12 September 2010 - Salam lebaran di hari raya kedua. Semoga semua sihat sejahtera di hari raya di samping keluarga tercinta.
Selepas sessi bermaaf-maafan pagi semalam, my family and I set for family photo. Sessi bergambar di mana? Mestilah di studio, instant studio. Hahaha. Tak lah. Kita orang just heret kerusi makan opah aku tu kat luar rumah, and snap lah gambar di situ. Kena set cepat-cepat, nanti ada tetamu yg datang plak. Rumah opah aku ni, tetamu yang hadir tak berenti.
Uncle aku beria dengan camera besarnya mengarah arrangement kedudukan kami semua. Sessi pertama adalah gambar semua ahli keluarga bersama opah. Sessi kedua setiap keluarga bersama opah. Sessi ketiga opah bersama cucu-cucunya. Kiranya opah aku macam model yang paling wanted lah pada hari tu. Seterusnya sessi berposing mengikut jantina. Boys in the house and gadis melayu, ahakss perasan...Ada juga sessi bersama seisi ahli keluarga masing-masing. Sian penat cameraman.
Walauppun tak semua pakcik-pakcik ku balik beraya (panggil pakcik-pakcik sebab adik beradik ayah aku ade sorang jer pompuan), tetapi kecohnya semasa sessi bergambar sama jer bisingnya.Ada yang sedang snap gambar boleh bersin. Tersilap masuk family orang lain lah. Macam-macam 'hae' nyer 'depe' semua ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment