Entry hari ini aku just nak share sikap rakyat Malaysia yang sering hilang pertimbangan apabila berada di jalan raya. Aku pulang setelah berhari raya di Perak pada hari Ahad yang lepas. Seperti yang dijangkakan jalan raya mesti sesak dengan kenderaan. Ini disebabkan kebanyakkan warga kota yang tidak bercuti panjang akan bekerja keesokkan harinya.
Walaupun keadaan jalan raya agak sesak pada hari Ahad itu, alhamdulillah kenderaan masih lagi keep on moving. Tak lah trus stuck tidak bergerak, seperti yang pernah kami sekeluarga tempuhi 2 tahun yang lepas. Sepanjang amatan aku di jalan raya, tiada sebarang kemalangan jalan raya yang menyebabkan kesesakan ini berlaku. Tetapi perkara ini berlaku disebabkan segelintir pemandu yang menggunakan lorong kecemasan (lorong paling kiri) sebagai lorong peribadi mereka. Teruknya sikapmu wahai pemandu. Orang lain pun hendak pulang ke rumah juga. Kamu ingat kamu sorang saja ke yang hendak pulang? Dah lah amik lorong kecemasan, then tanpa signal trus menyelit masuk lorong kanan. Keadaan ini lah menyebabkan berlakunya kemalangan.
Betullah apa yang kartun Lat pernah katakan, orang Malaysia begitu sopan santun, tetapi apabila di jalan raya hilang segala sopan santunnya.
Dan yang makin memalukan ialah, pemandu-pemandu yang berbuat demikian kebanyakkannya membawa kereta yang besar. Huh! Kereta jer besar ke bang? Tetapi otakmu lebih kecik dari otak burung unta. Taukan otak burung unta lebih kecik dari matanya? Sila rujuk iklan Astro ye.
psstt...psssttt...skrang ni tak bleh nak update blogkat opis. Dulu masa lunch hour bleh curi masa buat entry skrang dah tak bleh. Memang kena buat schedule entry macam ni...
No comments:
Post a Comment