05 September 2010 - Salam buat semua pengunjung blogku. Terima kasih kerana sudi melawat di sini, walaupun mood raya sudah semakin memuncak. Ada opismate aku dah start bercuti raya dah. Hmmm...aku plak mungkin Rabu or Khamis aku akan start bercuti. Adakah blog akan tutup kedai jugak? Huhuhu, tidak pasti lagi. Maybe aku akan buat schedule entry kalo sempat. Ini lah HIDUP SEORANG BLOGGER, orang bercuti pun sibuk nak cakap tentang blog. Habislah aku pun dah addicted macam Pencacai Alim. Hehehe, jangan marah yea Pencacai Alim.
Tak silap aku today blog denaihati akan melabuhkan tirainya untuk contest HIDUP SEORANG BLOGGER. Aku tak masuk, tapi saje gatal-gatal buat entry ni. Syok plak bila baca entry, blogger yang joint contest tu. Kreatif-kreatif entry dia orang. Hadiah yang ditawarkan tersangat best, dapat laptop. Tu agaknya ramai yang mencuba nasib. Di samping boleh upkan trafic di blog dia orang. Sambil menyelam minum air. Uik! Jangan buat jika sebelum waktu berbuka ye. Batal pose karang.
Aku tak pasti blogger yang lain apa yang menggembirakan dia orang di dalam mengharungi hari HIDUP SEORANG BLOGGER. Mungkin setiap orang erti kegembiraan mereka lain. Mungkin kepada yang dah tahap seniorita, kegembiraan mereka bergantung kepada earning money by nuffnang, advertlets, mangga dan banyak lagi lah yang mungkin aku tak pernah dengar. Dapat duit ada ke orang tak gembira. Tipu sangatlah kan?
Itu kegembiraan mereka. Tetapi pada aku yang baru nak meniarap duduk dalam dunia blog ni, tahap kegembiraan aku blum sampai yang tu lagi kut. Mungkin after aku dah boleh start berlari jatuh, boleh lah rasa gembira macam dia orang. Let me share my happiness level, peringkat demi peringkat okay. Baru thrill sket.
Kegembiraan yang menduduki tempat ke-3 semenjak aku menjalani HIDUP SEORANG BLOGGER, adalah apabila aku mengetahui ada orang menzirahi blogku. Macam mana aku jejaki? Melalui widget Shoutmix and Feedjit. Walaupun hanya sekadar mengatakan "Salam ziarah" untuk sudah cukup menggembirakan hatiku. Dan selalunya aku akan jejaki semula dan meninggalkan comment. Paling tak sempat pun pun aku akan 'shout' kat kotak shoutmix mereka.
Kegembiraan yang ke-2, apabila bilangan followers aku bertambah. Ada orang kata, followers tu tak penting dan boleh mendatangkan unsur yang tidak baik terhadap HIDUP SEORANG BLOGGER. Tak pe itu pendapat masing-masing. Pada mulanya, yang menjadi follower di blogku hanyalah adik aku, auntie aku dan kawan-kawan rapatku. Terima kasih atas sokongan moral kalian di dalam memberikan ku semangat untuk menceburkan diri di dalam HIDUP SEORANG BLOGGER . Lama kelamaan, bila aku memberanikan diri meninggalka comment di blog-blog orang, bertambah lah sket follower aku. Sebenarnya aku tidak berapa suka guna perkataan follower tu. Terasa macam aku ni, ada buat kumpulan ajaran sesat plak. Hahaha, startlah imiginasi merepek aku ni. Aku lebih suka menggunakan perkataan “rakan blogger”. Tapi kalo geng pun ok gak kan? Eh macam geng Upin dan Ipin plak…btul,btul,btul…Hehehe
Tempat pertama yang boleh menggembirakan HIDUP SEORANG BLOGGER yang baru nak menapak seperti aku ini adalah, apabila ada yang sudi meniggalkan comment. Excited sungguh aku, bila ada orang meninggalkan komen. Macam orang dapat surat cinta. Surat cinta di dalam HIDUP SEORANG BLOGGER. Pada aku jika mereka meniggalkan komen, bermaksud mereka berminat membaca entry ku ini. Tak kira lah suku or sekerat jalan jer, at least masih berminat. Ye lah, macam di dalam kehidupan kita seharian, dah penat-penat memasak, then ada orang berminat nak makan and beri compliment ikhlas tentulah gembirakan. Macam tu lah kegembiraan yang dirasai oleh SEORANG BLOGGER. So far, Alhamdulillah blogger-blogger yang sudi meninggalkan comment semuanya memberikan komen yang membina. Aku pernah terbaca di salah sebuah blog, (tak ingat lah kat mana, ampunn yea) jika kita terlibat di dalam HIDUP SEORANG BLOGGER, kita harus bersedia menerima kritikan manis dan pedas. Jiwa kita harus kental. Aku harap jika aku perlu menghadapi situasi itu pada suatu hari nanti, my mind is prepared and my heart is not fragile. Huh! Cousin aku slalu ejek aku, “You should wrap your fragile heart”. Dan setiap kali itu jugak jari aku akan mencubit dia. Hehehe.
Sebelum aku mengakhiri entry HIDUP SEORANG BLOGGER ini, good luck kepada contestant HIDUP SEORANG BLOGGER. Dan kepada semua blogger, semoga anda terus success di dalam menempuhi warna-warni HIDUP SEORANG BLOGGER.
psstt...psstt...bonus tambahan kegembiraanku apabila menerima award dari rakan blogger ku.
Picture source from google images
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment