Hidangan Di Pagi Raya

10 September 2010 - Salam lebaran buat semua yang menyambut Aidilfitri dan juga selamat bercuti.

Macam mana hari raya pertama korang hari ini? Bersembahyang raya tak? Dah menziarahi pusara? Ramai ke tetamu yang hadir di rumah tu?

Hidangan Di Pagi Raya

Apa hidangan di pagi raya korang? Hidangan family aku di pagi raya wajib ketupat. Ketupat nasi.Tak kira lah aku beraya di mana, di kampung ayah di sebelah utara Perak mahupun di kampung ibu di Johor mesti nak makan ketupat. Tapi kalo makan ketupat di kampung Perak, ketupat Adabi lah ye. Atok aku di Johor tu dah tak larat nak menganyam pun, slalunya pakcik aku akan orderkan dari orang kampung. Setahun sekali jer aku dapat merasa ketupat betul tu. Hehehe...aku panggil tu ketupat betul. Lauk wajib dimakan bersama ketupat adalah sambal kacang. Compliment with sambal goreng. Sambal goreng pengantin mak aku cakap. Penat nak masak sambal goreng ni. Tapi hasil kesedapannya ....zassss lah. Sambal goreng pengantin ni ada letak udang, kentang, daging/hati and spicy up a bit with hirisan lada kering. Tak tau lah bila aku nak pandai buat sambal goreng ni. Dah lah mak aku sorang jer dalam family yang tahu recipe ni. Itu hari ada gak aunty aku masak, tapi rasanya tak sama. Masalahnya nak menuntut recipe dari mak aku ni susah sket. Tak ada standard SOP recipe dia. Hari ni dia letak santan 1 cawan, minggu depan 1 1/2 cawan plak. Last-last dia akan cakap "Alah akak agak-agak  jer" Adeh....agak-agak aku alamat tak jadi lah. Sambal kacang tu pun aku dah lulus-lulus lagi.

Hidangan Di Pagi Raya

Selain itu kalo nak kick lagi makan ketupat makan dengan kuah lodeh. Kadang-kadang tu aku blasah gak dengan ayam masak merah. Hehehe. Tapi semua tu tak penting yang penting kena ada sambal kacang and sambal goreng. Dalam beberapa tahun raya ni kan baru aku prasan, rupanya ketupat nasi ni ada 2 jenis bentuknya. Satu yang empat segi dan satu lagi yang macam runcing sket di bawahnya. Susah lah nak explain, korang tengoklah gambar di atas sana tu.

 Hidangan Di Pagi Raya



Kalo di sebelah Perak lebih famous dengan lemang. Sedap gak makan lemang dengan rendang. Tapi rendang daging lah sedap. Dulu masa aku kecik-kecik, aku tak reti nak makan lemang dengan rendang. Aku makan macam tu jer. Jakun betul aku kan?!?! Skrang ni nak cari lemang yang sedap pun susahkan. Ada sekali tu kita orang beli lemang tu tak masak.









Kawan aku di utara Kedah makan ketupat palas. Walaupun dia berasaskan pulut macam lemang, tapi rasa dia lain. Sebelum ni aku ingat rasa dia sama. Yang klakarnya ketupat palas ni, menurut member aku ada betina jantan. Dah banyak kali dia ajar aku macam mana nak tengok jantina ketupat tu, tapi aku tak gak tau. Kadang-kadang tu ada yang buat ketupat ni letak kacang. Hmmm..nak message kawan aku lah bawak ketupat palas balik KL nanti.

Hidangan Di Pagi Raya


Kalo kat belah pantai timur apa hidangan wajib di pagi raya ye? Nasi kerabu or nasi dagang ke? Mungkin blogger dari pantai timur boleh share sket apa menu wajib di pagi raya. Kalo kat belah utara and selatan time raya, ikan kurang laku di pasar, kat sebelah sana mesti permintaan ikan tinggikan. Macam mana plak kalo yang blah Sabah dan Sarawak? Makan ketupat jugak ke? Share lah hidangan raya korang di sana.


Ada gak rumah-rumah yang hidangan wajib mereka laksa, mee sup, laksam, soto, nasi beryani dan macam-macam lagi lah. Ikut kreativiti, kepakaran dan selera masing-masing. Ye lah bak kata pepatah "Lain padang, lain belalang...lain lubuk lain, ikannya...lain orang lain juga lah caranya" Itulah uniknya Malaysia. dalam masyarakat Melayu sendiri dah pelbagai menunya. Kalo campur dengan kaum lain, jadi lah macam-macam ada....





psstt...psssttt...Jangan terover makan. Terkejut perut tu karang, setelah rest sebulan

2 comments:

ISZA said...

salam,
selera makan punyalah memuncak tapi takda seleralah pula..
isk3..

tengah buat apa tu?

noreed said...

walaikumallam,
alahai siannya tak ada selera.kurang sihat n risau keadaan mak ye?sabar ye.semoga akak n family sihat ye.

masih berada di perak rmh opah :)

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino