Tertusuk Paku

Salam buat pembaca blogku. Kembali bersiaran. Mula dengan entry ringan-ringan jer lah ye.


Cerita tentang 'mobil' comel ku. Beberapa minggu sebelum ni, tayar kereta aku macam kempis jer. Ayah aku dah bising dah, tau bawak keta jer angin pun tak check. Dia pun bawaklah pegi isi angin. Tetapi 2 minggu lepas tu kempis balik tayar kereta aku. Before that ayah aku dah warning dah tengok-tengok sket tayar blakang yang belah kiri tu, kempis semacam jer masa ayah aku pamkan angin nyer dulu.

Tertusuk Paku

Beberapa hari yang lepas, kempis lagi tayar mobilku. Hmm..nampaknya kena bawak pergi kedai tayar ni, mungkin dah 'tertusuk' paku. On weekend plak nak gi banyak lah kedai yang tutup. No choice terpaksalah pergi kedai kat area rumah aku tu jer. Sebenarnya aku kurang gemar sket pergi kedai ni, sebab dia jenis penjual yang semua benda dia akan kata rosak, kena tukar baru. Aku kronik sket kedai yang macam ni. Kalo tak tukar risau jadinya, kalo tukar gaya dia ckp mcm menipu jer. Tapi nak buat macam mana tu jer kedai yang dekat dan bukak. Nak pergi jauh-jauh bahaya lah plak tayar kurang angin tu.



Maka bermula lah operasi medical check-up di atas tayar aku. Rupa-rupanya ada paku ko. Panjang gaklah dekat 5 cm panjangnya sudah menusuk tayar keretaku. Nasib baik paku tu berada di tengah-tengah, bukan di atas bunga.
"Manalah awk pergi dapat paku panjang tu, kerja contractor ke skrang?" perli ayah.



Tertusuk paku



Tertusuk Paku

Aku sengih jer lah. Nak cakap apa. Pomen tu guna playar cabut paku dari tayar. Selepas tu dia letak macam satu getah panjang lipat dua dan sumbat pada lubang bekas paku tadi. Oooo...rupanya boleh tampal macam tu. Aku ingatkan kena ganti satu tayar. Aku dah risau, terkebil-kebil berapa ratus lah aku nak kena bayar ni. Dalam masa 15 minit minor surgery terhadap tayar mobilku, pun siap. Buruk sket lah rupa tayarku, takpelah asalkan boleh berjalan tak ada masalah. Pomen tu charge aku RM5. Aku tak pastilah murah ke mahal untuk charge tampal tayar tu. Tapi bila masuk kereta ayah aku cakap,
"Dulu tampal tayar 3 hinggit jer"
 "Adui, ayah tu zaman bila. Skrang kuih 3 singgit pun susah nak dapat. Semua pun dah naik harga.Hehehe..."





 Selalunya berapa ye tampal tayar ni? Ada sesapa tau?

10 comments:

Kalamhati said...

huhu sama kes kita..tp akak kena b4 posa..paku tertusuk..memang tampal tu standard dia caj 5 hengget..tayar tubeless skang gitu la cara dia tampal..=)

WAHIDA ALIAS said...

harge tok tmpl tyr x tawu..tp yg wawa tawu tok tmpl gigi pon x dapat rm3..agagagga

noreed said...

to kalamhati: senasib lah kita kak huhuhu

to wawa: tak mo tampal gigi.takut jumpa dentist ;P

MyZone~theUn4given said...

...kisah tayar upenyee...

noreed said...

to myzone:iye kisah tayar. hehehe gimik ke tajuk tu?

~yUs~ said...

'mane la awk pergi dpt paku panjang tu..kerja contractor ke skang..' perli ayah...

p/s: bf kakak keje contarctor la ayah..hehehe

noreed said...

to yus: ooppss, sapekah itu???

Ina said...

awak tak tertipu la dear....mmg harga tampal tayar is std RM5 hehehe....cool

noreed said...

to aunty ina:hahaha i just be so paranoid, coz cina tu pernah nak tipu ayah kita

khairolghani said...

kira harga standard la tu..mana2 kedai memang letak harga RM5..

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino