Tetamu Pertama di Hari Raya

16 September 2010 - Salam aidilfitri buat tetamu blogku yang beragama Islam dan salam ceria buat semua.

Pagi Isnin yang lepas tidurku dikejutkan dengan SMS dari aunty ku.
"Takziah di atas kematian OLLIE! Aunty pun sedih sbb baru main2 dgn dia mse kat kg :( "
Oh aunty Ina ku ini memang cukup prihatin orangnya. Agaknya that make she so special and supermom. Agaknya Oocha (anaknya) bagitau dia, yang semalam masa telefon aku menangis. Tetapi bila SMS  tu ku baca, berderai lagi air mata ku. Pagi tu selepas breakfast aku just melepak depan tv, malas nak buat apa pun.

Tengah hari selepas lunch, tiba-tiba Achik dan Uda (adik beradik sebelah mak aku) call nak beraya rumah kita orang. Sebenarnya pagi Isnin tu, cousin aku Athirah (anak Uda) dah fly ke Ireland to futher study. Pandai btull budak ni. Dengar citernya bf dia pun fly gak ke UK. Best nyer lah korang berdua ni.

So, kemas-kemaslah rumah sket. Achik aku call cakap,
"Mah, ko tak yah masak apa-apa, kitaorang datang just nak makan kuih raya jer. Before datang kita orang nak singgah kedai mana-mana untuk makan tengah hari dulu."
Mak aku cakap;
"Hah datanglah. Rumah aku pun tak ada barang nak masak sebab baru balik. "

Adik aku pun just masukkan kuih dalam bekas kuih. Ha! Ko baru nak masukkan kuih dalam balang tu. Dalam pukul 3.30 dia orang pun sampai. Kiranya dua family lah; Achik`s family (Achik+his wife(aunty Shereen) + 4 orang anak dia) dan Uda`s Family (Uda + Pak Uda + 2 orang anaknya). All together sepuluh orang.


Tetamu di Hari Raya


Borak punya borak, aunty Shereen terlepas cakap, diaorang round area Shah Alam semua kedai tutup. So tak makan lagi. Ayah aku gi dapur, tanya ada tak mi ke anything yang bleh mak aku masak simple, sebab dia orang not yet have lunch. Hahahaha! Bocor rahsia. Patutlah cousin aku si Syahmi tu datang-datang jer terus gi dapur amik stock kuih raya rumah kitaorang. Sudahnya mak aku masak maggi goreng jer. Itu jer yang ada kat rumah ni. Before balik, all the fridge dah kasi clear. Habis ko sekuali mak aku masak maggi. Lapar sungguh dia orang semua ni.

Kasihannya tetamu pertama yang beraya di rumah aku tahun ini, dijamu maggi goreng kosong jer. Nasib baik gak stock maggi rumah aku banyak. Tapi seronoklah tengok dia orang makan sungguh. Penat kita memasak berbaloi rasanya.
 
Mereka semua balik malam. Tapi tunggu next entry ok, untuk tahu kisah malam plak. Tunggguuu.....







psstt...psttt...dah dua hari berturut-turut aku terjaga di waktu pagi dengan sms. Hari Isini dengan sms from my beloved aunty Ina tetapi hari Selasa dengan sms Selamat Hari Raya no Johor. Bila tanya sape, senyap plak. Haaisshh misteri....


4 comments:

Lina Rahim said...

Oh Noreed, selamat Hari Raya..maaflah baru jengah blog baru online..rupa2nya ada contest Noreed tag saya..dah over dateline pun ya...maaf ya..lama betul tak online..tak ada rezki saya..anywany, selamat hari raya aidilfitri..cantik2 gambar2 dalam blog Noreed..walaupun susun kecik2 tapi puas tengok

Ina said...

hahaha...sama la mcm aunty,rumah kena serbu lepas balik dari kg...aunty hari tu sempat masak mee hoon s'pore je hehehe...

noreed said...

Lina: maaf lbt reply lina, yg sy tag tu award. bukan contest pun. sudi-sduilah amik ye.

noreed said...

to Ina: hehe tulah auntie kena serbu, kira rumah auntie alright lah gak mkn meehoon s`pore, ni rmh kita mkn maggi jer.sian..

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino