Streamyx Yang Hilang

Salam buat semua. Buat apa hari ni? Hujan renyai pagi ni di Shah Alam. 'Terpaksa' lah aku sambung tido. Ceh! terpaksa tu. Hehehe.

Streamyx Yang Hilang
Current mode: Confuse
Kenapa tiba-tiba tak leh connect internet ni? Adoi pelik btull aku bangun pagi hari ni, adik aku kata napa tak bleh connect to internet. Modem rosak ke? Bila aku check modem macam ok. Tetapi lampu pada modem tu yang bernyala hanyalah di bahagian 'Power' dan 'WLAN'. Pada 3 minit pertama lampu di bahagian 'Ethernet' tu duk blinking jer. Pastu trus padam tinggal dua lampu tu. Lampu yang lain (Inthernet, DSL ) tak menyala langsung. Apa hal plak ni? Angkat phone no dial tone. Haiisshhh apa sudah jadi ni.

Malasnya aku nak beurusan dengan pihak telekom di Shah Alam. Service dia orang memang out lah. Nak pasang Streamyx dulu pun dekat 3-4 kali aku kena panjat tangga TM Point tu. Layan customer macam nak tak nak jer dia orang. Hanya ada sekali jer, aku berpuas hati dengan layanan yg mereka berikan. Tapi kalo bahagian yang bayar bil tu bukan main laju lagi service dia orang dengan senyuman semanis gula. Aku apply untuk 4GB tapi aku dapat 1GB jer. Tak tau lah line kat area rmh aku ni tak support ke apa? Kalo ye tak support tak bleh ke ko notify ko nyer pelanggan. Ni nak kena berurusan dengan mereka lagi. Adoi! Lemah betul aku.

Nasib baik adik aku balik weekend ni. Boleh lah pinjam jap brodband Celcom dia. Nak menjengah jap blog kesayangan ku ini. Nak menjenguk rakan-rakan blogger sekalian. Kena selesaikan cepat masalah Streamyx. ni. Tahap ketagihan internet aku memang sukar dibendung ni. Penagih internet tegar. Dan nak masuk lagi satu fasa ketagih. Iaitu ketagihan blog. Huhuhu.....


psstt...psstt....kawan-kawan tau tak nape dengan Streamyx ku ni?

picture from Google image

3 Malam Penuh Bintang

Halloo..haalloooo...selamat berhujung minggu buat semua.

Tiga malam penuh bintang
Dan diriku dihimpit ke'busy'an
Namun ku tahu arah tuju
Kerna ku tahu apa yang ku mahu
Bagaikan malam disinari mentari


3 Malam Penuh Bintang
Output dari ke'busy'an ku


Hahaha suka-suka aku jer tukar lirik lagu nyanyian Fiq(Mentor) ni. Ampun ye Fiq tak ada niat apa-apa just nak menggambarkan betapa penat dengan kekalutan hidup aku selama 3 malam ni. Sudah 3 malam hidup aku penuh dengan bintang-bintang kesibukan. Malam ini mahu tido puas-puas dengan lenanya. Hmm tak tau besok mahu sambung routine jogging macam last weekend ke idak ye. Masih di dalam pertimbangan.

Bermula dari hari Rabu malam Khamis. Kerja di opis yang bertimbun. Meeting berlarutan sampai pukul 5 lebih. Niat di hati mahu  'chaw' awal untuk melancarkan plan kami bertiga (Zirr, PK(Kak Aza) and aku). Plan untuk menerjah pasar malam di area Subang 2. Bersama misi mahu mencari tudung. Sungguh jeles tengok PK pakai tudung cun, kualiti baik tapi murah jer just RM10. Den, idaklah mampu beli tudung Ariani yang cecah ratus ringgit tu. Pasar malam tu dekat area rumah PK. Husband PK outstation ke JB hari Rabu tu, it the rite timing to go mengular bersama dia. Kami ada body guard 2 orang. Ilham dan Iman, anak PK. Ingat tak Iman yang aku pernah buat entry tentang dia tu. Walaupun berpuasa hari tu, but mission was accomplish succesfully.

Hari Khamis malam Jumaat pula misi mengambil hadiah dari RedMummy di KLCC. Kluar opis kul 5.15, fetch my friend, Adi yang baru abis exam. Dia sebagai Mr Gamin aku pada malam tu. Terima kasih, Adi kerana sudi temankan dan jadi En Garmin malam tu. Sampai di KLCC penjaga parking yang bermain-main membuat kerja telah membuatkan ketaku terkena palang semasa mengambil ticket parking. Memang aku bertukar menjadi naga waktu tu. Dia cakap sorry  tetapi muka ku masih muncong jer tanpa berkata apa. Nasib baik cermin keta tak pecah and keta aku tak calar. Kalo tak sah hangus hitam mamat jaga parking tu, aku fire. Tapi padan muka kena marah dengan supervisor dia. Kurus pahala pose ku hari tu. Tapi alhamdulillah mission accomplish gak. dapat hadiah, dapat jumpa Kak Red. Sangat happy.

Bintang busy pada Jumaat malam Sabtu pula, perlu menyiapkan blueberry cheese cake yang kawanku tempah. Terpaksa buat jahat petang tadi. Kuar awal dari opis, untuk menyiapkan cake ini. Kawan college lamaku, ni buat repeat order. So aku memang tak sampai hati to say 'NO'. Kalut menyiapkan tempahan cake, sehingga pukul 7 everything beres. After maghrib perut berkeroncong, lapar. My parent not at home tonite. Pergi melawat my auntie yang insyaAllah mahu menunaikan haji. Tersangat malas mahu makan nasi, tersangat malas mahu keluar beli makanan, makanya aku buat tortilla with daging burger and scramble egg. Makan sambil tengok tv. Pukul 11.30 kawanku sampai mengambil cake yang ditempah tu. Yeah rezaki datang. Thank u my dear friend, Hajar for your order.

3 Malam Penuh Bintang
Tortilla with meat and scramble egg

Itulah kisah 3 Malam Penuh Bintang Busy. Walaupun busy, penat, sakit-sakit dah kaki ku yang terlalu banyak berjalan ni.....namun aku sangat gembira. Gembira sebab busy. Can kill my silent moment. Yeah sound crazy rite. People who love 'busy'. Come on, look it in the positive site. When you busy that mean you healthy, so that you are capable to carry out your task until it success. Now it time my for my body to rest. Good night everybody. Have a pleasant weekend.


psstt...psstt...mahu jogging ke tak? Jogging ke tak?

A Big Thank You For RedMummy

Salam di pagi Jumaat buat semua.

A Big Thank You For RedMummy
Cun tak eyeshadow baru ku?!?"



Cantik tak mata aku? Kehkehkeh....Ini kerja orang tidak expert bila 'menconteng' muka ye puan-puan dan tuan-tuan sekalian. Tau tak mana aku dapat eyeshadow glamour ni? Inilah hasil kemenangan contest yang aku sertai di blog RedMummy. Ala contest Contest Meletup Top-top, yang RedMummy minta kita review tentang blog dia tu. Aku nyer review tak lah sehebat mana dibandingkan dengan review orang lain yang memang zass meletop sesuai dengan label contest tu.
  • Thank you pertama untuk Kak Red sebab telah review entry dari blog ku yang kerdil ni.
Sebenarnya, pada permulaan contest itu disiarkan Kak Red menawarkan hadiah perfume Hugo Boss, tetapi bila keputusan contest tu diumumkan hadiah telah berkembang biak. Wah, best-best. So dapat lah peluang blogku menyelitkan diri dapat hadiah consolidation prize. Itu sudah cukup make me so happy. Alhamdulillah
  • Thank you kedua untuk Kak Red sebab telah memilih entryku yg selamba, sampaikan citer maid dan kucingnya pun aku review.

Setelah keputusan diumumkan dengan pantas aku pun email KakRed about my detail. Tapi pelik kenapa tak berbalas. Selalunya sepantas kilat jer Kak Red repply. Aku memberanikan diri untuk email dia, tanya kut-kutlah  dia tak terima emel aku. Kak Red minta aku emelkan lagi skali segala detail aku skali lagi. Rupa-rupanya emel Kak Red sebelum ni termasuk kat kotak spam aku. Tak terpikir plak nak check sebelum tu. Ayoyoyoy.....malu aku.
  • Thank you ketiga untuk Kak Red sebab telah melayan emel aku tu, dan tak siarkan di blog RedMummy.
  • Sorry Kak Red sebab aku tak terpikir plak nak check kotak spam sebelum tu.

Setelah pertemuan diatur melalui emel aku pun berjumpa dengan Kak Red semalam di KLCC. Jangan jeles aku dah jumpa Kak red secara personal. Comel jer Kak Red berbaju turqoise semalam. Tetapi aku terlewat sket semalam. Sorry banyak2 ye Kak Red. Al-maklumlah after opis hour from Shah Alam to KL semua orang pun berpusu-pusu balik kerja. Sian Kak Red tunggu aku. Janji kul 7, kul 7 tepat Kak Red call tanya aku di mana. "Jap ye Kak Red sy baru pas parking dan berada betul2 di deapn masjid KLCC tgh marathon utk ke CIMB bank seperti yang dijanjikan."
  • Thank you keempat untuk Kak Red sebab telah menunggu kedatanganku semalam
  • Sorry sangat-sangat Kak Red, sebab terlewat.

A Big Thank You For RedMummy
Hadiah Eyeshadow, dr Red Mummy!

Sebenarnya nak berposing dengan Kak Red semalam. Tapi dah tergamam. Gulp! Rasa bersalah pun ada sebab terlewat. Sebelum tu niat nak ajak makan dinner sama lah, nak ajak posing lah. Tapi tak terkata dah. Hehehe. Lagipun menurut Kak Red nak masuk opis semula. After bagi hadiah, trus Kak Red berlari ke opis semula. Kena sambung kerja. Huhuhu,  working late ye kak. Nice meeting you Kak Red
  • Thank you kelima untuk Kak Red sebab telah menghadiahkan eyeshadow glamour lagi cun ni kepada diriku.
Bangun pagi, bersemangat gi kerja hari ni sebab ade makeup baru. Hehehe. Lagi skali thank you Kak Red...semoga Kak Red trus suksess di dalam dunia blogging



psstt...pssstt....semalam kita berdua pakai baju color sama lah Kak Red, turqoise ;-)

Senyum - Fakta dan Hiburan

Salam buat semua. Baru balik dari KL. Sangat penat ni...mata pun dah separuh katup. Buat apa gi KL, nanti ku kabarkan citer gembira di entry besok yea. Malam ini kita dengar lagu nak.

Pernah dengar lagu Senyum - Malique featuring Najwa tak? Tadi on the way balik Shah Alam, kat radio mainkan lagu ni. Member aku, Adi suruh aku dengar lagu ni betul-betul. Dan bila aku dengar macam best plak lagu ni. Message dia sempoi jer. Just suruh kita senyum. The simple thing to do.



Sambil dengar lagu jom kita baca 10 fakta menarik tentang senyum
  1. Apabila seseorang itu senyum, secara globalnya dikenali sebagai satu ungkapan kebahagiaan yang mana dikenali oleh hampir semua budaya-budaya. 
  2. Apabila seseorang belajar ketawa mereka diketahui sebagai satu 'gelotologist'. 
  3. Terdapat mengenai 18 jenis senyumanyang digunakan dalam pelbagai  situasisosial. Misalnya, sebuah senyuman menyebut satu helo , dan  senyuman didalam perniagaan yang menandkan pemahaman masing-masing di dalam situasi tertentu.
  4. Berkerut menggunakan lebih banyak otot menguncup dan memperluaskan daripada sebuah senyuman buat. 
  5. Senyum menggunakan antara 5-53 otot-otot
  6. Enzim Endorphins akan dikeluarkan jika kita senyum dan membuat berasa lebih baik , malah apabila anda menipu sebuah senyuman anda boleh berasa lebih baik. 
  7.  Seseorang yang tersenyum lebih banyak dianggap makin menyenangkan, ikhlas, menarik dan lebih banyak suka bergaul kemudian satu pada senyum orang. 
  8.  Manusia dilahirkan dengan keupayaan senyum, ia bukan sesuatu yang boleh ditiru. Misalnya , malah bayi-bayi buta mampu tersenyum. 
  9. Manusia mampu membezakan antara satu senyuman sebenar dan satu senyuman palsu dengan melihat perbezaan dalam satu orang-orang mata apabila mereka tersenyum.  
  10. Bayi yang baru lahir lebih mudah cenderung mendekati individu yang mudah tersenyum


psstt...psstt...hmm nama anak Malique ni Inca Medina ke?



fakta credit to: www.infobarrel.com

JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI

Salam buat semua pengunjung blogku.

Ini merupakan entry terpantas dari ku, setelah terjumpa peluang 'keemasan' semasa sessi blogwalking. Nak tau peluang keemasa apa? Sebenarnya blogger famous BEN ASHAARI membuat tawaran hebat untuk meletakkan blog sesapa di dalam senarai bloglist. Tetapi ini untuk blooger yang baru nak merangkak macam aku ni. Yang dah famous lagi otai tu tak yah lah join. Bagi lah peluang ni untuk blogger baru macam aku.




Untuk blogger baru yang macam aku ni, mestilah tak mo lepaskan peluang ni ye, dak? Dah lah blog BEN ASHAARI tu famous. Dalam satu hari 4-5 kali update blog, tapi rasanya macam lebih jer. Sebab aku pun kadang-kadang tak terkejar entry update dia. Sorry bro...Nak tau berapa ramai follower dia?  3635 (ni semasa aku tulis n3 nilah, mungkin bertambah lagi semasa korang baca entry ni). Ha! Sape tak mau up-traffic kan? Tipu diri sendiri lah tu namanya.

 Antara syarat-syarat nya ialah:
  1. HEADER BLOG BEN ASHAARI  - aku kurang pasti syarat ni, harap betullah yang aku buat ni ni
  2. TAJUK : JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI - Dah buat dah
  3. Tinggalkan link entri korang tu di ruangan komen entri ini - Dah buat dah
Dengan harapan setinggi gunung aku harap saudara Ben Ashaari menerima lah entry ku ini. Kalo terima ucapan terima kasih tak terhingga aku ucapkan. Kepada blogger baru yang lain jom lah joint cepat kerana peluang ini akan ditutup pintu gatenya  pada tengah malam ni.


psstt...psstt...fuh nasib baik kerja dah siap, boleh lah mengular buat entry kat blog jap

Mahu Color Apa Ye?

Salam di hari Khamis buat semua. Di tempat ku ini, setiap pagi pun hujan. Bestnyer kalo dapat tarik selimut sambung tido lagi. Tempat korang hujan tak ye?

Skrang ni aku di dalam fasa untuk menukar layout blog ni. Dah boring dah pakai color hitam. Mahu bertukar ke color yang cerah sket. Supaya ceria sket bila korang datang melawat ke sini. Tapi biasalah bila tgk 'menu' layout di internet, mula lah aku jadi rambang mata. Pastu color dah berkenan, design tepi serabut lah plak. Layout semua dah cun, kemas tersusun color plak tak berkenan di hati. Haiiisshh antara dilema HIDUP SEORANG BLOGGER.


Mahu Color Apa Ye?
Rambang mataku melihat color ni
So aku decide untuk pilih color apa yang aku nak dulu, supaya proses pemilihan jauh lebih senang. Maka dgn ini, aku memerlukan idea bernas dari rakan-rakan blogger yang bijaksana di luar sana lah. Rasa-rasanya color ape ye yang best utk aku gantikan cat di rumah ku ini. Yang sesuai dengan citer-citer aku yang slalu merapu di sini dan skop penulisan meliputi segala aspek yang aku suka. Hehehe. Dalam fikiran aku skrang ada 3 color yang berkenan di hati iaitu, light pink (harus muntah color kaum Adam yang masuk ni), yellow or peach. What do you think? Aku just tak mo color putih dan hitam jer. Sebab temanya ceria. Tolong yea bagi idea korang yang hebat-hebat tu?

psstt...psstt...kalo boleh biarlah color tu sesuai utk pelbagai peringkat usia, jantina dan bangsa. Barulah worrlldd...kehkehkeh


picture credit to vi.sualize.us

Yeeahh!!! Hadiah Detox Food Sudah Sampai

Hi/salam buat semua pengunjung blogku.

Ingat tak aku pernah ajak korang semua untuk joint GiveAways Detox Food yang dianjurkan oleh saudara HazmanFadzil. Siapa yang berjaya buat entry di dalam 50 pertama akan mendapat hadiah Detox Food. Best kan? Just buat entry. Tak perlu slogan or pantun bagai.



Semasa aku joint contest ni pun dah ala-ala di hujung tanduk jer. Dah ramai contestant yang joint. Tapi nak try gak, mana tau sempat tersenarai dalam 50 orang tu. Alhamdulillah tersenarai. Malam semalam bila balik dari kerja, terima surat bersambung coklat. Ha`a ni mest hadiah Detox Food tu. Bukak-bukak btull. Hooyeeaahh!!! Sangat gembira. Tak sia-sia aku kelam kabut buat entry tu di dalam keadaan mata yang separuh terpenjam menahan ngantuk.

Tu hari kata macam nak bagi kat ibu jer kalo dapat GA ni. Tapi disebabkan ibu dah beli sekotak detox food kat farmasi tempoh hari, so aku macam nak cuba di atas diri ku sendiri. Ye lah asik makan McD ajer. Lunch hour, malas nak pikir drive through McD.  Kalo hitam legam tu maksudnya banyak lah toksid nyer.

Entry ini kali ini melabuhkan tirai dengan ucapan ribuan terima kasih di atas hadiah from GiveAways Detox Food. Terima kasih daun keladi, Kalo ada GA/Contest jangan lupakan diriku ini. Dan kepada yang berjaya di dalam GA ini tahniah kuucapakan dan selamat menyahtoksinkan diri masing-masing.

GIVEAWAY - FEEL THE COSMIC

Hallloo...hallo kepada semua di pagi Rabu ni. So far how is your day? Me so hectic busy. Ada byk benda nak citer sebenarnya. Tapi as what I said, this week adalah minggu GiveAways(GA)/ contest/ award/ sessi menjawab tag. Maka hari ini kita joint GA lagi ok. GA sape plak kali ni? Tak lain dah tak bukan GA dari Cikgu Isza.


Apa syarat pertandingan GA hebat ni
Mudah kan?
Tetapi hadiah dia menarik tau. Jeng...jeng..jeng ...Pyra Lightening Milk Cleanser 

Apa tu Pyracosmic?Ok i did  a little research to share with you guys.

Basiclly Pyracosmic menawarkan produk yang menggabung teknologi getaran daya piramid.Kandungan bahan-bahan di produk-produk nya kebanyakkannya dari bahan semula jadi. Pencetus idea rangkaian produk Pyracosmic adalah Dr. Ahmad Lothfi Ibrahim yang merupakan Ahli Pengamal Berdaftar dengan
Pertubuhan Perubatan Holistik Bersepadu Malaysia dan Pengamal Perubatan Tradisional & Komplementari Kementerasian Kesihatan Malaysia. Beliau juga mempunyai PhD – Complementary Medicine Camden University, USA. So, dont worry too much ok.

Kita citer tentang hadiah yang ditawarkan utk GA ni lah ye.  Supaya korang teruja untuk joint sama.

Pyra Lightening Milk Cleanser ini juga mengandungi Getaran Piramid yang istimewa. Sebab apa istimewa? Sebab ia akan merangsang molekul dan secara aktif dan memberi kesanpada kulit dan Pusat Tenaga Tubuh. Getaran ini mengandungi maklumat yang diperlukan oleh sel untuk mereka memperbaharui, membiak dan berlindung. Senang citer sel kulit lama kita yang dah lama dan mati tu boleh digantikan dengan sel kulit baru. Hasilnya muka yang kusam akan kembali berseri. Hohoho really need this, sbb kulit muka ku, semakin hari semakin kusam. On top of it, ada ada formulasi pemutih yang lembut.

Getting excited ha? Apa lagi jom pergi ke GIVEAWAY - FEEL THE COSMIC untuk maklumat lanjut. Jangan lupa joint ye. Sambil-sambil tu, selak2 lah entry Cikgu Isza. Sebab dia rajin update blog dan penuh dengan kisah2 menarik.


psstt...ppsstt...entry ini ditulis dengan iringan background music dari website Pyracosmic.

    Sape nak hadiah free dari Paris?

    Has been tag by Lina Rahim.Thank you so much Lina





    1. Buat entry "Sape nak hadiah free dari Paris? =)" and letakkan sekali gambar ni dan link kan terus ke blog Nadia - Kurang Pasti btul ke macam ni? Harap-harap betul
     

    2. Letakkan gambar ni skali kat side bar blog korg dan link kan terus ke entry ni ye- Baaikk

    3. Jadi follower blog Nadia - Baaikk

    4. Tag 3 org blogger lain dan pastikan diaorg tahu bahawa mereka telah ditag! - Baaikk
         Insan bertuah yang saya tag ialah : Kak Ella MommyPinky, Kalam Hati

    5. Tinggalkan name dan link entry penyertaan korg kat kotak komen entry "Sape nk hadiah free dari Paris? =)" ni ye. - Baaikk

    Bila expired date nyer ni? --------->20.11.2010, 12.00 PM (20112010 |1200) -cantik plak no nyer


    Ok, kepada semua contestant good luck. Kepada yang telah ditag, jom joint ye. Rasanya aku blum pernah tag mereka lagi. So untuk merapatkan silaturahim di dunia blog ini, jangan marah ya bila anda ditag. Ini tag bukan sebarang tag. Boleh menang hadiah kalo bernasib baik. Kepada pihak penganjur, Nadia semoga trus sukses di dalam blogging and thank you anjurkan this giveaways Eiffel Tower

    psstt...ppsstt...Semput buat entry ni, entry harus siap tepat jam 12.00 AM.


    Peserta Mini Giveaway kakyong[dot]com

    Halloo...halloo...apa kabar semua yang singgah di sini. Terima kasih dia tas kunjungan ikhlas korang semua. Semalam menglangsaikan hutang tag. Tapi masih belum langsai lagi. Ada lagi satu.




    Kita postponed jap ok. aku nak joint satu contest best ni. Rugi kalo tak joint. Anjuran sape? Anjuran sape lagi kalo bukan kak yong yang slalu meriah dengan GA. Serta co-sponsor utk GA ini Syamila Design. Ramai blogger yang telah menggunakan khidmat Syamila di dalam layout, header, banner badge dan banyak lagi lah. Nak tengok antara hasil kerja tangan kreatif beliau? Sila ke Syamila Design

    Ada 5 syarat yang perlu dipenuhi. Dan telah aku penuhi kesemuanya. (Hohoho ada syarat, tricky di situ ye. Brilliant idea) Syarat dia senang-senang jer. Nak tau syaratnya. Haish gi lah ke blog kakyong, tak pun click kat sini, direct ke entry GA ni

    Ada 2 kategori hadiah tau:

    • Kategori A :  2 customize watermark
    • Kategori B : 2 customize signature --> nak sangat hadiah yg ini. sebab apa sebab sy blum ada lagi.
    Lagipun tu hari kak yong ada buat sample utk signature tu. Comel lah. Nak tgk? Jom jengah kat sample tu.
    Antara sample signature yg aku suka :

    Cantikkan? Dalam tulisan jawi pun ada... Ha apa tunggu lagi tu. Jom lah cepat, joint contest GA. Jom...jom...


    psstt...pssstt...pinjam jap signature comel tu ye kak yong.


    picture source credit to: kakyong.com






    Interview Tergempar By Emme

    Hallloo....hallooo...slamat berkunjung  di blogku lagi. Sessi menjawab tag lagi. Sape yang tag? My lovely friend, Emme. Terima kasih Emme kerana mengingati diri ku.

    1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?
    Myfamily: Ibu, Ayah n my sis

    2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
    Facial Cleanser - Olay. Hehehe baru beli last week

    3. Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
    Tak tau lah. Pasangan pun tak ada.  (soalan ini tiba-tiba buat aku sedih. Huhuhu)

    4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
    Tidak (soalan 5-6 terpaksa skip ye)

    5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
    -

    6. Dimanakah korang selalu jumpa kekasih korang?
    -

    7. Novel/buku/majalah terakhir yang dibeli?
    Magazines Cosmopolitan rasanya. Lama dah tak membeli bhn bacaan, hampeh btull aku ni

    8. Apakah nama penuh korang?
    Kena bgtau ke, panggil Noreed jer ok

    9. Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
    Dua-dua pun same mesra. Coz, level majuk, manja, ngada2, buchuk2, cyg2 at the same level

    10. Namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?
    Hmmm...ntah tak ada sesape pun. Sbb sy pemalu. Ahaks..pembohongan besar di situ

    11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
    Tidak. Majoriti guna mesin basuh. Kecuali tudung, bj yg turun color, bj yg fragile sesgt, dan ehem-ehem....

    12. Dimanakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
    New Zealand - Org kata view kat sana best

    13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
    Flying kiss jerlah. Alam maya mn leh buat semua tu. Hehehe 

    14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag.
    Lina ~ my dear friend yg sentiasa memberi ku sokongan. Harap berjumpa 1 hari nnt
    Aniza ~ pertama kali beliau berkunjung di blogku, telah memberi teguran ikhlas dan kata-kata semangat. Thanks dear
    Ladfea Amir ~ blogger yg tak kedekut ilmu

    15. 5 benda yang paling disayangi dalam hidup.
    Kereta
    Hp
    My lappy
    My wallet (walau duit tak byk di dlmnya, kalo hilang pening den)
    errr tu jer lah, tak cukup satu..)

    16. Lagu yang paling suka dan selalu dengar
    Doa Buat Kekasih - Ramli Sarip n Khatijah Ibrahim (suka, tp jrg dengar)

    17. Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
    3 February (thn? rujuk n3 sebelum ni). Melalak bersama  kawan-kawan @Red Box

    You Are The Best - Tag By Lina

    Halllloooo semua. Rasanya minggu ini entry-entry dari blogku, akan penuh dengan sessi menjawab tag dan  sertai contest. Banyak yang dah tertangguh. Citer- citer lain kita postponed dulu yea. Lagipun aku agak busy mengejar dateline project ku. Huhuhuhu. Ok sessi entry dan tag/contest dimulakan award "Online Best Friend Award". Award pink pemberian Lina. Hampir 2 hari ku mengarang entry ni. Penat memerah otak. Kehkehkeh.Anyway thank you Lina. Sorry terlalu lama ku peram award ni. Tapi tak jadi pekasam lagi. Ok kepada yang telah aku tagkan, sudi-sudi amik ye.

    1) Write 5 interesting facts about the person who gave u this award
    • always dropping by at my 'picisan' blog and drop a warm comment ~ thank you so much
    • always write her blog with English ~ my english so bad, mintak ajar tuition, Lina
    • currently work hard for her master. ~ good luck, dear.
    • Klang girl, but currently in Miri Sarawak ~ sometimes complain about the price over there, hehehe...
    • lovely couple, still in honeymoon mood ~ Always dating bersama-sama
    2) Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby
    • I love pink or anything yang berunsur kemerah-merahan. Kalo tak tak kan kasut ku merah.
    • Takut naik motor
    • Teringin nak derma darah, but under weight
    • People said Im 'manja' but at the same time 'garang'. Hahaha, konflik identiti kah aku ni???
    • People always think Im still student. Ingatkan di dunia realiti jer, tp dunia maya ni gak. Ahakss..Dengan ini kuumumkan aku lahir thn 80. So kira sendiri ye. Hehehehe
    3) Pick your most 10 deserving recipients and describe them.
    • cikgu isza ~ updated her blog more than 3 times per day. I`m so impress. Currently ada GA di sana.
    • emme ~ sgt rajin sertai contest, sering memberi kata-kata semangat. thank you, muaah
    • my little diary ~ gf Farid Kamil, hehehe mesti dia suka bila aku describe dia mcm ni
    • khairol ghani ~ young dady and his wife also blogging. After this baby dia pun blogging gak rasanya 
    • kak yong ~ mother of 3, always have GA at her blog. Gi lah jengok, mana tau you have a good luck
    • azh ~ a very caring friend, and his blog penuh dgn nasihat berguna.keep it up, my friend
    • nobita ~ masih student. a brilliant student.
    • mommynana ~ among the top bloggers, tp tidak sombong 
    • gadis bunga ~ pernah membuat entry berani tentang kenapa tak kawen lagi. So brave, tp itulah sebenarnya realiti kehidupan. bravo girl. Oh, photo di blog dia cantik-cantik. I like it :)
    • ailyna ~ baru kenal semalam. dan ingin trus mengenali mu. Currently she have GA about breast cancer. 

    psss...pssstt...ini merupakan award terpanjang pernah aku jawab....fuuhhh

      Jasad Di Rumah, Tetapi Otak Di Opis

      Hi/Salam buat semua yang bertandang di sini.


      Macam mana hujung minggu kalian? Busy berjalan-jalan ke? Busy shopping ke. Ada yang dah dapat gaji kan. Hujung minggu aku kali ni tak ke mana-mana. Just terperap di bilik menyiapkan tugasan yang semakin hampir dengan dateline pada hari Selasa ini, iaitu besok. Oh! Tidak....

      Sangat stress, buat-buat tetapi masih error. Tak tau mana silapnya coding ku ini. Dari sebelum Zohor tertonggok di tempat lappy ku ini. Kenapa masih error ni? Sedangkan list to do, aku masih banyak lagi harus aku setlekan. Pelbagai cara dah cuba, tapi masih buntu. Huuuwwwaaa!!!!


      Semasa gambar di atas aku snap, baru lepas sembahyang Asar. Bosan dan tertekan tahap gaban dah ni. Snap photo tu pun masih pakai telekung lagi. Bengong dah aku jadinya. Matahari kat luar sana dah hampir terbenam. Huh! Dah tak larat dah aku nak mengadap tulisan cacing ni. Aku nak gi dating bersama 'oopa' Korea ku di channel KBSW (391). Semoga dengan menatap Mr Choi yang comel lagi hensem tu bleh mendatangkan ilham untuk aku setlekan masalah error ku ini. Jom tengok "All About Marriage"

      psstt..psstt...kalo tak siap macam mana ek???

      Mind Your Language

      Salam penuh kecerian di hujung minggu buat semua. Hujan mencurah-curah di luar sana. Niat di hati nak sambung jogging macam semalam. Looks like the mother nature doesn`t agree with me. Harap-harap sekejap lagi redalah hujan ni.

      Mind Your Language

      Beberapa hari lepas, ada orang mencemarkan kotak shoutmix dengan pesanan yang tidak sepatutnya. Pesanan berbaur lucah didahului dengan maki hamun. Apa yang dia maki hamun kan? The F word. Nak gak aku tengok macam mana rupa orang ni. Nama yang digunakan macam nama omputih, tetapi komen kedua cakap melayu lah plak kan. Namun tiada link or emel address yang ditinggalkan. Kut-kutlah dia ni memang ada masalah mental, so tak leh lah nak salahkan dia. Hehehe, mental problem pun sudi melawat blogku yang kerdil ni.

      Mula-mula tu, rasa macam nak print screen jer share bersama korang semua. Tetapi bila aku pikir-pikirkan balik buat apalah layan orang mental macam ni. Nanti tahap mentaliti aku sama low macam dia. Akhirnya malas mau panjang cerita, dan tak mahu pengunjung turut terganggu dengan pesanan tersebut, aku just delete kan kedua-dua komen. Bukan satu ye komen berkenaan, ada 2. Kenapalah dia ni. Kurang kasih sayang gamaknya.

      Selama 5 bulan aku seronok menjalani HIDUP SEORANG BLOGGER, menemui ramai kawan baru tanpa kira batasan umur, jantina, bangsa dan latar belakanag. Tiba-tiba bila perkara ini berlaku buat aku agak tersentak. Yelah macam budak yang baru nak belajar bertatih, tiba-tiba kena herdik tak tentu pasal. Mungkin ini harga yang perlu dibayar apabila terjun di dalam keHIDUPan SEORANG BLOGGER.

      Pesanan penutup untuk entry ku ini. Kehadiran tetamu di blog ku ini amat aku alu-alukan. Segala teguran dan kata-kata semangat akan aku teliti satu persatu. Tetapi jika maki hamun dan kata-kata berbaur lucah yang anda tinggalkan aku persilakan dengan hormatnya untuk anda beredar sahaja.


      ppsstt...pssstt...setiap kata-kata yang keluar menggambarkan tahap keperibadian dan IQ kita.

      picture credit to: weheartit.com edited by me

      Makin Jogging Makin Lapar

      Salam berhujung minggu buat semua pengunjung blogku.

      Early in the morning, semalam pergi jogging bersama ayahanda di taman rekreasi dekat-dekat dengan area rumah aku ni.  After Subuh tak tido balik ok. Slalu memang aku terbongkang tido, sampai kul 8 lebih. Kadang-kadang tu terlajak sampai kul 9 lebih. Hehehe. Konon-kononnya macam qada tido lah tu.

      Taman rekreasi ni tak adalah besar mana. Kalo ikut km adalah dlm 2km kut kalo buat satu pusingan. Aku berjaya buat 2 pusingan. Tak adalah jogging sgt pun. Separuh jalan, separuh lagi jogging.

      Jogging
      Fuh...penatnya...
      Penat woo! Badan, orang yang jarang-jarang exercise, tiba-tiba mau buat exercise. Kerja seharian pun kat dalam aircond, duk mengadap pc setiap hari. Memang jarang lah bergerak aktif. Tadi masa kat park tu, baru 1/4 round jogging dah termengah-mengah. So berhenti jogging, jalan pelan-pelan. Pastu jogging balik. Haish, memang tak ada stamina aku ni. Penat sungguh rasa. Tapi bila dah setle, badan rasa segar, berpeluh sungguh

      After jogging hari ini, aku sangat lapar. Pergi  blasah roti 'tampal' kat kedai mamak. Belum kul 1 petang aku dah lapar balik. Aku blasah lagi sepinggan nasi goreng yang bonda goreng. Huh! Makin jogging makin lapar aku dibuatnya. Banyak betul aku makan. Nasib baik aku bukan dalam proses diet menguruskan badan. Just diet untuk kesihatan sahaja. Yelah umur dah 30, kenalah jaga kesihatan. Konon macam nak jadikan routine every weekend. Tak tau lah berjaya ke tidak.

      Bila malam kaki dah sakit. Otot kaki terkejut. Bangun awal pagi, bukan sekadar tekan pedal minyak dan brek kereta. Tetapi kena berlari-lari anak. Mahu jogging lagi di pagi Ahad ini. Harap cuaca mengizinkan. Harap juga kaki tidak terlalu sakit untuk berjongging.




      psstt..psst..bgtau ayah nape makin jogging makin lapar. Dia bagitau sebab tu lah para petani makan nasi dengan banyaknya, sbb byk tenaga diperlukan.

      picture source:google image

      Kawan Dan Cinta


      Kawan Dan Cinta

      Kawan, cinta itu amat indah
      Kawan, semua orang mahukan cinta
      Kawan, semua orang kejarkan cinta
      Kawan, berhati-hati dengan cinta yang kau kejar

      Kawan, aku tau kau terluka
      Kawan, aku juga terluka
      Kawan, aku tahu hatimu berderai
      Kawan, aku mengerti derita mu
      Kerana kawan aku turut alaminya

      Kawan, kuatkan semangatmu
      Kawan, sengkakan air matamu
      Kawan, berdiri lah semula dengan teguh
      Kerana kawan aku tahu engkau kuat

      Kawan, andai cinta menjengah lagi
      Kawan, andai pintu hati mu diketuk lagi
      Kawan, andai arjuna muncul lagi
      Kuharapkan kau berhati-hati

      Kawan, tiada kata-kata manis dariku
      Kawan, mungkin kau tidak mahu berkongsi ceritamu
      Kawan, mungkin kau tidak suka mendegar celotehku
      Kawan, mungkin kau pikir ku prejudis

      Kawan, Ku tak mahu kau terbang terlalu tinggi
      Kawan, tiada dengki di hati ini
      Cuma, kawan ku tak mahu kau terhempas lagi
      Menyaksikan hancurnya hatimu berderaian

      Kawan, ku sentiasa di sini untuk ketawa bersama
      Kawan, ku di sini jika kau perlukan seorang untuk kau bersandar
       Kawan, ku akan memegang tanganmu bila kau memerlukan ku
      Kerana kita KAWAN dan masih mencari CINTA


      Kawan Dan Cinta
      Comel plak cartoon ni



      psst...psstt..decided to publish my poem walaupun ntah apa-apa.Hehehe Dedicated this poem to my friend and to myself.

      picture source: weheartit.com

      Aku Gagal

      Salam buat semua pengunjung blogku.


      Fail
      Aku Gagal
      Agak kecewa hari ini. Mungkin kalo anda tidak menjalani HIDUP SEORANG BLOGGER kurang paham, rasa kecewa yang aku rasa ini. Selama 6 hari aku bertahan untuk membuat posting yang konsisten. Tetapi pada hari yang ke-7 aku gagal. Huhuhu sangat sedih. Kecewa dengan diri sendiri. Sebenarnya selama beberapa hari ini aku cuba membuat 2 kali posting dalam sehari. Iaitu pada pukul 12 tgh malam, dan 12 tgh hari. Ini bertujuan supaya blogku ku tidak kesunyian tanpa tetamu yang hadir. Tanpa kehadiran kalian sapalah blog ini. Tips ini pun aku baca dari blogger-bloger yang dah senior yang mengatakan  perlu membuat konsisten posting. Barulah ada orang sudi nak menjenguk blogku.

      Tak ada lah ramai mana, tetamu yang hadir di sini. Berapa kerat jer lah. Tetapi aku amat menghargai kesudian kalian menjenguk ke sini. Setiap kunjungan dan comment dari korang semua memberi semangat kepada diriku untuk terus membebel di sini. Setiap hari balik dari kerja mesti kalut nak on lappy, sebab nak tengok ada komen dari kalian tak? Macam orang tunggu surat cinta plak.

      Kenapa saya gagal membuat entry pada pukul 12 tengah hari tadi? Draft dah buat semalam. Mengarang poem tau semalam. Jangan main-main. Aku karang sendiri poem tu, tanpa pertolongan En Google pun. Mengarang sampai larut malam. Tapi ragu-ragu sama ada nak posting atau tidak. Malu plak rasa nak publish poem aku tu. So just save jer dulu. Mana tau datang idea semasa buat kerja kat opis nanti. Tetapi malangnya opisku, terputus hubungan dengan dunia luar lah plak tadi buat seketika. No network. Aduhai, bajet nak buat entry tentang 'breakfast' pagi tadi. Dah tak ada network tak dapet lah den nak menolongnya.

      Pasang balik keazaman untuk hari esok. Harap-harap aku tidak gagal lagi di masa akan datang. Jengah sini setiap detik 12 ye. Membaca entry baru ku, sebelum beradu dan baca lagi sebelum lunch di siang harinya. Kehadiran kalian memang sangat aku nantikan.


      psstt...pssst..tidak boleh gagal lagi jika aku mahu meneruskan HIDUP sebagai SEORANG BLOGGER



      picture source google image

      Fesyen atau Kesengsaraan?

      Salam 1 Malaysia buat semua. Dah hari Jumaat. Kejap jer masa berlalu. Hari Rabu lepas tengok America Next Top Model, para peserta dikehendaki memperagakan baju yang diperbuat dari rambut manusia sebenar. Real hair ok? Bukan rambut palsu. Dan para peserta tu cakap busuk baju tu. Huhuhu, macam manalah dia orang ni boleh tahan. Yang menakjubkan tu hasil gambar mereka cantik plak tu. Tak nampak pun macam baju diperbuat dari rambut. So profesional dia orang ni.

      Pas tu surfing jap terjumpa lah "Alternative Hair Show". Ni lagi lah horror. Kalo aku terjumpa kat tgh jalan malam-malam buta, tak cukup tanah aku lari. Ada ke orang nak buat rambut macam ni. Kalo ada pun maybe Lady Gaga kut? Oh, korang ada dengar citer tak yang Lady Gaga teruja nak datang Malaysia setelah Adam Lambert berjaya buat show dekat KL beberapa hari yang lepas. Huhuhu, aku macam kurang setuju jika dia buat show kat Malaysia berdasarkan musik dia yang membawa pemahaman agama yang songsang tu. Berharap sangat-sangat, jika terdapat permohonan Lady Gaga tu, pihak berwajib mempunyai pendirian yang tegas untuk tidak membenarkan persembahan dia. Pasti ada yang akan berpendapat aku kolot, biarlah daripada kita cuba untuk mengikut arus kemodenan, tetapi tergadai jiwa dan agama.

      Ok lah malas mahu berceloteh panjang-panjang hari ini. Jom aku share kan fesyen rambut yang sengsara pada pandangan mata aku. Tak tau lah sape yang buta fesyen di sini?

      Fesyen atau Kesengsaraan?
      Apa motif rambut yang ada jam tu?

      Fesyen atau Kesengsaraan?
      Nampak plak model-model ni jalan dengan rambut dah tutup mata macam tu.

       Kalo sesapa berminat boleh lah print gambar di atas bawak gi tukang gunting rambut korang ye. Kalo tak puas dengan fesyen yang sedia ada ni, boleh lah menjengah di Alternative Hair Show


      Pelakon Tambahan Jer

      Salam di hari Khamis buat semua.

      Bangun pagi hari ini rasa bersemangat plak untuk gi kerja. Semalam bertarikh 20/10/2010 (no cantik kan semalam?) boss aku, mintak aku diserapkan sekejap untuk satu projek ni. Dengan penuh berbesar hati aku menerimanya. Walaupun sebagai 'pelakon tambahan' jer. Sebab apa sebab aku dah sangap dengan project yang sedia ada ni. Bukan aku tak suka, just aku nak a new challenge.

      Aku ni pelik sket. Kalo tak ada job/project aku jadi liat sungguh nak gi kerja. Kadang-kadang tu aku boleh EL sebab boring. Hehehe. Aku dikehendaki untuk melakukan ke atas system tersebut. Oppss bukan sekadar tester ok, kena btul kan jugak bugs yang bakal muncul. Perlu bergerak dengan pantas, kerana sistem ini akan launch pada minggu hadapan. Aku pun tak mo lambat-lambat, kerana aku akan bercuti-cuti tidak lama lagi. Tidak mahu pergi bercuti dengan rasa bersalah.


      Tak mo aku bercuti sambil kena debug program


      Yeah...mesti terus bersemangat untuk hidup...chayok, chayok. Kepada anda semua jom kita bekerja dengan jayanya. Tak kira lah anda kerja dalam industri apa, ataupun anda fulltime dedicated housewife. Kepada yang blajar, "Study smart, study hard and play more harder"


      picture credit to : www.123rf.com

      Setelah 13 Tahun Tidak Berjumpa

      Salam buat semua pembaca blogku. Harap kehidupan korang semua ceria-ceria selalu.

      Semalam awal pagi semasa aku di opis dpt sms, "Oit makcik busy ka?" Sape pulak lah pagi-pagi buta kejutkan aku ni. Tapi aku budget ni mesti kawan-kawan aku ni. No tak dikenalilah plak ni. Tapi no Johor ni. Sape plak lah ni kan. Aku dah lost contact dengan kawan-kawan ku di Johor. Just connect melalui FB jer. Dengan pantas aku reply balik tanya sape. Rupa-rupanya classmate aku semasa aku form 4 and form 5 di Sekolah Teknik JB dulu. Nada sms dia ala-ala nak majuk sbb aku tak save no hp dia. Huhuhu aku bukan tak save lah dear. Ini semua gara-gara aku gatal bertukar hp dengan adik aku. Ada certain no yang tak berjaya transfer ke hp ni.

      Setelah 13 Tahun Tidak Berjumpa

      Member aku ni datang kat KL coz ade course. Lupa plak nak kenalkan nama member aku ni. Nama dia Farhana. After that sambung kursus lagi kat Genting. So dia free on Tuesday tu jer. Event semalam aku penat dengan kerja, dengan posenya lagi, I force myself to meet she. Kalo tak jumpa ni tak tau lagi bila bleh jumpa. Since after SPM tak jumpa2 smp skrang. Nearly 13 years ok. So we plan to meet at Subang area kul 6.30 petang. Sebab aku abis kerja kul 6. Nak rushing balik rumah hantar lappy lagi, then baru bertolak ke Subang.

      Tiba-tiba tu dalam kul 5.40 dia sms, ckp dia dah sampai kat Empire. Ayoyo, I'm still in the midle of discussion. Ending the discussion trus kalut Asar kat opis,hantar lappy and drive all the way to Empire Subang. Berbaju kurung aku jumpa dia. Tak sempat nak salin baju. Ayu lah plak gi soping mall hari tu kan.

      Alhamdulillah, federal tak jammed on that day. Kul 6.15 p.m, I manage to reach Empire. Dia tunggu aku kat area O`Briens Cafe. Tengah aku kalut-kalut nak gi ke situ, boleh dia sergah aku kan. Sabar jer lah minah ni. Pastu kita orang pun melepak di Restoran Teh Tarik. Im having 'TT Nasi Goreng' and 'Barli Lime-hot'. Farhana ni diet ke ape ke aku pun tak tau. Just makan french toast jer. Hmm, suka hati ko lah asal ko bahagia dan bertenaga nak berceloteh dengan aku.

      Dari citer family, ex-boyfriend, class mate yang dah berkahwin, cerita fb, cerita kolej semua pun kami compress di dalam pertemuan 1 hour date ni. Tu pun rasa tak puas jumpa dia. Aku cakap kat dia;
      "Kalo ko tak ada course kat Genting besok, memang aku dah kidnap ko bawak blk rumah aku mlm ni"
      Kami berdua balik after Maghrib. Dia pun tumpang orang kan, tak leh lah nak berlama-lama. But kita orang memang tak puas berchat lah masa tu. Oh ye, Farhana ni agent insurance for Prudential. So sempat lah dia hadiahkan aku diary, planner and desktop calendar 2011. Plus coklat. Thanks, babe. Kepada sesapa tak ada insurance or nak tambah insurance bleh lah drop a comment nanti aku bagi contact line dia.

      Setelah 13 Tahun Tidak Berjumpa





      psstt....psstt...shock sgt borak smp lupa nak amik gambar kami berdua sedangkan aku memang bawak camera.





      Picasa Tutorial - Collage (Part 2)

      Salam buat semua pembaca blogku. Semoga semua sihat menjalani tugas-tugas seharian.

      Jom kita sambung blajar Picasa untuk teknik Collage. Teknik ni macam gambar ke-2 dan ke-3 di entry Besday Yang Tertunda Sekian Lama. Teknik sebenarnyer lebih senang dari teknik collage entry sebelum ini. Oh yea! Sebelum tu harap maaf ye kaum Adam, tutorial kali ni gambar nyer masih bercolor pink. Harap bersabar ek. Hehehehe.

      Seperti entry sebelum ini, letak kan semua gambar yang di'collage'kan di dalam satu folder (supaya lebih senang). Setelah button 'collage' di click, add semua gambar yang dikehendaki tu diatas canvas background. (highlight gambar and click pada tanda "+" )


      Picasa
      Picasa Tutorial ~ Gambar 1


      Setelah semua gambar dah ada di atas canvas background, click combo box di bahagian kiri pilih "Mosaic" style. (Gambar 1). Dengan pemilihan cara ini, gambar-gambar kita akan disusun secara rawak.



      Picasa Tutorial - Collage
      Picasa Tutorial ~ Gambar 2


      Kalo tak berpuashati dengan susunan auto yang dilakukan oleh Picasa, kita boleh minta Picasa susun semula dengan click button "Shuffle Picture" (Gambar 2, Arrow 2). Ataupun kita boleh click pada gambar dan dragkan secara manual letakkan di bhg yang dikehendaki.

      Selepas dah satisfied with the arrangement, kita adjust kelebaran border antara gambar-gambar tu. Untuk lakukan step ini, just play-around with scale di bhg "Grid Spacing" (Gambar 2, Arrow 1). Untuk tukar warna border tu, click pada kotak berwarna di bahagian "Background Option". Macam cara nak tukar background sila rujuk kat tutorial semalam ok.

      Bila dah happy dengan hasil kerja kita tu click "Create Collage", dan save. Maka hasilnya seperti di bawah. Oh, lupa nak bagitau format image yang boleh digunakan di dalm Picasa adalah JPEG. Begitu juga hasil outputnya berformat JPEG.




      Ok selamat mencuba semua. Kalo kurang paham, just drop comment. Tutorial aku ni just berdasarkan pengalaman aku jer. Actually byk benda gak lah yang boleh dibuat di Picasa ni, dan senang dari Photoshop. Tetapi untuk proses image yang komplikated, aku tak suggest lah korang guna Picasa ni. Aku akhiri entry kali ini dengan kata-kata semangat;


      "Realize that life is a school and you are here to learn"

      Malam Datingku

      Hallloo..halloo kepada semua.

      Niat di hati nak sambung tutorial about Picasa, tetapi aku ada date lah malam ni. Date aku sedang menunggu tu kul 9.30 ni. Walaupun penat tapi tetap mahu menge'date' dengan boyfriend ku yang hot itu.

      Sangat penat sebenarnya hari ini. Baru balik dari jumpa kawanku yang telah sekian lama tidak berjumpa, 13 tahun ok.Macam-macam cerita kluar. Mungkin akan ku sharekan next entry.

      Ketika entry ini ditulis jam menunjukkan pukul 9.20 malam. Perlu cepat. Tinggal lagi 10 minute jer lagi. Harap maaf yea entry untuk Picasa tutorial akan tertunda sekejap. Jangan bimbang, akan disambung tetapi bukan entry malam ni. Kerana aku mahu pergi date sekarang. Date sambil makan coklat. Nak tengok teman date saya? Turn tu channel 8 kul 9.30, setiap Selasa. Nama dia Mr. Damon. Yang sebelah kiri tu ek. Hehehehe....


      psstt...pssstt...jangan marah ye?



      Picasa Tutorial - Collage (Part 1)

      Salam buat semua. Hari ini entry ku ditujukan khas buat rakan seperjuangan blogku yang sudi menjengah di sini iaitu Lina Rahim. Dia minta aku tunjukkan cara macam mana nak buat gambar mcm di entry Besday Yang Tertunda Sekian Lama.

      Ok first of all untuk buat gambar macam entry tu, kita kena install PICASA. Mana mau dapat itu software? Boleh download secara percuma di internet.Ok klik di SINI untuk download PICASA. Err...skrang dah 3.8. Huhuhu aku guna version 3 jer.

      Setelah download and install, jom kita bereksperimen dengan gambar yang ada. Kaedah yang aku guna utk gambar tersebut dipanggil "Collage". Untuk menyenangkan kerja, masukkan gambar yang nak dijadikan collage di dalam satu folder.


      Picasa Tutorial - Collage
      Picasa Tutorial~Gambar 1


      Highlight pada salah satu gambar yang nak dijadikan collage dan click icon Collage di bahagian bawah. (Gambar 1)

      Picasa Tutorial - Collage
      Picasa Tutorial~Gambar 2

      Terdapat pelbagai stail untuk buat collage. Untuk gambar pertama di entry Besday Yang Tertunda Sekian Lama, kaedah “Picture File” digunakan. (Gambar 2, Arrow 1)
      Untuk buat border putih di tepi gambar click pada icon “A Plain White Border” pada bhg “Picture Border” (Gambar 2, Arrow 2)

      
      Picasa Tutorial - Collage
      Picasa Tutorial~Gambar 3
       Untuk penambahan gambar, click pada tab “Clips” (Gambar3 Arrow1). Highlight pada gambar yang dikehendaki, dan click pada tanda “+” yang berwarna hijau (Gambar3 Arrow2).

      Picasa Tutorial - Collage
      Picasa Tutorial~Gambar 4
      Setelah berpuas hati dengan gambar yang dipilih, jom kita tukar background blakang tu. Boleh dibuat pada awal-awal lagi. Tapi pemilihan warna background adalah lebih cun jika lebih kurang dengan warna gambar yang dibuat collage tu. In this case, byk color pink diguna pakai dalam gambar yang dipilih. Maka shocking pink telah dipilih untuk background color. Beside I like pink..ngeh,ngeh,ngeh. Tapi ni terpulanglah, art is so subjectif.

      Macam mana nak buat background color tu. Click di box pada bahagian "Background Option" (Gambar 4, Arrow 1). Bila dah suka dengan color yang dipilih click pada button "Create Collage" (Gambar 4, Arrow 2)
       
      Picasa Tutorial - Collage
      Picasa Tutorial~Gambar 5
      Dalam beberapa saat, collage telah siap. Nak tau dah siap ke belum tengok bhg hujung kanan screen akan tertera message "Collage Finished (Click To View)" (Gambar 5, Arrow 1). Perasaan tak ada banyak bhg background yang lebih di tepi kanan tu. Jom kita buat proses "crop" plak. Click pada icon "Crop" (Gambar 5, Arrow 2)

      Picasa Tutorial - Collage
      Picasa Tutorial~Gambar 6
       Bila icon "Crop" di click, screen seperti Gambar 6 akan terpapar. Picasa akan bagi 3 option macam mana kita nak "crop" (Gambar 6, Arrow1). Kalo tak berpuas hati dengan option tu, dont worry masih bleh adjust secara manual. Gunakan anak panah. Bila dah happy dengan hasil "crop" tu, click button "Apply" (Gambar 6, Arrow 2)

      
      Picasa Tutorial - Collage
      Picasa Tutorial~Gambar 7
       Bila dah crop, jom kita save hasil kerja ni ye. Cara Save dia macam biasa jer. Pergi pada File, click Save. (Gambar 7). For short-key just press, Ctrl+s.

      Picasa Tutorial - Collage

      Akhir sekali inilah hasilnya.....taaaddaaa. Ini kalo kaum Adam baca tutorial ni mesti muntah 'pink'. Hehehe bersabar yea... Ok selamat mencuba. Harap-harap tutorial ini membantu. Especially to Lina Rahim

      psstt...psstt...Lina yang untuk gambar lagi satu next entry ye. Tidak berkesempatan. Maaf..huhuhu
       

      talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino