Mengenali Syaaban

16 July 2010 - Bulan Syaaban menjengah lagi. Bulan ke-8 di dalam kalendar Takwim Hijrah ini, hadir antara Bulan Rejab dan Ramadhan. Menandakan Ramadhan semakin menghampiri kita.



Syaaban bermaksud bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah'. Ini kerana kaum arab purba (puak Quraiysh) pasa masa daulu, akan berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir sebagai persiapan untuk bulan seterusnya, iaitu bulan Ramdhan. Bulan Ramadhan ialah bulan yang panas. Rasullah SAW terus mengekalkan nama itu  sehinggalah  ke hari ini.

Peristiwa-peristiwa penting di bulan Syaaban:

Pertukaran Arah Kiblat
Peristiwa yang paling bersejarah yang perlu kita ingati pada bulan Syaaban ini, adalah peristiwa pertukaran kiblat. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2H pada bulan Syaaban. Pada awalnya umat Islam diwajibkan mengerjakan solat berkiblatkan masjid al-Aqsa, Baitul Muqaddis. Rasullah dan para sahabat telah berkiblatkan Baitul Muqddis selama 16-17 tahun sehinggalah turun wahyu menyuruh baginda berpaling ke Kaabah, Mekah. Peristiwa penurunan wahyu itu berlaku di dalam Masjid Qiblatin ketika Rasullah menunaikan solat Asar.

Walau bagaimanapun, orang Yahudi telah menaburkan fitnah memperlekehkan dakwah Rasullah. Lalu turun ayat 142, Surah al-Baqarah bermaksud; "Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya:"Apakah yang memalingkan memreka (umat ISlam) dari kiblat mereka (Baitul Muqaddis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakan lah: "Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi pertunjuk kepada sesiap yang dikenhendaki-Nya ke jlan yang lurus."

Rasullah telah lama memohon doa kepada Allah SWT untuk berkiblatkan Kaabah dan peristiwa itu telah dirakamkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dengan firmannya berbunyi:

Yang bermaksud: Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang -ulang mendah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkan muka ke arah Al-Masjidil Haram (tempat terletaknya Kaabah) dan di mana sahaj kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari tuhan mereka, dan Allah SWT tidak berkali-kali lali akan apa yang mereka lakukan.
Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')
Peperangan ini berlaku pada bulan Syaaban, 5H. Bani Mustaliq merupakan salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka merancang untuk mengadakan peperangan bagi membunuh Rasullah SAW. Peperangan ini adalah susulan dari peperangan bani Quraizah. Ianya berlaku disebabkan perasaan dendam kaum Yahudi yang telah dihalau keluar dari Madhinah oleh Rasullah SAW. Seorang sahabat dari puak badwi telah menyampaikan rancangan pembunuhan ini kepada Rasullah dan tentera Islam telah berjaya melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq ini.

Sebahagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, dan di antara tawanan itu termasuklah seorang putri Bani Mustaliq, anak kepada pemimpin Bani Mustaliq bernama Barrah (Barrah binti alHarris bin Dirar). Barrah telah menjadi tawanan perang di bawah Sabit bin Qalis. Barrah telah meminta dilepaskan dari tawanan itu, tetapi tebusan yang diminta oleh Sabit bin Qalis terlalu mahal. Barrah yang cerdik telah pergi berjumpa Rasullah. Rasullah menebusnya dari Sabit bin Qalis dan menikahi Barrah, serta menukarkan nama Islamnya kepada Juwairiyah. Tindakan ini, telah memberi banyak kebaikan kepada umat Islam pada ketika itu kerana ramai puak Bani Mustaliq telah memeluk Islam dan permusuhan dengan umat Islam telah terpadam. Juwairah telah meniggal dunia pada tahun 56H.
Malam Nisfu Syaaban
Nisfu Syaaban merupakan malam ke-15 di bulan Syaaban. Pada tahun nisfu Syaaban jatuh pada hari Selasa 27 Julai 2010, tapi malam nisfu Syaaban dikira pada hari Isnin, malam Selasa. Setiap tahun, pada hari ke-15 ini, segala amalan kita akan ditulis di dalam 'buku' yang baru. Semoga helaian terakhir 'buku' kita pada tahun ini tercatat dengan kebaikan.

Maka apakah kelebihan Malam Nisfu Syaaban ini?
Pada malam ini telah datang JIbril kepada Rasullah SAW lalu katanya:
"Angkatlah kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 rahmat da diampunkan Allah sekalia orang yang tidak syirik kepadaNya kecuali tukang nujum, orang yang kekal berzina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibu bapa"

Allah tidak akan mengampunkan dosa 6 orang berikut pada malam Nisfu Syaaban iaitu:
  1. Orang yang kekal minum arak
  2. Orang yang derhaka kepada ibu bapanya
  3. Orang yang kekal berzina
  4. Orang yang banyak berkelahi
  5. Orang yang melakukan jualbeli dengan sumpah dusta
  6. Orang yang melagakan orang supaya berkelahi.
(Riwayat Ibnu, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)
 Sabda Rasullah SAW bermaksud:
"Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah"

(Riwayat al-Baihaqi)
Berkata Imam Shafie di dalam kitab al-Umm:
"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan:Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam  iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban"


Credit to:
p/s: I`ll pause my entry about Syaaban month untill now. There will be next entry about amalan di bulan Syaaban. 

No comments:

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino