Merah Menyala Itulah Dia Blog RedMummy

Halllo..hallloo....buat semua pembaca blogku.

Merah Menyala Itulah Dia Blog RedMummy
Grand Prize: Hugo Boss Perfume

Entry kali ni tentang contest yang dianjurkan oleh Kak Red di blognya. Apa syarat peraduan ini, just tulis tentang blog Red Mummy. Pastu gi comment kat entry contest tu, untuk link back entry kita tu. Itu sahaja syaratnya. No follow-follow, no exchange link. Just use ur creativity to enter this contest. Grand Prize minyak wangi Hugo Boss dan 8 lagi hadiah misteri. Oh! Kak Red saya mahu itu Hugo Boss.

Merah Menyala Itulah Dia Blog RedMummy


Bersesuaian dengan tagline blognya, iaitu "Pencinta Merah...The Red Lover...The Red Diva...", tema di blog RedMummy begitu merah menyala. Kalo first time masuk, memang terkejut beruk mata kita dibuatnya.. Buntang mata nak baca entry. Macam member ku, dia baru mengenali Kak Red apabila article tentang blog RedMummy keluar di Kosmo. Bila dia pergi jer blog tu, terkujat dia. Trus dia tanya aku, sama ada pernah ke aku gi blog RedMummy. Of course lah aku pernah kan, every day menjadi tetamu tetap di sana. Then dia kata; "Akak, baca 2 entry jer sebab tak tahan mata ni. Besok sambung baca lagi. Merah sangat". Hahaha, alah bisa tegal biasa kak. Kalo every day bertandang ke blog Kak Red tu, mata akak will get use to it.

Kenapa aku jadi ketagih setiap hari mau bertandang ke blog RedMummy tu? Jawapan aku senang jer, sebab blog tu sempoi. Bahasa yang digunakan pun tak terlalu skima. Bahasa pasar yang memang kita gunakan. Senang nak paham. Tak perlu nak puitis, tersirat, tersimpul, terbelit sana sini. Oppss, mesti ada yang kurang bersetuju dengan pendapat aku ni. Biasalah lain orang lain citarasanya. Lain orang lain blognya.

Blog ini sering berkisarkan cerita family; iaitu tentang RedDaddy, Abg dan Gegirl Kadang-kadang tu terselit gak cerita kucingnya yang tembun-tembun tu, serta tak lupa gak maid nya, Fifin. Nak cari tips mengajar anak-anak ikat tali kasut dengan cara terkini pun ada tau. Kalo tak tak kan blog ini boleh jadi finalist Best Parenting Blog untuk Asia Pacific Blog Awards kan?

Di samping family story, entry yang selalu terpampang di blog ni, adalah shopping. Well nak buat macam mana perempuan dan shopping memang tak dapat nak dipisahkan. Tak dapat soping, kalo cuci mata barang orang lain soping pun jadilah. Macam terapi. (Sukalah travel shoe color merah yang Kak Red pakai mase gi Europe tu. Stylo and look comfortable) Kehkehkeh. Kalo korang nak cari tentang sesuatu produk, jgn lupa hinggap di blog RedMummy ni. Ulasan tentang sesuatu produk fuh superb! Tak kira lah yang berbayar or memang produk yang Kak Red guna pakai sendiri. Tapi kan if dari pengalaman produk yang memang diguna pakai sendiri oleh Kak Red paling aku suka. Tulus, ikhlas. NO tapis-tapis.

Entry yang sangat-sangat aku suka, adalah entry tentang experience blogger ini bila dia pergi melancong. Memang syok baca pengalaman dia. Kisah lucu, kisah geram dan diselitkan juga dengan tips-tips berguna jika kita melawat ke negara/negeri berkenaan. Ulasan dari segi hotel, taxi driver, tempat menjamu selera sehingga lah hotel untuk melelapkan mata diolah dengan begitu sempoi sekali. I`m loving it! Mungkin tak tau bila lah aku akan dapat, melancong macam Kak Red gi Europe, Hong Kong , Medan dan banyak lagi lah, but when you read it macam dah ada kat sana lah. Manalah taukan kut-kut ada rezki aku satu hari nanti dah bleh aku guna pakai travel tips yang di share kan.

Hmmm dah panjang berjeler dah aku nyer ulasan tentang blog RedMummy ni. Ingat nak buat pendek-pendek jer, tapi bila aku dah start menceceh biasalah susah nak berenti. Ok-ok dah stop berenti dengan ucapan terakhir kepada Kak Red semoga trus suksess di dalam dunia blog dan kepada semua contestant good luck for this contest.



psstt...psstt...apalah hadia misteri tu agaknyer kan?


4 comments:

ISZA said...

ooo.. red mummy buat contest..
good luck k..

noreed said...

thank you kak :)

Unknown said...

good luck yergood luck k

noreed said...

thank you kak ina :)

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino