Blueberry Cheese Cake

17 September 2010 – Salam penuh keceriaan buat semua pembaca blogku.

Buat masa ni aku berada di Batu Pahat, Johor. Kampung sebelah mak aku plak. Ye kita beraya di Johor pulak. Sebenarnya aku balik semalam, sempena cuti Hari Malaysia. Happy Malaysia Day kepada semua warga Malaysia.

Sebelum pulang ke Batu Pahat, aku kena siapkan tempahan Blueberry Cheese Cake untuk kawan aku. Actually dia ni senior aku masa kat UM dulu. Nama sopan dia Siti Hajar, but we all call she with a unique name Kak Ajaws. Hahahah aku pun tak tau asal usul gelaran tu. Dah semua orang panggil aku pun panggillah jugak. Blueberry Cheese cake tu untuk Open House dia on Saturday ni. Semasa aku still beraya kat Perak lagi dia duk lah sms Tanya nak tempah desert dengan aku. Mula-mula tu nak tempah mini cupcakes. Then tanya plak aku reti ke tak nak buat mini tart, sumpah aku tak reti nak buat. Last-last bila dia tengok blog aku (blog yang dah lama bersawang), nak tempah Blueberry Cheese cake plak. So pagi Khamis semalam, aku janji jumpa dengan dia kat toll highway Sungai Besi to deliver the cake.

Blueberry Cheese Cake


Semasa on the way balik ke Johor dia sms aku
“Kek itu sangat cantik. Syg mau potong. Esk suh diaorg tgk jela. Hehe”. 


Sudah, kesian lah tetamu dia besok. Cake aku just jadi pameran jer. Tetapi memang aku bersyukur, kali ini cake aku jadi elok, tak merekah sket pun atasnya. Just at the rite time agaknya aku kuarkan cake tu. Sampai bapak aku yang jarang puji tu pun cakap cake aku cantik. Siap marah lagi nape tak buat dua dia nak gak makan. Aduhai ayahandaku ini, sabar ye nanti balik dari kampung aku buatkan sebijik lagi. Harap-harap rase cheese cake aku tu sesedap rupanya lah jugak. Masih risau, selagi kawan aku belum merasanya lagi. Jangan cantik jer, rasanya hampeh. Huhuhu, janganlah…

Tetapi itu kisah semalam, hari ini dalam pukul 11 pagi dia sms lain plak bunyinya,
“Norid, cheese cake adlh excellent! Tak cukup la esk ni, huhu” 
 Ya, rabbi! Minah tu dah potong dah cake tu. Tak tahan godaan betul. Alhamdulillah dia suka cheesecake aku. Siap mahu repeat order. Berbaloi lah aku kalut-kalut balik kerja Rabu tu, untuk buatkan tempahan dia.

Cake ni aku jarang-jarang buat sebab orang jarang tempah, mahal sket harganya. Tetapi tak lah semahal harga secret recipe. Tak boleh nak murah sangat pun, harga kos bahan-bahan untuk buat cake ni memang expensive. Pure cheese maaa…nak sedap kena lah kuar kos sket. No wonderlah cheesecake kat secret recipe tu mahal-mahal belaka.

4 comments:

khairolghani said...

nampak sedap la kek tu..tapi memang biasanya kek ni mahal..

Ina said...

wah ! tak tau pun boleh order blueberry cheese cake hehehe...our feveret cake tu *wink*

noreed said...

to khairolghani:tu lah kos bhn utk buat cake ni mahal, sy nak jual pun takut2.

noreed said...

to Ina:boleh2, silalah order...hehehe.nyum,nyum...

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino