Seperti yang dijanjikan dari entry sebelum ni, aku nak kongsi rahsia pemilihan password yang kita gunakan, boleh menggambarkan personaliti seseorang.
Terdapat individu yang memilih password mereka dengan memilih perkara atau benda kegemaran mereka. Ini menggambarkan kamu gemar mengambil mudah tentang sesuatu perkara. Sehingga kadangkala ia boleh mengundang masalah besar kepada individu terbabit. Disebabkan sifat kamu yang mengambil mudah ni, kamu senang didekati. Untuk mendapat kawan pada kamu memang mudah. Kawan-kawan kamu tidak mengenal usia, keturunan dan bangsa. Semua pun kamu bleh masuk. Tetapi berwaspadalah tidak semua masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah.
- Nickname/Nama Panggilan
Hmmm...adakah kamu seorang yang bangga diri?Bukan tak bagus sifat itu. Ada baiknya juga. Ini menunjukkan kamu mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Tapi awas jangan keterlaluan. Ada pulak yang meluat nanti. Dari segi pemilihan kawan kamu agak memilih dan kamu tidak begitu mudah mesra. Mungkin kamu tidak mempunyai ramai kawan, ini kerana orang di sekeliling kamu menganggap kamu seorang yang berlagak. Mungkin sudah tiba masanya untuk kamu berubah. Never late than never.
Adakah password kamu terdiri daripada nama penyanyi pujaan kamu; Justin Bieber atau nama pelakon; Lisa Surihani tak pun pemain bola sepak; Ronaldo mungkin lebih hebat lagi nama pemimpin; CheDet. Ucapan tahniah harus diberikan kepada kamu. Ini membuktikan kamu seorang yang mempunyai wawasan yang tinggi. Daya imiginasi kamu yang tinggi membawa impian untuk jadi seperti individu yang terkenal dan hebat. Maka jadikanlah idola kamu itu sebagai sumber inspirasi untuk kamu meraih kejayaan seperti idola kamu itu yea. Janganlah sekadar angan-angan 'Mat Jenin' jer. Kelompok pergaulan kamu amat luas. Tetapi kamu perlu berhati-hati kerana kadang-kadang kamu tidak dapat membezakan antara kawan yang ikhlas atau yang sekadar mahu mengambil kesempatan sahaja.
Hmmm...nampaknya kamu seorang yang cukup setia. Tak kiralah dari segi perhubungan ataupun persahabatan. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang terlalu mementingkan keluarga agak merimaskan sesiapa yang akrab dengan kamu. Mungkin sedikit keseimbangan perlu dilakukan di sini.Percaya atau tidak, ramai di antara kita memilih nama individu yang terdekat menjadi password.
- Ganjil
Apa itu password ganjil? Password ganjil adalah gabungan antara huruf, nombor dan mungkin juga simbol. Contohnya 'm3r4#'. Individu ini sukar ditafsir. Moody serta komplikated. Dan segala tidak tanduknya sukar diramal. Di dalam melaksanakan sesuatu tugas kamu agak cerewet, dan agak sukar untuk memuaskan hati kamu. Walaupun sikap ini bagus untuk prestasi syarikat, tetapi berhati-hati jangan sampai kamu dipulaukan oleh rakan sekerja. Jangan juga terlalu memendam perasaan, belajar untuk meluahkan. Belajar juga untuk hidup dengan lebih tenang dan mempercayai individu di sekeliling kamu.
- Tarikh Lahir
Berhati-hati jika kamu memilih password yang terdiri daripada tarikh lahir. Ini kerana ia terlalu mudah diakses oleh orang lain yang mengetahui tarikh lahir kamu. Mereka ini disifatkan sebagai individu yang santai, kelakar dan bersahaja. Jika kamu di dalam perhubungan, mungkin kamu perlu mengimbangi sifat kamu dengan lebih serius. Ini kerana pasangan kamu sentiasa berasa kurang yakin dengan kamu.
- Si Dia
Tidak kiralah tarikh lahir, nama si dia, kereta si dia, apa sahaja yang berkaitan dengan si dia kamu pilih untuk dijadikan password kamu. Hohoho kamu memang sedang dilamun cinta. Menunjukkan kamu seorang yang obses dengan cinta hati kamu. Kesetiaan itu memang perlu di dalam sesuatu perhubungan. Namun jangan terlalu mempertaruhkan kepercayaan dan kesetiaan yang terlalu tinggi.
- Jika password kamu tetap
Semua password untuk mengakses sistem, emel, akaun bank kamu gunakan yang sama? Awas ye, takut nanti ada yang mengambil kesempatan. Kamu jenis yang tidak suka berfikir panjang. Kamu tidak suka dibebani dengan perkara-perkara yang remeh. Kamu berpendapat semua masalah amat membebankan dan kamu sering cuba lari dari masalah.
- Kerap menukar password
Rajin betul tukar password. Tak sampai sebulan, kamu dah tukar password yang baru. Adakah kamu seorang yang mempunyai perasaan syak wasangka yang tinggi. Kamu sering menaruh perasaan negatif terhadap teman-teman mu. Tetapi mungkin juga kamu seorang kreatif, kerana boleh menukar password berkali-kali dalam tempoh yang singkat.
psstt...pssst...sejauh mana kebenaranya aku tidak pasti. Tetapi ada gak 2-3 yang terkena batang hidung aku sendiri. Hehehhe
4 comments:
kategori mana yer..
ermm.. tengah fikir sat ni..
to cikgu isza: sshhh...keep it secret.
password aku tak tetap..time register mesti rasa nak ubah yg lain..kalau lupa,minta la reset password..
to khairolghani:hehehe masalah lupa password tu mmg ramai org hadapi...
Post a Comment