Hari Isnin yang lepas, member opis ku Kak Aza a.k.a.s PK cuti, sebab babysitter nyer adahal. Malangnya dia kena gak datang opis sebab ada beberapa perkara yang perlu disetlekan. So terpaksa lah dia mengheret anak dia, Iman ke opis.
Buat muka hensem, bila org nak snap gambar
Geram aku dengan budak kenit ni. Dah lah comel, cakap pelat satu hapa aku tak paham. Semua partition orang dia terjah, tak takut orang langsung. Buat audit 5S ke Iman? Tengah sibuk-sibuk dia menconteng kertas kat meja mak dia, boleh jer dia melompat turun pergi ke meja aku, "Nak, nak?" Aku ingatkan dia nak ape, rupanya dia nak nescafe ice aku. Bila minum mata terpejam-pejam sebab sejuk. Hahaha lawak betul.
Saya tengah busy bekerja ni.
Dia terjahnya partition Kak Su, duduk dengar lagu kat headphone siap goyang-goyang badan lagi. Sabar jer lah aku. Lama jugak lah dia melepak kat situ. Dia duk layan lagu sebelah, Kak Su buat kerja dia kat sebelah. Dah boring dengar lagu dia terjah parttion aku plak. Masa tu aku kat tempat lain, boleh slumber jer duk kat kerusi aku. Alahai Iman, duk situ then auntie nak duk mana plak ni. Nak tolong buat coding ke ni? Maknya heretkan kerusi duk sebelah aku. Kali ni kerja dia amik sharpener and tempat hp, dijadikan lori. Baik plak tu, berangan sorang-sorang, tak kacau pun aku buat kerja. Aku snap lah pisture dia yang tengah main tu, boleh terus jer dia posing. siap bagi tanda peace yang tak jadi langsung. Hensem lah tu kononya.
Peace version Iman
Dah botak dah awek Vietnam, dikerjakannya
Tiba-tiba dia nampak aku nyer fridge magnet yang banyak tu. Antara yang banyak-banyak tu, boleh dia berkenan fridge magnet 'couple' Vietnam aku. Tau sebab apa dia berkenan? Sebab dia nak cabutkan tocang rambut yang pompuan tu. Sabar jerlah aku Iman ni.
Kepenatan...Zzzz...
psstt..psstt..tengok dia tido aku rase nak gomol-gomol jer dia. Comel sgt Menjerit PK; "Jangan awak!" Hahahaha
6 comments:
comelnye budak nih hehehe
dak2 beso ni ok lagik kalu bawak opis
kalu yg umo 1-2 thn tu alamak
pgsan ler layan... huhuhu.....
brp ek umur Iman ni? 2 thn setengah kut. time2 umur mcm ni best melayan. nak2 kalo dah pandai ckp. hehehe
hahaha.....kalu nak tau Iman tu baru 2 tahun 1 bulan....masa bawak opis tu jenuh jugak nak melayan nya...tak dok diam....suka hati dia je nak pi partition orang...Iman ni jenis tak takut orang....tu yg ibunya risau...ada pro n con nya....
ha tu 'abu' iman dah menjwb. hehe. ampun pk lupa plak umur anak awk ni brp thn.
saja menyampuk... 25/8 kan kak???
besday iman ke? huhuhuh hari gaji...
Post a Comment