Lengkong Belang

Salam kepada pengunjung blogku. Semoga hari korang semua ceria di samping keluarga tercinta

Ingat tak entry semalam, tentang Curi Senduk. Di bahagian bawah footnote aku nyatakan aku baru jer settle buat lengkong.Meh aku share kan recipe lengkong belang ku. Alah lengkong ni sempoi jer buat aku yang tak berapa pandai nak masak ni.

Lengkong Belang


Bahan-bahan:
  • 1 packet agar-agar (semalam aku guna 375g nyer size)
  • 2 cawan gula
  • 5 sudu besar tepung custard
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil perwarna kuning
  • 1 sudu kecil coklat emulco
  • 1 sudu kecil vanila
Cara-cara:
  • Basuh agar, masak agar-agar bersama air. Air di masukkan sehingga agar-agar tu tenggelam. Ada tips mengatakan sukat air guna bungkusan agar-agar yang dipakai, dlm 1 1/4 bungkus air.
  • Bila agar-agar dah sebati dengan air (lebih kurang 40 minit) dan mendidih, letak kan gula, kacau sampai larut, then tapis.
  • Di dalam bekas lain tepung custard dibancuh bersama susu cair sehingga larut. Selepas itu masukkan adunan tepung custard bersama dengan agar-agar yang telah ditapis tadi. Masak lagi sehingga mendidih. Jika kurang manis, tambahkan gula pada masa ni. Masukkan juga vanilla, pewarna dan butter. Butter ditambah agar lengkong kelihatan berkilat dan berselera untuk dimakan.(Adunan A)
  • Di dalam bekas yang lain campurkan koko bersama air, kacau sehingga sebati. Tambahkan coklat emulco utk lebih rasa coklat.(Adunan B)
  • Apabila adunan custard dah mendidih, kecikkan api bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu untuk lapisan berwarna kuning dan satu lagi lapisan berwarna coklat. Untuk bahagian lapisan berwarna coklat, campurkan dengan adunan coklat tadi (Adunan B). Adunan coklat perlu ditenggek di atas dapur dengan api yang kecik juga, kerana custartd bila sejuk akan mengeras.
  • Basahkan acuan lengkong dengan air, supaya tidak melekat nanti. Tuangkan sesenduk adunan custartd (Adunan A) untuk lapisan kuning. Ratakan dan masukkan di dalam peti sejuk. Kalo nak cepat masukkan kat freezer. Bila dah keras, tuangkan adunan coklat (Adunan B) pula. Ulang sehingga kedua-dua adunan berkenaan habis.
Lengkong Belang


Ok itu saja. Senangkan jer kan. Boleh lah....buat diriku yang beginner dalam ilmu masak memasak ni. Selamat mencuba.





pssstt....psssttt...adunan cepat menjadi pekat, so kalo dah pekat sangat tambahkan air panas.
pssstt....psssttt...orang Johor panggil semua pun lengkong, tapi kawan aku kata ni nama nya puding. Kalo yang tak letak susu namanya agar-agar.

8 comments:

najib said...

sedap x rasanya?

noreed said...

hahaha, kalo tny tuan yg buat mestilah kata sedap. kena tny org yg mkn lah kut.

MyZone~theUn4given said...

..sedapnyeeeee!!!!

zulkbo said...

salam..
nampak sedap juga lengkong
ni yek?resepi sendiri erk?

mummy nana said...

sedap la! anto meh sini kat tasik biru haha.. nti leh try la ;)

kakyong said...

kalo dah letak susu + kastard memang di panggil puding, kalo semata2 agar2 baru le dipanggil lengkong... ;)

noreed said...

to myzone:hehehe terima kasih.

to zulkbo:walaikumsallam. resipi ibuku. smlm masak pun dimonitor oleh ibu. thank you singgah cni, bro :)

noreed said...

to mummynana:alamak kena hantar ke?meh dtg amik kat rmh kita lah. ada balance lg ni.nnt kalo try, citer output nyer ye

to kak yong:agar-agar bahasa omputih nyer jelly kan kak?

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino