Serangan Mood Raya - Version 1

04 September - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blogku. Apa aktiviti hari Ahad korang semua? Soping last minute. Huhuhu good luck aku ucapkan. Semalam aku singgah kejap gi PKNS, Shah Alam niat di hati nak gi pasar Ramadhan kat blakang building tu. Subhana Allah, ramainya orang...konon nak jalan sambil cuci mata. Batalkan niat, terus jer gi Pasar Ramadhan tu.

Seperti yang aku janjikan sebelum ini, aku nak buat serangan mood rayakan. Ini dia vc iklan raya Salem, tahun 80-an. Sape anak era 80-an macam aku sure tahunya. Sampai skrang aku hafal lagu ni. Tapi lagu iklan raya yang paling aku hafal and suka sampai dah tua bangka ni, ialah iklan raya Proton Saga. Tapi tak ada code embed  lah kat YouTube. Macam mana ek aku nak dapatkan? Takpe lah kita enjoy dulu dengan vc ni. Bersantai-santai sahaja entry aku di petang Ahad ini.



2 comments:

Mr PenyuBiru said...

wah! mood raya pun nak kena serang ke. hihi...raya selalu dikaitkan dgn nostalgia. dan lagu raya Salem tu mmg nostalgia abis.

noreed said...

iklan raya dulu simple with no kontrovesi mcm iklan raya skrang.mcm iklan raya tv3 tu,yg awk tulis kat blog awk. ntah ape2 tv3 ni...haisshh

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino