Pagi ini setelah bersembahyang raya, bermulalah sessi bermaafan...di antara dialog-dialog yang membuatkan hati ini sayu di pagi raya, tetapi kugagahi jua untuk tidak menitikkan air mata. Huhuhu....hati yang keras ini kadang-kadang tersentuh juga.
- Ucapan dari ayahanda : "Ni slalu garang-garang dengan ayah, kurangkan garang tu"
- Ucapan dari ibunda : "Jangan keras-keras hati sangat, nak"
- Ucapan dari opah : "Opah, doakan supaya cepat bertemu jodohnya"
- Ucapan Adam buat uminya: "Abang minta maaf, sebab tersalah buang sampah itu hari"
~Rupa-rupanya dia terbuang hanger baru yang dibeli oleh uminya...Hehehe
- Ucapan Adam buat opah: "Minta maaf opah, halalkan makan minum, halalkan Adam terlebih manja selalu"
~Adam ni merupakan cucu kesayangan opah aku, sebab banyak dibela oleh opah ku sejak dari kecil, tu yang semasa sessi bermaafan abahnya suruh minta halalkan manja.
- Ucapan Omar buat uminya: "Ampun kan Omar umi, sebab selalu tak dengar cakap umi"
~Dengan suara yang serak basah, budak yang paling nakal antara cousin aku ni memohon maaf dari uminya. Siap bersilat sebelum minta maaf. Dah lah pakciknya suka mengusik dia. Lagi ligat lah dia bersilat.Mungkin kedengaran kelakar dialog-dialog kemaafan yang dilafazkan oleh kanak-kanak ini. Tetapi pada aku mereka memohon dengan seikhlas hati tanpa rasa berselindung. Sungguh manis tersentuh jiwa di pagi raya. Bermaafanlah kita di hari raya. Kerana kita tidak tahu mungkinkah kita akan bertemu lagi di Syawal hadapan.
pssttt....psssttt...Salam dihulur, kemaafan dipinta, lupakan sengketa lama, berbahagialah dihari raya
No comments:
Post a Comment