Dari Raya ke Soping Dan Raya Semula

Salam kepada semua pembaca blog ku ini. Terima kasih kerana sudi menjengah ke sini. Peringatan entry kali ni agak panjang, gi lah amik kerepek ke kuih raya dulu, before baca entry ni.

Kita citer raya lagi ye entry kali ni. Biasalah open house on weekend tu hari mesti banyakkan. Ada beberapa jemputan open house, tetapi aku memang dah janji awal-awal (seminggu awal ok) nak gi open house kawan yang di KL, so open house blah Shah Alam and Klang terpaksa lah cancel. Sorry my dear friend. Umur panjang aku beraya di tahun hadapan ye.

Misi hari Sabtu yang lepas ialah, beraya di 2 buah rumah dan mencari hadiah besday memberku, Fadh. Besday dia memang dah 'gaban' belated. Sian dia, kita orang semua bz tak sempat nak bagi hadiah besday.  Bayangkan besday bulan 2 sama dengan aku, skrang baru kita orang carikan hadiah dia. Oh, kita orang ada alasan dia tak dapat hadiah besday sebab, dia belum belanja kita orang makan for her birthday. Hahaha.

Dari Raya ke Soping Dan Raya Semula
Kuih raya yang tebukak tu home made by Suria. Cayalah boleh buat Kuih Dahlia tu


Dari Shah Alam, aku parking keta kat Carefour Subang Jaya. Memberku Zirr from Putra Heights akan fetch aku. Kita carpool jer lah ye. Senang dan jimat. Ok rumah pertama yang kami nak terjah, ialah rumah Puan Sinar Suria terletak di Cheras. Open house setelah bergelar puan. Majlis bermula kul 12.30 tgh hari, kita orang saja pergi awal nak jadi tetamu pertama. Mau borak lama-lama. Last jumpa masa, majlis kawen dia tu hari. Hidangan kat rumah dia begitu world ok. Dari Malaysia terbang ke Bali dan terbang lagi ke Itali. Dari nasi lemak dan nasi impit, makan pula sambal Bali (which is 1st time aku makan, and I like it so much) dan penutup kita makan pula pasta goreng. Her beloved MIL siap datang tolong masak ok. Beruntung badan betul makcik ni, menantu kesayangan nampak gayanya ni. The day before open house, Suria demam plak. Jadinya most of the food tawar sket, coz tekak tak tuning betulkan. Takpe-takpe Suria, kita jaga kesihatan ye hari ini.

Dari Raya ke Soping Dan Raya Semula
Tema gambar: Bergosip di Hari Raya


Dah siap solat Zohor semua kat rumah Suria, kami berdua pun beredar untuk misi mencari hadiah besday di Sunway Pyramid. Nak terus gi makan kat 2nd house dah kenyang sangat ni, so kita ronda-ronda cari hadiah dulu. Fadh request nak besday present handbag yang sandang blakang tu. Aku tak tau lah apa nama specific bag tu, ada sesape tau tak? Wah, merata kita orang cari susah betul nak cari yang cun dan berkenan kat mata kita orang berdua. Hampir semua tempat kat Sunway tu kita orang round. Aku dah lah pakai hill, merah-merah sampai kaki aku. Akhirnya jumpa gak. Trus jer hantar balut kat customer service, sambil kita orang tersadai sekejap di sofa customer service, melepaskan lelah.

Timing pun sedang elok, perut dah kembali lapar. Jom kita pergi ke rumah open house ke-2 di Kampung Medan, rumah Eja. Dia ni sebenarnya member baik sekolah Zirr dan bakal menjadi kawan travel kita orang in the future. Ke mana? Kita tunggu Air Asia mau buat promotion ke mana ok. Aku 1st time jumpa Eja ni. Zirr slumber jer lah kan mengheret aku gi open house member dia. But already inform awal-awal lagi lah. Oh ye, Eja ni buat bisnes part-time kat FB. Ada banyak kain sulam-sulam untuk buat kebaya. Sesapa yang ada akaun FB pergilah search under nama "SriSulaman Tangan". Kasut pun ada jual jugak. Macam-macam ada

Ramai tetamu kat rumah Eja ni. Dan aku sangat kagum, dia dengan adik dia jer yang duk handle open-house tu. Dalam pada tetamu ramai-ramai datang tu, telur dadar untuk makan dengang nasi lemak dah habis, dia dengan tenang menggoreng di dapur. Kalo aku dah kalut dah jadinya. Hahaha. Sorry yea no picture kat rumah Eja. Malu lah plak aku nak snap picture baru jer kenal.

Around kul 6 kita orang minta diri dulu. Letih dah ni sehari berjalan. Besok nyer tu ada open-house lagi. Malam tu, memang confirm aku tido awal. Zzzzzzz.....






psstt....psstt...semalam berkomunikasi dengan seseorang, aku bakal dapat duit raya. Jeng, jeng misteri tak? Sabar ye, bila dapat duit raya tu, akan aku shoutkan di sini.

5 comments:

eMMe said...

berkenan tgk balang kueh raya tuu...bile la leh dpt 1 set nih....dah nak abis raya dah nih...huhuhuhu...

mummy nana said...

huiyoooo seronot nyer.... hehe.. raye dan raye.. lom abis raye lagi kan.. keke.... ;)

noreed said...

emme: harus kena tny kat member kita tu. nnt kita msg kan ye. tak pe beli utk raya haji plak.hehehe

to mummynana: tu lah byk btull version raya, tu pun ada citer yg tak di kogsikan lagi cni.

princess_zarizs said...

Perkara yang digosipkan: selalunya time makan dipaksa alas dgn newspaper so dgn penuh keperlian tanya la mana newspapernya... kuang2...

noreed said...

to zirr: kat opis pun kena paksa lapik dgn recycle paper. hehehe

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino