Kad ATM kepada kad Debit

Hallloo...Halllooo semua. Mood raya masih melanda? Hmm semalam ada majlis Hari Raya anjuran opis aku. Tapi nanti dulu lah ye, citer tu aku cover for next entry. Boring lah kan, asik citer raya sokmo.

Baru-baru ni, kad member ATM member ku, Zirr rosak. Cip dia dah berkarat-karat dah. Nak kuarkan duit, mesin ATM pun dah reject. Hehehe.Dah alang-alang dia gi tukar kad ATM dia tu, aku pun amik kesempatan follow skali. Kita orang memang dah plan nak tukar kad ATM Maybank yang lama tu ke kad debit. Alah yang ada gambar cherry kat depan tu. Aku suka design kad tu, walaupun ada certain people said to girlish. Well nak buat macam mana tasta aku memang gegirl pun.



Sampai isi borang, then tunggu lah sehingga no dipanggil. Ada lagi 8 orang kat depan aku. Alahai 1 kaunter jer ke yang nak bukak. Dah lah kaunter tu share dengan orang yang nak buka akaun. Haiissh tak efisyen sungguh ni. Hmm, nak buat macam mana kalo tak buat hari ni, memanag sampai bila-bila pun tak buat.

Kenapa aku nak tukar kad ATM ke kad debit? Sebab kad tu cantik. Hahaha, tak adalah. What a silly reason. Kad debit ni senang. If kita gi shopping, kita boleh gunakan kad ni. Nanti total bill dari pembelian kita tu akan terus ditolak dari account kita. Kiranya macam kredit card, tetapi lebih mudah sebab kita tidak kan dibebani hutang at the end of the month, sebab dia dah tolak siap-siap. So, kalo nak gi soping tak payahlah bawak cash banyak-banyak. Skrang ni bahaya kalo carry so much cash. Peragut, pencuri, penyagak di merata tempat. Lagipun aku nak elakkan withdraw duit banyak kali. Maybank ni kalo kuar duit kat ATM dalam sebulan lebih dari 4 kali, pengeluran yang kelima dan seterusnya akan dicharge 50 sen. Bagi sesapa yang rajin kuar duit banyak kali baik lah pilih option yang bayar RM8 setahun. Tak kiralah berapa kali korang nak withdraw duit. Tapi disebabkan aku dah ada kad debit ni, aku tak pilih lah option yang byr RM8 tu. Lagipun all my bills skrang cik Maybank2u yang tolong byrkan.

Ok kepada sesapa yang berminat untuk menukar kak kuing(kad ATM) kepada kad cherry(kad debit), sila-silalah ke cawangan Maybak terdekat. Kalo korang nyer akaun buka di cawangan lain, bawak IC untuk dia orang buat clarification akaun korang (Ada ke orang kuar tak bawak IC?Kecuali pendatang tanpa izin lah). Then dia orang kenakan charge sebyk RM12 untuk penukaran kad itu. Jangan lupa no account bank korang juga diperlukan semasa pengisian borang tu. Itu sahaja yang diperlukan. Proses nak buat cepat jer, cuma proses menunggu tu yang lama. Tambah kaunter lagi ye cik Harimau.



psstt..psstt...semasa aku buat kad ni, minah kat kaunter bengan dgn minah kaunter kad depan tu, asik lah bg information salah kat customer.


picture source google image

4 comments:

aimannajmy said...

alamak saya pakai cimb huhu..dari dulu dok nk tukar ke maybank tak tukar2 lagi hehe..tgk cam byk gak kemudahan maybank ni...hmnmm...akan difikirkan kemudian

noreed said...

cimb pun ada cimb click kan skrang? kalo register nnt dpt patung sotong. hehehe. tp sy tak pasti cimb ada kad debit tak.

Lina Rahim said...

haha..kad maybank saya pun asyik ATM reject, rupa2nya sebab cip ada getah2 wallet buruk..tukar wallet tapi belum tukar kad.

noreed said...

hi lina,
try guna eraser bersihkan cip tu. itu hari sy nyer cip kad mykad prob, then minah kad kaunter tu(x ingat berurusan di kaunter ape?)dgn slumber guna eraser bersihkan cip. and surprisingly it work. *wink

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino