Cabaran Bekerja di Hari Pertama Tahun Baru

Hi/Salam semua pembaca blogku.

Fuuhhh...sangat penat hari ni. Kul 8 lebih baru sampai rumah. Macam mana hari pertama bekerja di tahun baru? Hari aku sangat mencabar dan sungguh menduga keimanan.

Aku punyalah beria datang kerja hari Sabtu lepas, waktu orang sibuk bercuti New Year aku kat opis lah kan. Kononnya nak bagi settle kerja-kerja migaration data. Dah siap dah 3000 lebih data aku migrate hari sabtu yang lepas. Hari ini, di pagi Isnin, di tahun baru 2011, apabbila aku check balik data yang aku migrate tu sudah HILANG. Ternganga jap aku kat depan pc. Bulat mataku, yang memang sedia bulat ni.  Nasib baik tak kena heart attack. Data di dalam database hanya ada 500 lebih. Mana pergi data ku yang 2500 yang lain??? Ada hantu ke kat database aku ni.

"Sabar-sabar Noreed, bawak bertenang. Tarik nafas panjang-panjang. Jangan panik. Keep on thinking what should you do. Relax....Cool."

Tu jer lah yang aku boleh buat untuk menenangkan jiwa aku yang hampir tidak keruan waktu tu. Terpaksalah satu hari, hari ni tulis script amik data-data tu kat database lagi satu. Nasib baik ada backup jugak di tempat lain. Tapi makan setengah hari gak lah aku nak menyiapkan coding script aku ni. Dah tak mo letak data migration kat server berhatu tu lagi. Run di local pc jer. Karang hilang lagi besok, memang meroyan aku dibuatnya. Hehehehe.

Aku tulis status aku di FB :

"Sungguh mencabar hari pertama bekerja di thn baru ni...huh"

Ada kawanku balas, dia tergolek dari basikal lagi hari. Tak pasal-pasal berparut kepala lutut. Adui! Sakitnya. Hmm...macam-macamkan. So macam mana dengan hari korang hari ini? Hari pertama bekerja di tahun baru? Ada sebarang cobaan dan dugaan tak?

19 comments:

Didzy said...

My 1st day still in a relax mode...2nd & 3rd week nanti baru busy dgn meetings then 4th week, saya akan ber-vacation lagi! Yay! tak sabar!

Chaiyok noreed! ;)

norh said...

hari ni tak de 'ribut' kat tempat keja saya.. damai ja..he he

noreed said...

to didzy:vacation? ke mana? nak ikut ...hehehhe

noreed said...

to norh: sedamai air di tasik ke?heheeh

Kalamhati said...

menguji kesabaran sungguh ek..huhu maybe ada kemanisan di penghujung ujian ni kan..sapa tau

caiyyok noreed..=)

eMMe said...

hari2 dtg keje, takde rasa nak rileks la...tapi still leh comment2 kat blog kawan2, hehehe..selamba...
ape pun kan Noreed, jgn tensen2,kalo tak, nak keje pun tak enjoy...selamat bekerja...

noreed said...

to kalam hati: thanks kak. tpmanisnya blum tiba lagi.

noreed said...

to emme:tu lah kalo tak kerja boring plak kan. melahu jer...

nadia said...

noreed,
yg pasti, nadia setiap hari adalah hari yg liat yg hamat nk bgn! ;)

noreed said...

to nadia:lebih kurang lah kita, nadia :)

kakchik@ella said...

hai noreed .. mlm semlm kakchik dh dtg tgk noreed tp tak leh comment. line very bad.

selamat bekerja noreed.

noreed said...

hi kak chik,
line internet pun seteruk hari bekerja sy kan. huhuhu

MasZuber said...

kenkadang teknologi nie memang menguji kesabaran. especially bab-bab losing data and suddenly pc hang..hadoi...

tensi dibuatnya..

Gentleman Frog said...

salam all,

Noreed, owh cik noreed kerja berkenaan data rupanya, mesti teliti orgnya ni.

TOO MUCH TV IS HAZARDOUS

noreed said...

heheh tak lah mr frogie. cuma skrang ni terlibat dgn migration project, tu yg naik buntang mata ni tgk data.

gadisBunga said...

kite punye cabaran tak lain tak bukan...nak mula buat design. beku babe beku!

princess_zarizs said...

nak tumpang menyampuk mr frogie : Kita orang dah isytihar dah CIK NOREED nih MD

MD=MISS DATA... hehehee

benang seurat pun dia boleh nampak jgn tak tau...

noreed said...

to gb: gi berjemur jap kat matahari pagi besok ek, bagi 'cair' hehehhe ;p

noreed said...

to princess zaris:haish...ini orang suka-suka hati ngumpat org kat sini ye. patutlah tersedak2 mlm ni. babap jugak karang

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino