Mee Segera Keluaran Indonesia Ditarik Balik

Salam buat semua pembaca blogku.

Just a quick entry before melelapkan mata. Tadi sementara aku menunggu citer Vampire Diaries, tengok jap berita kat Astro Awani (Channel 501). Terkezut aku ada berita mengatakan, negara Taiwan menarik balik mee segera keluaran Indonesia. Ini kerana kandungan bahan di dalam mee segera tu mengandungi unsur-unsur bahan kosmetik yang boleh meudaratkan kesihatan. Dan yang makin memeranjatkan aku lagi, kat tv tu tunjuk para peniaga Taiwan tengah packing-packing mee segera cap Mee Sedaap. Mungkin ada gak jenama lain tapi tak prasan plak tadi. Bukankah brand ni tengah famous di negara kita. Ayoyo, kalo Taiwan dah tarik balik, Malaysia tak ada buat apa-apa tindakan ke?

Macam gambar kat tv tadi

Balik kerja tadi, tengok iklan Mee Sedaap. Terasa besok nak singgah beli. Iklan nampak sedap. Teringin gak nak rasa. Tapi bila dah tengok berita tu, huhuhu terus cancel. Sesapa yang ada mee segera jenama berkenaan fikir-fikirkan lah ye. Takut-takut bila makan nanti rasa lipstik plak. Aku pelik lah pihak berwajib Malaysia, tak kan nak berdiam diri jer ni. Mee segera ni semakin popular di sini. Buat lah kajian sket. Demi keselamatan rakyat Malaysia ni. Please do something !!!




psstt...psstt...dalam pada masa yang sama aku agak kagum Indonesia boleh menembusi pasaran mee segera Taiwan; yang memang Taiwan sendiri ada pelbagai produk mee segera.

13 comments:

Ina said...

btul tu...aunty pun prasan psl penarikkan balik mee segera keluaran Indonesia ni. Tp td kt TV3,ade mentioned Indo Mee & Ibu Mee....- rolling eyes -

noreed said...

to aunty Ina: oo kat tv3 pun ada ke?senang citer stop dulu mkn mee segera dr indonesia buat sementara waktu ni.takut lah....

Farhana said...

tu la kat tv3 ckp pasal indomie la itu mee itu ini. mm mmg ptut kt tak makan la mee dorg. bahye. naya kat kite pun. pasni makan la mamee cinta maggi. hehehee

eMMe said...

makan maggi je la...selamat..tapi tak elok amalkan....

MamaYatie said...

oh, no!! selalu beli gaks ni..agaknya dah tiba masa utk setia kpd brgn BUATAN MALAYSIA

khairolghani said...

mi sedap ke Indo mee?apapun,memang kena kurangkan makan megi2 ni sebab banyak MSG..boleh botak kepala kalau makan banyak2

ISZA said...

rasanya kesan buruk mee dr indon memang ada diceritakan cuma tak berapa nak heboh jer.. tak tahulah kenapa..

noreed said...

to mummynana: hehehe mcm promoter maggi plak awk

to emme: yup, mmg tak elok mkn slalu. tp slalu teringin nak mkn.

to mamayatie: stop dulu buat sementara waktu, bhy utk kesihata.

noreed said...

to khairolghani: kat awani tunjuk vc mee sedaap tak sebut brand apa. tp kat tv3 kwn sy ckp dia sebut brand Indo mee. apa-apapun berhati-hati2 dlm pemilihan mee segera skrang.

to cikgu isza:oh ye ke? sy baru tau semlm kak. pelik nyer nape tak dihebohkan sblm ni.

Lina Rahim said...

hm..banyak sebenarnya makanan import di Malaysia ni yang diban di negara luar, banyak juga yang tak halal kat sana tapi halal kat sini, tak caya tanya student2 yg blaja oversea

noreed said...

perlu berhati-hati skrang ni. terutamanya tang halal haram sesuatu makanan.

Unknown said...

kakyong bukan peminat mee segera.. tp suami suka.. but not mee sedap which actually tak sedap pun..

noreed said...

to kak yong:sy tak pernah mkn mee sedap tu, teringin nak cuba tp dah ditarik balik.

 

talkIsaid Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino