Picasa Tutorial - Collage (Part 2)

Salam buat semua pembaca blogku. Semoga semua sihat menjalani tugas-tugas seharian.

Jom kita sambung blajar Picasa untuk teknik Collage. Teknik ni macam gambar ke-2 dan ke-3 di entry Besday Yang Tertunda Sekian Lama. Teknik sebenarnyer lebih senang dari teknik collage entry sebelum ini. Oh yea! Sebelum tu harap maaf ye kaum Adam, tutorial kali ni gambar nyer masih bercolor pink. Harap bersabar ek. Hehehehe.

Seperti entry sebelum ini, letak kan semua gambar yang di'collage'kan di dalam satu folder (supaya lebih senang). Setelah button 'collage' di click, add semua gambar yang dikehendaki tu diatas canvas background. (highlight gambar and click pada tanda "+" )


Picasa
Picasa Tutorial ~ Gambar 1


Setelah semua gambar dah ada di atas canvas background, click combo box di bahagian kiri pilih "Mosaic" style. (Gambar 1). Dengan pemilihan cara ini, gambar-gambar kita akan disusun secara rawak.



Picasa Tutorial - Collage
Picasa Tutorial ~ Gambar 2


Kalo tak berpuashati dengan susunan auto yang dilakukan oleh Picasa, kita boleh minta Picasa susun semula dengan click button "Shuffle Picture" (Gambar 2, Arrow 2). Ataupun kita boleh click pada gambar dan dragkan secara manual letakkan di bhg yang dikehendaki.

Selepas dah satisfied with the arrangement, kita adjust kelebaran border antara gambar-gambar tu. Untuk lakukan step ini, just play-around with scale di bhg "Grid Spacing" (Gambar 2, Arrow 1). Untuk tukar warna border tu, click pada kotak berwarna di bahagian "Background Option". Macam cara nak tukar background sila rujuk kat tutorial semalam ok.

Bila dah happy dengan hasil kerja kita tu click "Create Collage", dan save. Maka hasilnya seperti di bawah. Oh, lupa nak bagitau format image yang boleh digunakan di dalm Picasa adalah JPEG. Begitu juga hasil outputnya berformat JPEG.




Ok selamat mencuba semua. Kalo kurang paham, just drop comment. Tutorial aku ni just berdasarkan pengalaman aku jer. Actually byk benda gak lah yang boleh dibuat di Picasa ni, dan senang dari Photoshop. Tetapi untuk proses image yang komplikated, aku tak suggest lah korang guna Picasa ni. Aku akhiri entry kali ini dengan kata-kata semangat;


"Realize that life is a school and you are here to learn"

5 comments:

khairolghani said...

senang sikit kot berbanding yang 1st..boleh la try lepas ni..tak pernah lagi buat collage

Lina Rahim said...

thanks Noreed..leh try ni..tu la, adobe photoshop tu payah sangat bagi saya..ni nak try picasa pulak

noreed said...

to khairolghani: ha`a yg ni senang sket, sbb dia susun gambar2 kita secara auto

to lina:slamat meng'godeh' picasa hehehe. dont worry ia berganda2 mudah nya dari photoshop :)

Unknown said...

noreed,
gud tutorial.. btw, sblm upload foto2 collage tu.. sila resize dulu... :)

noreed said...

thanks kak yong,
usually sy resize after the collage tu siap, lbh practical dan cepat. :)

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino