Biskut Raya Ku: Chocolate Chips

22 August 2010 - Salam buat semua....

Dah buat biskut raya ke? Berapa jenis biskut raya tahun ni? Soalan yang biasa kita dengarkan. Semalam aku berjaya menyiapkan 1 jenis biskut raya. Setiap tahun pun memang aku buat biskut ni, Chocolate Chips. This cookies taste like Famous Amous cookies. Sedap ko! Dulu masa kecik-kecik, bila raya auntie aku bawak balik biskut ni, sampai atok aku kena sorokkanlah, sebab my cousin (buruk siku ini budak, mak dia bawak dia plak yang makan) and I akan balun biskut ni sambil melangut depan tv. Asalnya ini resipi auntie aku. Disebabkan aku suka sangat makan biskut ni, aku pun minta lah resipi dari dia. "Thank you Mak Ngah for sharing me the recipi". Aku ada gak amik tempahan untuk buat biskut ni dari kawan-kawan opis and sedara mara terdekat. Tak adalah besar-besaran. Bila dah beberapa tahun ni asik mengambil tempahan jer aku dah jadi tak lalu nak makan biskut ni.

Biskut ni ada 2 version. Biskut pun ada version ka? Version ada walnut and version plain(no walnut). Aku kan cukup pemalas nak buat version yang ada walnut. Tapi yang ada walnut ni lah ramai yang menempah. Bukan ape, aku malas nak cincang walnut tu. Hampeh btull penjual ni kan. Setiap tahun pun, pembeli-pembeli ku yang akan bertanya "Noreed tahun ni awak buat Chocolate Chips tak?" Aku bukan reti nak promote. Paling terror aku promote, sent email jer. Sebab tu lah aku ditakdirkan work with machine not human.

Proses membuat biskut ni tak susah. Just scoop with spoon jer. But after bancuh biskut ni kena rehatkan dia jap kat dalam peti ais. After that baru bleh bakar, ye puan-puan.

Chocolate chips

 Chocolate chips yang dah siap berbaris sebelum dimasukkan ke dalam oven.

Aku start membuat operasi membuatnya around kul 11 pagi. Then bagi adunan chill out jap, aku pun start menerawang di alam cyber ni, membuat entry Berapa Negara Di Dunia Ini? and membuat draft tentang entry ni. After Zohor barulah start buat. Complete my task, time berbuka pose. Fuhh ngam-ngam....

Akhir kata dari ku, enjoy the picture and selamat membuat biskut raya.

Chocolate Chips


Chocolate Chips
Chocolate Chips yang sedia untuk di'ngap'




watermark

psstt..pssstt...berazam nak buat biskut nestum tahun ni.

4 comments:

Unknown said...

amboi cepatnya dah buat kuih raya.. share la resepi.. anak2 mesti suka ni, tp kakyong x leh buat awal2.. nanti tgn2 kecil tu non stop dok buka tupperware.. mahu belum sampai raya dah habis licin..

MamaYatie said...

dapnyaa....cam chipsmore nampak..

noreed said...

to kak yong: Ha`a buat awal kak, nak buat byk2 nnt penat, so buat awal. kat rmh ni adik sy jer yg duk ngap cookies ni. hehehe

noreed said...

to mama yatie: hehe chipsmore besar, ni kecik sket dr chipcmore :)

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino