Rooney In The House

Salam buat semua

Ingat tak tentang entry aku tentang kematian pet kesanyangan kami sekeluarga, Ollie. Oh! sangat sedih atas kehilangan Ollie. Bila aku citer kat member opis semuanya terkejut. Dia orang tak sangka Ollie dah mati. Dia orang tak sangka, ini kan pulak kita orang kan.

Disebabkan adik aku 'bermuram durja' (Eh ada ke istilah ni?) selama beberapa hari, parent aku pun decide nak belikan dia rabbit yang baru. Dia pun kata nak bela lagi. Tapi mak aku warning siap-siap, kalo mati lagi kenalah kuatkan semangat. Sebab arnab ni very sensitip and cepat stress. Pasal gagak pun boleh stress. Dia tak macam kucing. Kalo ikutkan aku tak mo dah nak ada pet baru. Nanti sedih laagi kalo mati. Tapi dah dia nak, so belikan jer lah. Susah nak cari spesis yang sama macam Ollie tu. Spesis rabbit teddy bear. Orang kat kedai pet tu lah kata. Aku pun tak berapa pasti. Last-last beli kat satu kedai pet tu, kat area Kota Damansara. Err harganya....RM200.  Tu pun ada satu jer so grab jer lah.


Rooney In  The House

Aku tak pergi masa dia orang beli ni, sebab terpaksa bekerja kan. Cutiku dah tinggal ciput jer. Menurut parent aku, cage si rabbit ni semasa kat kedai pet shop tu bersebelahan dengan anjing bulldog. Hmmm...that`s why lah  dia ni lebih brutal sket dari Ollie aku tengok. Usia dia baru 5 bulan jer. Tapi lagi badan dia lagi 'semangat' dari Ollie dulu. Oh! Lupa nak bagitau, jantina dia jantan gak macam Ollie.

Rooney In The House

Petang tu aku balik kerja tengok-tengok dia dah bertenggek kat atas stage dalam cage dia tu. Muka eksen jer. Geram aku tengok. Proses nak namakan dia paling complicated. Kena pilih nama yang senang, so that opah atau atok aku boleh panggil nama dia. Mula-mula tu aku nak namakan dia 'Aduka', 'Arjuna'. Marah betul adik aku. Mak aku tengah minum air pun nak tersembur. Kehkehkeh...lawak betul dia orang ni, bleh percaya cakap aku.

Rooney In The House


Last-last ayah aku suggest nama 'Rooney'. Aku dah buat suggestion nama tu kat adik aku, tapi dia kata nanti rabbit dia curang, macam pemain bola sepak Manchester United tu. Ayah aku cakap tak pe lah, dia pun aktif semacam jer, macam Rooney yang sedang beraksi di football match. Lagipun kalo nama Rooney dekat-dekat sket dengan nama Ollie. Maka dengan ini diperkenalkan ahli baru dalam keluaraga aku, Rooney the rabbit. Rooney yang macho ni belum ada gf lagi. Ada sesape nak jadi Colleen kepada Rooney?

Rooney In The House






pssttt..pssst...Gambar di atas semuanya version Rooney blum mandi. So, comot lagi lah, blum hensem



4 comments:

Afizz said...

geramnye tengok rooney...! Gebu :)

Entri Terbaru MemoriSeorangMuda:
Akhirnya Aku Kembali Ke Jalan....

noreed said...

to afizz: bukan saja gebu, debab gak si rooney ni. hehehe

aRoL said...

geli dengan arnab...hehe

noreed said...

hahaha, mcm cousin sy lah geli dgn arnab. sy plak takut kucing

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino