Errkkk...Blogger Yang Tersepit

Salam kenalan to: En Rohaizad dan rakan blogger lain
02 August 2010 – Hari ini balik kerja, aku bersiar-siar di taman blog orang. Ye lah budak baru blajar kan, so kena lah banyak buat homework melihat blog-blog yang pro. Cun-cun nyer blog mereka semua ni. Macam-macam ada kat blog mereka ni. Jeles btull aku. (haish jeles yang kebaikan yea bukan PHD).

Tiba-tiba aku terjumpa satu blog ni, http://www.rohaizad.com/ Menarik n3 pemilik blog ni. "Kisah Blogger Yang Tersepit…. yee haa!" Penulis blog mengajak pengunjung blog utk bercerita apa saja yang bersangkut-paut dengan tajuk tu. Wah sangat kreatif idea ni. Aku trylah bace entri blogger otai yang lain. Wah!Pengsan sekejap aku, dasat-dasatnyer entry dia orang ni. Teringin nak cuba, tapi begitu kerdilnyer rase diri ini. Ha!!! Ni pun dah kira tersepit gak ni. Tersepit antara eager nak mencuba dengan perasaan malu.  Akhirnya dengan muka tak malu, aku melepaskan diri dr tersepit dari rase malu.



Ok kisahku biasa jer. Citer zaman kanak-kanakku yang penuh dengan dunia eksperimen.

Alkisah pertama: Biji kacang yang tersepit
Mase kecik-kecik dulu aku duk dengan atok aku. Aku ni manja sesangatlah dengan atok aku. Slalu follow jer ape yang dia wat. Especially kalo dia masak. Yang bestnyer atok aku ni akan bagi task utk aku tolong. Salah satu task nyer ‘petik’ kacang panjang. Alah patah-patahkan kacang panjang, yang guna jari tu. Satu hari aku bleh terpikir, agak-agaknyer biji kacang panjang ni bleh ke melantun masuk hidung aku ek? Aku pun try lah dengan pelbagai distance supaya biji kacang tu masuk hidung aku. Bengong btul eksperimen aku ni. Skali tu masuk sungguh biji kacang tu kat dalam hidung aku. Malangnyer tak leh nak kluar. Dah tersepit dalam hidung. Panic lah atok aku. Last-last tak tau nak buat ape, dia bagi aku susu suruh tido. Bila aku bangun tido biji kacang dah hilang ntah ke mana. Dah tertelan agaknyer. Terselamat lah diri ku dr tersepit biji kacang.

Alkisah Ke-2: Jari jemari yang tersepit.
Kisah kedua ni aku dah besar sket, umurku dalam 5 tahun. Tp kenakalan utk eksperimen mengarut  masih di level yang sama. Mase tu mak aku tengah sibuk nak buat kek. Ceh, aku pun ape lagi sibuk gak bertengek tengok mak aku. Masa tu aku "jakun" sangat  tengok mesin bancuh kuih (mixer) mak aku. Mixer zaman dulukan dia nyer bowl akan berpusing gak. Tiba-tiba datanglah idea experiment aku. Rasa-rasenye kalo aku letak jari aku kat tepi mangkuk yang berpusing ni, apa jadi ek? Jangan tanya aku ape objektif nyer, aku pun tak tau. Hahahhaha. Aku dengan selamba bubuh 4 jari ku kat tepi mangkuk yang berpusing. Sampai kat hujung, kat base dia….mesin berenti mak aku pun toleh, tengok muka aku dah pucat lesi. Jari dah tersepit kat mixer. Ha padan muka, nangis-nangis nak lepaskan tangan. Bersungguh-sungguhlah mak aku try kuarkan tangan aku. Lame gak lah nak kuarkan nearly 5 minutes. Nasib baik masih cukup lagi jariku. Hehehehehe.

Alkisah Ke-3: Giliran kaki plak untuk tersepit
You all tau tak jeriji yang digunakan untuk tutup longkang-longkang kecik. Tapi skrang ni dah kurang diguna pakai dah. Mase aku kecik dulu, aku memang takut untuk jalan atas jeriji ni, takut kaki aku yang kurus melidi ni tersepit. Slalu parent aku yakin kan aku, yang tak kan tersepit. So one day aku pun try jalan dengan slamber nyer di atas jeriji tu. Tapi ntah macam mana tiba-tiba kaki aku terperesok antara jeriji tu. It looks my nightmare turns into reality. Masuk sampai ke betis tu. Tersepit lah kaki aku antara jeriji. Mase tu ada ayah aku, opah and pakcik aku. Dia orang semua tolong kluarkan kaki aku. Dia orang terpaksa press betis aku yang dah luka berdarah tu, supaya mengecik sket and aku try pull my leg out. Sakit and pedih sangat mase tu. Malu tak yah cakap lah kan, Adalah 2-3 orang berenti tengok. Siap suggest panggil bomba lagi. Aku tarik gak kaki aku sampai berjaya kluar sebab tak mo bomba datang. Luka berdarah-darah lah kulit aku bergesel dengan jeriji tu. Tapi aku rase mase tu aku nangis lebih kepada malu.


Haisshh macam-macam peristiwa tersepit pelik yang aku ada rupanya. Ada lagi sebenarnyer, tp cukup lah aku kongsikan 3 kisah tersepit ku ini. Harap-harap En Rohaizad dan pengunjung yang lain enjoy membacanya. Akhir kata harap dapatlah memberi tunjuk ajar kepada diriku yang baru berjinak-jinak di dunia blog.

Picture source from: fiskepinne.wikispaces.com

22 comments:

Kujie said...

eh...kisah ketiga mcm gambar kt entri blog kak jie..tersepit tu

sebenarnya - malam tadi pun berlaku kejadian tersepit celah macam tu

seronok pula masing2 sepit menyepit ni

BLUEDIANTHUS said...

Menarik juga entri ini...jangan tersepit lagi tau..hehe

Unknown said...

haha.. alahai, ni betul2 tersepit fizikal ni. hahaha. camne la kacang tu leh hilang kan. haaha

Eizil said...

mesti atok mengerjakan biji kacang panjang tu semasa tgh tidur :D

rohaizad said...

Yang cerita biji kacang panjang masuk hidung tu memang lawak lah weyyy.... haha

p/s: tak pernah dibuat orang :)

noreed said...

Kujie: Ha`a lah kak jie. Smlm tak prasan plak. Kak jie tersepit kat jeriji tu ke?Aduhai, mcm mn kaki, ok? anyway thank u sudi melawat blog sy, siap tinggal komen lagi :)

p/s: kak tlg lah bls emel sy. sy sent last week.

noreed said...

bluedianthus: Thank u sudi baca n leave a comment. Skrang dah kurang tersepit dah, tak ada idea nak buat eksperimen baru..hehehe

noreed said...

semutcomey: tu lah sy pun confuse mcm mn lah bleh hilang. tertelan mase tido kut, nasib baik tak tumbuh pokok kacang plak dlm perut.hehehe..thank u sudi melawat n leave a comment.

noreed said...

Eizil: Huish kalo atok sy mengerjakan biji kacang tu, tak kan sy tak sedar. Ke sy tido mati ek mase tu....hmm musykil ni...terima kasih byk sudi membaca n3 merapu sy :)

noreed said...

rohaizad: hehehe, tulah mase kecik2 dulu macam2 eksperimen mengarut nak cuba. terima kasih byk2 bg sy masuk entri ni. tak sangka ramai 'tetamu' sudi bertandang di blog newbie mcm sy. arigato...

noreed said...

kepada semua blogger otai yang telah sudi melawat blog ku, terima kasih daun keladi, lain kali datang lah lagi. im really new in this area, harap sudi beri tunjuk ajar.

p/s: maaf comment lbt reply...my opis cannot berblogging.huhuhu sgt sadis.

Ladfe Amir said...

memang betul-betul tersepit. entri yang menarik

noreed said...

lafte Amir: thank you sudi membaca. entri awk lg hebat siap ada gaban...:)

ISZA said...

takleh bayang kan bab kacang tuu.. kalau jadi kat anak akak.. boleh jadi panduan ni.. :)

Farhana said...

keke.. sabar je la. ape pun keep it up! all the best ya!

Farhana said...

:D
mmg tersepit nih.. heheheh

noreed said...

cikgu isza: thank you sudi bertandang. jdkan panduan ckp kat anak2 jgn noty buat eksperimen merapu mcm sy..hehehhe

noreed said...

mummynana: thank u sudi membaca n3 newbie mcm sy ni. awak pun, all the best in what ever u do. :)

Jom Masak Channel said...

wahh banyak betul kisah tersepit...lepas ni ape lak ek...

noreed said...

macam-macam ada...tiba-tiba plak tagline astro.hehehe

madlut said...

banyaknya kisah-kisah tesepit..haha...nie baru betol2 tersepit, paling lawak tersepit kacang di hidung

noreed said...

wah farid kamil dtg menjenguk lah thank u. :)

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino