Mode: Bengang di Bulan Puasa

24 August 2010 – Salam ramadhan dan salam sejahtera kepada semua….

Hati ini begitu bengang dengan kerenah orang di sekelilingku. Sunnguh aku marah, bila diri ini seolah-olah diperkotak-katikan. Seperti diri ini tidak bererti langsung. Nak saja aku menjerit mengherdiknya. Kesilapan telah dilakukan, tiada maaf diucapkan berlalu begitu sahaja tanpa rase kesal di hati. Di mana rasa tanggung jawabmu, kawanku.

Kebetulan pagi ni, menerima email dari cousin ku yang berkongsi maklumat tentang kelebihan surah Alam Nasyrah. Dapat melapangkan dada dan dipermudahkan segala urusan. Tidak mahu meneruskan mood bengang ku berterusan, aku terus membuka  quran digital di internet. Rasa tidak sedap di hati ini harus aku buang jauh. Jika tidak kurus pahala puasa ku. Setelah beberapa kali, alunan surah Alam Nashrah ini ku dengari, tenang sedikit rasa hati yang bergelodak sejak dari semalam lagi. Alangkah bagusnya, jika aku melakukannya sejak dari semalam, malangnya aku baru mengetahui keajaiban surah ini.

surah Alam Nasyrah

Setelah benda ini berkesan, terhadap diriku terdetik rasa di hati untuk berkongsi maklumat ini dengan pengungjung blogku. Mungkin boleh mendatangkan manfaat kepada yang lain. Jika ada yang sudah mengetahuinya anggap sahaja entry ku ini sekadar revision untuk anda di bulan puasa ini.
Bagi menyenangkan pencarian kalian terhadap surah ini, berikut sedikit informasi ringkas tentang surah ini:
  • Juz 30
  • Surah Ash-Sharh ada juga terjemahan yang menulis Al-Inshirah.

Berikut adalah terjemahannya di dalam Bahasa Malaysia:
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). / (8)

Dan juga terjemahan di dalam English:
Have We not opened your breast for you (O Muhammad (SAW))? (1) And removed from you your burden, (2) Which weighed down your back? (3) And have We not raised high your fame? (4) Verily, along with every hardship is relief, (5) Verily, along with hardship is relief (i.e. there is one hardship with two reliefs, so one hardship cannot overcome two reliefs) (6) So when you have finished (your occupation), devote yourself for Allah's worship. (7) And to your Lord (Alone) turn (all your) intentions and hopes. (8)


Dan ini adalah 3 kebaikan surah ini yang membuatkan ku terpaut hati:
  • Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
  • Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
  • Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

  
Mode: Bengang di Bulan Puasa


Bagi sesapa yang ingin membacanya or mendengar surah ini secara online, boleh lah jengah di Quran Explorer ini boleh diakses secara percuma tanpa perlu melakukan proses installation. Apa yang aku suka tentang Quran Explorer ini, memberi pelbagai option kepada kita. Boleh mencari surah, boleh memilih penulisan script al-quran, boleh memilih kaedah pembacaan yang selesa untuk pendengaran kita. Di samping itu ada juga hokum tajwid disediakan. Tetapi pada diriku agak mengelirukan sedikit hukum tajwid di sini. Bila sesuatu surah dibacakan, highlight berwarna hijau akan dikenakan pada ayat tersebut, maka kita tidak akan lost di dalam proses pembacaan kita. dan yang paling aku suka, ia mempunyai terjemahan di dalam pelbagai bahasa; ada di dalam Bahasa Malaysia. Kebanyakkan terjemahan secara online yang aku jumpa sebelum ini, di dalam Bahasa Indonesia. Yelah dah bukan bahasa ibunda ku, sukar untuk aku memahaminya. Dan jika kita berniat untuk print sesuatu surah, button print ada disediakan.
Mode: Bengang di Bulan Puasa
Sepanjang artikel ini ditulis aku masih mendengar surah ini. Rase marah berkurangan sedikit demi sedikit. Semoga entry ini dapat memberi manfaat bersama.


talkIsaid

psstt...psstt...komen kawan-kawan tentang entry chocolate chips terlewat dibalas disebabkan current mode ini. Maaf ye

4 comments:

mummy nana said...

alhamdulillah.. syukur atas perkongsian ini.
Insya Allah will digg into this. :)

adie said...

berwuduk pun boleh kurangkan perasaan marah jugak.apatah lagi membaca Al-Quran kan.

noreed said...

to mummynana: sama-sama. apa yg baik elok dipanjangkan :)

noreed said...

to Mr PenyuBiru: ye btull. api yang disiram air, pasti akan padam

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino