HIDUP SEORANG BLOGGER - Bergelumang Bersama Entry

04 September 2010 - Salam berhujung minggu buat semua. Hujung minggu hadapan dah Hari Raya. Semalam kecoh di opis aku, mengatakan kemungkinan besar raya tahun ini jatuh pada Khamis. Apa-apapun kita tunggulah hari 8 September nanti yea. Itu anak bulan mahu muncul ke tak?

Aku berblogwalking di beberapa blog, banyak yang dah buat entry tentang persiapan Hari Raya, tak pun ala-ala rayalah. Hehehe itulah lumrah HIDUP SEORANG BLOGGER, yang sentiansa perlu peka dengan keadaan persekitaran. Supaya penulisan tu seiiring dengan dunia nyata. Aku akan melakukan serangan entry Hari Raya dalam masa beberapa hari ini. So tunggu yea...Yang berada di perantaun, jangan nangis plak membaca entry-entry aku nanti. Anggaplah semua itu, dugaan...

Oh! Sebelum aku merapu-rapu terlalu panjang, aku nak betulkan sedikit fakta yang tersilap pada entry aku yang lepas; HIDUP SEORANG BLOGGER - Perubahan Yang Berlaku . Aku bagitau kat situ, blog aku dah berusia, 4 bulan. Tadi pagi aku check balik, baru 3 bulan 3 minggu 6 hari lah. Terlebih sudah. Amppuunnn. Maklumlah, buat entry tu time lunch opis hour. Kalo kat opis, bila bukak blog tak nampak widget-widget tu semua. Nak balas komen kawan-kawan di blog pun tak boleh. Hanya boleh publish kan comment jer. Huhuhu sadis sungguh. So harap maaflah kalo comment anda semua lambat dibalas yea.

HIDUP SEORANG BLOGGER


Selama dalam tempoh 3 bulan aku menjalani HIDUP SEORANG BLOGGER, ini merupakan entry posting aku yang ke 92. Tak delah banyak sangat kalo dibandingkan dengan entry blogger-blogger yang lain. Tetapi apa yang penting aku berpuas hati. Bukan berpuas hati, bermaksud "OK I can relax now", berpuas hati untuk aku terus bersemangat merepek di blogku ini. Entry pertama aku semasa blog ini terlahir, bertajuk New Born. Sampai terkejut kawan aku baca. Hehehe gimik je lebih. Entry tu ada 4 baris jer. Sungguh tak tau nak tulis apa waktu tu. 4 baris ayat = 1 mug coffee aku habiskan. Masa tu aku terpikir, macam manalah orang boleh buat entry panjang berjela? Dia orang ni makan vitamin apa agaknya. Kehkehkeh! Sekarang pun kadang-kadang tu still terpikir, bila time kekontangan idea.

Apabila menjalani HIDUP SEORANG BLOGGER, apakah moment yang paling sengal bagi kalian? Pada aku semasa, hati teringin nak menulis tetapi idea 'elek'. Memang sengal masa tu. Merayap-rayap di blog orang, tetapi idea tak juga datang. Last skali turn off pc and zzzzzz.....Dengan harapan dapat idea dalam mimpi nanti. Tapi haram takdak...

Berapa entry yang anda buat dalam sehari? Ada orang buat 5-6 entry sehari. Fuuuhh..Banyaknya. Aku baca tips di blog Kak Red, dia buat entry lebih dari tu dalam sehari. Laju nyer dia menaip. Dari sudut pandangan peribadi aku, she really workhard and she deserved what she have now. Walaupun ada banyak suara-suara sumbang duk perlekehkan dia. Aku yang newbie ni, yang baru nak meniarap duduk dalam blogging (info dari MummyNana...tak caya gi baca comment dia kat entry HIDUP SEORANG BLOGGER - Perubahan Yang Berlaku ) , paling banyak entry yang boleh aku post dalam sehari hanya 2 ketul jer. Kadang-kadang tu miss jugak posting dalam satu hari. Berazam nak buat posting sehari satu, asik tak terlaksana jer. Kadang-kadang tu vitamin "M" terlebih, kadang-kadang tu kemarau idea melanda, kadang-kadang tu plak idea membuak-buak nak tulis, tetapi masa plak tak ada. Bulan ni tak taulah terlaksana ke tak azam ku ini. Sibuk nak berhari raya di kampung, ke laut jugaklah blog aku ni nanti.

Aku ada baca blogging tips kat mana ntah, (sorry sudah lupa, merayap banyak tempat sangat) timing posting entry yang konsisten tu penting. Tetapi sampai sekarang aku masih blum berjaya buat benda tu. Ikut suka-suki aku jer nak post waktu aku suka. Hanya dalam bulan puasa ni, aku try sebaik mungkin untuk buat publish posting di pagi hari. Sebab aku tengok, ramai sudi menyinggah di sini selepas sahur. Thank you. Kadang-kadang tu bila dipikirkan balik bagus juga, terjebak di dalam HIDUP SEORANG BLOGGER ni, dapat elakkan subuh gajah. Mengarang di subuh hari best, mencurah-curah idea datang. Lagipun dan pandai buat scheduled posting ni, senang sket. Tulis jer sebanyak mana entry yang nak dituliskan, set jer time bila nak suruh posmen postkan. Kesian aku, baru tau scheduled posting tu bulan lepas. Sebelum ni, aku duk lah catat kat buku kecik tajuk-tajuk entry yang aku rase best untuk dikongsikan. So tak uptodate lah, Noreed ni!!! After this nak try buat posting guna emel plak macam Calipso nyer tips.

HIDUP SEORANG BLOGGER


Uit tak sedar entry ni dah panjang berjela. Tu namanya entry shock sendiri. Semoga para blogger ceria menjalani HIDUP SEORANG BLOGGER di hujung minggu ini. Yang bukan blogger, singgah-singgah lah selalu di sini. Sokongan kalian amatlah dihargai.




psstt...pssstt...umur blog sendiri pun aku bleh terlupa. Kalo aku ada baby mau terlupa jugak umur dia.




Credit gambar kerbau kepada tobadreams.wordpress.com

8 comments:

Pencacai Alim said...

hidup aku akan porak peranda kalau tak main blog..hakhakhak

zulkbo said...

Salam sis..
tahniah bersama kita join contest
semoga blog anda tersenarai 10 teratas

Maliq said...

Takper kita updated jarang2 pun, asalkan tahap kemerapuan tak tinggi sangat, Its okay lah.haha

noreed said...

to pencacai alim:tu nama nyer addicted. kena masuk rehab...hehehe

to zulkbo:errr...sy tak masuk.saja2 buat entry syok sendiri ni.setelah best bace entry contestant kat denaihati tu. :)

to maliq:tahap kemerapuan tu bergantung pada anging yg bertiup. kalo sepoi2 bhs kurang sket merapu nyer...kehkehkeh

Ladfe Amir said...

entri noreed lbh banyak drpd entri di kedua2 blog saya.
semoga terus berjaya sebagai blogger. InsyaAllah

SABUN said...

ya semoga trus cemerlang dgn blog ni!

noreed said...

to ladfe Amir: Entry sy ni saje2 jer. tak masuk page rank pun. good luck for the contest. menang nnt blanjer makan ek. hehehe

noreed said...

to sabun: thank you.u too good luck in blogging

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino