Entry kali ini aku nak share tentang aktiviti family aku pada hari Isnin yang lepas. Entry sebelum (Tetamu Pertama di Hari Raya) aku ada menceritakan kunjungan mengejut dari Achik dan Uda aku kan? So pada malam itu kami telah pergi sambung beraya bersama ke ICT. Hehehehe.Pada mulanya mereka mahu ke rumah makcik aku, Angah untuk beraya, tetapi disebabkan dah lewat petang mak aku cadangkan pergi bersama-sama keesokan harinya. Setelah semua orang dah setuju, mak aku pun apa lagi, memberi arahan kepada aku untuk masak nasi. Dia nak buat nasi goreng untuk makan malam. Kasihan dia orang, lunch makan maggi goreng, dinner makan nasi goreng. Dah tu nak buat macam mana, memang tak ada bahan untuk masak sedap-sedap. Tu pun nasib baik ada balance daging yang mak aku guna untuk masak raya tu hari.
Sementara kami sibuk memasak di dapur, bapak aku bawaklah keluarga Uda round-round bandar Shah Alam. Kesian dah 2 kali mereka ni datang Shah Alam tapi tak pernahnya kami sempat untuk bawak berjalan. Selalu datang sekejap-sekejap jer. Malam ni kami plan nak bawak family Achik dan Uda ke ICT. Kami pun dah lama tak pergi. Last pergi masa tu, tempat tu tak famous lagi. Masuk pun percuma jer.
Selepas sembahyang Maghrib dan makan malam, kami pun bertolaklah ke ICT. Ingat tak ramailah orang pergi time raya ni. Ramai jugak orang. Tapi tak seteruk waktu weekend lah, yang jammed since dari simpang masuk lagi.
Aku rasa pihak management must do something dengan tempat ni. Lama kelamaan orang pasti akan bosan untuk datang melawat, kalo semua pun kena bayar tetapi tak ade pembaharuan pun. Kalo show like, fountain musical macam kat Singapore tu pun alright gak. Lagi satu yang amat aku kesali dengan sikap rakyat Malaysia yang tak reti nak jaga kebersihan langsung. Buang sampah merata-rata kat ICT ni. Sayang tempat cantik-cantik tetapi tercemar dengan sampah disebabkan mentaliti orang yang tiada civic minded. Harap-harap pembaca blogku, tak ada lah macam tu.
Sebenarnya konsep idea ICT ini bagus. Ia boleh menjadi tarikan perlancongan. Semasa aku kat ICT ni beberapa van persiaran dan teksi masuk membawa perlancung Arab. Di harapkan rakyat Malaysia dan pengunjung ICT ini dapatlah menjaga kebersihannya agar keunikan ICT ini terpelihara.
psstt..pssttt....kalo nak dtg jangalah waktu weekend, sesak sangat dengan orang, tak best nak amik gambar.
No comments:
Post a Comment