Jalan-jalan Cari Makan: Pasar Ramadhan

Peringatan n3 ini mengandungi unsur-unsur yang boleh melemahkan iman anda. Jika anda lemah semangat sila baca entry ini selepas waktu berbuka puasa.

16 August 2010 - Asik tengok entry orang tentang juadah berbuka pose jer. Meh aku plak nak citer juadah berbuka pose. Hehehe. Last weekend 2 hari berturut-turut aku gi ke 'Param' a.k.a.s Pasar Ramadhan. Tahun ni ada pasar Ramadhan yang dekat jer area rumah aku. Oh! Tapi still kena bawa kereta lah. Mau pengsan kalo berjalan, just tak perlu kluar jalan besar jer. Pasar Ramadhan ni best sket tak crowded sangat, lapang jer senang nak berjalan. Tapi seperti biasa lah masalah parking. Naik motor kan senang. Konon nak naik motor, bawak pun tak tau, dah lah penakut naik motor.


Hari Sabtu, drive from home sorang-sorang then janji jumpa my parent kat pasar Ramadhan yang baru balik dari class. Hari ni dapur mak aku tutup yea. So bleh beli banyak sket. Hehehe startlah tamak tu. Ronda dari mula sampai hujung, aku terasa nak beli air jer. Huusshh...macam-macam air ada. Air tahu, tebu, tembikai, bandung, mata kucing, nanas, lemon blue and banyak lagi. Semua menggamit-gamit panggil, "belilah saya, belilah saya". Ayah aku dah jeling jer, dia memang cukup tak berkenan aku beli air-air macam tu. Sorry ayah, anakmu tak kuat iman menahan godaan air ni. End up aku beli air mata kucing + nasi kerabu. My mum beli nasi lemak + beberapa jenis kuih talam, and my dad beli nasi ambang. Orang Perak ni dah jadi orang Johor, suka nasi ambang.


Hari ahad pulak, my beloved mum dah masak bubur asyurah, tapi tekak ni gatal nak makan kuih manis. So pergi pasar Ramadhan yang sama lagi. Ok objektif nak beli kuih jer. Jangan gatal beli lain jer...terutama air. Eeee, truk betul godaan air ni. Pergi dengan my sis and my dad. Semalam dah ronda dari mula sampai hujung, hari ni pun ronda lagi. Macam lah  orang jual berubahkan. Dah puas ronda baru decide nak beli apa. Bising btull ayah aku beli murtabak RM2.50 yang comel loteh tu.  Hai ayah ku ini, memang standard harga murtabak macam tu skrang. My sis beli roti jala and aku beli kuih lapis and kuih koci.




Balik tu saja nak round area stadium. Kat sini pasar Ramadhan dia tak yah cakap lah, memang besar. Tapi previous year aku gi, kebanyakkannya makanan yang aku beli agak mengecewakan. Tahun ni tak pernah pergi lagi. Nanti jika aku gi sana, aku buat laporan yea. Sampai kat area stadium tu punyalah penuh manusia, tersangkut-sangkut dah keretaku....jalan dah jammed. So tak jadilah nak turun, just round dalam keta jer...Ok Slamat berbuka puasa semua...



psstt..psstt...terlupa nak snap kuih koci yang aku beli, kan best kalo ada partner yg bleh tolong snapkan gambar utk aku tempek kat sini.

2 comments:

Unknown said...

sesekala gigih juga ke pasar ramadhan.. ;)

noreed said...

biar sesekali kak yong, slalu parah jadinya

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino