Mind Your Language

Salam penuh kecerian di hujung minggu buat semua. Hujan mencurah-curah di luar sana. Niat di hati nak sambung jogging macam semalam. Looks like the mother nature doesn`t agree with me. Harap-harap sekejap lagi redalah hujan ni.

Mind Your Language

Beberapa hari lepas, ada orang mencemarkan kotak shoutmix dengan pesanan yang tidak sepatutnya. Pesanan berbaur lucah didahului dengan maki hamun. Apa yang dia maki hamun kan? The F word. Nak gak aku tengok macam mana rupa orang ni. Nama yang digunakan macam nama omputih, tetapi komen kedua cakap melayu lah plak kan. Namun tiada link or emel address yang ditinggalkan. Kut-kutlah dia ni memang ada masalah mental, so tak leh lah nak salahkan dia. Hehehe, mental problem pun sudi melawat blogku yang kerdil ni.

Mula-mula tu, rasa macam nak print screen jer share bersama korang semua. Tetapi bila aku pikir-pikirkan balik buat apalah layan orang mental macam ni. Nanti tahap mentaliti aku sama low macam dia. Akhirnya malas mau panjang cerita, dan tak mahu pengunjung turut terganggu dengan pesanan tersebut, aku just delete kan kedua-dua komen. Bukan satu ye komen berkenaan, ada 2. Kenapalah dia ni. Kurang kasih sayang gamaknya.

Selama 5 bulan aku seronok menjalani HIDUP SEORANG BLOGGER, menemui ramai kawan baru tanpa kira batasan umur, jantina, bangsa dan latar belakanag. Tiba-tiba bila perkara ini berlaku buat aku agak tersentak. Yelah macam budak yang baru nak belajar bertatih, tiba-tiba kena herdik tak tentu pasal. Mungkin ini harga yang perlu dibayar apabila terjun di dalam keHIDUPan SEORANG BLOGGER.

Pesanan penutup untuk entry ku ini. Kehadiran tetamu di blog ku ini amat aku alu-alukan. Segala teguran dan kata-kata semangat akan aku teliti satu persatu. Tetapi jika maki hamun dan kata-kata berbaur lucah yang anda tinggalkan aku persilakan dengan hormatnya untuk anda beredar sahaja.


ppsstt...pssstt...setiap kata-kata yang keluar menggambarkan tahap keperibadian dan IQ kita.

picture credit to: weheartit.com edited by me

19 comments:

My Little Diary said...

salam,
jgn layan org camtu... hehe


entry terbaru"interview tergempar"

donny said...

betul...komen mencerminkan owner blog tu..happy mart ehh..happy sunday

noreed said...

to mylittlediary: mmg tak layan pun cuma terkezut jer.

to donny: thanks singgah lagi di sini. err happy mart tu ape?

Unknown said...

dia tertekan kot tengok follower kamu 64 orang..
follower dia 4 orang je..'
hahahha

noreed said...

to diana: hahahaha, kalo follower sy 1004 tak pe gak nak tertekannya. by the way salam kenalan diana, tq melawat blog sy

eMMe said...

isk ye ke noreed, ade ek org yg tak bertanggungjwab sanggup melemparkan kata2 yg tak sepatotnye...amatlah tak bersopan, tak leh nak halang n sekat dari terjadi cam tu kan...mcm2 leh jadi, di alam cyber ni...tak leh nak kawal...minta la perkara2 cam ni tak berlaku lagi...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

banyak org sakit otak sekarang ni

noreed said...

to emme:tu lah tak leh nak kawal.berharap ia tak berlaku lagi pada sy or rakan2 blogger yg lain. nasib baik emme tak prasan msg to kat kotak shoutmix, kalo tak malu sy.

noreed said...

to brutalsolo:kasihan kan org2 yg sakit otak ni. kalo beri panadol ataupun ponstan masih blum bleh sembuh lagi.

tq sudi melawat blog sy :)

Lina Rahim said...

bagus lah Noreed tak layan..kalau Noreed buat print screen mesti dia happy giler sebab saya rasa dia tu attention-seeker la..boh layan je la.

humanoid said...

that's y saya tak letak shout out mix kat blog saya..buat habih beras jek..

noreed said...

to lina:ha`a kan tak terpikir plak tentang benda tu Lina. tulis n3 ni pun setelah rasa terkejut tu hilang.hehehe. takut nnt ter'emo' plak masa buat entry ni.

noreed said...

to ailyna: habis beras, kita mkn laut jer lah. hehehe.

salam kenalan n terima kasih sudi berkunjung di cni.mcm mn nak buat kunjungan balas kat ailyna ni? profile not available.

humanoid said...

owh..dah enable dah...hehehehe..

sila la berkunjung..saya buat giveaway sempena Breast Cancer Awareness..

noreed said...

to ailyna: hi, sy dah joint dah.

jom kawan-kawan semua singgah di blog ailyna. hadiah GA dia best(psst...psst..brg makeup tau) lg pun bleh tambah pengetahuan kita :)

Ladfe Amir said...

buang je komen macam tu, jgn risau..Noreed masih punye ramai pembaca.

noreed said...

to ladfe Amir: terima kasih di atas kata-kata semangat tu. sgt hargai. dah buang dlm tong sampah dah. MBSA pun dah angkut bwk gi tapak perlupusan sampah.hehehe

ISZA said...

salam,
dalam dunia blog ni kan.. kita kena bersedia hadapi perkara sebegitu.. tak boleh layan sangat dan tak boleh biarkan juga..

mana2 pun ada orang sakit jiwa..

noreed said...

to cikgu isza: thank u, kak. InsyAllah semakin tabah mengharungi dunia blog ni.

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino