Picture Profile Cun di Facebook

03 September 2010 - Salam buat semua pengunjung blogku...

Siapa yang tiada facebook, angkat tangan? Aku percaya, kebanyakkan orang mesti ada facebook(fb). Jarang lah nak dengar org tak ada facebook. Tak kiralah sama ada akaun facebook anda aktif atau pun tidak. Tak kira lah apa tujuan kita untuk membuka akaun fb. Nak bersosial, nak menjejak kasih, "sebab semua orang ada fb aku pun nak ada fb" ataupun sebab nak main game. Hehehe tu reason aku yea. Masa mula-mula aku create akaun fb, sebab aku nak main game Farmville kat fb. Tetapi sekarang aku dah insaf dah, stop dah main game. Dulu memang aku addicted dengan kroniknya terhadap game farmville tu. Setiap hari mesti timing semua aktiviti aku, selaras dengan masa pokok-pokok aku perlu dituai (harvest). Kalo tak rugi lah, mati pokok di ladang ku yang berekar-ekar tu.

Ok tutup cerita addicted aku. Sebenarnya aku nak bercerita tentang gambar-gambar yang terkandung di fb kita. Ini disebabkan aku tengok satu video kat youtube tentang picture profile di fb. Antara kita perasaan atau pun tidak, ada pelbagai gaya orang letak gambar profile. Bagi yang dah berkahwin kebanyakkannya akan letak pictue profile bersama anak mereka. Kepada yang bujang, selalunya akan letak gambar semasa mereka pergi vacation. Kadang-kadang tu, pet pun bleh dijadikan profile picture. Ada juga yang bersifat mysterious menyembunyikan wajah mereka. Ada pulak yang bersifat malu tapi mahu, apabila separuh sahaja wajah mereka dipertontonkan. Pada bulan puasa ni plak, menurut member aku kawan-kawannya ramai telah menukar profile picture mereka. Terutamanya yang perempuan. Dari berpakaian sexy hot, dah bertudung litup. Alhamdulillah, semoga berkekalan. Semasa musim worldcup tempoh hari, ramai telah menjadi bintang bola sepak. Siap ada application yang boleh buat gambar jersey;  with your name written at the back of the jersey. Rupa-rupanya profile picture ini berubah mengikut musim lah.

Sesetengah kawan fb ku cukup rajin menukar profile picture mereka, sekejap-sekejap bertukar. Sampai kadang-kadang tu aku pun naik tak kenal. Nasib baik nama tak ditukarnya. Aku cukup pemalas nak menukar profile picture. Sampai kalo aku tukar profile picture, mesti ada yang menegur paling kurang "2 thumbs up" akan kelihatan. Hehehe, kawan-kawanku dah bosan sangat agaknya melihat profile picture ku yang statik  tak bertukar.

Kesimpulannya profile picture ni umpama first impression orang terhadap kita. Tetapi awas jangan tertipu dengan gambar yang terpapar. Gambar kecik itu, boleh membuatkan seseorang berfikiran begitu kreatif, seterusya boleh membuatkan kita terpedaya. Tak percaya? Jom kita tonton vc di bawah....









psstt.....pssstt....mungkinkah aku bertaring seperti drakula di dalam vc, sbb profile picture fb ku tidak nampak bahagian mulut tu...hehehe. Jaga-jaga kawan fb ku sekalian

6 comments:

khairolghani said...

video tu sangat menarik..rupa2nya iklan kamera..hehe

noreed said...

bestkan camera tu? ada screen kat depan.kalo travel tak yah nak suruh org sekeliling amik kan gambar, bleh amik sendiri

Unknown said...

wahhh,, kena tunggu kamera yg ade ni habis riwayat dulu.. baru leh cari kamera yg cam tu...

noreed said...

to kak yong: same lah kita kak yong. 13megapx camera tu tentu mahe harganya

mummy nana said...

menakutkan huhuhuh

noreed said...

to mummynana:hehehe takut ke?plg tak thn pompuan naked rambut gerbang tu

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino