Rapatkan Saf Kalian

02 September 2010 - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blogku.

Rapatkan Saf Kalian

Hari ini aku nak share apa yang berlaku semasa aku terawih tadi. Sebelum itu, jika entry ini ada kekurangan, harap boleh memberi teguran yang membina ye kawan-kawan.

Seperti biasa sebelum memulakan solat  pak imam akan memberi isyarat untuk merapatkan saf. Aku pun cubalah merapatkan saf. Tetapi sejujurnya aku tak tahu bila kita disuruh untuk merapatkan saf tu, sepatutnya kita ke mana? Kadang-kadang tu aku ke kanan, kadang tu aku ke kiri. Selalunya aku follow majoriti. Tetapi hari ini aku mendapat ilmu baru, dari makcik di sebelahku, untuk merapatkan saf arah ke sebelah kanan. Alhamdulillah, baru ku tahu hari ini. Mungkin ini juga kelebihannya bila kita duduk di saf yang agak depan di mana kalangan saf itu terdiri daripada orang yang lebih tua, yang ilmunya lebih banyak berbanding diriku. Aku pun tak tau nape, kalo tiba di surau untuk berjemaah aku akan slamber badak terus meluru di antara saf yang hadapan. Dan kakak yang di saf belakang akan perhatikan aku pelik semacam. Hehehe dia orang ingat aku budak sekolah lagi agaknya tidak layak untuk berada di depan sana. Badan jer kenit kak, dah bleh jadi mak orang dah pun ni. Hehehehe


Sebelum ini ada jugak dengar tentang perihal saf di rancangan Fardhu Ain kat TV 9, setiap petang kul 6.30. Rancangan tu hosnya Ustaz Zamri yang hensem tu, bersama kanak-kanak. Katanya untuk melihat saf itu lurus ataupun tidak, perhatikan bahagian tumit. Sejenak aku terpikir, Islam itu cukup indah dan teliti. Kerana cuba kita fikir kalaulah untuk meluruskan saf itu ikut perut, huru-hara dibuatnya. Kalo ada kalangan jemaah yang perutnya boroi ke depan, jenuhlah jemaah yang kurus kering kena ikut ke depan. Kalo ikut bahu pun agak payah, kalo jemaah kat sebelah kita tu tinggi lampai, sudah tentu berkali-kali kita mendongak ke langit untuk meluruskan saf. Cuba kalo ikutkan jari kaki plak. Lagilah kelam-kelibut dibuatnya. Ada yang jari kaki kontot-kontot ada yang  panjang berjulur. Begitu Islam itu sempurna dan diperhalusi untuk kegunaan kita sepanjang zaman.

Dan aku tinggalkan kalian dengan Sabda Rasullah SAW:

Rapatkan Saf Kalian

3 comments:

mummy nana said...

Sy pun! SUke tgok siri tu wpon utk kanak2 tp org tua patut tgok jugak, as revision you... :D

MamaYatie said...

yer la..dulukan org tua..lagi satu kalo kanak2 belum baligh kena duduk paling hjg, supaya tak putus saf..

rancangan fardhu ain tu mmg bagus!! kita yg dewasa ni boleh timba ilmu sama

noreed said...

to mummynana:senang nak paham kan rancangan tu..

to mamayatie:kadang-kadang tu saf terbiar kosong di hadapan jemaah tak mo berganjak, susah jugak tu

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino