Blogger Yang Terdesak

 Blogger terdesak itulah homework terbaru yang diberi oleh Cikgu Ijad kali ini. Ayoyoyo Cikgu Ijad apa pasal banyak susah tajuk kali ini. Kalo fail paper ni, bleh re-seat paper Julai ka?  Bukan sahaja aku membuatku terdesak untuk menyiapkan entry ini, malah membuat ku tersedak-sedak. Bersungguh-sungguh ku mencari idea untuk joint lagi kali ni punya homework project, tapi tak timbul-timbul jua. Tido bangun, tido bangun...harapkan idea ku temui di dalam mimpi, tapi haram habuk pun tadaaa...

Akhirnya di malam hujan yang renyai-renyai di luar sana, aku cuba menulis berkaitan cinta ku yang terlarang.  Tentang terdesak nya cinta ku. Betapa aku mencintai mu tuhan sahaja yang tahu. Tetapi cinta kita ibarat dua darjat. Menjadikan jiwa ku makin terdesak untuk memilikimu. Dan kau pula setia menanti kehadiran ku.

Di petang Ramadhan yang redup, aku ke pasar Ramadhan bersama kedua orang tua ku. Gembiranya rasa hati, kerana aku berpeluang menatapmu walau seketika . Bak kata orang kalo bercinta tak dapat tengok empunya badan tengok bumbung pun jadilah. Oh! Aku sungguh angau dengan penangan cinta mu. Dari tak tau nak buat side parking, tapi demi terdesak nyer hati ini untuk menemui mu, menjadikan aku begitu gigih memulas stering.

Cinta Blogger Yang Terdesak

Perlahan-lahan aku mengatur langkah bersama kedua orang tuaku mengharungi lautan manusia di pasar Ramadhan ini. Ku mencari kelibatmu di kalangan kawan-kawan mu yang girang berbaju merah, hijau, putih, dan kuning. Di manakah gerangan dirimu? Susah pula mencari dirimu kali ni. Hati ku makin terdesak mencarimu. Ayah ku mengerling tajam, seakan-akan memberi amaran kepada diriku. Ibu pula tersenyum kambing mengejek obsesnya cinta ku terhadapmu. Arrrgghh aku makin terdesak, di mana diri mu yang selalunya macho berbaju hitam.

Tiba-tiba nun di hujung gerai sana, kau menanti ku dengan penuh bergaya. Desakan hati ku menjadikan aku memberanikan diri meminta izin dari ayahku, walaupun ku tahu dia tidak akan merestuinya;

       "Ayah, jap lah kakak nak gi gerai hujung sana, nak beli air mata kucing".
       "Eee..degil btul, orang kata tu air paip nak gak beli, belilah nanti sakit perut jangan complain". 

Aku terus meluru laju ke arah cinta hati ku, wahai air mata kucing....

       "Bang, nak air mata kucing satu".

Tersenyum bangga sambil berpimpin tangan dengan air mata kucing ku, pergi menuju ke arah ayahku yang menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setujunya di seberang jalan sana. Alahai air mata kucing kau menjadikan aku Blogger Yang Terdesak ....untuk memiliki air mata kucing sebagai pelengkap juadah berbuka puasa ku hari ini.

Blogger Yang Terdesak


Air Mata Kucing Buatku Terdesak



pssstt...psstt...ampunnn jgn marah yea nanti kena jual... :)

picture source: pakcurecipe , we heart it ,flickr Edited by me.

25 comments:

fiezaradzi said...

nice entry.. sedapnye air mata kucing ek...

Eizil said...

air mata kucing pun lerh buat orang terdesak erk... :D tersenyum membaca kisah ni

noreed said...

to fiezaradzi: thank u sudi membaca. sungguh dugaan melihatnya sebelum waktu berbuka kan?

noreed said...

to Eizil: terima kasih sudi melawat di blog sy. air fav di bulan pose membuatkan terdesak untuk membelinya setiap kali ke pasar Ramadhan.

aimannajmy said...

Perghh selamat aku baca entri ni time pas bukak posa dh...kalo tidak~ tergoda iman aku hohoho..nice story!

Ladfe Amir said...

Belum berpeluang untuk beli air mata kucing di bulan Ramadan ini. InsyaAllah, akan dapat juga nanti

noreed said...

to aimannajmy: terima kasih baca entry sy.kalo bace sblm berbuka, harus singgah param mencari air mata kucing kan?hehehe

noreed said...

to Ladfe Amir: oh sifu ku dtg menjengah bersama sut gaban nyer. gaban suka minum air mata kucing tak?

psstt..jemputlah singgah ke blog otai ni, interview bersama gabannya dgn blogger terdesak sungguh kontrovesi.

indra said...

Hehehe..
ingatkan terlarang ape nyer..
hehehehe..
mmg terdesak nak air mata kucing..
haha..

Ladfe Amir said...

noreed

saya bukan otai la. saya pun baru belajar tulis blog.
tapi insyaAllah saya akan jadi blogger sepenuh masa kerana itu mmg jadi impian saya

noreed said...

to indra: ye..ye.. mmg terdesak nak air mata kucing tp slalu tak berjaya beli...huhu

noreed said...

to Ladfe Amir: ammminnn semoga impian awk menjadi kenyataan :)

hafizarshad said...

memang puas kalau dapat apa yang kita nak tapi susah nak mendapatkannya....rasa puas tu fuuhh....susah nak gambar lah..=)

Fahmi Raazali said...

air mata kucing? apa rasa dia yek... hehe mestila rasa mata kucingkan.. :-D

huhu agaknya buah mata kucing kat kampung satu tu dah abis agaknya. masa cuti semester dulu dh besar2 nampaknya tp belum boleh dimakan...

erm...bila nk dpt makan agaknya... :-D

mummy nana said...

hehe. air mata kucing je baru. kalau terdesak cam nk kuih tradisional time puasa ni aduiyai mana nak cari nih. huwaaaa.. terdesak gak ni.. hehe kuih limas, tako, tingat arwah opah wat. sedap! huhuhu

noreed said...

to hafizarshad: tak tergambar dgn kata, apabila apa yg kita nak menjadi kenyataan.

noreed said...

to fahmi:rase nyer sedap..hehehe. bestnya ade pokok sendiri kat kampung. mata kucing yg jual skrang kebykanya dr thailand, ada bubuh ubat...huhuhu

noreed said...

to mummy nana:ape lagi mummy nana, ptg ni gi lah pasar ramadhan, supaya rase terdesak kuih tu dpt dihapuskan.

mummy nana said...

kekeke... tu aa tgok camne. tingin kalu i p cari kat bazar kat BRP. eh bukit rahman putra.

aktechpage.com said...

Huh... igtkan bercinta dgn orang... dah agak daa endingnya...
Wahhh.. air mata kucing, belum pernah merasa lagi ni..kena g cari ni...
tp aku punya cinta ialah Air Lai Ci Kang Suam...:D

noreed said...

to aktechpage.com: hehehe jgn marah ye. bila terdesak kdg-kdg citer yang kluar menjadi lwak merapu.jgn lupa ke 'param' bsk, memborong air mata kucing

khairolghani said...

sedap ke air mata kucing?tak pernah lak rasa..kalau buah mata kucing biasa la makan..nak kena try ni..

noreed said...

to khairolghani:sedap, saya suka sangat. try lah nnt. terima kasih sudi melawat blog sy :)

madlut said...

hahahah..dah ter"layan" dah tadi..
sekali air mata kucing daa!!!

noreed said...

layan, layan jgn tak layan....hehehe. tipah tertipu yea?

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino