Korang pernah dengar tak petua orang-orang tua, utk curi senduk untuk dapat anak perempuan? Kena curi senduk kat rumah yang penghuninya ramai anak perempuan. Tadi tengah hari beraya(beraya lagi, kehkehkeh...) di rumah opis mate ku, Kak Ani. Anak dia empat-empat perempuan. Ada anak opis mate aku yang lagi sorang tu, Kak Mas anak dia plak empat orang semua pun hero. Kawan aku pun suggest gi curi senduk kat rumah Kak Ani tu. Nak curi cakap kuat-kuat lah plak kan. Bukan curi lagi tu, tu ambik dah namanya.
Tiba-tiba ada suara nakal, dah alang-alang nak curi baik lah curi benda berharga berguna sket. Curi lah periuk nasi elektrik ke? TV ke? Lawak btul dia orang ni. Kak Mas awal-awal lagi tanya mana plug utk tv LCD yang besar gedabak tu, sebab dia nak curi. Ha berbaloi jugak kalo curi benda tu kan? Hahahaha macam dia orang ni.
Menurut Kak Suraya, yang agak senior dari kita orang semua ni orang dulu-dulu suggest senduk sebab murah. Kalo kena songlap pun boleh lagi tuan rumah nak beli baru. Lagipun senduk tu melambangkan budak pompuan yang bakal lahir tu nanti pandai masaklah. Aku bleh plak kan buat lawak bodoh kalo macam tu kalo nak anak lelaki kena curi tukul lah. Supaya pandai bertukang. Boleh jadi handyman. Orang selalu duk kata pompuan zaman skrang tak tau masak. Hah! Lelaki zaman skrang tak tau bertukang.
Tapikan nak curi senduk tu, senduk yang mana ek? Senduk baru ke senduk lama? Senduk untuk cedok kuah lauk ke? Senduk nasi? Senduk kayu ke? Senduk plastik ke? Tak pun senduk tembaga kut? Menurut teori aku yang dah mengantuk ni, aku rasa baik curi senduk lama yang digunakan untuk cedok kuah lauk tu dan bagi menjaga alam sekitar baik curi senduk kayu. Kenapa aku buat teori merepek ni. Sebab kalo senduk lama, maksudnya tuan rumah tu dah guna, so ada pengalaman lah dalam masak-masak ni. Bukan senduk nasi sebaliknya senduk lauk kuah kerana nanti pandai masak lauk. Untuk masak nasi senang sket nak blajar. Suka-suka hati kan aku buat teori merapu aku ni.
psssttt...pssstt...semasa entry ni dibuat aku baru pas buat lengkong. Err..dulu mak aku curi senduk baru agaknya, sebab aku tau masak sket-sket jer. Huhuhuhu
11 comments:
kalau nak curi pun curilah yang lama punya..yg dah x guna lagi mujarab hehe..senduk nasi kata org dulu2.
ooo btul lah teori sy tu. salah tang function senduk. kena curi senduk nasi rupanya.
oh! senduk pun ade effect ekk...org dulu2 ade cakap, curi sireh , cepat jodoh..sejauh mane kebenarnye, doa pada Allah tu yg pasti...
kekeke klako pulak baca. tapi kire senduk ns berharga la jugak kan. :D
oh.. ye ke?
tah pernah dengar pula..
memang teringin anak perempuan ni tapi..
tak sanggup pula nak mencuri kan..
usaha cara lain kot..
to emme: pernah gak curi sireh tu, tp tak lalu nak mkn, muntah blk tu yg tak kawen2 smp skrang.hahahah
to mummynana:kreatif kan petua org dulu2 ni
to cikgu isza:hehehe sy pun tak galakkan kak. tak baik, sian tuan rumah nnt tak bleh nak senduk nasi, sbb senduk dah hilang :)
tak berani nak curi sape2 punye senduk. kang kene senduk naya~
to nobita:huhuhu bhy tu, bertukar jadi monyet nanti
tak penah dengor pasal ni... hehehe.. lucu plak rasanya..
to kak yong:famous petua ni kak, tp tu lah tak tau plak kalo nak anak lelaki kena curi ape ek?
Post a Comment