerana ayah aku mengantuk. Kami bertiga (ibu, adik and me), turun untuk membeli minuman. Sementara ayah dan Ollie tinggal berdua di dalam kereta. Apabila kami balik, tengok Ollie tengah tidur. Tetapi kali ni Ollie tidur lama sangat, bila dah sampai exit Guhtrie dia masih tak bangun. Adik aku pun bukak carriege tu, dan Ollie dah tiada lagi...Sedih sangat masa tu. Adik aku nangis pun aku tak dapat nak tenangkan sebab aku pun sedih sehingga menitiskan air mata. Tak sangka sangat-sangat Ollie dah pergi buat selama-lamanya. Sebelum tu dia happy jer main kat rumah uncle aku.

Bila tenguk mata Ollie yang separuh terbukak, menjadikan hati aku betul-betul sebak. Terbayang-bayang dia baru jer melompat-lompat gembira main kat atas rumput kat rumah uncle aku tengah hari tu. Selama kita orang bela dia, itulah first time dia rase rumput. Tu yang dia suka sangat melompat.

Semua orang dah sayangkan Ollie yang nakal dan pandai tu. Pandai kalo kena marah dia merajuk. Nakal kerana suka gigit kasut. Bila dengar jer plastik makanan dia, mesti dia jadi kelam kabut kat dalam sangkar tu. Semua orang akan rindukankan keletah Ollie.


Ollie Dah Tiada


Petang tu, sebelum Maghrib jugak ayah aku tanam Ollie. Tanam jauh sket dari rumah. Mula-mula adik aku nak tanam depan rumah, tapi disebabkan tanah kat situ keras dan tak boleh nak korek dalam, kami decide nak tanam kat tanah lapang jauh sket dari rumah. Lagipun, mak aku cakap kalo tanam depan rumah lagi sedih, asik teringat jer. Ayah aku yang tolong letakkan Ollie kat dalam lubang, sebab adik aku tak sampai hati nak letak Ollie.


Ollie Dah Tiada

Semasa entry ditulis pun, hati aku masih sebak di atas pemergian Ollie. Mungkin ada yang membaca entry aku ni, akan kata aku merepek dan 'jengeng'. Tetapi kepada yang ada membela pet, apabila pet anda hilang atau mati, mesti paham perasaan aku ini. Walaupun aku sekadar bermain dan kadang-kadang memberi Ollie makan pun dah rasa sedih yang amat atas kehilangan Ollie. Inikan pulak adik aku as his mother. Aku rasakan ayah aku pun sedih walaupun dia tidak menunjukkan reaksinya, sebab Ollie cukup manja dengan ayah aku. Setiap pagi sebelum pergi berjemaah Subuh, Ollie mesti minta ayah aku mengusap dirinya terlebih dahulu, barulah dia tenang. Kalo tak bagai nak roboh sangkar tu dibuatnya. Dan apabila dia nakal hanya suara ayah aku jer that can be him calm down.

Ollie yang nakal....Ollie yang manja....Ollie yang bijak. Oh! Ollie we love you so much and kami akan merindui di kau. Rest in peace Ollie...

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam penuh keceriaan Aidilfitri buat semua umat Islam di seluruh dunia.

Yeaahh, berjaya buat sticky post yang pertama. Ok, tak ada ape yang aku nak bebelkan, sekadar ucapan ikhlas dari ku...

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua pembaca blog ku! Ampun dan maaf dipohon sekiranya ada kata-kata di dalam entry ku atau balasan komenku di blog ini atau di blog kalian yg menyinggung hati dan perasaan sepanjang perkenalan kita yang singkat ini.Kepada yang memandu hati-hati di jalan raya semoga selamat sampai di kampung halaman








psstt..psstt...jelesnyer tengok kad raya orang bersama pasangan dan anak masing-masing. Bilalah kad raya seperti itu, dapat ku layangkan.


picture credit to http://wanwma.com

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino