Salam kepada semua yang menyinggah ke sini. Sebelum aku membebel sampai ke laut, aku ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca tulisanku.
Sape penulis di sebalik blog yang merapu ini. Aku hanya seorang gadis yang lahir di era 80-an (startlah nak kira umur aku kan tu? Sila-sila, kalo tak bleh congak guna calculator kat pc tu yea). Lahir di selatan semenanjung dan skrang mencari sumber rezeki di 3° 5' 0" N / 101° 32' 0" E (masih di bumi Malaysia lagi).


Blog ini adalah blog peribadiku, tidak melibatkan politik (Oh! Aku sungguh tidak berkenan mengomel tentang politik) atau individu perseorangan. Aku paham tidak semua orang akan suka membaca entry ku, maka terlebih dahulu aku memohon maaf dari setulus ikhlas hati kecilku jika terdapat entry yang menyinggung perasaan anda. Aku amat mengalu-alukan comments positif dan membina dari pembaca semua untuk aku lebih bersemangat untuk terus menulis.
Akhir kata dariku, selamat melayari blogku…