Amalan Di Bulan Syaaban

22 July 2010 - Sorry I took too long to cont. posting on my entry about Syaaban. Kekontangan idea untuk menyambung.

Setelah kita mengenali keistimewaan bulan Syaaban, mari kita lihat pula amalan-amalan yang sebaiknya dilakukan pada bulan ini.



Sabda Rasullullah s.a.w.:
"Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)

1. Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan kedua ibu-bapa.

Jika kita mempunyai dosa terhadap kedua ibu bapa kita maka sia-sia sahajalah amalan yang kita lakukan. Maka jika ada kesilapan yang dilakukan mohonlah kemaafan dari mereka.
2. Berpuasa

Sabda Rasullah SAW bermaksud:


"Bahawa puasa bulan Syaaban kerana memperbesarkan Ramadhan, Sesiapa berpuasa 3 hari di bulan Syaaban kemudian dia berselawat ke atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan Allah dosanya yang telah lalu dan diberkati segala rezekinya"

"Puasa sehari di bulan Syaaban diharamkan tubuhnya dari api neraka dan akan menjadi kawan nabi Yusuf di Syurga dan mendapat pahala seperti pahala nabi Ayub dan nabi Daud"

"Puasa 3 hari permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari di akhirnya, maka Allah akan mencatatkan pahalanya seperti pahala 70 nabi serta seperti orang yang beribadah kepada Allah 70 tahun. Jika dia mati pada tahun itu bagaikan mati Syahid".

"Sesiapa yang berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban, akan dimasukkan dia ke dalam Syurga"

"Sesiapa yang menyempurnakan puasa sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah sakaratul maut dan dihindarkan daripada kegelapan kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar-Nakir, dituutpkan keaiban pada hari qiamat dan diwajibkan Syurga baginya".
3. Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Allah membuka 300 pintu rahmat di bulan Syaaban ini, maka mari lah kita merebut peluang ini dengan memohon restu terhadap-Nya.
4. Bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.

Rezeki yang tuhan berikan kepada kita adalah untuk dikongsi bersama. Maka bersedekahlah, Insya Allah rezeki kita akan bertambah murah.
5. Menghidupkan malam Nisfu Syaaban

Terdapat percanggahan pendapat terhadap amalan untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban ini. Maka entry ku di sini adalah tentang amalan yang lebih global dan tidak begitu spesifik. Antara amalannya ialah membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafardan berzikir. Perbanyakkanlah amal di malam itu, kerana Allah akan menjenguk datang semua makhlukNya pada malam itu.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

" Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ".

Ada banyak lagi amalan yang boleh dilakukan di bulan Syaaban ini. Tetapi di sini hanya beberapa amalan yang ku rasakan penting. Mungkin boleh membuat rujukan di link berikut untuk keterangan lanjut: (Also credit to them)

  1. http://www.wangcyber.com/forum/motivasi-and-inspirasi/18668-bulan-syaaban-persediaan-kita-sebelum-ramadhan.html
  2. http://bbyflower.blogspot.com/2009/07/indahnyaa-syaaban.html

Maka, beramallah mengikut keimanan diri masing-masing. Semoga segala amalan kita diterima dan dosa-dosa kita diampunkan. Dan kita saling memperingati sesama sendiri. Wassalam...
.

No comments:

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino