Misi Mencari Kerepek

23 August 2010 – Salam sejahtera buat semua pembaca. Terima kasih sudi menyinggah di sini.
Entry sebelum ni aku bercerita tentang kuih/biskut raya kan? Kalinya entry aku nak citer perjalanan aku semalam mencari kerepek di sekitar Selangor. Pagi tu around kul 9 pagi mak aku dah kejutkan aku untuk ajak dia ikut amik baju raya kita orang yang dah siap kat Banting. Jauh tak jauhnya tempah baju sampai ke banting tu. Hehehe. Oooppss ni bukan nak citer tentang baju raya ek, citer tentang kerepek.

Misi Mencari Kerepek

Dalam perjalanan untuk ke rumah tukang jahit tu, ada banyak signboard and gerai-gerai menjual kerepek untuk Hari Raya ni. Kita orang pun apa lagi sambil menyelam minum air lah. Eh batal pose plak nnt. Hehehe. Mula-mula tu kita orang singgah kat “Kerepek House”. Kedai ni bukan kat tepi jalan dia macam tersorok sket ke dalam. Terkejut bila masuk tu, banyak btull keta sampai jammed lah. Punya lah ramai orang kat “Kerepek House” tu macam orang datang kenduri kahwin lain. Bersesak-sesak nak masuk. Famous habis kedai ni. Actually kedai dia ni macam rumah, bila nak masuk kena bukak kasutlah. Mase kita orang sampai tu, banyak kerepek yang dah ‘ilek’. Kerepek pisang yang jenis bulat-bulat, aku suka tu dah habis dah. Bila kat situ startlah rambang mata, semua pun nak beli. Kat sini bukan sahaja jual kerepek kuih raya pun ada. Tapi mak aku kata, kuih raya kat Kampung Kuantan, Klang lebih murah. So kita orang just beli kerepek jer.  Ade satu bahagian untuk para perniaga beli secara borong.  Tak sempat nak snap picture ramai sangat orang. Macam-macam kerepek gak lah kita orang beli, kerepek pisang ‘sire’, tumpi, cakar ayam, kerepek tempe, kuih kapet. Oh kuih kapet kat sini ada yang berbentuk kon. Dodol dia plak packaging dalam bekas kecik.Creative btull dia orang ni.

Misi Mencari Kerepek


After perabis duit kat situ, gi plak lagi satu kedai kerepek; “Mama Juns”. Yang ini kat tepi jalan jer. Mak aku nak cari baulu gulung. Tapi tak ada. Lain di cari lain dibelinya, adik aku duk beli kacang parang plak. Rupa-rupanya, currently dia orang concentrate on kerepek dahulu, baulu gulung dai orang buat lambat sket.. Even tak ada dah barang yang dicari mak aku still nak ronda-ronda tengok kuih yang lain. Aku seperti biasa start lah menjadi mak nenek kualiti control. 
             “Kata nak beli baulu gulung, dah tak ada jom lah balik”
             “Eee… bising lah kakak ni, gi amik gambar jer, dah abis amik gambar gi duk dlm keta.   
               Tak tenang ibu nak beli barang”
Hehehehe mak aku paling rimas kalo gi soping dengan aku. Tak tenang dia nak beli barang.

Misi Mencari Kerepek

Selepas tu pergi lagi satu kedai kerepek; “Rose Enterprise”. Kedai yang ni kena masuk ke dalam sket. Kat sini pun ramai gak. Tapi tak dapet nak lawan kedai yang pertama tadi. Kat sini ada jual kerepek, kuih raya dan air bikarnonat. Aku biasa lah bila nampak air start lah tanduk syaitan soping aku tumbuh, toing..toing… Tapi Alhamdulillah dapat melawan godaan….fuuhh slamat. Kali ni misi mak aku nak cari kerepek ubi plak. Macam-macam perisa plak kerepek ubi dia kat sini. Ada perisa BBQ, Kari, Tomato and Masin (biasa). Last-last mak aku beli kerepek ubi(masin) and kacang. Aku dah buat muka pelik dah,
           “Napenyer beli kacang ni, kan ibu tengah pantang tak leh makan kacang”
Rupa-rupanya, dia nak bagi orang. Hehehe tak pasal aku buat dosa keringkan. Tapi mak aku memang saje pun nak kenakan aku nak tengok reaction aku. Sabar jer lah kan.

Misi Mencari Kerepek

Selepas selesai urusan di Banting ni, kita orang bergerak ke Kampung Kuantan, Klang plak. Boleh kata every year memang mak aku akan beli kuih or kerepek kat sini. Adik aku ni nak makan kuih tart yang jenis gulung plak. Mak aku dah beli dah tu hari tart yang bunga tu.
            "Hmm...nasib anak dua jer. Satu nak tart tertutup, satu nak tart terdedah."
Hahahaha. Bila tiba kat kedai ni aku dah tak larat dah. Snap gambar pun sket jer. My mum and sis jer lame kat dalam kedai tu. Aku snap picture pastu dah kluar melepak dalam kereta.

Fuhh penat btull misi mencari kerepek ni. Btull tak aku cakap bleh kata seluruh Selangor lah kita orang meronda mencari kerepek. Balik tu masing-masing dah melepek jer. Sebenarnyer after Kampung Kuantan tu, kita orang singgah lagi satu tempat, tapi bukan beli kerepek lah. Tu tunggu entry selepas ini ye. Panjang bebenar dah entry ni. Bosan nak baca nanti. So tungguuuu yee…

No comments:

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino