Sekejap sahaja Ramadhan hampir berakhir. Semoga segala amalan kita selama ini diterima hendaknya. Semalam, ibu ku dah start masak 2 menu wajib di Hari Raya. Kuah Kacang/Sambal Kacang dan Sambal Goreng. Masak awal sebab besok kami sekeluarga dah nak bertolak balik ke Kuala Kangsar Perak. Kampung di sebelah ayah. Nak buat sambal goreng tu punya lah rumit. So disebabkan dah keletihan memasak juadah hari raya, hari ini kami sekeluarga berbuka pizza. Dominos Pizza.
Malangnya kat area rumah aku ni, services delivery dia orang tak sampai lah plak. So kenalah pergi beli sendiri kat restorannya di Section 9. Sedangkan bukan jauh pun, dari Section U12 untuk mereka hantar pizza. Aku tak paham napelah service penghantaran tak meliputi area rumah aku.
Bila sampai kat Domino's tu, terkejut aku ramai orang. Ooo rupanya dah renovate, restoran dia. Cun and ceria. Dah ada banyak seat, so dah bleh makan kat situ agaknya. Before this tak bleh, just can take away. Ramai btull orang yang sedang menunggu. Mamat despatch pizza, semua pun sedang bersiap sedia, dengan beg pizza mereka untuk buat penghantaran. Hehehe...macam tortoise plak aku tengok. Jangan marah ye mat pizza. Setelah Mr Hari the person in charge melayan aku dengan penuh sabarnya, dia pun memberi jaminan pizza akan siap dalam masa 15 minit. Macam mana aku tau nama dia Mr Hari, sebab tu yang tertulis di name tag dia ok. Ini bukan rekaan penyedap cerita. Apasal aku cakap dia layan aku dengan penuh sabar, sebab aku minta explanation macam-macam pizza yang ada. Sebab aku dah lupa rasa Dominos pizza ni macam mana. Tu lah sape suruh tak cover delivery service kat area rumah aku. Yang aku ingat hanyalah, Spicy Sambal. Berapa besar pizza? Pizza Crust apa yang best? Semua lah aku tanya. And dia explain dengan penuh tekun dan sabar. Tip-top your service, even ramai customer. 4 1/2 star for your good customer service. At the end aku order Spicy Sambal (Crunchy Thin Crust) and Meat Mania (Cheese Double Decker).
Sementara menunggu pizza aku tu siap, ayah aku nak top up touch n go dulu. Pergilah top up kat Petronas. Huhuhu bising ayah aku kena service charge. Nak buat macam mana, office touch n go dah tutup.
Bila balik semula ke Dominos Pizza Restoran, aku tengok makin ramai orang. Punyalah panjang customer beratur. Aik semua orang pakat tak mo masak ke hari ini. Nak makan pizza for buka puasa. Aku budget, mesti pizza aku tak siap lagi. Tapi rupanya dah siaplah. Memang btull 15 minit. Mr Hari tu siap panggil aku lagi minta resit. Adik aku cakap "Tak baik tau,ko memandang rendah terhadap kecekapan dia orang ni kak." Hahahaha, manalah aku tau. Ok nah 5 star for your quick service.
Harap-harap your service akan terus tip-top berkekalan and pllleeaassee cover my area for delivery.
psstt...psstt...sorry gambar kurang berkualiti. Haisshh ni yang nak sangat hp Sonny C905 with 8px camera.
No comments:
Post a Comment