Makin Jogging Makin Lapar

Salam berhujung minggu buat semua pengunjung blogku.

Early in the morning, semalam pergi jogging bersama ayahanda di taman rekreasi dekat-dekat dengan area rumah aku ni.  After Subuh tak tido balik ok. Slalu memang aku terbongkang tido, sampai kul 8 lebih. Kadang-kadang tu terlajak sampai kul 9 lebih. Hehehe. Konon-kononnya macam qada tido lah tu.

Taman rekreasi ni tak adalah besar mana. Kalo ikut km adalah dlm 2km kut kalo buat satu pusingan. Aku berjaya buat 2 pusingan. Tak adalah jogging sgt pun. Separuh jalan, separuh lagi jogging.

Jogging
Fuh...penatnya...
Penat woo! Badan, orang yang jarang-jarang exercise, tiba-tiba mau buat exercise. Kerja seharian pun kat dalam aircond, duk mengadap pc setiap hari. Memang jarang lah bergerak aktif. Tadi masa kat park tu, baru 1/4 round jogging dah termengah-mengah. So berhenti jogging, jalan pelan-pelan. Pastu jogging balik. Haish, memang tak ada stamina aku ni. Penat sungguh rasa. Tapi bila dah setle, badan rasa segar, berpeluh sungguh

After jogging hari ini, aku sangat lapar. Pergi  blasah roti 'tampal' kat kedai mamak. Belum kul 1 petang aku dah lapar balik. Aku blasah lagi sepinggan nasi goreng yang bonda goreng. Huh! Makin jogging makin lapar aku dibuatnya. Banyak betul aku makan. Nasib baik aku bukan dalam proses diet menguruskan badan. Just diet untuk kesihatan sahaja. Yelah umur dah 30, kenalah jaga kesihatan. Konon macam nak jadikan routine every weekend. Tak tau lah berjaya ke tidak.

Bila malam kaki dah sakit. Otot kaki terkejut. Bangun awal pagi, bukan sekadar tekan pedal minyak dan brek kereta. Tetapi kena berlari-lari anak. Mahu jogging lagi di pagi Ahad ini. Harap cuaca mengizinkan. Harap juga kaki tidak terlalu sakit untuk berjongging.




psstt..psst..bgtau ayah nape makin jogging makin lapar. Dia bagitau sebab tu lah para petani makan nasi dengan banyaknya, sbb byk tenaga diperlukan.

picture source:google image

8 comments:

azhar said...

biasa ler umur dah meningkat stamina pun kurang...heheh

noreed said...

ahaks...ni bukan saja faktor umur, faktor mmg tak ada exercise lgsg.hehehe

khairolghani said...

bagus..jogging jaga kesihatan..tapi macam tak de efek je kalau dah jogging lepas tu makan banyak2..

noreed said...

kehkehkeh, memang pun. tak pe sy mmg nak gain weight :)

Ladfe Amir said...

sempat lagi jogging. saya tak berpeluang sebegitu.

noreed said...

to ladfe Amir: on weekend jer jogging. hr bekerja jogging dlm keta jer hehehe

wannurfazrini said...

HAHAHA tahu takpe ,, i penah lantak 2 bungkus nasi lemak lepas jogging . baik mcm tayah jonging je +,+

noreed said...

to wannurfazrini: hahaha, kalo nak tau td pagi after jogging makan sepinggan nasi lemak. rasa bersalah pada badan, tp laaapppaarrr. nak wat mcm mn...

tq sudi singgah cni :)

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino